Monday, August 19, 2013

Mushaf dikembalikan: Menyingkap Lembaran Ikhwan al Muslimin




Seperti diceritakan oleh isteri kepada as Shaheed Muhammad Yusuf Hawwash anggota Ikhwan yang telah dihukum bunuh bersama as shaheed Sayyid Qutb pada 1966

Kami hanya sempat hidup bersama selama dua tahun, kerana dia menghabiskan sepanjang umurnya di penjara -  isteri Yusuf Hawwash mengenangkan kisahnya.

Perkahwinan dan Penjara

Muhammad Yusuf Hawwash (Semoga Allah merahmatinya) dilahirkan pada 12 October 1922. Dia menyertai Ikhwan semasa menjadi penuntut di wilayah Gharbiyyah. Dia mengahwini saya pada 1953 dan kami dikurniakan dua orang anak, Ahmad and Sumayyah. Kedua-dua mereka sekarang adalah doktor perubatan dan masing-masing mempunyai empat orang anak.

Kisah perkahwinan kami bermula apabila sahabat-sahabat Ikhwan melamar dan mencadangkan saya untuk menjadi isteri kepadanya. Perkahwinan ini bertujuan bagi membantukannya menggalas bebanan da`wah. Pada ketika itu, kami hampir menamatkannya kerana masalah-masalah yang  Muhammad sedang hadapi sehinggalah saya menunaikan Salaat-ul-Istikhaarah yang disarankan saya lakukan oleh abang saya.

Muhammad dipenjarakan beberapa kali sejak permulaan kehidupan berumah tangga kami. Dia dipenjarakan tidak beberapa lama selepas akad nikah. Kemudian setelah dibebaskan kami tinggal bersama selama se tahun sebelum dia ditahan semula pada 1954 dan apabila hukuman telah dijatuhkkan oleh mahkamah, dia menawarkan pilihan kepada saya samada ingin kekal sebagai isteri atau diceraikan. Saya memarahinya dan saya memberitahunya sesuatu yang dia tidak tahu sebelum ini. Pada suatu masa dahulu, sewaktu Muhammad dimasukkan ke hospital, kami mendapat tahu bahawa satu buah pinggangnya telah  mengalami kerosakkan akibat penyakit lama semasa dia seorang pelajar ditahan dan merengkok di dalam kamar penjara yang dipenuhi air dingin pada musim sejuk. Pada masa itu, sahabat-sahabat menawarkan kepada saya untuk memutuskan pertunangan jika saya mahu tetapi saya enggan dan tetap ingin bersamanya di atas perjalanan ini dan tidak patut saya meninggalkannya semata-mata kerana Allah Azza wa Jalla telah mengujinya dengan mehnah ini akibat perjuangannya.

Apabila kami berkahwin pada 1953, saya telah melahirkan Sumayyah selepas 10 bulan berumah tangga. Kemudian selepas hanya  17 hari, pasukan keselamatan regim telah datang untuk menangkapnya. Oleh itu, dia sentiasa berpemergian bagi mengelakkan tangkapan.

Pada waktu dia di buru, dia ada menziarahi saya. Sesudah itu,  kakak saya datang untuk membawa saya tinggal bersamanya. Tetapi apabila kami hendak meninggalkan rumah, kami dapati kami dikepung oleh anggota-anggota pasukan keselamatan dan mereka hendak menahan saya.

Saya bertekad bahawa saya tidak akan menyerah diri secara diam sehingga saya lawan dan saya dedahkan kejahatan sistem mereka di hadapan khalayak ramai yang selama ini diperdaya oleh mereka. Saya pun menjerit sekuat-kuat hati bahawa saya tidak mahu menuruti mereka, walauapapun mereka lakukan, saya terus mengecam mereka. Seorang jiran kami adalah Anwar Sadat dan dia terpaksa campur tangan dan meleraikan.  
Saya pun berkata kepada Anwar Sadat: ‘ saya akan pergi ke rumah tuan kamu dan mahkota kamu, yang dihormati Murshid (Hasan al-Hudaybi ketua Ikhwan]’. Saya tinggal bersama isteri Murshid and anak-anak perempuannya di rumah mereka, kerana Murshid dan semua anggota kaum keluarga lelaki  telah dipenjarakan. Akhirnya suami saya muncul dimahkamah dan dibicarakan serta dijatuhkan hukuman penjara  selama 55 tahun.

Persahabatan akrab di antara Muhammad dan  Sayyid Qutb berkemungkinan bermula apabila kedua-dua mereka dijatuhkan hukuman pada 1955, kerana dia dihukum 55 tahun, dan as shaheed Sayyid Qutb dikenakan 15 tahun; kedua-dua mereka dibebaskan pada 1964. Muhammad dan Sayyid Qutb telah bersama selama ini samada di penjara ataupun di hospital, persaudaraan mereka semakin erat dan mereka memperkukuhkan satu sama lain. Mereka saling melengkapi -  Muhammad memanfaatkan dan mempelajari fikrah, peradaban,  ilmu dan and kefahaman mendalam as shaheed Sayyid, sementara Sayyid mempelajari sejarah Ikhwaan, organisasi, , Manhaj and segala yang berkaitan dengan Jamaa`ah daripada as shaheed Muhammad, kerana Muhammad anggota Ikhwan yang lebih awal.

Muhammad akan berkata: ‘Setiap babak dan setiap ungkapan di dalam buku-buku Ustaadh Sayyid, aku tahu bila ia ditulis, apa peristiwa yang berIaku dan perbincangan tentang apa yang tercatat.’

Pembebasan sekejap 1964 dan dipenjarakan semula

Sewaktu tempoh penjara terakhir pada 1965, selepas pembebasan sekejep pada 1964, saya telah pergi ke hospital untuk menjalani pembedahan, dan setelah keluar, dia berkata kepada saya: ‘Kamu hendaklah banyak berdhikir dan memohon keampunan dalam kamu beramal, dan kamu akan diberi ganjaran, hendaklah bersabar dan bermuhasabah serta berbuatlah baik kepada saudara-mara.’

Dia akan bersolat dua rak`ah, sehinggalah jamuan makanan disediakan. Dia berterusan solat daripada 9 pagi hingga ke jam 2 petang. Apabila saya membuka pintu, saya akan dapati dia bersolat, berdoa dan menangis. Sehinggalah tiba waktu kami mendengar dentuman di pintu rumah, dan pasukan keselamatan berada di depan pintu. Saya pun membuka pintu biliknya dan memberitahunya pasukan keselamatan telah datang untuk menahannya dan supaya dia menyelesaikan solatnya. Dia pun menunaikan solat. Apabila mereka ingin terus membawa dia pergi, dia meminta mereka tunggu sehingga dia selesai ghusl - mandi.

Muhammad pun bersungguh-sungguh meminta saya mencarikan dan memberikannya mashaf - se naskah al Quran.  Saya tidak menjumpai mushaf itu kecuali se naskah yang telah saya nukilkan pesanan kepada anak kami Ahmad dan naskah inilah yang saya telah berniat untuk dihadiahkan kepada Ahmad. Namun, Muhammad telah menjanjikan kepada saya bahawa mashaf ini - naskah al Qur'an ini akan dikembalikan walaupun ia terpaksa pergi ke planet Marikh dan balik. Oleh itu, saya pun berikan mashaf itu kepadanya.

Kezaliman dan Dendam Kesumat Regim

Kezaliman regim menjadi lebih kejam dan berdendam. Saya telah diturunkan pangkat daripada jawatan pengetua sekolah kepada taraf guru biasa. Saya telah diarah berpindah dari wilayah ke wilayah dan kemudian saya ditukarkan daripada mengajar matapelajaran biasa kepada pendidikan khas. Saya teringat juga bahawa pada permulaan penahanan Muhammad, pasukan keselamatan telah memulakan kempen bagi mencuba untuk menghumban saya ke dalam penjara.

Akhirnya, mereka mencapai maksud mereka dan saya telah dihukum penjara selama enam bulan di  penjara Al-Qanaatir, di mana saya mengalami pendarahan berterusan sehinggalah saya terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang rahim. Saya tidak hadir perbicaraan di mahkamah kecuali pada hari dijatuhkan hukuman.

Apabila Muhammad melihat saya di dalam keadaan yang sungguh lemah itu, dia memberitahu saya bahawa dia tidak tahu tentang penahanan saya sehinggalah keadaan apabila anjing-anjing di penjara mengoyak-ngoyakkan pakaiannya sewaktu dia disiksa. Akibatnya, dia memesan untuk membawa pakaian baru daripada rumah.

Anak kami Ahmad dengan bijak memberikan pakaian lama kepada pengawal penjara supaya mereka tidak mencurinya jika pakaian baru. Apabila Muhammad melihat hanya anak-anaknya sahaja yang menziarahinya di penjara, dia baru sedar bahawa saya tidak lagi berada di rumah.

Di kala situasi pahit getir inilah apabila kakak saya melahirkan seorang bayi perempuan, anak saya Ahmad membuat perangai, mendesak dan menangis meminta saya adakan  seorang lagi adik. Saya pun berkata kepadanya : ‘Bapa kamu perlu berada bersama kita.’ Apabila kami menziarahi bapanya, dia terus menangis dan  menruntun bapanya dengan berkata: ‘Ayah, mari kita balik ke rumah dan ibu boleh adakan adik baru untuk saya. Apa yang menghalang ayah? Dia?' dan dia menunjuk kepada seorang pengawal, 'Jangan takut dengannya. Ahmad akan pukul dia dan ayah boleh ikut saya.' Sehinggalah saya menangis dan pengawal pun menitis air mata. 

Perpisahan Terakhir Kami

Pada waktu-waktu akhir perpisahan kami - mereka telah meminta kami datang menziarah Muhammad sebelum dia menjalani hukuman mati. Saya pun membawa Ahmad dan Sumayyah bersama. Saya sediakan makanan yang lazat untuknya dan kami pun pergi untuk bertemu dengannya, tetapi mereka menghalang saya daripada membawa masuk makanan itu. Mereka membawa kami dari khemah ke khemah, lengah menunggu sehinggakan kepada khemah yang keempat akhirnya. Pengawal-pengawal yang menarik Muhammad dengan cara yang kasar dan hina, mencampakkannya di depan mata kami.

Muhammad berkata: ‘Aku tak tahu apa yang patut aku kesalkan? Mereka mahu aku merayu untuk mendapat pengampunan dan menyesali apa yang aku telah lakukan, tetapi apa yang telah aku lakukan untuk dikesali?’

Dan apabila saya meminta pegawai di situ untuk membawa masuk makanan, pegawai itu menolak, Muhammad pun berkata kepada saya : "Jangan meletihkan diri kamu, dan jangan menghabiskan sedikit masa ini yang kita ada bersama. Kalau mereka izinkan makanan itu dibawa, mereka akan memaksa aku memakannya sekarang, padahal aku berpuasa." Ahmad pergi kepada ayahnya lalu duduk di atas ribanya dan terus menangis dengan berkata: "Kanak-kanak lain asyik mencemuh dengan mengatakan ayah hendak membunuh Abdul-Nasser". Muhammad menenangkannya dengan berkata: "Neraca keadilan hari in terbalik, dan ia tidak akan diperbetulkan hari ini tetapi sesungguhnya: ‘Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil, untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung) dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.’ (Sûrah al-Anbiyâ’: 47)

Muhammad berpesan menasihati saya supaya berbuat baik kepada anak-anak kami, dan saya menasihatinya supaya berbuat baik kepada dirinya, dan lawatan itupun tamat.

Pada pagi 29 Ogos 1966, radio menyiarkan berita tentang hukuman gantung yang telah dijalankan ke atas tiga orang syuhada' ini. Sewaktu itu, saya sedang menyediakan sarapan pagi dan saya terus meneruskan mengucapkan ‘Inna lillaahi wa innaa ilayhi raaji`oon’, dan memohon keampunan, dengan air mata tidak henti berlinang, sewaktu tiada sesiapa pun menyedari situasi saya.

Para pembunuh Muhammad tidak berpuasa hati setakat itu. Mereka memanggil saya dan memaksa saya menandatangani persetujuan untuk tidak mengadakan upacara janaazah untuknya. Mereka memulangkan barang-barangnya kecuali mushaf - naskah al Qur'an kepunyaan Ahmad.

Tentang Suami Saya

Muhammad (Semoga Allah merahmatinya), seorang yang sangat baik hati. Di antara ciri peribadinya yang tersohor adalah sifat bermurah hati. Pembantu rumah yang pernah bekerja dengannya, mengadu bahawa Muhammad tidak akan makan makanan yang disediakan olehnya kerana ia diberikan kepada sahabat-sahabat yang terdiri daripada para pelajar yang berjauhan dari rumah dan yang daif. Begitulah dengan amalan Ithaar [melebihkan orang lain], dia akan sentiasa mengutamakan sahabat dan tidak akan menerima apa-apa yang boleh menyebabkan perselisihan dengan sahabat-sahabatnya. Dia sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan adab berkelakuan. Dia selalu mandi lebih lima kali sehari di samping sentiasa mengekalkan wudoo'.

Hubungan saya dengan as shaheed suami saya bertambah kukuh dan mesra walaupun dengan tempoh masa yang hanya singkat bersama. Saya terus menemui ciri-ciri kebaikan peribadinya melalui surat-suratnya dari penjara yang mengandungi didikan tarbiyyah dalam Aaqeedah,  Imaan , Sabr dan Istiqamaah. Surat-surat ini menjadi bekalan di atas jalan perjuangan ini, dan contohnya seperti ini:

Pad sambutan ‘Eid dia menulis: ‘Eid akan datang kepada para sahaabah, dan di kalangan mereka yang mulia telah korban syaheed, orang kesayangan mereka telah pergi, dan mereka diuji dengan pasangan mereka, ibu bapa dan anak-anak mereka. Tetapi ini semua tidak mengurangkan kebahagian sambutan `eid  pada jiwa dan hati mereka. Sebenarnya, inilah makna  `eid -  jihad, amal dan pengorbanan. Oleh itu, kita dengan keadaan yang kita hadapi, adalah orang yang paling layak menyambut `eid, dan yang paling wajar bergembira dengan kurniaan Allah, dan kerana kita mengenali Allah. Justeru memanjat kesyukuran kepada Allah  kerana ini semua, pada hari yang mulia dan penuh kebesaran ini. Kita kini merasai kemanisan din – agama ini, yang menyentuh jiwa, dan kita mengesannya pada emosi perasaan kita, segar dan lembut sepertimana asalnya hari lembaran agama ini disingkapkan, hidup sihat dan berdengup di jantung kita dan mengalir di dalam darah kita.

Betapa dia lembut dengan perasaannya, begitulah dia akan meletakkan tangan ke atas tempat kesakitan dan merawatnya dengan kelembutan dan penawar halus. Dia berkata di dalam se pucuk surat lain:  "Adalah sukar dan payah bagiku, apabila bersamamu di saat-saat begini, untuk melihat pada wajahmu tanda-tanda jerih perih perjuangan dan rupa-rupa kepenatan, dan perjalanan ini terlalu lama dan berat kesusahannya. Aku tidak nafikan kesusahan di atas jalan perjuangan ini, dan aku tidak mengatakan aku tidak merasakan kepayahannya, kerana aku seorang insan yang lemah. Kecuali aku merasai dan aku ingin kamu juga merasai bersama aku, bahawa di sebalik sana di penghujung jalan ini, adalah taman-taman berteduh, di mana para musafir boleh berehat, jika mereka letih. Mahukah kamu supaya kita berkunjung ke salah suatu taman ini supaya kita menikmati ketenangan dan suasana nyaman? Kemudian, kita boleh menikmati makanan dan minuman untuk membantu kita meneruskan perjalanan dan menamatkan hingga ke destinasinya?


Dan inilah yang dia nukilkan di atas se naskah Kitabullah yang dia hadiahkan kepada saya:  

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kepadamu. Kepadamu isteriku.

Kepadamu saudariku dalam agama.

Kepadamu rakan dalam jihad.

Kepadamu wahai penenang jiwa dan ibu kepada anakku
.
Kepadamu wahai bunga hatiku. Kepadamu dikirimkan kitab agong, di atasnya syariat yang Allah telah satukan kita bersama sebagai suami isteri, menerusinya kita dikumpulkanNya sebagai bersaudara, dan di atas jalannya Dia menjadikan kita di kalangan para mu'minin sebagai dua orang pejuang.

Kepadamu kekasihku kitab mulia, penghargaan, kasih dan kesetiaan daripada suamimu. Sehinggalah Allah membawaku kembali bersamamu, dan mengumpulkan kita di bawah naunganNya.

Dan salam ke atas kamu, dan rahmat dari Allah, dan kebaikanNya, dan segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan seluruh alam.

12 Shawwaal 1383

Di samping surat-surat yang penuh bermakna dan berharga, saya mendengar daripada percakapan sahabat-sahabatnya tentangnya. Apabila Muhammad ditanya tentang musim yang paling digemarinya, dia memilih: ‘Musim gugur, kerana daun-daun yang berguguran mengingatkanku akan kesudahan waktu yang telah ditentukan bagi setiap diri.

Dalam mimpi-mimpinya , dia berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. lebih daripada sekali dan juga dengan Nabi Yusuf (as) and Nabi Isa (as), dan dia mengalaminya dengan benar.

Jika dia menjadi amat keletihan semasa beratur di perbarisan yang panjang di penjara, dia berkata: 'Ya Rabb, betapa lembut layananMu.’ Dan jika mereka berbicara tentang penyiksaan di hadapannya, dia menjawab; Allah jualah (yang menurunkannya)”, kemudian biarkanlah mereka leka bermain-main dalam kesesatannya. (Al-An`aam:91)

Dan jika mereka berbicara tentang menjangkakan apa hukuman-hukuman yang bakal dijatuhkan, dia akan berkata: "Sebenarnya ini bukan penghakiman, dan untuk Allah penghakiman sebenar, dan Allah tidak menghukum kecuali dengan yang benar dan pihak  lain yang mereka panggil selain Allah, tidak menghukum dengan apa-apa. Apalah kita dan mereka apabila di dalam qabd  Allah seperti zarah kecil? Jika Allah menilai kita layak untuk shaheed, Dia akan memilih kita untuknya, dan jika tidak, qadar Allah, ketentuan itu akan melepasi kita dan mereka."

Mushaf dikembalikan

Mushaf naskah al Qur'an milik anak kami Ahmad mempunyai kisahnya. Apabila kali terakhir mereka memenjarakan Muhammad pada 1965, dan dia membawa mushaf Ahmad bersamanya, saya tidak menjumpainya pada barang-barang yang dipulangkan setelah dia shaheed.  Setelah dua puluh tahun masa berlalu, kami berada di kota suci  Madeenah, di rumah anak saya Sumayyah dan suaminya, saya ternampak mushaf ini di almari buku mereka. Lalu, saya bertanya kepada suami anakku dari mana dia mendapatkan mushaf ini. Menantu saya menceritakan bahawa semasa dia menziarahi masjidil haram, seorang wanita terdengar namanya dipanggil oleh sahabatnya, lalu wanita itu menghampirinya dan bertanya: ‘Adakah kamu si fulan si fulan?’, dan dia menjawab,'Ya.' Wanita itu berkata: ‘Tunggulah aku dan jangan tinggalkan tempat ini sehinggalah aku menyerahkan barang yang diamanahkan.’ Kemudian dia memberitahunya bahawa suaminya telah memberikan se naskah mushaf yang telah diambil daripada as shaheed (Muhammad) dan berpeesan kepadanya supaya mengembalikannya kepada waris as shaheed.

Dan mushaf ini telah dibawa ke Perancis, London dan Saudi Arabia, sehinggalah ia akhirnya tiba kepada pangkuan kami dua puluh tahun kemudian. Dan saya tidak menyangkakan Allah Azza wa Jalla akan menunaikan janji yang dibuat oleh  suami saya yang  telah shaheed.

Jika saya diminta menulis surat kepada suami saya hari ini, saya akan mengucapkan, 'Aku berdoa kepada Allah Azza wa Jalla supaya aku kekal bersama baiah - janji setia perjuangan dan tidak berubah sesudah kamu, dan semoga kamu berada di kalangan para  Shuhadaa dan Sideeqeen dan Allah Azza wa Jalla menghimpunkan aku bersama mu: (Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin) (Surah Yaa-Seen:56).



disuaipadan dan disunting daripada majalah Ad-Da'wah Issue 109, Muharram 1422 (www.cageprisoners.com)



No comments:

Post a Comment