Friday, April 24, 2015

PESANAN AL QARADAWI KEPADA MESIR

تعليق سماحة الدكتور القرضاوي على الحكم على الدكتور محمد مرسي وإخوانه

PANDANGAN SAHIBUL SAMAHAH DR YUSUF AL QARADAWI MENGENAI HUKUMAN KE ATAS DR MUHAMMAD MURSI

Alhamdulillah , selawat dan salam untuk Rasulullah, dan para sahabatnya dan sesiapa yang mengikut petunjuknya.

Sesungguhnya masih berterusan hukuman-hukuman kehakiman Mesir yang zalim semakin meningkat kekerapannya.  Dan masih lagi pedang kehakiman menguasai dan mengancam orang mulia umat dan ibu pertiwi. Dan masih lagi anggota kehakiman yang membebaskan diri sesuka hati daripada kecenderungan kepada keadilan dan kebangkitan suara hati:- Mereka merayau-rayau di dalam kejahilan dan kesesatan dengan menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas Dr Mursi presiden sah yang telah dipilih secara demokrasi. Dr Mursi dijatuhkan hukuman didakwa kerana peristiwa ahdath al-ittihadiyah, yang telah menyebabkan 8 orang aktivis Ikhwan Muslimin terbunuh.

Pada hari kejadian itu, polis dan tentera telah meninggalkan dan mengabaikan tugas mereka menjaga keamanan kediaman presiden. Kita telah lihat sebahagian perusuh menyerang pintu kediaman presiden dengan jentolak!!. Hakim mahkamah pula membicarakan Dr Mursi atas sebab terkorbannya dua orang perusuh. Hakim tidak pula membawa As-Sisi (General) ke perbicaraan atas  pembunuhan ribuan rakyat di Rabaah dan Nahdoh serta di lain-lain medan kebangkitan, dan As Sisi masih lagi terus membunuh dan membunuh.

Mursi dibicarakan sedangkan dia sejak dari hari pertama menjawat jawatan presiden enggan untuk mendiami istana presiden. Bahkan dia tetap tinggal di apartmen sewanya. Kezuhudan mursi dibalas dengan hukuman yang berat. Keganasan dan kekejaman Hosni Mubarak (bekas presiden) pula dibalas dengan pembebasannya bersama-sama konco-konconya. Mubarak yang membunuh dan memenjarakan, yang menyeksa, yang mencuri, yang merompak dan yang merosakkan. Mursi pula yang dijatuhkan hukuman sedangkan dia adalah presiden Mesir yang berusaha agar Mesir berdikari memiliki makanannya, ubatannya dan senjatanya sendiri. Sedangkan ada yang telah menjual Mesir kepada musuh-musuhnya, merekalah yang memundurkan negara samada dari segi ekonomi, ilmu dan kebudayaan, pendidikan dan kesihatan. Mereka bebas menikmati apa yang telah mereka rompak dan apa yang mereka curi.

Setiap hari terserlah bahawa badan kehakiman di Mesir adala badan yang telah dipolitikkan. Telah hilang kredibiliti dan nilai bagi setiap keputusan dan hukuman yang keluar dari badan tersebut.  Badan kehakiman di Mesir bukan lagi badan yang berkuasa. Mesir telah menjadi negara yang mana pentadbirannya dikuasai pihak tentera.


Benarlah kata-kata pensyair:

Apabila si penguasa dan penulis-penulisnya berlaku zalim
Dan si hakim menipu dalam penghakiman
Maka celakalah, kemudian celakalah, kemudian celakalah
kecelakaan itu untuk si hakim dunia daripada Hakim langit
Dan Allah swt menekankan bahawa Dia tidak lalai daripada apa yang dilakukan oleh orang zalim dan dia tidak tidur

“Dan janganlah kamu menyangka Allah lalai terhadap apa yang dilakukan oleh orang yang zalim” (Surah Ibrahim ayat 42)

Dan Rasulullah s.a.w. bersabda "Sesungguhnya Allah melanjutkan usia si penzalim agar apabila nyawanya diambil, tiada yang boleh memebebaskannya.” 

Rasulullah s.a.w. membaca: ‘Dan demikianlah azab Tuhanmu, apabila ia menimpa (penduduk) negeri-negeri yang berlaku zalim. Sesungguhnya azabNya itu tidak terperi sakitnya, lagi amat keras serangannya. (Hud 11:102)

Aku katakan kepada mu wahai Tuan Presiden Mursi:-

Wahai tuan presiden, kami masih ingat kata-katamu:-
Sesungguhnya harga kebebasan Mesir adalah hidupmu dan darahmu, dan engkau bersedia untuk berusaha bersungguh-sungguhke arah itu demi agamamu, negaramu dan ummatmu, mengharapkan redha Tuhanmu, dan demi meninggikan kalimatNya. Kami menghargai ketabahanmu wahai Tuan Presiden dan kecekalan insan-insan mulia yang berjuang bersama-samamu dan ketabahan rakyat Mesir, pemuda-pemudi, lelaki mahupun wanita, kami memohon kpd ALLAH agar dianugerahkan untuk kamu semua pertolongan yang dekat lagi cepat.”


يا رب خلِّص مصر من أعدائها = وأعن على طاغوتاها الملعونِ

Wahai Tuhan singkirkanlah Mesir dari musuh-musuhnya, dan bantulah ia dalam menghadapi taghut-taghut yang dilaknat.


يا رب إن السيل قد بلغ الزُّبى = والأمر في كاف لديك ونونِ
( Sya’ir Arab )


Wahai insan-insan bebas yang menanti di penjara taghut. Wahai pejuang kebangkitan di medan-medan Mesir dan kampung-kampungnya, thabatlah – tetapkan dan teguhkan - kerana kamu berada diatas kebenaran, dan seseorang tidak akan sesekali merentap kehendakmu atau memadamkan bara perjuangan kamu atau memadamkan semangat kebangkitanmu.

                                                            
تالله ما الدعوات تهزم بالأذى = يوما، وفي التاريخ بِرُّ يميني
ضع في يديّ القيد، أَلْهِبْ أضلُعي = بالسوط، ضع عنقي على السكين
لن تستطيعَ حصار فكريَ ساعة = أو نزع إيماني ونور يقيني
فالنور في قلبي، وقلبي في يَدَيْ = ربي، وربي ناصري ومعيني
سأظل معتصمًا بحبل عقيدتي = وأموت مبتسمًا ليحيا ديني!

Demi Allah dakwah tidak kalah dengan kesakitan,
Suatu hari akan terpahat pada sejarah, kebaikan yang aku lakukan
Tambatkan ikatan di tanganku, patah-patahkan sendiku dengan kayu pemukul, letaklah tengkokku ke atas pisau
Kamu masih tak mampu mengongkong pemikiranku walau sesaat atau mencabut imanku atau cahaya keyakinanku
Kerana cahaya itu di hatiku, dan hatiku di tanganku, Tuhanku, Tuhanku, Penolongku
Aku akan tetap teguh dengan tali aqidahku dan aku mati tersenyum demi menghidupkan agamaku





No comments:

Post a Comment