sakit dan kesukarannya
terjatuh kubangkit jua
terus melangkah
ku tidak mengambil endah
walaupun ada yang menghina
keringat kucurah
demi harapan rakyatnya
(Pasti Kau Ingin, EXIST)
Tuduhan oleh seorang
tokoh yang mengaku pernah menjadi sahabat Anwar Ibrahim, pada satu forum yang
disiarkan akhbar Utusan berlegar tentang salahlaku moral (yang disangkal
sebagai Qadhaf – jenayah menuduh
tanpa bukti), menganuti pluralisme (tuduhan penyamaan agama berdasarkan satu ucapan)
dan menjadi penyokong Yahudi serta mengutamakan agenda Barat. Tuduhan-tuduhan liar
yang basi dan lama yang masih diputar terus menerus.
Satu perkara
yang mungkin terlepas daripada pandangan ex –sahabat ini adalah dia sendiri
yang membuat keputusan memutuskan persahabatan itu. Tidak ada rekod di
mana-mana bahawa Anwar Ibrahim memutuskan persahabatan dan mengkhianati kawan-kawannya.
Kenapa agaknya
media regim dan agen-agennya mereka tergamak dan terdorong berkempen besar-besaran
untuk menonjolkan dan menggembar-gemburkan pengakuan bekas sahabat ini meninggalkan
Anwar? Satu kelebihan Anwar Ibrahim
adalah kelebaran jaringan persahabatannya yang unik, akrab dan lingkaran jejak
kenalannya boleh dikesan di serata dunia. Kekuatan karisma inilah yang ingin dieksploit secara songsang - reverse psychosis dan dengan kaedah yang
amat jelek bagi menjatuhkan pula
karakternya melalui pengakuan sahabatnya sendiri.
Kedua, tuduhan salahlaku
moral yang sungguh mengaibkan bagi Anwar Ibrahim yang juga merupakan kekuatannya
terkenal kerana Anwar dengan sahsiah unggul, kedudukan pendirian moralnya,
kehormatan keluarganya dan pegangan prinsipnya. Ketegasan Al Qur’an dan al
Sunnah tentang kewaspadaan menuduh orang baik-baik, kedudukan Shariah menentang
fitnah dan kejelasan hukum serta ancaman hadd
terhadap jenayah qadhaf juga ingin dicabar atau diketepikan saja melalui acara
pendedahan seorang bekas sahabat.
Ketiga, tuduhan
terhadap iltizam agamanya, pengetahuan mendalam, komitmen tinggi dan identiti
diri peribadi Anwar dengan perjuangan Islam, gerakan kebangkitan Islam,
pemikiran Islam dan kemampuannya mentadbir negara majmuk dan plural. Seluruh
usaha Islamisasi, pembangunan institusi, membangunkan falsafah pendidikan
sepadu. iktikad dan kewibawaannya memimpin umat ingin dipadamkan semata-mata
dengan kata-kata nista seorang bekas sahabat.
Keempat, tuduhan
terhadap Anwar yang memang terkenal dan konsisten berjuang menentang kezaliman
Israel bahkan menentang kezaliman mana-mana pihak terhadap rakyat yang
ditindas, diceroboh samada Bosnia, Afghanistan, Iraq, Patani, Mindanao dan
Rohingya atau lain-lain. Persahabatan rapatnya dengan pemimpin pejuang Palestin
terdiri daripada semua faction –
kumpulan baik Hamas atau Fatah dan komitmen tegar selama ini kepada perjuangan
Palestin ingin dipadamkan dengan hanya dengan percakapan seorang bekas sahabat.
Kelima, tuduhan
perhubungan sulit dengan Barat, kerana keupayaannya mengadakan perhubungan,
talian diplomatik dan mendapat pengiktirafan antarabangsa samada di bidang
agama, sosial, ekonomi, kewangan dan politik. Padahal kekuatannya adalah keterbukaannya,
kemampuannya membina rangkaian kenalan merentas nasionaliti, kekuatan hujah, kepetahan
berbahasa, kepandaian sastera, menggarap filosofi, keupayaan pengolahan dan mengartikulasi
pelbagai isu serta cakna permasalahan semasa. Pendekatan pertengahan - wasatiyyah dan berprinsip yang bukan ala
Taliban dan juga bukan Pak Turut Barat, yang membawa wajah Islam dengan pendekatan
yang bermaruah dan mampu berdialog melibatserta secara konstruktif – constructive engagement, ingin dilenyapkan
oleh tuduhan bekas sahabat.
Semua tuduhan-tuduhan
ini dianjurkan semata-mata untuk meragukan dan mengelirukan umat serta rakyat
daripada mempercayai tentang keikhlasan, kejujuran dan ketulusan seorang
pemimpin masakini yang dikatakan sahabat seperjuangan dan seangkatan selama 30
tahun lamanya. Semuanya menggunakan psikologi songsang - memalingkan kebaikan
dengan menyerang ciri-ciri kebaikan itu.
Daripada zaman
persekolahannya, di peringkat remaja, diceritakan menaiki skooter ke Sekolah Izuddin
Shah mencari dan menemu rakan-rakan demi perjuangan- sebagai contoh - semasa memimpin
pelajar, rakan-rakan MC Old Boys, mahasiswa dan Alumni UM, persatuan, belia, gerakan,
WAMY, IIFSO, FOSIS, ISNA, sesama tahanan ISA pelbagai bangsa, ulama dan tok-tok
guru, seperti Baba Salleh, Sheikh al Zuhaily, al Faruqi, al Attas, menyertai inter faith dialogue, bishop-bishop, pemikir-pemikir luar seperti Esposito, ahli strategi, pelbagai aliran pemikiran, tokoh-tokoh politik, UMNO, PAS, DAP, social
democrat, korporat, ada yang berbangsa Yahudi, ahli bisnes, ahli kabinet
Indonesia, orang Melayu , Cina, India, Iban, Kadazan - semuanya dijadikannya
rakan.
Bayangkan pada
awal 80’an Raja Qatar memesan kepada Dr Yusuf Al Qaradawi supaya datang ke sini
bagi menemuinya sebagai seorang pemimpin muda gerakan syabab Islam di Malaysia.
Persahabatan di antara mereka berdua cukup bermakna dan berkekalan sehingga
hari ini dan telah banyak mempengaruhi dan menjayakan gerak kerja kebangkitan umat,
mempertautkan ukhuwwah, mengukuhkan pendekatan wasatiy, hubungan Islam peringkat antarabangsa dan usaha islah
kontemporari. Inilah contoh persahabatan sejati. Begitulah juga dengan al
marhum Ustaz Fadzil Noor yang istiqamah mempertahankan dan membela Anwar sejak
tahanan ISA tahun 70’an, kena fitnah dan tahanannya pula di Sg Buloh sehingglah
dia pulang ke rahmatullah. Itulah sahabat yang terpuji. Semoga Allah swt sentiasa
merahmati.
Memang boleh saja
muncul seorang bekas sahabat datang menuduh skandal yang berat tanpa bukti
tetapi akan ada lebih banyak lagi sahabat-sahabat di sisi Anwar Ibrahim samada seorang tokoh,
orang awam atau orang kampung, baik Muslim atau Non Muslim yang akan membela
dan lebih setia kepada persahabatan dan prinsip.
Ex sahabat itu
pada satu ketika pada tahun 1995 pernah berbisik di satu program kem bina
negara bahawa dia mengetahui komplot dan konspirasi untuk menjatuhkan Anwar
Ibrahim yang pada waktu itu sedang menaiki tangga TPM bersama Team Wawasannya. Dia
mendedahkan maklumat tentang surat-surat beracun yang sengaja disebarkan bagi
menjatuhkan sahabatnya.
Tentu ex-sahabat
ini ingat kata-katanya sendiri berupa perumpamaan dan bidalan seperti “Jangan kencing berdiri atas
papan, nanti terpercik” – supaya tidak gopoh gapah dalam politik. Juga,
andaiannya bagaimana untuk menakhoda bahtera apabila dialun ombak dan dilanda badai,
“Kita berlayar ketepian pantai, kemudian kita undur semula bagi mengelak badai,
menelusuri alunan ombak supaya nanti selamat berlabuh.”
Begitulah
nasihat dan kata perangsangnya sebelum datangnya ribut sebenar yang melanda.
Ujian sebenar yang tiba pula bukan calang manusia mampu menghadapinya dengan
penuh keberanian dan kesabaran walaupun setinggi mana keilmuannya.
Apabila pada
suatu ceramah awal era Reformasi, Anwar melaungkan kata-kata masyhur “lawan
tetap lawan” dan “ kalau takut risiko, jangan bicara perjuangan”, banyak
penyokong-penyokong terkenal seperti Zahid, Ezam, Roslan, Lokman, Ghani dan
pemuda-pemuda ketika itu bertempek, bersorak dan bertakbir bersemangat. Ketika itu Anwar
mengingatkan hadirin bahawa apabila melangkah ke medan perjuangan, perlu benar-benar
melangkah mengharungi onar dengan sepenuh
iltizam kerana melangkah itu nyata bukan lagi hanya hasrat di hati sahaja.
Ini terbukti
apabila tidak semua sanggup bertahan di dalam tahanan ISA walaupun selama 10
hari sahaja. Ada ketua pemuda kecundang dan patah semangat tersungkur mengaku
kalah dalam tempoh yang begitu singkat. Ada ahli intelek yang dihina begitu
rupa sehingga apabila bebas keluar mengecut memencilkan diri dan berpaling
tadah. Ramai yang menjadi serik untuk menyertai perjuangan kerana baru tersedar
bahawa itulah jalan yang ditempuhi dan dibayar pula harga yang mahal mencalar
maruah, menggangu jiwa serta mencelarukan pemikiran. Pengalaman ngeri dan
menakutkan sedemikian meninggalkan memori pahit yang bakal menghantui diri
kecuali pada jiwa kental diri seorang pejuang.
Ada yang pada
awalnya berdegar-degar tetapi tewas akibat tekanan sempit hilang kemewahan dan
habis keselesaan. Siapa sangka bekas tokoh korporat terpaksa berniaga direct selling jual agar-agar di bonet
kereta selepas ceramah untuk sara hidupnya. Ada yang kecundang disebabkan umpanan,
termakan budi dan janji sehingga terikat kepada agenda menyalak dan acara tibai-menibai apabila diarah. Ada yang
rebah kerana dendam dan dengki. Ada yang tertiarap apabila menjangkakan tiada lagi
laluan mudah bagi kemenangan. Mereka ini semuanya pernah menjadi sahabat tetapi
tidak dapat mengerti atau mengisi erti persahabatan bersama seorang pejuang.
Bagaimana mungkin
ketokohan dan keilmuwan tidak menghalang bekas sahabat ini terjerumus ke lembah
kejahilan dan permusuhan tetapi itulah yang berlaku depan mata kita sekarang?
Bekas sahabat
ini barangkali boleh berbangga mengisytihar kepada media massa dengan dia
meninggalkan dan mencemuh nama baik sahabat lamanya. Tetapi lebih banyak lagi
sahabat-sahabat setia dari segenap pelusuk dunia dan rakyat jelata yang rela
bersama pejuang yang sejati tak kira apa tohmahan dan label yang digunakan bagi
memburukkan watak yang pada mereka lebih mereka kenali.
Kita yakini
orang-orang benar bersama kita. Kita yakini Allah swt bersama orang-orang
benar.
Lihat saja persahabatan Ustaz Fadzildengan DSI Anwar tidak pernah luntur hingga ke akhir hayat beliau.Beliau seorang dai yang cukup rapat dengan dengan DSI.Tidak pernah terdengarpun walaupun sekelimatpun dipodium atau di Dewan Parlimen Ustaz Fadzil yang kemudiannya bergelar Dato
ReplyDeletemencaci seperti sahabat yang mendakwa 30 tahun rapat dengan Anwar!
Ustaz Fadzil Nur seorang yang berhemat tinggi tidakseperti Dr.SB.Masalah peribadi tidak wajar dibawa ke publik.
ReplyDelete