Wednesday, April 22, 2015

AL QARADAWI BANTAH HUKUMAN KE ATAS MORSI



Syaikh Yusuf al Qaradawi Presiden Kesatuan Ulama’ Sedunia membantah hukuman yang dikenakan keatas Dr Morsi  Presiden Mesir yang sah  menerusi laman web twitter.

Dr Morsi dijatuhkan hukuman sedemikian sedangkan beliaulah Presiden Mesir yang pertama berusaha agar Mesir dapat berdikari, memperoleh makanannya sendiri, dan ubat-ubatannya sendiri serta senjata-senjatanya sendiri, ketika mana ada yang menjual Mesir kepada musuh-musuhnya dan memundurkannya, mereka bebas menikmati apa yang mereka rompak!!!

Dan Syaikh Yusuf al Qaradawi turut juga mengutuk badan  kehakiman Mesir yang dikuasai tentera.

Badan kehakiman Mesir bukan lagi badan yang berkuasa, bahkan Mesir telah menjadi Negara yang mana pihak berkuasanya dikuasai oleh pihak tentera.

Dan Syaikh Yusuf al Qaradawi mengakhiri kata-katanya dengan menyeru agar pejuang kebebasan Mesir untuk thabat – tetap dan teguh di atas kebenaran.


Wahai pejuang-pejuang kebebasan di penjara-penjara thagut, wahai pejuang-pejuang revolusi di Mesir, thabatlah kamu semua,  sesungguhnya kamu berada di atas kebenaran. Dan tidak akan sesekali bagi seseorang untuk merentap kehendak kamu atau melenyapkan kebangkitan kamu.”




No comments:

Post a Comment