Imad Isteri Tariq Ramadan Mempertahankan Suaminya
Tariq pergi ke Paris pada pagi 31 Januari bagi menjawab soal
siasat polis dan sejak itu saya tidak mendengar khabar daripadanya ataupun
dapat melihat kelibatnya.
Tidak ada.
Kami tidak dibenarkan menziarahinya. Kami belum dapat
keizinan. Keizinan tidak diberikan. Tidak dibenarkan telefon atau melawat.
Tidak ada.
Dia pergi dengan sukarela. Dia mempunyai keyakinan penuh
kepada sistem keadilan dan malangnya kehakiman telah mengkhianatinya.
Dan setakat ini dia telah menunjukkan kesungguhan
bekerjasama dengan siasatan. Dia tidak pernah berniat untuk melarikan diri.
Sebenarnya dia memang menunggu untuk kehakiman mengarahkannya agar dia dapat
menerangkan apa yang sebenarnya. Oleh itu, tidak ada sebab yang boleh
dibayangkan walaupun sedetik kenapa dia mahu melarikan diri.
Saya ingatkan kita berada dalam sebuah negara yang berpegang
kepada prinsip andaian seseorang tertuduh tidak bersalah sehingga disabitkan
hukuman dan Tariq dilindungi oleh sendi rukun berkenaan. Saya tidak faham
kenapa mereka masih menahannya dan saya tidak pasti kini samada dia mendapat
layanan yang adil dan bermaruah.
Saya percaya Tariq telahpun dihukum bersalah sejak mula
peristiwa ini. Itulah perasaan saya. Bacalah akhbar. Lihatkan kaca TV dan anda
akan merasai dia sudah bersalah.
Saya fikir malangnya dia telah menjadi mangsa pembunuhan
media (media lynching) akibat tekanan politik ke atasnya. Pada masa yang
sama terlalu banyak pendustaan sehingga pada satu ketika, ia menjadi sangat
sukar untuk ditangani.
Begitulah keadaannya. Saya sering berbelah bahagi di antara
hasrat keinginan mengambil tahu apa yang disiarkan di akhbar atau TV dan pada
masa yang sama rasa jelek tak mahu mendengar apa-apa pun, agar dapat
menguncikan diri saya dalam sebuah gelembung dan meyakinkan diri saya keadilan
akan terlaksana, dan Tariq akan bebas serta dibersihkan namanya.
Bagi saya, semua ini adalah tuduhan palsu. Semuanya adalah
keterangan yang meleset dan tidak langsung mencerminkan diri Tariq.
Contohnya, gambaran yang cuba dibuat tentang suami saya
tidak langsung sama dengan apa yang kita tahu tentangnya, apa yang saya tahu
tentangnya, apa yang keluarganya kenali mengenainya, apa yang orang mengetahui
tentangnya, pengetahuan mengenainya yang sebenar.
Tariq adalah seorang yang amanah, berdedikasi, jujur dan
adil, seorang yang prihatin terhadap orang lain. Dan melihatnya dilayani
sebegini, bagi saya, adalah menyakitkan.
Hari ini saya mengunjungi peguambelanya dan saya telah menerima
berita membimbangkan tentang keadaan kesihatan fizikal Tariq. Peguam
memberitahu saya bahawa Tariq sedang sakit. Sudah tentu saya sangat risau. Anda
tentu tahu bahawa sudah beberapa tahun Tariq mengalami penyakit kronik yang
berat serta memerlukan rawatan khusus. Peguam memberitahu kami di dalam penjara
rawatan khusus yang sepatutnya diberikan kepadanya tidak ada dan keadaan itu
sangat merunsingkan saya.
Saya fikir pada keadaan spiritualnya, ya, Tariq teguh.
Saya harap begitu.
Kini saya tahu bahawa apabila seseorang itu mengalami
kesakitan fizikal, apabila seseorang menderita akibat penyakit dan tidak dapat
rawatan khusus, pada suatu tahap, kesihatan psikologinya boleh terjejas.
Oleh itu bagi saya, saya mendoakan dia tabah dan tetap
teguh.
Hari ini saya terpanggil untuk bersuara kerana saya bimbang
dengan keadaan kesihatannya dan daripada apa yang peguamnya memberitahu saya.
Saya bersyukur kerana ada anak-anak yang datang agar berada
bersama di sisi saya. Saya ada seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan
yang datang untuk bersama saya, dan anak-anak lain memang berat bagi hati
mereka kerana tidak dapat bersama.
Saya bernasib baik kerana ada anak perempuan untuk menemani
dan menyokong saya. Kadang-kadang dia jatuh sedih lalu menangis, dan pada waktu
lain saya pula bersedih dan menangis. Nasib baik setakat ini, kami belum jatuh
sedih lalu tidak menguasai perasaan pada waktu yang sama. Namun saya tahu bahawa
jika anak perempuan saya tidak berada disisi saya tidak akan berupaya menggalas
semua ini.
Saya fikir Tariq berharap agar kami kuat dan kami akan
berdiri tegak menghadapi kezaliman ini, berhadapan dengan segala yang diluahkan
di media massa kerana mereka ingin cuba mencalar imejnya.
Mereka sedang berusaha mematahkan kami, memusnahkan kami,
meruntuhkan keluarga kami. Itulah perasaan kami sekarang. Mereka bukan sahaja
mahu merosakkan satu orang tetapi seluruh keluarga.
Saya tahu bahawa Tariq sering cuba melindungi saya. Kami
selalu berusaha melindungi keluarga kami. Kami tidak mahu mendedahkan diri
kami. Bersuara dengan lantang ini suatu yang sukar bagi diri saya. Saya tidak
pasti samada Tariq akan bersetuju dengan saya.
Walaupun hari ini kita berada dalam keadaan yang tidak
biasa. Kita memang berada dalam keadaan luar biasa. Saya percaya pada asasnya
sebagaimana saya lakukan walaupun Tariq mungkin tidak bersetuju. Saya tahu dia
akan menghormati pilihan saya dan dia akan memikirkannya adalah tindakan
terbaik.
Saya percaya dia tidak bersalah. Dalam kes rogol, jika seorang
isteri tidak bersama mempertahankan suaminya, ia tidak dapat diterima. Oleh itu
bagi saya ia jelas dan adalah suatu penghormatan bagi saya untuk bersamanya dan
menyokongnya hari ini dan itulah hakikatnya.
Apa yang saya inginkan adalah Tariq dilayani dengan
bermaruah berpegang kepada prinsip seseorang tidak bersalah sehingga dijatuhkan
hukuman.
Saya mahu dia dibebaskan sehingga ke tarikh perbicaraan agar
dia dapat mempertahankan dirinya secara tenang dan dalam keadaan yang bukan
seperti dia sedang mengalami sekarang.
Jika anda inginkan maklumat terkini, sila ikuti kempen rasmi
#FreeTariqRamadan yang akan memberikan laporan terbaru dan maklumat
sahih tentang kes ini.
(Imad Ramadan, 16
Februari 2018)
freetariqramadan.com
facebook.com.FreeTariqRamadanCampaign
#freeTariqRamadan
ReplyDelete