Sunday, February 15, 2015

ABDULLAH GUL: DENGAN SEDIH DAN PRIHATINNYA


Pernyataan Sokongan Tuan yang Terutama Abdullah Gül mantan Presiden Turki untuk Anwar Ibrahim di Malaysia

13.02.2015


Saya mendapat tahu tentang pensabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan ke atas Anwar Ibrahim dengan perasaan amat sedih serta penuh keprihatinan.

Sebagai seorang sahabat lama Anwar Ibrahim, saya mendapati tuduhan yang dibawa ke atasnya amat sukar untuk dipercayai.

Anwar Ibrahim adalah seorang tokoh politik ternama bersosok intelektual di Dunia Islam dan beliau adalah seorang yang gigih memperjuangkan nilai-nilai Islam,  demokrasi, kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia.

Atas sebab inilah Anwar disokong oleh kumpulan-kumpulan hak asasi dan beberapa negara-negara luar daripada Timur dan Barat.

Sebagai rakan kepada negara Malaysia dan rakyat Malaysia, saya ingin meminta kerajaan Malaysia supaya mempertimbangkan kesan hukuman ini atas imej dan kedudukan antarabangsanya serta komitmennya kepada hak asasi manusia.



His Excellency Abdullah Gul



http://www.abdullahgul.gen.tr/



No comments:

Post a Comment