Monday, February 1, 2010

Bahagian 3: Gerakan Islam: Menoleh Masa yang Lalu dan Menyorot Masa Depan

















Dr Siddiq Fadil:
Bahagian 3: Gerakan Islam: Menoleh Masa yang Lalu dan Menyorot Masa Depan

Demikianlah pengkisahan ringkas ABIM yang menjadi ikon dalam sejarah kebangkitan Islam. Selalu juga kehadiran ABIM dilihat sebagai kontroversial – controversy is part and parcel of ABIM – hanya kerana ia mampu membawa ungkapan gagasan-gagasan baru. ‘Ada yang cinta dan sayang sepenuh hati, ada pula yang benci setengah mati’.
ABIM adalah gerakan Islam dan kita adalah sebagai pewaris beban dan risalah besar dan oleh itu kita perlu
· Mempertahankan kerelevanannya
· Mempertahankan sesuatu kebesaran (risalah)
·
Persoalannya adalah masih relevankah selepas 40 tahun jika ia gagal menyesuaikan diri – adapt or die?
Kualiti Kepimpinan :-
Kualiti kepimpinan jamaah tidak harus dikompromi. Pemimpin adalah imej gerakan dan jamaah seterusnya. Kepimpinan harus dibina daripada bawah, harus dikenali daripada bawah lagi. Contohnya Anwar Ibrahim telah mengartikulasi dinamika Islam melalui penubuhan BRA – Badan Revolusi Agama sejak di Malay College Kuala Kangsar MCKK. Begitu juga di Universiti Malaya UM apabila aktif memimpin Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya PBMUM dalam memperjuangkan isu mendaulatkan bahasa Melayu. Anwar Ibrahim tidak muncul secara mendadak. Sekarang ini persoalannya adalah bagaimana untuk merancang kemunculan kualiti kepimpinan. Kalau tidak kita akan menerima saja apa yang seadanya.
Pemimpin adalah imej jamaah keseluruhan dan harus mempunyai ciri-ciri:-
1. Keperibadian yang menginspirasikan – inspiring personality
2. Integriti moral dan ketaatan agama (religiousity)
3. Kompetensi keilmuan yang tinggi – penguasaan ilmu yang meyakinkan. Contoh Anwar Ibrahim menyampaikan dengan yakin dan bukan dia buat-buat macam tahu.
4. Kemampuan mengartikulasi fikrah dan gagasan keIslaman dan gerakan dengan petah, indah dan meyakinkan
5. Ketrampilan berorganisasi – kemampuan menjadi penyelesai masalah - problem solver and trouble shooter
6. Kaya dengan idea dan gagasan
· memainkan peranan kepeloporan perspektif Islam
· mengartikulasi pembangunan dalam Islam – pembangunan insan – human centric
· menganjurkan pendidikan sepadu – jelmaan tawhid sebagai lawan kepada dualisme pendidikan
· mengolahkan masyarakat majmuk


'Islam dan Masyarakat: Penyelesaian Masyarakat Majmuk di Malaysia' adalah tajuk ucapan dasar Anwar Ibrahim sewaktu memimpin ABIM dahulu di Dewan Tun Razak Universiti Kebangsaan Malaysia, Dektar yang mengutarakan Islam sebagai penyelesai masyarakat plural. Dulu diutarakan konsep-konsep umum tetapi sekarang Anwar Ibrahim menerapkannya secara praktis. (kalau tidak, perbahasan masyarakat plural biasa hanya sekitar konsep dhimmi/harbi)
Menyorot Masa Depan :-
Sekarang sepatutnya kita sudah mampu menangani gagasan-gagasan besar seperti:-
1. Islam dan pluraliti – sepatutnya kita ada masa untuk menelaah dan menyelesaikan ungkapan sedemikian
2. Pendidikan demokrasi – meningkatkan kefahaman dan amalan sebenar demokrasi – supaya ada integriti proses, ketelusan, membenteras rasuah politik
3. Pendidikan liberatif – kebebasan dan keterbukaan di kampus-kampus
4. Ekonomi kerakyatan - agenda kepedulian sosial membela nasib umat
Gagasan besar ini tidak hanya untuk diwacanakan sesama sendiri tetapi ahrus diangkat menjadi wacana nasional dan seterusnya diarusperdanakan.
Kita perlu kuatkan dan pertingkatkan sebagai formidable force kerana adakalanya kita perlu bertindak dengan bicara kekuatan bukan saja bicara kepetahan.
Kegiatan penda'wahan yang selama ini menjadi bisnes teras kita perlu ditinjau semula keintensifan dan keberkesanannya terutama dalam konteks krisis moral akibat keleluasaan budaya hiburan dan kegiatan maksiat. Kita perlu meningkatkan gerakan dan jaringan bagi mendidik dan membina generasi muda dengan budaya ilmu dan nilai-nilai keagamaan.
Kita perlu tinjau semula da’wah bil hal contohnya institusi-institusi pendidikan serta kerelevanan masakini. Apakah kita mampu atau kita perlu cari alternatif lain? Walaupun sesuatu itu relevan 20 tahun yang lalu, mungkin ia bukan relevan sekarang. Kerelevanan sekarang perlu ditinjau dan kualiti institusi-institusi alternatif perlu dikaji. Ia tidak boleh berada di tahap eksperimental selama-lamanya. perlu diambil ingatan bahawa pihak lain juga telah mendirikan institusi-institusi yang hampir sama dan kualitinya mungkin lebih baik.

Konsolidasi Dalaman:-
Adalah amat penting dan keperluan semerta bagi pemantapan, pemampanan dan kematangan organisasi supaya perkara berikut dilakukan:
1. Pengukuhan institusi syura
· bagaimana menghormati syura dan keputusan syura
· mengukuhkan dan mengembalikan kepimpinan syura
2. Pemantapan qiyadah jama'iyyah (collective leadership) dan budaya amal jama’iyy (corporate teamwork)
· amal bukan kerja beseorangan – not a one man show
· harus ada diskusi dan perbincangan
· pengurusan partisipatif
· bersifat konsultatif bukan cara arah dan kerah
3. Penegasan sikap dengan menolak gejala perpecahan jamaah
· prinsip kita adalah supaya mempertahankan perpaduan jamaah
· kita tidak boleh menerima – should not endorse – kumpulan serpihan walaupun ianya kuat (reject splinter groups)
4. Kemaskini tarbiyyah dan pelestarian tradisi belajar bersama
· kita sepakati bersama bahawa tradisi harakiyah jama'iyah adalah tradisi belajar bersama, contohnya usrah
· dalam ABIM tiada syeikh tetapi ada naqib
5. Penyegaran nilai-nilai luhur perjuangan
· perteguhkan keikhlasan, persaudaraan dan keberkatan
· tiada kebencian, hasad, dendam


(Catatan Kuliah pada Muzakarah Qiyadah 2 WADAH-ABIM-PKPIM 30-31 January 2010)

No comments:

Post a Comment