WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH)
Kenyataan Media
PENDIRIAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH)
TERHADAP ISU QAZAF DAN TUDUHAN LIWAT DAN ZINA TERHADAP DS ANWAR IBRAHIM
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah mengeluarkan Pernyataan Bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengenai isu yang sama dengan tajuk Pernyataan Sikap Terhadap Isu Jenayah Qazaf, pada 27 Mac 2011 (sila rujuk Kenyataan Media di www.wadah.org.my/).
Sebagai reaksi kepada beberapa persoalan yang berbangkit serta kekeliruan-kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat ekoran kenyataan-kenyataan beberapa orang mantan pimpinan ABIM mengenai isu tuduhan tuduhan liwat dan zina terhadap DS Anwar Ibrahim, maka WADAH ingin menegaskan kembali sikap dan pendirian yang telah diambil dengan merujuk kepada Pernyataan yang telah dibuat 27 Mac tersebut.
Pertama: Sikap dan pendirian mestilah berasaskan syari`at
“Sesungguhnya kembali kepada syari`at adalah satu-satunya jalan keluar yang adil dan selamat. Demikianlah petunjuk Ilahi yang terungkap dalam kitab suci-Nya, "… Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (Al-Nisa':59). Apakah yang sebenarnya dicari oleh pendakwa dan penuduh? Andainya yang dicari adalah keadilan, bukankah ia wujud dalam hukum syari`at? Apakah ada hukum lain yang lebih adil daripada hukum Allah? Apabila seseorang mengatakan "Aku ridha dengan Allah sebagai Tuhan……." (رضيت بالله رباً...) bererti ia rela menerima hukum-hakam-Nya. Jika benar demikian, mereka harus membuktikan kejujuran menepati ikrar dan pengakuan tersebut. Ternyata kesediaan rujuk (kembali) kepada Allah (hukum-hakam-Nya) adalah ujian iman. Hanya yang benar-benar beriman (kepada Allah dan Hari Akhirat) sahaja yang akan dengan senang dan rela menerima hukum Allah. Demikianlah makna tersirat di balik kalimat-kalimat,"…, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian." (إن كنتم تؤمنون بالله واليوم الآخر).”
Kedua: Hukum qazaf (menuduh liwat dan zina) adalah berat hingga kerana itu hal-hal berkaitan dengannya diperincikan oleh syari`at.
“Dalam kaitan inilah motif hukum qadhaf dalam syari`at Islam itu harus difahami. Mereka yang berleluasa menabur fitnah, melemparkan tuduhan keji (zina/liwat) tanpa pembuktian secara syar`i (menghadirkan empat orang saksi yang adil dan berwibawa) seharusnya menginsafi betapa buruknya perilaku mereka, dan betapa beratnya kesalahan jenayah qadhaf yang membawa hukuman deraan fizikal lapan puluh kali sebatan (ثمانين جلدة), di samping sanksi sosial dan moral: hilang kelayakan menjadi saksi (tentang apa pun dan sampai bila pun), dan seterusnya terlempar ke dalam kelompok orang-orang fasiq (الفاسقون) sebagaimana yang disebut dalam surah al-Nur:4-5. Demikianlah ketetapan hukum syari`at yang tidak boleh ditawar-tawar lagi. Cara pembuktiannya hanya satu: hadirkan empat saksi, dan tidak lain daripada itu. Dalam kes seperti ini pembuktian dengan cara bersumpah sama sekali tidak relevan.”
Ketiga: Menyebarkan tuntutan yang benar berasaskan syari`at adalah amanah dan tanggungjawab agama.
“Terlepas dari maksud mencampuri konflik politik antara parti, dengan niat murni semata-mata demi amanatu 'l-balagh serta tanggungjawab dakwah dan tazkirah, kita menyeru seluruh umat dan rakyat agar berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya, yang dalam hal ini pembuktiannya harus berdasarkan hukum syara`. Pembuktian yang tidak dilakukan secara syara` adalah tidak sah. Dalam kaitan ini seluruh rakyat yang menginsafi hakikat kesucian maruah dan ketinggian nilai kehormatan diri harus sedia memberikan sokongan dan dukungan kepada perjuangan suci mempertahankan maruah, kehormatan dan nama baik dari pencemaran fitnah.
Keempat: Menolak gejala fasik dan pertuduhan liwat dan zina terhadap DS Anwar Ibrahim.
“Selaras dengan itu seluruh umat Islam yang setia kepada idealisme masyarakat bersyari`at harus menolak gejala fusuq (kefasikan) yang menjelma dalam bentuk fitnah terhadap seseorang yang berintegriti moral. Dalam kaitan ini YB. Dato' Seri Anwar Ibrahim, atau siapa sahaja yang dilempari tuduhan (qadhaf) tanpa pembuktian secara syar`i berhak membela diri dan menuntut keadilan berasaskan hukum syara`: penuduh yang gagal menghadirkan empat orang saksi harus didakwa di bawah hukum qadhaf. Demi menghormati kedaulatan Islam, tuduhan yang tidak memenuhi persyaratan syara` seharusnya digugurkan. Dalam hubungan ini fatwa para ulama dunia yang berautoriti besar mengenai isu ini seperti al-Shaykh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan al-Shaykh Dr. Wahbah al-Zuhayli (kedua-duanya adalah penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah dari kerajaan Malaysia) serta yang lain-lainnya harus dihormati dan didukung tanpa ragu. Fatwa-fatwa mereka cukup jelas, tegas, kuat, berwibawa dan meyakinkan.
Kelima: Menegaskan tanggungjawab bersama dalam membina masyarakat berakhlak berdasarkan syari`at.
“Demi tanggungjawab membina umat dan masyarakat bermaruah yang saling hormat dan saling percaya, setiap warga harus memiliki keberanian bersikap, menolak budaya fasiq aib mengaib dan fitnah memfitnah. Masyarakat Islam bukan sebuah ladang fitnah, dan bukan juga sebuah pasar gosip. Al-Qur'an telah memberikan petunjuk jelas bagaimana menyikapi gejala fasiq seperti itu, iaitu dengan menolaknya secara jelas, tegas dan tanpa basa-basi, "… ini dusta yang nyata!" ,(...هذا إفك مبين)"…ini pembohongan besar!" .(هذا بهتان عظيم) Komitmen terhadap misi amar makruf nahi munkar menuntut setiap orang bertindak melawan gerakan penyebaran kebejatan (al-fahishah).
Keenam: Menasihati mereka yang terlibat dalam membuat jenayah qadhaf supaya kembali menginsafi ketelanjuran mereka dan merujuk kembali kepada amaran Allah.
“Mereka yang terlibat dengan kegiatan jahat menabur fitnah dan menyebarkan berita bohong di kalangan umat seharusnya menyedari dan menginsafi amaran keras pembalasan Tuhan sebagaimana ditegaskan dalam kitab suci-Nya: “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu (juga). Janganlah kamu mengira berita itu buruk bagi kamu bahkan itu baik bagi kamu. Setiap orang dari mereka akan mendapat balasan dari dosa yang diperbuatnya. Dan barang siapa di antara mereka yang mengambil bahagian terbesar (dari dosa yang diperbuatnya), dia mendapat azab yang besar (pula) - Al-Nur:11” “Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang sangat keji itu (berita bohong) tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, mereka mendapat azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. - Al-Nur:19”.
Sehubungan dengan ini juga, WADAH ingin menegaskan bahawa sebarang kenyataan, pandangan atau pendapat yang dikeluarkan oleh Prof Dato’ Dr Sidek Baba dan Dr Yusri Muhammad, termasuk yang berkaitan dengan isu ini, adalah tidak mewakili pandangan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Prof Dato’ Dr Sidek Baba ialah seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah memegang beberapa jawatan dalam ABIM termasuk sebagai Naib Presiden. Dr Yusri Muhammad pernah memimpin ABIM sebagai Presiden. Beliau baru melepaskan jawatannya sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan kini selaku Yang Di Pertua Yayasan Sofa, Negeri Sembilan.
Abdul Halim Ismail
Setiausaha Agung WADAH.
23 Muharram 1433
19 Disember 2011
Memperkasa umat dengan cara meningkatkan kesedaran dan kecerdasan daya fikir melalui pengembangan literatur bermutu, perbahasan dan wacana ilmu berkualiti serta pernyataan pandangan jelas dan tegas
Monday, December 19, 2011
Monday, December 12, 2011
POLEMIK HUDUD
KENYATAAN BERSAMA WAP BERHUBUNG POLEMIK HUDUD
Rangkaian gerakan Islam WADAH-ABIM-PKPIM (WAP), merakamkan rasa terganggu dan terkilan dengan gejala sikap kurang bertanggungjawab dalam menyikapi isu hudud yang kembali dipolemikkan dan dipolitikkan sebagaimana tercermin dalam kenyataan-kenyataan pelbagai pihak, termasuk yang mengeksploitasikannya dengan motif semata-mata untuk kepentingan politik sempit, juga yang menanggapinya secara dangkal, nakal dan provokatif. Isu penting dan berimplikasi besar ini seharusnya ditanggapi dan disikapi dengan rasa tanggungjawab keagamaan, amanah keilmuan, dan kesedaran kewarganegaraan sesuai dengan nilai-nilai budaya bangsa yang bertamadun dan beradab.
Bagi kaum Muslimin yang menginsafi hakikat bahawa al-Islam adalah al-din yang harus diterima secara kaffah, utuh dan menyeluruh (`aqidah dan syariatnya), pelaksanaan hukum hudud adalah suatu tanggungjawab keagamaan. Justeru, ia adalah bahagian daripada undang-undang jenayah (al-`uqubat) yang menjadi salah satu komponen utama syari`at Islam. Demikianlah hakikatnya, pelaksanaan hukum hudud harus dilihat sebagai bahagian integral daripada proses pelaksanaan syari`at (tatbiq al-shari`ah) keseluruhannya, meliputi segala bidang cakupannya.
Bagi kaum Muslimin yang menginsafi hakikat bahawa al-Islam adalah al-din yang harus diterima secara kaffah, utuh dan menyeluruh (`aqidah dan syariatnya), pelaksanaan hukum hudud adalah suatu tanggungjawab keagamaan. Justeru, ia adalah bahagian daripada undang-undang jenayah (al-`uqubat) yang menjadi salah satu komponen utama syari`at Islam. Demikianlah hakikatnya, pelaksanaan hukum hudud harus dilihat sebagai bahagian integral daripada proses pelaksanaan syari`at (tatbiq al-shari`ah) keseluruhannya, meliputi segala bidang cakupannya.
Syari`at adalah cara hidup yang lengkap (the complete way of life) yang mengatur segala dimensi kehidupan manusia: hubungannya dengan Tuhan dan hubungannya dengan sesama manusia sebagaimana yang diperincikan dalam pelbagai disiplin ilmu seperti `ibadat, munakahat, mu`amalat dan jinayat. Dengan demikian konsep pelaksanaan syari`at harus difahami dalam pengertian luas, termasuk dimensi hukum-hakamnya, semangatnya, akhlaknya, danmaqasidnya iaitu objektif pemeliharaan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Malang sekali andainya pelaksanaan syari`at direduksikan menjadi hanya sekadar hukum “potong tangan” dan “rejam”.
Dalam menyikapi hukum Ilahi (termasuk hudud) umat Islam tidak mempunyai pilihan selain patuh (sami`na wa ata`na), menepati ikrar raditu bi ‘Llahi Rabban (aku redha dengan Allah sebagai Tuhan) yang berimplikasi kerelaan menerima hukum-hakam-Nya, dan pengakuan bahawa ia adalah hukum yang terbaik dan teradil. Dalam hal ini akal manusia harus tunduk kepada wahyu, menerima hukum Tuhan seadanya, bukan memandai-mandai memperlekeh dan mempersenda hukum yang telah ditanzilkan oleh Tuhan Ahkam al-hakimin sebagai hukum yang barbaricdan zalim.
Dalam menyikapi hukum Ilahi (termasuk hudud) umat Islam tidak mempunyai pilihan selain patuh (sami`na wa ata`na), menepati ikrar raditu bi ‘Llahi Rabban (aku redha dengan Allah sebagai Tuhan) yang berimplikasi kerelaan menerima hukum-hakam-Nya, dan pengakuan bahawa ia adalah hukum yang terbaik dan teradil. Dalam hal ini akal manusia harus tunduk kepada wahyu, menerima hukum Tuhan seadanya, bukan memandai-mandai memperlekeh dan mempersenda hukum yang telah ditanzilkan oleh Tuhan Ahkam al-hakimin sebagai hukum yang barbaricdan zalim.
Manusia mukmin sebijak mana pun seharusnya menerima hakikat bahawa Tuhanlah yang Maha Tahu apa yang membawa kebaikan dan apa yang membawa keburukan (…ya`lamu al-mufsida min al-muslih). Apa yang ditentukan oleh Tuhan, itulah keadilan. Tuhan tidak berkepentingan ketika menentukan sesuatu hukum, tidak seperti manusia yang selalu membuat peraturan-peraturan yang didasari motif memelihara kepentingan diri dan kelompok.
Ternyata penerimaan terhadap syari`at (termasuk hukum hudud) sangat terkait dengan `aqidah atau iman. Justeru, memang syari`at selamanya tegak di atas asas `aqidah. Demikianlah dua serangkai yang tidak dapat dipisahkan, dan kerananya al-Qur’an selalu menyebut kedua-duanya dalam bentuk gandingan: iman dan amal salih (`aqidah dan syari`ah). Dengan kata lain, tidak ada syari`at tanpa `aqidah. Berasaskan premis tersebut, bagi umat Islam persoalannya bukan lagi perlu atau tidak melaksanakan hudud. Yang menjadi persoalan adalah bagaimana melaksanakannya.
Syari`at Islam adalah bersifat abadi dan universal, dan kerana itu ia sesuai dan relevan sepanjang masa dan di semua tempat, termasuk dalam masyarakat majmuk. Kemajmukan masyarakat tidak boleh dijadikan alasan untuk umat Islam menolak hukum hudud. Kemajmukan adalah fenomena yang tidak asing dalam sejarah pelaksanaan hukum Islam. Sejak zaman Perlembagaan Madinah fenomena kemajmukan sudahpun wujud. Penolakan atas alasan tersebut dikhuatiri boleh menjejaskan `aqidah kerana ia menyiratkan anggapan kelemahan hukum Allah, yang bererti juga kelemahan Allah.
Ternyata penerimaan terhadap syari`at (termasuk hukum hudud) sangat terkait dengan `aqidah atau iman. Justeru, memang syari`at selamanya tegak di atas asas `aqidah. Demikianlah dua serangkai yang tidak dapat dipisahkan, dan kerananya al-Qur’an selalu menyebut kedua-duanya dalam bentuk gandingan: iman dan amal salih (`aqidah dan syari`ah). Dengan kata lain, tidak ada syari`at tanpa `aqidah. Berasaskan premis tersebut, bagi umat Islam persoalannya bukan lagi perlu atau tidak melaksanakan hudud. Yang menjadi persoalan adalah bagaimana melaksanakannya.
Syari`at Islam adalah bersifat abadi dan universal, dan kerana itu ia sesuai dan relevan sepanjang masa dan di semua tempat, termasuk dalam masyarakat majmuk. Kemajmukan masyarakat tidak boleh dijadikan alasan untuk umat Islam menolak hukum hudud. Kemajmukan adalah fenomena yang tidak asing dalam sejarah pelaksanaan hukum Islam. Sejak zaman Perlembagaan Madinah fenomena kemajmukan sudahpun wujud. Penolakan atas alasan tersebut dikhuatiri boleh menjejaskan `aqidah kerana ia menyiratkan anggapan kelemahan hukum Allah, yang bererti juga kelemahan Allah.
Seolah-olah Tuhan terlepas pandang tentang adanya kaum Muslimin di tengah masyarakat majmuk. Kemajmukan adalah ciptaan Allah Yang Maha Esa sebagaimana hukum syari`at juga adalah ciptaan Allah Yang Maha Esa. Faham Keesaan Allah berimplikasi bahawa segala ciptaan Allah terjalin dan terpadu dalam kesatuan tauhidik yang harmonis.
Hudud sebagai bahagian daripada syari`at adalah amanah Allah yang harus dilaksanakan dengan bijaksana (berhikmah) dan penuh tanggungjawab demi mencapai objektif keadilan Ilahi. Untuk itu proses pelaksanaan hukum hudud harus mematuhi kaedah-kaedah perubahan yang realistik dan strategik. Antara realiti yang harus diambil kira termasuklah hakikat bahawa pelaksanaanhudud dalam konteks Malaysia ketika ini diperjuangkan menerusi proses demokrasi, dan dalam kerangka perlembagaan negara. Selain itu ia juga diperjuangkan di tengah masyarakat majmuk, dan di tengah suasana wujudnya masalah al-ummiyyat al-diniyyah atau gejala “buta agama” yang cukup fenomenal.
Mengambil kira realiti tersebut, perjuangan melaksanakan syari`at harus didasarkan kepada fiqh al-awlawiyyat,perubahan yang menepati urutan keutamaan dengan mengenalpasti apa yang harus didahulukan dan apa yang perlu dikemudiankan. Perjuangan melaksanakan syari`at juga harus menepati kaedah dan pendekatan al-tadarruj, beransur-ansur, subtle dan gradual. Minda umat keseluruhannya harus dipersiapkan untuk sedia menerima perubahan (hidup dalam kawalan syari`at dan hududu ‘Llah). Para penguasa perlu dipersiapkan denganpolitical will, tekad politik yang kental untuk melaksanakan syari`at. Rakyat massa pula harus dipersiapkan dengan ilmu, kefahaman dan kesedaran keagamaan agar siap mendukung pelaksanaan syari`at.
Hudud sebagai bahagian daripada syari`at adalah amanah Allah yang harus dilaksanakan dengan bijaksana (berhikmah) dan penuh tanggungjawab demi mencapai objektif keadilan Ilahi. Untuk itu proses pelaksanaan hukum hudud harus mematuhi kaedah-kaedah perubahan yang realistik dan strategik. Antara realiti yang harus diambil kira termasuklah hakikat bahawa pelaksanaanhudud dalam konteks Malaysia ketika ini diperjuangkan menerusi proses demokrasi, dan dalam kerangka perlembagaan negara. Selain itu ia juga diperjuangkan di tengah masyarakat majmuk, dan di tengah suasana wujudnya masalah al-ummiyyat al-diniyyah atau gejala “buta agama” yang cukup fenomenal.
Mengambil kira realiti tersebut, perjuangan melaksanakan syari`at harus didasarkan kepada fiqh al-awlawiyyat,perubahan yang menepati urutan keutamaan dengan mengenalpasti apa yang harus didahulukan dan apa yang perlu dikemudiankan. Perjuangan melaksanakan syari`at juga harus menepati kaedah dan pendekatan al-tadarruj, beransur-ansur, subtle dan gradual. Minda umat keseluruhannya harus dipersiapkan untuk sedia menerima perubahan (hidup dalam kawalan syari`at dan hududu ‘Llah). Para penguasa perlu dipersiapkan denganpolitical will, tekad politik yang kental untuk melaksanakan syari`at. Rakyat massa pula harus dipersiapkan dengan ilmu, kefahaman dan kesedaran keagamaan agar siap mendukung pelaksanaan syari`at.
Sesungguhnya suasana yang kondusif adalah keperluan utama menjayakan agenda perubahan. Dengan demikian pelaksanaan syari`at tidak akan berupa suatu pemaksaan ke atas masyarakat yang enggan (reluctant society) kerana jahil dan keliru. Sementara itu mekanisme dan jentera pelaksananya juga harus dipersiapkan dengan tahap profesionalisme, kompetensi dan integriti yang tinggi. Tahap kemampuan yang sedemikian adalah syarat yang tidak boleh dikompromikan demi menjamin tercapainya objektif keadilan, mendidik serta menginsafkan penjenayah, dan lebih penting daripada itu dapat melindungi mangsa dan masyarakat seluruhnya.
Memang demikianlah falsafah hukum dalam Islam, tidak seperti undang-undang rekaan manusia yang terkesan bersimpati kepada penjenayah sehingga mengabaikan tanggungjawab melindungi korban. Akibatnya jenayah berleluasa, sedang masyarakat hidup dalam ketakutan. Ternyata pelaksanaan hudud sebagai bahagian daripada pelaksanaan syari`at bukan hanya urusan para fuqaha’ dan ahli undang-undang, tetapi urusan kolektif pelbagai pihak: penguasa, ahli politik, pentadbir, pendakwah, pendidik, ilmuwan, cendekiawan dan lain-lain.
Para penguasa harus berusaha menggunakan kuasa mereka sejauh yang dimungkinkan oleh realiti tempat, masa dan kemampuan. Pendakwah dan pendidik harus berjihad membina generasi dan umat Muslim yang komited, berjiwa dan berfikrah Islamiah. Para ilmuwan dan cendekiawan harus berjuang membasmi kejahilan dan kekeliruan masyarakat tentang hakikat syari`at termasuk hukum hudud. Masyarakat umumnya harus disedarkan bahawa perjuangan mendaulatkan syari`at tidak hanya sebatas melaksanakan hukum jenayah, tetapi mencakupi daerah yang lebih luas, meliputi segala usaha ke arah kehidupan berkualiti (hayatan tayyibah) yang penuh barakah, adil dan sejahtera, bermaruah dan berakhlak mulia.
Segalanya diperjuangkan secara terpadu, seiring dan sehaluan. Hukuman hudud ke atas pencuri misalnya, harus dilaksanakan seiring dengan perjuangan meningkatkan taraf hidup rakyat dan menegakkan prinsip keadilan sosial, pemerataan kueh negara, dan seterusnya memerangi amalan pembolotan kekayaan negara oleh kaum kroni. Dengan demikian hukuman hudud ke atas pencuri hanya dilaksanakan setelah mengambil kira konteks sosio-ekonominya. Andainya jenayah mencuri itu berlaku dalam keadaan kecukupan dan taraf hidup yang selayaknya (reasonable), wajarlah pelakunya dihukumhudud. Memang ia tidak layak hidup dalam masyarakat manusia yang beragama dan berbudaya.
Demikianlah hakikatnya, undang-undang jenayah Islam tidak dilaksanakan secara terpisah dari syari`at keseluruhannya. Ia selamanya terkait dan terpadu dengan komponen-komponen syari`at lainnya, termasuk komponen kerohanian seperti iman, taqwa, dan nilai-nilai akhlak mulia lainnya. Dalam masyarakat pengamal syari`at secara utuh dan terpadu seperti itu tidak akan banyak kes jenayah yang berlaku. Gambaran tentang masyarakat yang penuh dengan potongan-potongan tangan yang berserakan akibat hukum hudud sebenarnya hanya imajinasi jahil dan mengada-ngada. Keadaan yang mengerikan seperti itu tidak pernah terjadi sepanjang sejarah pelaksanaan hukum hudud pada masa lalu. Dalam kaitan ini terdapat catatan bahawa sepanjang sejarah generasi Islam seratus tahun pertama (dari bi`thah hingga pertengahan era Umawi) hukuman hudud zina hanya dilaksanakan sebanyak enam kali, sementara hukumanhudud ke atas pencuri dilaksanakan hanya empat kali sepanjang tempoh yang sama (seratus tahun).
Perjuangan mendaulatkan syari`at ketika ini terpaksa berhadapan dengan kenyataan bahawa Islam, terutama undang-undang jenayahnya telah lama dimomokkan dengan pelbagai label negatif: kejam, barbaric dan menakutkan. Dalam kaitan inilah pentingnya usaha pemulihan citra Islam sebagai agama yang ramah dan pembawa rahmah. Islam tidak datang untuk mendera, tetapi untuk menyejahterakan (aslim taslam!). Tanggapan negatif terhadap syari`at di kalangan sebahagian umat Islam dan bukan Islam harus ditangani dengan usaha pencerahan, memberikan kefahaman menerusi pendekatan dialog yang meyakinkan dan penuh hikmah. Semua pihak, terutama warga bukan Islam seharusnya bersikap terbuka dan objektif dalam memahami dan mempersepsikan Islam. Untuk itu mereka perlu mewaspadai jebakan Islamophobia yang disebarkan oleh dalang-dalang konspirasi global.
Dalam masyarakat berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, semangat toleransi antara agama harus sentiasa dipupuk dengan menyuburkan sikap saling hormat, termasuk mengakui hak umat Islam mengamalkan agamanya (`aqidah dan syari`at Islam), sebagaimana umat Islam menghormati agama lain dan mengakui hak penganut-penganutnya mengamalkan agama masing-masing. Dalam hal ini warga bukan Islam perlu memahami bahawa hak mengamalkan agama dalam konteks umat Islam adalah meliputi pengamalan hukum-hakam agama (Islam) dalam segala bidang, termasuk bidang hukum jenayah.
Demikianlah hakikatnya, undang-undang jenayah Islam tidak dilaksanakan secara terpisah dari syari`at keseluruhannya. Ia selamanya terkait dan terpadu dengan komponen-komponen syari`at lainnya, termasuk komponen kerohanian seperti iman, taqwa, dan nilai-nilai akhlak mulia lainnya. Dalam masyarakat pengamal syari`at secara utuh dan terpadu seperti itu tidak akan banyak kes jenayah yang berlaku. Gambaran tentang masyarakat yang penuh dengan potongan-potongan tangan yang berserakan akibat hukum hudud sebenarnya hanya imajinasi jahil dan mengada-ngada. Keadaan yang mengerikan seperti itu tidak pernah terjadi sepanjang sejarah pelaksanaan hukum hudud pada masa lalu. Dalam kaitan ini terdapat catatan bahawa sepanjang sejarah generasi Islam seratus tahun pertama (dari bi`thah hingga pertengahan era Umawi) hukuman hudud zina hanya dilaksanakan sebanyak enam kali, sementara hukumanhudud ke atas pencuri dilaksanakan hanya empat kali sepanjang tempoh yang sama (seratus tahun).
Perjuangan mendaulatkan syari`at ketika ini terpaksa berhadapan dengan kenyataan bahawa Islam, terutama undang-undang jenayahnya telah lama dimomokkan dengan pelbagai label negatif: kejam, barbaric dan menakutkan. Dalam kaitan inilah pentingnya usaha pemulihan citra Islam sebagai agama yang ramah dan pembawa rahmah. Islam tidak datang untuk mendera, tetapi untuk menyejahterakan (aslim taslam!). Tanggapan negatif terhadap syari`at di kalangan sebahagian umat Islam dan bukan Islam harus ditangani dengan usaha pencerahan, memberikan kefahaman menerusi pendekatan dialog yang meyakinkan dan penuh hikmah. Semua pihak, terutama warga bukan Islam seharusnya bersikap terbuka dan objektif dalam memahami dan mempersepsikan Islam. Untuk itu mereka perlu mewaspadai jebakan Islamophobia yang disebarkan oleh dalang-dalang konspirasi global.
Dalam masyarakat berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, semangat toleransi antara agama harus sentiasa dipupuk dengan menyuburkan sikap saling hormat, termasuk mengakui hak umat Islam mengamalkan agamanya (`aqidah dan syari`at Islam), sebagaimana umat Islam menghormati agama lain dan mengakui hak penganut-penganutnya mengamalkan agama masing-masing. Dalam hal ini warga bukan Islam perlu memahami bahawa hak mengamalkan agama dalam konteks umat Islam adalah meliputi pengamalan hukum-hakam agama (Islam) dalam segala bidang, termasuk bidang hukum jenayah.
Justeru, pelaksanaan hukum hudud di kalangan umat Islam adalah sebahagian daripada hak beragama dan hak mengamalkan agama anutan mereka. Warga bukan Islam tidak perlu merasa terganggu dengan pelaksanaan hukum tersebut kerana ia tidak melibatkan mereka dan tidak menjejaskan hak mereka untuk beramal dengan ajaran agama anutan mereka sendiri. Sesuai dengan semangat toleransi antara agama, semua pihak harus menghentikan segala bentuk perlakuan dan pernyataan yang menghina dan mempersenda agama. Kenyataan-kenyataan sinis dan provokatif yang kadang-kadang diucap atau diungkapkan oleh media atau pemimpin masyarakat jelas tidak membina dan tidak mendidik, juga bertentangan dengan nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan bangsa yang beradab dan bertamadun.
Sekretariat Bersama,
Sekretariat Bersama,
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
Friday, November 25, 2011
Satu langkah ke hadapan, tiga langkah ke belakang.
WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
Pernyataan Sikap
RANG UNDANG-UNDANG PERHIMPUNAN AMAN 2011
Satu langkah ke hadapan, tiga langkah ke belakang.
Hasrat untuk melihat Malaysia muncul sebagai sebuah negara yang bergerak menerima ciri-ciri masyarakat madani (civil society) dengan menjunjung hak-hak asasi dan prinsip-prinsip demokrasi, tampaknya tidak kesampaian - sekurang-kurangnya buat masa ini. Pengumuman kandungan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang dibentangkan di parlimen baru-baru ini dan bakal dibahaskan pada hari Selasa akan datang (29 november 2011) membuktikan bahawa apa yang disebut sebagai satu langkah bersejarah itu, mungkin berakhir dengan bertambahnya kekecewaan rakyat terhadap sikap represif pemerintah. Langkah yang diwar-war sebagai tanda sikap terbuka pemerintah ke arah perluasan ruang demokrasi, ternyata hanyalah satu helah untuk menambah kekangan ke atas hak demokratik rakyat dengan memperketat dan mempersulitkan hak untuk berhimpun secara aman.
Kebebasan berhimpun secara aman (freedom of assembly) adalah hak rakyat untuk berkumpul. Kebebasan ini berkait rapat dengan hak kebebasan bersuara bagi membolehkan rakyat menyatakan keprihatinan mereka terhadap sesuatu isu yang mempunyai kepentingan bersama. Kebebasan berkumpul secara aman diperakui sebagai salah satu asas kebebasan (fundamental rights) yang mencirikan masyarakat demokratik yang sebenar.
Islam menjadikan tanggungjawab menyuarakan pandangan dan membantah sesuatu yang nyata munkar sebagai tanggungjawab keagamaan. Agama mempertanggungjawabkan mereka yang sadar dan mempunyai kuasa untuk menggunakan kuasanya bagi membenteras kemunkaran dan menukarnya kepada kemakrufan. Namun bagi mereka yang tidak mempunyai wibawa dan kuasa, kuasa lisan mestilah digunakan bagi memberi kesan kepada perubahan yang diharapkan. Al-taghyir bi al-lisan (mengubah kemunkaran dengan ekspresi lisan) akan lebih berkesan sekiranya dibuat secara kolektif melalui perhimpunan dan perkumpulan. Dengan demikian hak berkumpul secara aman bagi menyatakan bantahan, pendirian dan pandangan atau membuat tuntutan adalah juga hak yang mempunyai nilai dan justifikasi keagamaan. Oleh itu hak berhimpun dan hak bersuara tidak sepatutnya dibatasi dan disekat sebaliknya kemahuan seperti ini perlu dirai dan digalakkan serta wajar diberi penghargaan.
Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentang di parlimen bagi mengganti Syeksen 27 akta Polis 1967, telah mencadangkan antara lain keperluan memberi notis 30 hari lebih awal, syarat tiada bantahan dari polis, tiada perhimpunan atau bantahan jalanan, tidak dibuat berdekatan premis-premis tertentu, syarat-syarat tentang usia penganjur dan peserta perhimpunan dan denda-denda yang lebih berat, menjadi rang undang-undang tersebut dibantah bukan sahaja oleh parti-parti politik, tetapi juga oleh Suhakam, Majlis Peguam Malaysia dan beberapa NGO.
Meneliti kandungan rang undang-undang tersebut ternyata cadangan dan pindaan yang dibuat menggambarkan kehendak pemerintah yang ingin terus mengongkong rakyat menerusi beberapa kekangan baru yang dikenakan ke atas hak-hak berhimpun rakyat. Ini juga menggambarkan sikap pemerintah yang memandang rakyat dengan pandangan yang penuh negatif; sebagai kelompok yang jahil, tidak bertamadun, mempunyai tendensi keganasan dan tidak boleh dipercayai (cannot be trusted), sehingga ‘bahasa yang sesuai untuk mereka’ ialah peraturan yang lebih ketat dan hukuman yang lebih berat. Selagi pemerintah tidak memiliki sense of humility dan enggan menganggap rakyat sebagai rakan dalam pembinaan negara (partner in nation building), selagi itulah hubungan pemerintah-rakyat sentiasa tegang, mengakibatkan terbantutnya sebarang usaha membina negara dan membawa kesejahteraan kepada rakyat.
Tidak ada maknanya kita memanggil pindaan ini sebagai ‘revolutionary’ dan ‘a giant leap’ kalau pindaan yang dibuat menjadikannya lebih represif dengan kongkongan yang meningkat, kawalan yang lebih ketat dan dengan prosedur yang lebih sulit dan menyusahkan, apatah lagi apabila pindaan ini berlawanan dengan maksud kebebasan dasar (fundamental liberties) dan bertentangan pula dengan semangat perlembagaan.
Sehubungan dengan itu, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) berpandangan bahawa tiada pilihan yang boleh dibuat oleh kerajaan, kecuali menarik balik rang undang-undang tersebut atau menggugur semua fasal-fasal yang nyata bertentangan dengan semangat demokrasi dan perlembagaan negara dan memindanya supaya lebih realistik, demokratis, prihatin terhadap kebebasan rakyat serta menggambarkan sebuah masyarakat madani dan negara yang bertamaddun.
Ab Halim Ismail
Setiausaha Agung
WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
30 Zul-HijjH 1433
26 November 2011.
Pernyataan Sikap
RANG UNDANG-UNDANG PERHIMPUNAN AMAN 2011
Satu langkah ke hadapan, tiga langkah ke belakang.
Hasrat untuk melihat Malaysia muncul sebagai sebuah negara yang bergerak menerima ciri-ciri masyarakat madani (civil society) dengan menjunjung hak-hak asasi dan prinsip-prinsip demokrasi, tampaknya tidak kesampaian - sekurang-kurangnya buat masa ini. Pengumuman kandungan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang dibentangkan di parlimen baru-baru ini dan bakal dibahaskan pada hari Selasa akan datang (29 november 2011) membuktikan bahawa apa yang disebut sebagai satu langkah bersejarah itu, mungkin berakhir dengan bertambahnya kekecewaan rakyat terhadap sikap represif pemerintah. Langkah yang diwar-war sebagai tanda sikap terbuka pemerintah ke arah perluasan ruang demokrasi, ternyata hanyalah satu helah untuk menambah kekangan ke atas hak demokratik rakyat dengan memperketat dan mempersulitkan hak untuk berhimpun secara aman.
Kebebasan berhimpun secara aman (freedom of assembly) adalah hak rakyat untuk berkumpul. Kebebasan ini berkait rapat dengan hak kebebasan bersuara bagi membolehkan rakyat menyatakan keprihatinan mereka terhadap sesuatu isu yang mempunyai kepentingan bersama. Kebebasan berkumpul secara aman diperakui sebagai salah satu asas kebebasan (fundamental rights) yang mencirikan masyarakat demokratik yang sebenar.
Islam menjadikan tanggungjawab menyuarakan pandangan dan membantah sesuatu yang nyata munkar sebagai tanggungjawab keagamaan. Agama mempertanggungjawabkan mereka yang sadar dan mempunyai kuasa untuk menggunakan kuasanya bagi membenteras kemunkaran dan menukarnya kepada kemakrufan. Namun bagi mereka yang tidak mempunyai wibawa dan kuasa, kuasa lisan mestilah digunakan bagi memberi kesan kepada perubahan yang diharapkan. Al-taghyir bi al-lisan (mengubah kemunkaran dengan ekspresi lisan) akan lebih berkesan sekiranya dibuat secara kolektif melalui perhimpunan dan perkumpulan. Dengan demikian hak berkumpul secara aman bagi menyatakan bantahan, pendirian dan pandangan atau membuat tuntutan adalah juga hak yang mempunyai nilai dan justifikasi keagamaan. Oleh itu hak berhimpun dan hak bersuara tidak sepatutnya dibatasi dan disekat sebaliknya kemahuan seperti ini perlu dirai dan digalakkan serta wajar diberi penghargaan.
Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentang di parlimen bagi mengganti Syeksen 27 akta Polis 1967, telah mencadangkan antara lain keperluan memberi notis 30 hari lebih awal, syarat tiada bantahan dari polis, tiada perhimpunan atau bantahan jalanan, tidak dibuat berdekatan premis-premis tertentu, syarat-syarat tentang usia penganjur dan peserta perhimpunan dan denda-denda yang lebih berat, menjadi rang undang-undang tersebut dibantah bukan sahaja oleh parti-parti politik, tetapi juga oleh Suhakam, Majlis Peguam Malaysia dan beberapa NGO.
Meneliti kandungan rang undang-undang tersebut ternyata cadangan dan pindaan yang dibuat menggambarkan kehendak pemerintah yang ingin terus mengongkong rakyat menerusi beberapa kekangan baru yang dikenakan ke atas hak-hak berhimpun rakyat. Ini juga menggambarkan sikap pemerintah yang memandang rakyat dengan pandangan yang penuh negatif; sebagai kelompok yang jahil, tidak bertamadun, mempunyai tendensi keganasan dan tidak boleh dipercayai (cannot be trusted), sehingga ‘bahasa yang sesuai untuk mereka’ ialah peraturan yang lebih ketat dan hukuman yang lebih berat. Selagi pemerintah tidak memiliki sense of humility dan enggan menganggap rakyat sebagai rakan dalam pembinaan negara (partner in nation building), selagi itulah hubungan pemerintah-rakyat sentiasa tegang, mengakibatkan terbantutnya sebarang usaha membina negara dan membawa kesejahteraan kepada rakyat.
Tidak ada maknanya kita memanggil pindaan ini sebagai ‘revolutionary’ dan ‘a giant leap’ kalau pindaan yang dibuat menjadikannya lebih represif dengan kongkongan yang meningkat, kawalan yang lebih ketat dan dengan prosedur yang lebih sulit dan menyusahkan, apatah lagi apabila pindaan ini berlawanan dengan maksud kebebasan dasar (fundamental liberties) dan bertentangan pula dengan semangat perlembagaan.
Sehubungan dengan itu, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) berpandangan bahawa tiada pilihan yang boleh dibuat oleh kerajaan, kecuali menarik balik rang undang-undang tersebut atau menggugur semua fasal-fasal yang nyata bertentangan dengan semangat demokrasi dan perlembagaan negara dan memindanya supaya lebih realistik, demokratis, prihatin terhadap kebebasan rakyat serta menggambarkan sebuah masyarakat madani dan negara yang bertamaddun.
Ab Halim Ismail
Setiausaha Agung
WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
30 Zul-HijjH 1433
26 November 2011.
Thursday, November 24, 2011
Satu Keyakinan, Satu Perjuangan
Multaqa Masyayikh al Harakah: Satu Keyakinan, Satu Perjuangan
Berikut adalah sedikit catatan ringkas program yang julung kali diadakan. Alhamdulillah. Multaqa Masyayikh al Harakah ABIM atau Perjumpaan Senior-Senior Gerakan ABIM telah berjalan lancar pada 20 November 2011 di SERI Madrasah Ad Diniah Sg Bakap dengan hampir semua tetamu jemputan utama hadir. Pertemuan ini dapat mengumpulkan sahabat-sahabat senior merentasi negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan. Kehadiran pula sekitar 80 orang termasuk anggota WADAH, ABIM dan HELWA.
Di antara yang hadir : Dato Ustaz Abd Majid Zainal Abidin, Dato Ustaz Mohd Yusuf Abd Latif, Ustaz Shoib Mohd Amin, Ustaz Abdullah Che Teh, Ustaz Abd Wahab, Cikgu Shuib Jaafar ( datang dari Sg Petani), YB Ustaz Makhtar Shafie, Cikgu Ismail Othman, Hj Mohammad Din, Prof Zhari Ismail, Cikgu Mustafa Shafie, Ustazah Jau Zaharah, serta sahabat-sahabat pimpinan WADAH, ABIM dan para tetamu.
Program bermula pada 11.00 pagi dengan pembacaan Doa Rabitah sebagai pembukaan oleh Ustaz Shoib Mohd Amin (mantan NYDP pada 80'an). Tayangan video Selamat Berjuang yang merakamkan perjalanan awal dakwah dan perjuangan ABIM dipertontonkan.
Tuan rumah Cikgu Hj Mustafa Shafie yang mewakili Madrasah Ad Diniah telah mengalu-alukan kedatangan para hadirin. Madrasah Ad Diniah adalah tapak dan pengkalan bagi pembangunan pendidikan SERI dan SEMI. Madrasah ini juga adalah warisan dan waqaf pejuang agama yang setia dan kekal sentiasa menjadi pusat da’wah dan markaz gerakan ABIM bagi meneruskan kebangkitan dan pengisian kesedaran Islam. Cikgu Mustafa menceritakan bahawa beliau mengaturkan Multaqa ini bersama rakan-rakan lain bagi memenuhi hasrat dan hajat Ustaz Abd Majid untuk bertemu semula dengan sahabat-sahabat seangkatan.
Tuan Hj Zainon berucap sebagai NYDP mewakili WADAH Pulau Pinang melahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bertemu dengan wajah-wajah sahabat lama. Kenangan manis nostalgia semasa berpengkalan di Masjid An Nur, Jalan Pintal Tali, Georgetown dinukilkannya. Masjid An Nur Pintal Tali adalah masjid terbiar di tengah-tengah Pusat Bandar dan di sini ABIM cuba mengimarah menghidupkannya kembali dengan penuh keiltizaman.
Ucapan Ustazah Jau Jaharah (mantan Ketua HELWA 80'an-90'an) mewakili HELWA telah merasakan terpanggil untuk menggerakkan bersama wadah gerakan Islam ini. HELWA berganding bahu aktif berjuang bersama mencapai cita-cita gerakan tanpa mengabaikan keluarga dan akhlak tatasulia. Sesungguhnya perjuangan yang dipikul ini ada keberkatannya. Beliau mengingatkan bahawa Istiqamah dalam perjuangan ini adalah satu tuntutan.
YB Ustaz Makhtar Shafie telah mengakui bahawa penyertaan di dalam gerakan ABIM dan pembentukan watak serta peningkatan kesedaran melalui usrah memberikan kesan bermakna yang membawa kepada kebaikan dalam diri dan untuk masyarakat. Begitulah dinamakan iltizam bil jamaah iaitu walaupun berasa penat berkhidmat tetapi apabila tetap berminat maka hilang rasa kekecewaan. Hasil tarbiyyah dan didikan yang diperolehi daripada usrah itulah yang cuba di terjemahkan dalam tindakan dan perlaksanaan.
Ustaz Dr Wan Salim Mohd Noor YDP WADAH Pulau Pinang menyampaikan bahawa ikatan yang mengeratkan hubungan kita semua ialah ukhuwwah Islamiah - persaudaraan Islam. Ikrar perjuangan ditautkan dengan ikatan ukhuwwah, pertemuan atas pesanan kebenaran dan kesabaran, hati-hati disatukan dengan kalimah tinggi dan mulia meneruskan risalah. Perjuangan kita memang realistik dan praktikal. Pendirian pendekatan kita adalah wasotiyyah - pertengahan. Kita memanfaatkan cetusan pelbagai idea kreatif menyampaikan da’wah dan risalah dengan pendekatan bil hikmah, kebijaksanaan, bil hal, model contoh teladan, bil lisan, dengan ucapan yg bernas, kesederhanaan berprinsip sebagai rahmat kepada seluruh alam. Menyentuh dengan agak panjang lebar berkenaan hal semasa dan isu hak asasi manusia -human rights - Ustaz Wan Salim menyatakan bahawa Islam menerima dan menyaring. Islam memang menganjurkan kebebasan sebagai satu hak asasi manusia yang mesti dijamin dan dilindungi. Ini merangkumi hak kebebasan beragama - menganut mana-mana agama yang diyakini dan cara mendirikan ritual menurut agama masing-masing, hak mengungkapkan pandangan, hak memilih pekerjaan, hak berpolitik - menganggotai dan menyokong mana-mana parti politik yang disukai, malah hak menjatuhkan pemerintahan yang tidak disukai dengan memakai-cara-cara yang diizinkan oleh undang-undang sesebuah negara.
Tetapi dari sudut lain, kebebasan sebagai salah satu hak asasi manusia mestilah bersandar kepada ciri-ciri dan nilai-nilai kemanusiaan, mesti berprinsip dan berperaturan; bukan kebebasan melulu. Hak mestilah diimbangi dengan kewajipan, mesti akur kepada shariah dan perundangan. Agama, amat bergantung kepada kawalan dari dalam diri manusia itu sendiri (iman, takwa, khashyatillah). Tetapi jika daya kawalan batin ini lemah maka terpaksalah dipakai undang-undang dan yang pentingnya undang-undang mestilah adil demi memelihara hak orang lain dan memelihara kesejahteraan hidup bermasyarakat.
Sdr Rezal Abd Majid NYDP ABIM Pulau Pinang berpandangan bahawa cabaran semasa cukup berbeza antara dahulu dan sekarang. Ada keterbatasan pergerakan dalam isu Akta Belia. Apabila Parlimen Belia bermula pada 2013, pencalonan wakil parlimen belia akan di undi secara online untuk memenangi kerusi. Kita perlu bersama dan besepakat membantu anak-anak, jiran dan semua yang berada di wilayah pengaruh kita semua untuk suburkan ABIM sebagai gerakan masyarakat.
Cikgu Hj Abd Karim Ismail (mantan Setiausaha ABIM Pulau Pinang paling lama berkhidmat bersama 3 orang YDP ABIM Pulau Pinang bermula dengani Dato Ustaz Mohd Yusuf, Dato Ustaz Abd Majid dan Ustaz Dr Wan Salim) sekarang menetap di Baling. Menurutnya, Gerakan ABIM adalah satu rahmat kerana menyertainya bermakna melalui skima Dakwah dan Tarbiyyah. Inilah dua elemen yang penting yang boleh di bawa ke mana-mana. Malah selama 2 penggal menjadi YDP PAS Baling -Cikgu Abd Karim membawa budaya ini, ada yang terima dan ada juga segelintir yang berasa rimas. Sebab itu perlu juga dikerahkan jihad di minda bukan daripada semangat berkobar saja tanpa disertai bersama roh dalaman. Ingatan dan perjuangan Gerakan masih fresh...segar bugar bagaikan bayu pagi yang meniup dari gunung Baling.
Dato' Ustaz Mohd Yusof Abd Latif (mantan YDP ABIM Pulau Pinang ke 2) menyatakan kesyukuran atas kesihatannya, alhamdulillah. Beliau berucap bertongkat dan duduk di atas kerusi. Pengalamannya selama 5 tahun belajar di Universiti AL Azhar tetapi tidak bertemu dengan perjuangan berbentuk Haraki dan Jamaah. Apabila kembali ke Malaysia barulah berjumpa dan setelah mendengar tadhkirah-kuliah Anwar Ibrahim , maka kenal, cinta dan bersama Gerakan ABIM. Beliau merasakan keindahannya sehingga sampai nak dibawa ke mana-mana. Nukilannya pengalaman bersama politik dan menjadi MP dan wakil rakyat -adalah hasil pengalaman bersama ABIM. Rakyat bukan Islam cukup respect - sangat menghormati kerana wakil rakyat yang... clean - yang bersih, yang amanah - tak mau dan tak makan duit.
Dato Ustaz Abd Majid Zainal Abidin (mantan YDP ABIM Pulau Pinang ke 3) berasa teramat yakin bahawa perjuangan kita bertunjangkan keikhlasan pada Allah swt. Sebab itulah kita boleh Istiqamah dengan perjuangan. ABIM berusaha sebagai Gerakan Islam untuk ummah, menyeru manusia mengabdikan diri kepada Allah s.w.t., menegakkan cita-cita Islamiyyah demi mencapai keridhaanNya. Kita menimba ilmu, memantapkan iman, memperbaiki amal, gerakerja berjamaah, membentuk kesabaran, istiqamah dalam perjuangan. Memang tribulasi bermacam-macam tetapi kita masih yakin dengan perjuangan. Banyak kenangan manis perjuangan dan peristiwa bersejarah bagi tokoh dan akitivis gerakan. Beliau menceritakan bahawa Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmud (mantan pimpinan ABIM Pulau Pinang) - telah berwasiat kepada isterinya berbunyi ...... kalau aku mati - talipon Ust Majid........ itulah antara sahabat sehati sejiwa dengan perjuangan, gerakan dan Islam. Sahabat dunia dan akhirat.
ALLAHU AKBAR. Para hadirin merasa sebak melihat keyakinan yang seyakin-yakinnya dengan perjuangan Islam melalui wadah ABIM ini.
Program di akhiri dengan Tahlil yang di ketuai Ustaz Abdullah Che Teh yang sentiasa bersemangat, ceria dan terkenal dengan ungkapan selorohnya......the first and the last.
(Adaptasi daripada catatan asal oleh sdr Hj Muhamad Zaki Bin Hj Rafiee)
Friday, November 4, 2011
Tafsir Mauduiy siri 60 - Dr Siddiq Fadil
TIPs PENGURUSAN DARI PROPHET YUSUF A.S.
“SCHOOL OF MANAGEMENT ”: MENANGKAP MESEJ
AYAT-AYAT 46-57 SURAH YUSUF
Siddiq Fadzil
Mukadimah
Pengkisahan sejarah para rasul dalam al-Qur’an bukan dengan maksud lipur lara, tetapi membawa mesej edukatif penguatan hati, pemantapan jiwa dan pengentalan semangat sebagaimana yang diungkapkan dalam al-Qur’an dengan kata “… ma nuthabbitu bihi fu`adak”. Demikianlah hakikatnya, bahawa kisah-kisah tersebut adalah inspirator kesedaran dan sekaligus penyuntik kekuatan mental-spiritual yang sangat menakjubkan. Yang terasa paling mengesankan adalah surah Yusuf, pengkisahan sejarah dan liku-liku hidup Nabi Yusuf `a.s. yang disifatkan oleh al-Qur’an sendiri sebagai ahsana ‘l-qasas (kisah terindah). Memang surah ini sangat istimewa: ahsana ‘l-qasas dalam ahsana ‘l-hadith, kisah terindah dalam kitab terindah (al-Qur’an). Surah ini memang padat dengan mesej kependidikan dan sarat dengan pesan-pesan kepengurusan. Nabi Yusuf `a.s. ditampilkan sebagai da`i dan murabbi, pemimpin dan pengurus pada era krisis ekonomi yang mengancam survival seluruh warga serantau (Mesir dan sekitarnya). Ayat-ayat 46-57 surah ini memaparkan pakej penyelamatan ekonomi, atau model pengurusan krisis gaya Nabi Yusuf `a.s.
46. (setelah ia berjumpa Dengan Yusuf, berkatalah ia): "Yusuf, Wahai orang Yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada Kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu Yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu Yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) Yang hijau serta tujuh tangkai lagi Yang kering; (tafsirkanlah) supaya Aku kembali kepada orang-orang Yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya".
47. Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa Yang kamu ketam biarkanlah Dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian Yang kamu jadikan untuk makan.
48. kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemaraun Yang besar, Yang akan menghabiskan makanan Yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa Yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).
49. "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun Yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".
50. dan (apabila mendengar tafsiran itu) berkatalah raja Mesir:" bawalah Dia kepadaku! "Maka tatkata utusan raja datang kepada Yusuf (menjemputnya mengadap raja), Yusuf berkata kepadanya: kembalilah kepada tuanmu kemudian Bertanyalah kepadanya: "Apa halnya perempuan-perempuan Yang melukakan tangan mereka ? Sesungguhnya Tuhanku Maha mengetahui tipu daya mereka".
51. setelah perempuan-perempuan itu dipanggil), raja bertanya kepada mereka: "Apahal kamu, semasa kamu memujuk Yusuf mengenai dirinya?" mereka menjawab: JauhNya Allah dari Segala cacat cela, Kami tidak mengetahui sesuatu kejahatan terhadap Yusuf". isteri Al-Aziz pun berkata: "Sekarang ternyatalah kebenaran (yang selama ini tersembunyi), Akulah Yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya (tetapi ia telah menolak); dan Sesungguhnya adalah ia dari orang-orang Yang benar.
52. "(Pengakuanku) Yang demikian supaya ia Mengetahui, Bahawa Aku tidak mengkhianatinya semasa ia tidak hadir (bersama di sini); dan Bahawa Allah tidak menjayakan tipu daya orang-orang Yang khianat.
53. "Dan tiadalah Aku berani membersihkan diriku; Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang Yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
54. dan (setelah mendengar pengakuan perempuan-perempuan itu), raja berkata: "Bawalah Yusuf kepadaku, Aku hendak menjadikan Dia orang Yang khas untuk Aku bermesyuarat dengannya. setelah (Yusuf dibawa mengadap, dan raja) berkata-kata dengannya (serta mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah raja kepadanya: "Sesungguhnya Engkau pada hari ini (Wahai Yusuf), seorang Yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan Kami ".
55. Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); Sesungguhnya Aku sedia menjaganya Dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya".
56. dan Demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang Kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja Yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja Yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang Yang berbuat kebaikan.
57. dan Sesungguhnya pahala hari akhirat lebih baik bagi orang-orang Yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.
Huraian maksud ayat:
Ayat 46 menampilkan Yusuf `a.s. dengan citra unggul al-siddiq, peribadi berintegriti tinggi, watak terpadu, manusia serba benar: pemikiran, percakapan dan perbuatannya. Peribadi sedemikian adalah jelmaan makna integriti paling tepat dan sempurna, iaitu kesepaduan dan keutuhan watak, peribadi tauhidik yang integrated. Justeru, integriti pada hakikatnya lebih merujuk persoalan siapa kita (who we are), daripada persoalan apa yang harus kita lakukan (what we should do). Dari peribadi yang baik akan lahir perilaku dan tindak- tanduk yang baik. Kekuatan integriti dalam pengertian tersebut adalah faktor kunci dalam pengurusan, khususnya untuk mendapatkan kepercayaan (trust) dari semua pihak. Tanpa kepercayaan tidak akan ada sokongan, dan tanpa sokongan tidak akan ada kejayaan. Tahap integriti adalah juga tahap kebolehpercayaan. Panggilan al-siddiq yang terangkai dengan namanya adalah indikasi jelas pengiktirafan masyarakat terhadap ketinggian tahap integritinya, yang tentunya telah teruji dan terbukti dalam rekod masa lalunya.
Kurnia ilmu (mentakbir mimpi) tidak digunakan untuk kepentingan diri, tetapi dimanfaatkan demi kepentingan umat. Kalau mahu, Nabi Yusuf `a.s. boleh menjadikan khidmat kepakarannya itu sebagai syarat pembebasan dirinya yang sudah bertahun-tahun merengkuk dalam penjara. Pada saat kehidupan rakyat terancam bahaya kemarau panjang yang bererti malapetaka kebuluran, yang difikirkan bukan kepentingan diri, tetapi survival umat. Tanpa menuntut sebarang imbalan, Nabi Yusuf `a.s. memberikan khidmatnya lebih daripada yang diminta, bukan sekadar memaknai mimpi sebagai petanda bencana yang akan berlaku, tetapi juga merumuskan sebuah pakej penyelamat ekonomi Mesir.
Pakej penyelamat tersebut mengandungi pemerincian tentang senario ekonomi negara dalam jangka masa 15 tahun, termasuk krisis (kemarau panjang) yang akan berlaku dan formula mengatasinya. Pakej sedemikian mencerminkan kualiti pemimpin-pengurus yang memiliki visi yang jelas (clear vision). Dengan wawasan dan daya renung yang futuristic seperti itu seorang pemimpin-pengurus dapat bersiap menghadapi segala kemungkinan dengan langkah dan sterategi proaktif-antisipatif. Memang, clear vision adalah keperluan asasi dalam pengurusan krisis (crisis management).
Dalam pakej penyelamat seperti yang dinyatakan dalam ayat 47, Nabi Yusuf `a.s. menyarankan kerja kuat bercucuk-tanam selama tujuh tahun. Kata da’aban dalam ayat tersebut yang diterjemahkan oleh A.Yusuf `Ali dengan kata diligently sow membawa makna penguatan etos kerja. Untuk menambah penghasilan budaya kerja kuat perlu dipertahan dan ditingkatkan. Strategi tujuh tahun pertama bukan sekadar menanam seperti biasa, tetapi memaksimumkan guna tenaga rakyat, di samping memaksimumkan pengusahaan tanah dengan objektif yang terfokus untuk memaksimumkan kadar penghasilan. Pembangunan ekonomi tidak hanya bergantung kepada sumber asli, modal dan infrastruktur; tetapi tidak kurang pentingnya adalah nilai-nilai budaya, terutama budaya kerja kuat. Tanpa dukungan the right culture atau budaya yang tepat pembangunan ekonomi tidak akan mencapai prestasi yang tinggi. Idea besar yang mendasari perancangan ekonomi gaya Nabi Yusuf `a.s. ialah prinsip keseimbangan antara penghasilan, penggunaan (konsumsi) dan penabungan. Dasar pengurusan ekonomi berhemat dan berimbang seperti itu memang menepati orientasi proaktif-antisipatif, juga selaras dengan semangat menolak pemborosan dan pembaziran. Selain itu dasar ekonomi Yusuf `a.s. juga memanfaatkan kaedah-kaedah saintifik sebagaimana yang diindikasikan lewat cara menyimpan hasil tuaian dengan mengekalkan biji-biji gandum di tangkainya. Cara tersebut menjadikannya tahan lebih lama, dan ini penting kerana simpanan itulah yang akan dimakan selama tujuh tahun kemarau panjang, di samping dijadikan benih untuk ditanam apabila kemarau berakhir dan tanah kembali subur. Memang dasar ekonomi tersebut terkesan amat menekankan kewaspadaan menghadapi bahaya (kebuluran), namun ia tetap memberikan harapan masa depan yang cerah. Tahun ke-15 adalah tahun harapan pulihnya kemakmuran ekonomi.
Ketika didatangi utusan raja membawa perintah pembebasan, Nabi Yusuf `a.s. enggan meninggalkan penjara, sebaliknya meminta utusan tersebut kembali kepada rajanya untuk menyampaikan tuntutan Nabi Yusuf `a.s. agar namanya dibersihkan lebih dahulu. Baginya, tidak ada ertinya kebebasan tanpa maruah dan kehormatan diri. Justeru, Yusuf `a.s, tidak hanya ingin bebas untuk bersuka-ria pesta-pestaan, tetapi akan tampil sebagai da`i, pendidik dan pemimpin. Untuk menjayakan misi suci tersebut yang diperlukan bukan hanya kebebasan, tetapi juga wibawa dan integriti moral yang tinggi.
Yusuf `a,s. keluar dari penjara dengan kepala tegak. Maruah dan kehormatan dirinya pulih setelah tuntutan pembersihan namanya dipenuhi oleh raja. Wanita-wanita yang dahulu terpesona dengan ketampanan Yusuf `a.s. hingga terhiris tangan sendiri tanpa sedar, kini telah membuat kenyataan bersama memberikan kesaksian bahawa Nabi Allah itu tidak pernah melakukan sebarang perbuatan yang tidak bermoral (ma `alimna `alayhi min su’). Malah imra’at al-`Aziz (isteri menteri al-Aziz) sendiri yang dahulu memfitnahnya sehingga Yusuf `a.s. dilemparkan ke penjara, kini membuat pengakuan bahawa dialah yang sebenarnya telah menggodanya, lalu membuat penegasan terbuka bahawa sesungguhnya Yusuf `a.s. adalah orang yang benar dan bersih. Sekali lagi sifat sidq dihubungkan dengan Nabi Yusuf `a.s. (wa innahu lamina ‘s-sadiqin) yang meneguhkan reputasinya sebagai orang yang berintegriti tinggi. Memang confession isteri menteri al-aziz itu terasa begitu dramatik. Mungkin selama bertahun-tahun wanita bangsawan itu mengalami tekanan jiwa yang berat akibat merasa bersalah menganiaya seorang manusia yang tidak berdosa.
Ayat 54 mencatatkan peristiwa pertemuan Yusuf `a.s. dengan raja Mesir. Ia adalah pertemuan penting yang merubah kehidupan Nabi Allah yang selama ini terdera dengan pelbagai rupa penganiayaan. Fokus pertemuan tersebut adalah presentasi Nabi Yusuf `a.s. tentang pakej penyelamatan ekonomi Mesir: visi dan strategi menangani bahaya krisis (kemarau panjang) yang akan berlaku tujuh tahun mendatang. Kata falamma kallamahu… (maka ketika Yusuf `a.s. berbicara kepada raja…) membayangkan kemampuan Yusuf `a.s. mengartikulasikan perancangan ekonominya dengan cukup meyakinkan, sehingga raja membuat komitmen tegas untuk menempatkannya dalam posisi yang kuat sebagai orang kepercayaan. Demikianlah ciri penting pemimpin-pengurus cemerlang yang mampu mengkomunikasikan visi, misi dan perancangan strategiknya dengan berkesan. Komunikasi yang berkesan memang sangat penting untuk mendapatkan dukungan semua pihak, atasan dan bawahan, raja dan rakyat massa .
Hari pertemuan itu adalah hari bersejarah yang membuka babak baru dalam kehidupan Nabi Yusuf `a.s., babak yang cukup kontras dengan babak sebelumnya: dari penjara ke puncak kuasa. Demikianlah yang diindikasikan dengan kata innaka ‘l-yawma… (sesungguhnya engkau pada hari ini…), hari ini adalah hari bermulanya kehidupan baru.
Ayat 55 mengisyaratkan kesediaan Nabi Yusuf `a.s. memikul tanggungjawab melaksanakan pelan tindakan menyelamatkan Mesir dan rakyatnya dari bahaya kebuluran, dan untuk mempastikan kebekesanan peranannya, beliau mengusulkan agar raja meletakkannya pada posisi yang strategik: …`ala khaza’in al-ard (penanggungjawab khazanah bumi Mesir). Memang, tanpa menduduki posisi yang kuat, tepat dan strategik tanggungjawab seberat itu tidak akan terlaksana dengan sempurna. Sebenarnya kedudukan sebagai pendamping raja dan orang kepercayaannya cukup untuk menjadikannya tokoh yang berglamour. Tugas melaksanakan dasar ekonomi boleh dibebankan ke atas bahu orang lain. Tetapi Yusuf `a.s. mahu memikul sendiri tanggungjawab tersebut, termasuk risiko menjadi tidak popular kerana harus menguatkuasakan dasar berjimat-cermat ketika mewah selama tujuh tahun pertama. Yusuf `a.s. ingin mempastikan dasar berhemat tersebut terlaksana dengan beliau sendiri tampil sebagai pemimpin teladan, sebagai al-`Aziz (Perdana Menteri) yang mengamalkan gaya hidup sederhana dan berhemat.
Jawatan adalah amanah, dan kerana itu pula untuk mendudukinya diperlukan justifikasi kelayakan yang sesuai. Yusuf `a.s. memberikan justifikasi dengan credentials sebagai seorang yang hafizun `alim (mampu menjaga dan berilmu). Demikianlah dua kekuatan yang menjamin kompetensinya mengurus khazanah negara. Sifat hafiz yang dapat diertikan sebagai integriti moral memungkinkannya memelihara harta negara daripada kemusnahan, sementara sifat `alimnya pula memungkinkannya mengurus ekonomi dan kehidupan rakyat dengan bijaksana. Sebagai nabi, sumber utama ilmunya adalah wahyu, tetapi selain itu mungkin juga Yusuf `a.s. telah mendapat pendedahan tentang hal-ehwal pengurusan ekonomi selama tinggal di rumah al-`Aziz. Tentu ada hikmahnya mengapa Tuhan menempatkannya di rumah menteri al-`Aziz selama masa yang agak lama, iaitu untuk mendapatkan pengalaman dan pendedahan tersebut, sebagaimana adanya hikmah penempatan Musa `a.s. di istana Fir`aun, iaitu untuk mengenalkannya dengan serba-serbi tentang Fir`aun dan pembesar-pembesar di sekelilingnya. Pendedahan tersebut penting agar Musa `a.s. tidak takut menghadapi mereka apabila nanti beliau memimpin kebangkitan Bani Isra`il. Dengan menyebut dua kriteria utama tersebut (hafiz dan `alim) Nabi Yusuf `a.s. dapat meyakinkan semua pihak tentang kredibiliti dirinya untuk melaksanakan amanah berat menyelamat dan menyejahterakan umat. Keyakinan semua pihak yang berkaitan adalah amat penting bagi seorang pemimpin-pengurus mendapatkan sokongan dan kerjasama.
Ayat 56 menyebut kurnia Ilahi kepada Yusuf `a.s. yang berupa kedudukan yang teguh, bidang kuasa yang luas, dan kebebasan yang secukupnya untuk bergerak dan bertindak mengikut pertimbangan dan budi bicaranya. Ketika di penjara segalanya serba sempit dan terbatas, tetapi dengan rahmat Allah, setelah bebas segalanya berubah menjadi serba luas. Kurnia tersebut dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjayakan misinya sebagai da`i dan pendidik umat, sebagai pemimpin dan pengurus kehidupan rakyat. Untuk menjayakan misi besar seperti itu memang diperlukan ruang gerak dan kuasa bertindak yang secukupnya. Ayat ini dihujungi dengan komitmen ketuhanan bahawa amal dan prestasi terpuji akan mendapat ganjaran istimewa dari Allah. Bagaimana Tuhan melayani para muhsinin seharusnya menginspirasikan para pengurus dan pemimpin agar memberikan penghargaan dan ganjaran yang selayaknya kepada mereka yang berprestasi.
Ayat 57 memberikan insentif kurnia ukhrawi bagi mereka yang beriman dan bertaqwa. Segala amal termasuk khidmat pengurusan hal-ehwal kehidupan umat yang dilaksanakan berasaskan prinsip iman dan nilai taqwa tidak hanya membawa keberuntungan duniawi, tetapi lebih daripada itu akan mendapat penghargaan ukhrawi, kurnia Ilahi yang nilainya jauh lebih tinggi dan lebih abadi. Kurnia ukhrawi inilah yang seharusnya menjadi motivasi utama bagi orang beriman untuk melaksanakan amal perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang. Sesungguhnya kurnia ukhrawi itulah ganjaran yang sebenar dan yang terbaik.
Catatan: Raja Mesir pada zaman Nabi Yusuf `a.s. disebut dalam al-Qur’an (pada lima tempat dalam surah Yusuf) sebagai al-malik, bukan Fir`awn seperti yang disebut untuk raja Mesir pada zaman Nabi Musa (`a.s.). Memang kenyataannya raja Mesir pada zaman Nabi Yusuf `a.s. bukan dari dinasti Fir`aun yang berbangsa dan berbahasa Qibtiy. Sejarah mencatatkan bahawa dari tahun 1900 hingga 1525 SM, Mesir dikuasai oleh kaum badawi dari Kan `an yang berbahasa Kan `aniy (dekat dengan bahasa Arab dan Aram ). Pemerintahan mereka berpusat di hilir Mesir, manakala pemerintahan dinasti Qibtiy (yang sedang lemah) berpusat di bahagian hulu Mesir. Dalam tradisi kaum Qibtiy di Mesir, istilah Fir`aun hanya dipakai untuk raja Mesir tulen, dan tidak dipakai untuk raja pendatang dari luar. Demikianlah terserlahnya salah satu mukjizat ilmiah al-Qur’an, iaitu pemakaian istilah yang menepati fakta sejarah.
Kolej Dar al Hikmah: 29102011.
Wednesday, October 26, 2011
Membahagiakan Sahabat - Amanat al da'wah
Pada waktu muncul video mengaibkan Anwar Ibrahim, telah disampaikan kepada Dr Siddiq Fadil tentang kasihannya sahabat-sahabat melihat keluhan Anwar Ibrahim yang tidak henti difitnah dan dianiayai sejak umur 20'an hingga umurnya 64 sekarang ini. Ustaz Siddiq pun pergi ke rumah Anwar Ibrahim bagi membahagiakan seorang sahabat, Ustaz Siddiq menyampaikan tadhkirah. Tadhkirah bagi peringatan kepada sahabat yang dilihat menderita memanjang. Tadhkirahnya tentang kisah Nabi Yusuf a.s. Kisah di dalam al Qur'an menceritakan ujian berat ke atas Nabi Yusuf dicampakkan ke dalam perigi oleh komplot adik beradiknya, dijual sebagai hamba abdi, difitnah dengan cara yang keji dan merengkok bertahun-tahun lamanya di dalam penjara. Kisah ini diungkapkan dari al Qur'an untuk memperteguhkan kekuatan dan semangat seorang sahabat.
"Demikianlah itu (adalah) di antara berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (Muhammad); padahal kamu tidak berada di sisi mereka, ketika mereka memutuskan rencananya (untuk memasukkan Yusuf ke dalam sumur) dan mereka sedang mengatur tipu daya." (Surah Yusuf: 102)
"Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Qur'an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya, dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman." (Surah Yusuf: 111)
Nabi Yusuf a.s. tidak bersalah namun dipenjarakan tanpa bicara. Dipenjara walaupun bukti-bukti menunjukkan sebaliknya. Hukuman ditentukan oleh imra'atul aziz - isteri sang pemerintah. Begitulah tadhkirah yang telah disampaikan oleh Ustaz Siddiq untuk menggembirakan sahabat yang sangat berjasa.
Rupa-rupanya ada kumpulan yang marah kepada Ustaz Siddiq kerana tadhkirah ini. Padahal segolongan mereka tahu dan telah mengaji tentang pengkisahan ini. Kemarahan akibat permusuhan yang amat sangat kepada Anwar Ibrahim. Tadhkirah dikatakan indikator dokongan kita kepada Anwar Ibrahim. Walhal itulah pelaksanaan tanggungjawab da'wah - amanat al da'wah.
Menurut Ustaz Siddiq, waktu ini fitnah yang paling keji adalah tuduhan liwat dan zina. Oleh itu, gerakan Islam perlu tampil bagi menangani dua isu utama iaitu maruah - satu tujuan maqasid shariah dan isu kefasikan. Maruah dipermain-mainkan dan diinjak-injak semahu-mahunya. Mana mungkin kita tidak terpanggil untuk membela, lagi pula yang dihina dan diaibkan itu sahabat dan pemimpin pengasas ABIM. ABIM tidak mungkin menjadi ABIM tanpa sumbangan Anwar Ibrahim seperti apa yang ada - itu hakikat yang harus diterima. Ustaz Siddiq meminta terutamanya pemuda-pemudi ABIM memahami hakikat ini.
Ustaz Siddiq menceritakan bahawa al marhum Ustaz Ni'mat Yusuf sendiri mengakui bahawa dia berada dan belajar lama di Mesir dan menghirup suasana sungai Nil tetapi masa itu dia tidak sedar tentang harakah Islamiyyah. Pencerahan dan kesedaran tentang harakah Islamiyyah disampaikan oleh Anwar Ibrahim kepadanya.
Tiada seorang Melayu pun dihina begitu dahsyat sekali sejak Hang Jebat. Gerakan Islam yang kita warisi harus berperanan dan kita tidak pernah dapat terima samasekali fitnah dan tohmahan sebegini rupa. Ini kesalahan jenayah Qazaf. Ada elemen-elemen yang tepelanting jauh akibat memusuhi Anwar Ibrahim dan terus menerus membeli dan menjaja apa saja bagi mengaibkannya. Sehingga ada yang hilang kesedaran, hapus kewajaran dan musnah kesarjanaan hanya kerana permusuhan ini. Padahal kita perlu menyelamatkan umat daripada kefasikan.
Apabila al Qur'an menyebut golongan seperti ini sebagai al fasiqun, serta hilang kelayakan kesaksian selama-lamanya (abada) kecuali taubat , maka mereka sudah hilang kredibiliti, tidak boleh dipercayai lagi, tak layak didengari ceramahnya, pidato atau tulisannya. Sekiranya disambut pula fitnah ini oleh orang lain terus menerus, maka merebaklah kefasikan akibat qazaf dan melebarlah fitnah besar ke dalam tubuh masyarakat kita.
Mereka mengecam dan meremehkan faqih al asr, tokoh fuqaha semasa, Profesor Yusuf al Qaradawi mengatakan Profesor Qaradawi tidak tahu fakta-faktanya. Padahal fiqh Islam itu jelas dan nyata, bahawa selagi tiada empat orang saksi maka ia jenayah Qazaf.
Kita harus bersikap tegas. Kesalahan mereka berat. Ini bukan akibat kelalaian tetapi wilful malice - pemfitnah yang agresif. Penolakan jamaah terhadap elemen pemfitnah ini jelas dan tegas demi amanah al da'wah.
(Oktober 2011)
(Oktober 2011)
Monday, October 24, 2011
AZIZ BARI: ABIM TUNTUT PENYELESAIAN AKADEMIK
Isu surat tunjuk sebab yang ditujukan kepada Profesor Abdul Aziz bin Bari atas kenyataan beliau yang dikatakan bertentangan dengan kepentingan universiti mengundang polemik yang berpanjangan dalam masyarakat. Ini ditambah pula dengan liputan media dan kenyataan oleh pelbagai kelompok yang boleh menjejaskan reputasi kedua belah pihak.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mempunyai nama dan kredibiliti yang tinggi dalam masyarakat di Malaysia. UIAM telah berjasa melahirkan graduan yang berkualiti dan mampu memberikan sumbangan yang besar kepada agama, bangsa dan negara. UIAM juga mempunyai reputasi yang baik diperingkat antarabangsa. Sementara Professor Abdul Aziz bin Bari adalah seorang tokoh akademik dalam bidang perundangan yang begitu dihormati di Malaysia. Beliau telah banyak menyumbangkan buah fikiran menerusi ceramah dan penulisan buku dan makalah dalam bidang kepakaran beliau iaitu perlembagaan.
ABIM berpandangan bahawa sebarang isu yang melibatkan pandangan , pendirian dan buah fikiran dalam bidang kepakaran seseorang adalah persoalan akademik. Maka sewajarnya segala persoalan akademik dilayan secara akademik juga, bukan menerusi tindakan undang-undang atau seumpamanya. Seharusnya medium perbincangan dibuka seluas-luasnya menerusi forum, perbahasan dan perbincangan ilmiah. Tampilkan pandangan lain yang boleh menjadi pencabar atau alternatif kepada pandangan yang menjadi tajuk perbincangan.
Sekiranya perkara ini terjadi, ABIM percaya kredibiliti kedua-dua belah pihak dapat dipelihara dan bakal menjadi teladan kepada orang ramai dalam usaha memasyarakatkan ilmu. ABIM juga khuatir jika ada campur tangan luar yang membayangi isu ini. Jika perkara ini berlaku ia akan merugikan kedua-dua pihak dan akhirnya akan menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap dunia academia di Malaysia. ABIM menuntut isu ini diselesaikan dengan segera secara matang dan bertanggungjawab oleh semua pihak.
AMIDI BIN ABDUL MANAN
Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Sunday, October 23, 2011
Mencari Kedamaian di Patani
Berita media dan akhbar mutaakhir akan selalu merujuk kawasan berpendudukan Islam sebagai wilayah bergolak Selatan Thai. Penduduknya mempunyai talian rapat dengan kita kerana berbangsa dan berbahasa Melayu serta beragama Islam.
Hari ini di Bangunan ABIM Negeri di Gelugor, WADAH Pulau Pinang berpeluang mendengar penerangan ringkas dan tuntas saudara Wan Abd Rahman dari Global Peace Mission (GPM), organisasi yang memikul amanah misi kemanusiaan ABIM-WADAH di peringkat antarabangsa. Saudara Wan Abd Rahman, aktivis WADAH, ABIM dan KBI, anak jati Kelantan bertugas dengan GPM dan bertanggungjawab ke atas urusan misi kemanusiaan di Selatan Thai.
Dari segi sejarah umumnya, kesemua 14 wilayah pernah bernaung di bawah kerajaan Islam Raja Patani, kemudian diserahkan oleh Inggeris kepada kerajaan Thai Bangkok atas sebab-sebab muslihat penjajah yang strategik dan geo-politik sewaktu itu. Dengan demikian terpisahlah wilayah Melayu-Muslim ini berdepan dengan asimilasi kebudayaan Thai-Buddha serta pelbagai tekanan ekonomi-politik yang bertahun-tahun lamanya.
Di 5 wilayah yang mempunyai umat Islam yang masih berbahasa Melayu terdapat 1.7 juta umat Islam yang terdiri daripada 60% bilangan jumlah penduduk. 5 wilayah tersebut adalah Patani, Yala, Narathiwat, Songhkla dan Satun.
Penduduk Islam tetap memperjuangkan hak mereka terutama mempertahankan kesucian agama dan kedaulatan bahasa. Tuntutan yang dikemukakan oleh Haji Sulung, pejuang Patani, merupakan lapan perkara yang bukan meminta kemerdekaan ataupun autonomi tetapi hanya hak-hak sebagai rakyat beragama Islam di wilayah di mana mereka bermajoriti. Konflik telah berlarutan sekian lama sehingga memuncak pada tahun 2000'an, terutama pada pemerintahan Thaksin. Period itu menyaksikan peristiwa besar yang menyayatkan seperti kepungan dan serangan ke atas Masjid Kerisik mengorbankan ramai pemuda, pembunuhan beramai-ramai Tak Bai dan pembunuhan jemaah yang sedang bersolat subuh di Masjid Bechah Airong. Kini ribuan telah terkorban dan dilaporkan hilang.
Walaupun ada tawaran-tawaran perdamaian pada saat-saat tertentu, tetapi keadaan puak dan kepimpinan umat Islam yang berpecah belah tidak menunjukkan bahawa adanya satu kesatuan atau kepimpinan ulung untuk menyambut peluang-peluang damai. Pilihanraya Thai baru-baru ini pun menyaksikan 5 buah parti berlainan mewakili orang Islam Selatan Thai. Perbedaan politik ditambah getir dengan perselisihan khilafiah dan kelainan fahaman. Ini diburukkan lagi dengan kehadiran pelbagai pihak yang mempunyai kuasa dan cara tanpa menurut lunas undang-undang. Kecelaruan ini semua memihak kepada penerusan konflik tanpa reda.
GPM yang mewakili ABIM mengambil pendirian dan pendekatan sederhana, mengutamakan bantuan kemanusiaan dan hanya bertindak bagi kepentingan umat Islam sahaja bukan menyokong puak-puak atau kelompok-kelompok kuasa. Tujuan kita adalah untuk menolong umat Islam keluar daripada lingkaran kemiskinan dan kemalaratan, untuk cuba mengangkat martabat umat dan memberikan sinar harapan.
GPM menumpukan kepada misi bantuan ekonomi, pendidikan dan kebajikan. Di antara usaha yang lakukan adalah untuk membantu beberapa institusi rumah anak yatim supaya berdikari. Pada aspek pendidikan pula, ada anak-anak yang dibantu supaya menyambung pendidikan seperti di Kolej Dar Al Hikmah dan SEMI Negeri Sembilan.
Tumpuan awal WADAH Pulau Pinang adalah pendidikan kerana difikirkan mampu mengeluarkan sebahagian anak muda melalui ilmu, kemahiran dan pengembangan pemikiran bagi memperbaiki nasib dan membela umat apabila berjaya kelak.
WADAH disarankan menjalankan tinjauan melalui ziarah dan perhubungan masyarakat di sana supaya mengenalpasti institusi ayng tulen dan kaedah berkesan menyalurkan bantuan dan bentuk misi kemanusiaan kependidikan. Di sana ada institusi pengajian tinggi samada kerajaan atau pembiayaan sendiri. Di sana juga ada tempat di cerok-cerok seperti di Betong di mana jarang sekali diziarahi atau dibantu oleh orang Malaysia. Keadaan pondok atau sekolah berkenaan amat daif dan jalan-jalan ke sana berliku-liku. Cerita-cerita tentang aktiviti keganasan juga membimbangkan tetapi hakikat ini tidak harus mematahkan semangat dan azam kita kerana di mana saja kita berada bumi ini pun bumi Allah s.w.t. jua.
Kaedah membantu pula haruslah untuk memberikan peluang memajukan anak-anak muda ke hadapan bukan sebagai subsidi yang melemahkan mentaliti untuk berdikari serta sentiasa bergantungan kepada pemberian orang lain. Kita sedar juga misi kemanusiaan Barat dan lain-lain juga aktif di sana menaja institusi serta aktiviti keagamaan dan kita perlu berusaha dengan lebih gigih lagi.
WADAH Pulau Pinang terus menyokong usaha murni Global Peace Mission dan berharap akan menjalinkan kerjasama bermakna untuk misi bantuan pendidikan Patani.