Tuesday, August 18, 2015

Al Qaradawi: Baqiyyatus Syam Dr Wahbah al Zuhaili




Al Qaradawi:  Baqiyyatus Syam Dr Wahbah al Zuhaili


Kita telah menerima sebuah berita dengan hati yang penuh kesedihan, kemudian telah redha jiwa-jiwa dengan ketetapan Allah. Tanggal Sabtu 23 syawal 1436 Hijrah bersamaan 8 Ogos 2015 Masihi telah wafatnya saudara kami Al-Allamah Dr Wahbah Mustafa az-Zuhaili seorang ahli tafsir, ahli feqah, ahli usul, dan salah seorang Ulama Ahli Sunnah yang hebat di Syam,  juga pengarang kitab Al-Fiqh Al-Islamiy Wa Adillatuh ( Fiqah Islam dan Dalil-dalilnya). Umurnya ketika itu hampir 83 tahun. Dia telah menghabiskan umurnya pada keilmuan, pendidikan, kajian dan penulisan di banyak universiti-universiti Arab dan dia masyhur dengan kitab-kitab ilmiahnya dalam bidang Fiqh Islam dan Usulnya, dan Tafsir, sepertimana dia berjuang menyatakan pendapatnya di hadapan kelompok-kelompok sesat, dan mazhab –mazhab yang menyeleweng serta dia telah menyingkapkan rancangan-rancangan mereka lantas, mengugurkan, menumpaskan kesyubhahan mereka.


Sesungguhnya Dr Wahbah rahimahullah cemerlang dalam pengajiannya sejak dari kecil lagi, dan dia sentiasa berada di barisan-barisan hadapan. Dan dia mendapat tempat pertama semasa pengajian menengah-sekunderinya. Kemudian dia meneruskan pengajiannya di kulliyah Syariah di Universiti Al-Azhar Asy-Syarif dan memperolehi Syahadah Aliyyah, demikian juga beliau turut mendapat pangkat Asy-Syarf Al-Ula (Pangkat Tertinggi) di peringkat Phd di bidang Syariah Islamiah.


Disamping itu, dia mendapat ijazah sarjana muda di kulliyah Undang-Undang Universiti Ain Shams, dan Diploma di Maahad Asy-Syariah (Sarjana) daripada kulliyah Undang-Undang di Universiti Kaherah. Dia  juga turut menerima ijazah pengkhususan untuk mengajar daripada kulliyah Bahasa Arab di Al-Azhar.


Adiknya yang bongsu : Ustaz Dr Muhammad Az-Zuhaili kedua-dua mereka merupakan (bersaing) Kuda Lumba (Literal فرسا الرهان.). Kedua-duanya menceburi dalam Fiqh dan Usul. Dan kendatipun adiknya kurang sedikit dari abangnya dari segi menghasilkan karya. Tetapi kedua-duanya adalah dalam kebaikan. Saya kenali Dr Wahbah dan saya kenali beberapa orang saudara maranya dan sahabat-sahabatserta guru-gurunya, yang terdiri daripada mereka yang telah belajar di Mesir dan mengaji dengan guru-guru di al-Azhar dan Darul Ulum seperti Syaikh Sibaie, Abu Ghuddah, Shaikh Muhammad Adib as-Soleh, Shaikh Adnan Zarzur, Shaikh Abdur Rahman As-Sobuni, Shaikh Abdus Sattar Abu Ghuddah dan lain-lainnya.


Dr Wahbah Az-Zuhaili istimewa dengan kebolehannya dalam fiqh islami tanpa sebarang elemen melampau atau bermudah-mudah.  Apabila dia mengkaji pendapat-pendapat fuqaha yang pelbagai , dia akan menimbangnya berdasarkan kepada dalil-dalil dan dia akan mentarjihkan mana yang dianggap sebagai Arjah berdasarkan kepada pertimbangannya. Dia tidak taksub kepada mazhab atau madrasah tertentu. Bahkan dia tekun cekal  dalam mengikuti jalan wasatiyyah atau manhaj wasatiy. Dan dia telah menuntut ilmu tentang manhaj wasatiy di Syria daripada beberapa Ulama yang arif  tentang manhaj tersebut dan dinisbahkan manhaj itu kepada mereka. Di antaranya, Mustafa as-Sibaie dan Al-Ustaz Ad-Duktur As-Siyasi Al-Awwal yang dikenali sebagai Ad-Dawalibiy, pakar dalam Usul.


Telah hidup Dr Wahbah demi Ilmu dan menelaah serta penulisan sepanjang hayatnya. Boleh jadi ramai yang boleh mengarang kitab-kitab, akan tetapi sesiapa yang menumpukan betul-betul pada ilmu nescaya akan terhasil daripadanya perkara yang mengkagumkan. Dan diantara kitab-kitab awal yang dikarangnya adalah “Atharul harb fil Islam”( Kesan Peperangan dalam Islam). Dan di dalamnya terdapat pendapat-pendapat yang baru yang mana dia telah naqalnya (pindah) daripada kitab-kitab fiqh kami  yang luas. Dan ini menunjukkan dengan awal membezakan perkara yang diperlukan ummah dan perkara yang tidak diperlukan untuk ummah.
تدل على أنهبدأ مبكرا يفرق بين ما تحتاج إليه الأمة وما لا تحتاج إليه، فكان له اختيارات جيدة، نقلناها عنه في كتابنا فقه الجهاد
Maka padanya pilihan-pilihan baru, kami naqal daripadanya di dalam kitab kami Fiqh Jihad.


Beberapa ulama di dunia Islam telah memilih saudara kami Shaikh Dr Wahbah az-Zuhaili untuk bersama-sama kami sebagai ahli dalam Kesatuan Ulama Islam Sedunia, merangkap perwakilan dari Syria. Akan tetapi keadaan sekitar Syaikh dan kondisi suasananya dan keperluannya kepada keizinan untuk bermusafir menjadikannya sukar. Dan dia menulis kepada saya memohon maaf  daripada menyertai keahlian tersebut. Dan dia juga tiada kudrat untuk mengambil bahagian meskipun untuk sekali sahaja. Dan kami terpaksa menerima keuzurannya dengan mengambil berat akan keadaannya.


Sheikh Wahbah telah bekerja di beberapa buah universiti Arab dan Islam, Universiti Damsyik, Universiti Muhammad bin Ali As-Sanusi di Bandar Al-Baido’ di Libya, dan di kulliyyah Syariah dan Undang-Undang di Universiti Emiriah, Universiti Khartoum dan Universiti Umm Durman Al-Islamiyyah. Dia juga dipinjamkan ke Qatar dan Kuwait untuk pengajian sempena Ramadhan. Puak al-Asad dari Syiah Nusairiy dan Parti Baath cuba menjadikannya sebahagian daripada ekor-ekornya (talibarut) agar  bergerak sebagai tunggangannya. Justeru bergerak di sebalik fatamorgana sepertimana puak-puak ini telah berjaya mempengaruhi ulama lain yang terdiri daripada rakan-rakan Sheikh Wahbah. Akan tetapi Allah Ta’ala telah memeliharanya daripada tipu daya mereka dan menyelamatkannya daripada cengkaman mereka sehinggalah dia kembali kepada Tuhannya dalam keadaan diredhaiNya.


Shaikh Wahbah kerap menghadiri Muktamar Al-Fikr Al-Islami di Algeria, di mana saya turut berpartisipasi semenjak kedatangan Menteri waqaf Sheikh Abdur Rahman ibn Syaiban. Dan Kami selalu bertemu Sheikh Wahbah di negara-negara Arab dan Islam, termasuk di forum-forum dan pada muktamar-muktamar ilmiah dan fiqhiyyah.


Dan Shaikh Wahbah rahimahullah menyelia sebilangan risalah-risalah Sarjana dan Phd di Damsyik, Beirut, dan Khartoum. Dikatakan dia menyelia 70 buah tesis. Dia juga menerima anugerah Syaksiah Islamiyyah Unggul di Majlis Sambutan Maal Hijrah yang diadakan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2008 di Putrajaya. Dan pada dirinya rahimahullah acapkali muncul pada siaran-siaran radio tentang tafsir Quran, dan juga forum-forum di radio dan televisyen serta siaran satelit yang pelbagai, ditambahi pula bual bicara berdialog bersama-sama wartawan di beberapa buah negara.


Dan Dr Wahbah az-Zuhaili telah menyiapkan untuk Al-Maktabah Al-Islamiyyah puluhan buah karya-karya yang bermanfaat lagi berfaedah. Antaranya merupakan pertama lagi paling penting: kitabnya yang masyhur “Fiqh Islami Wa Adillatuh” mengandungi sebanyak 11 jilid. Kitab ini menyentuh kesemua bab-bab Fiqh Islam dalam setiap mazhab tanpa taksub kepada mana-mana pendapat. Dan juga Kitab “Tafsirul Munir fil Aqidah wa Asy-Syariah wal- Manhaj” sebanyak 16 jilid. Dan juga kitab Al-Wajiz fil Fiqh Al-Islamiy, dan kitab Al-Wajiz fi Usulil Fiqh , dan Al-Mausu’ah Al-Fiqh Al-Islamiy (Ensiklopedia Fiqh Islam) dan Al-Qodoya Al-Muasoroh (Isu-Isu Kontemporari) dan kitab Tafsir Al-Wasit wal Wajiz, kitab Al-‘Ilaqot Ad-Duwaliyyah fil Islam Muqoronah Bil Qonun Ad-Duwali Al-Insaniy wa Huquq Al-Insan (Hubungan-Hubungan Kenegaraan pada Islam serta Perbandingan dengan Undang-Undang Antarabangsa Moden- Undang-Undang) (International Humanitarian Law And Human Rights), kitab Al-Alam Al-Islamiy fi Muwajahah At-Tahaddiyyat Al-Ghorbiyah (Dunia Islam dalam Menghadapi Cabaran-Cabaran Barat), kitab Musykilat fi Toriq An-Nuhudh(Masalah-Masalah pada Jalan Kebangkitan), Al-Usrah Al-Muslimah fil Alam Al-Muasir (Keluarga Islam di Alam Moden), Al-Masorif al-Islamiyah (Bank-Bank Islam), Al-Muamalat Al-Maliyyah Al-Muasoroh (Muamalat Harta Kontemporari), Al-Iqtisod Al-Islamiy (Ekonomi Islam).


Keanggotaan dalam Pertubuhan dan Lajnah-lajnah

Dia rahimahullah merupakan ahli dalam beberapa pertubuhan dan institut ilmiyah dan fiqhiyah, dan dia juga ahli di Al-Majma’ Al-Malakiy li Buhuth Al-Hadoroh Al-Islamiyyah (Institusi Diraja Untuk Kajian Ketamadunan Islam) di Jordan (Muassasah Ali-AlBait), beliau juga merupakan ahli pakar  Majma’ Al-Fiqh Al-Islamiy (Institusi Fiqh Islam) di Jeddah dan Al-Majma’ Al-Fiqhiy di Mekah al-Mukarramah dan Majma’ Al Fiqh Al-Islamiy di India , Majma’ al-Fiqh Al-Islami  Amerika dan Majma’ Al-Fiqh Al-Islami Sudan. Dan dia juga merupakan Ketua Panel Pengawasan Syariah  “Hay’ah Ar-Roqobah Asy-Syar’iyyah li Syarikah Al-Mudharabah wal-Muqosomah Al-Islamiyyah” di Bahrain, kemudian ketua panel pengawasan syariah  Bank Islam Antarabangsa (Al-Bank Al-Islamiy Ad-Duwaliy) di Institut Kewangan Arab ( Al-Muassasah Almasrofiyyah Al-Arobiyyah) di Bahrain dan London. Dia juga ahli pakar Al-Mausu’ah Al-Arabiyyah Al-Kubra di Damsyik. Dan dia menjadi ketua Lajnah Kajian Syar’iyyah (Al-Lajnah Ad-Dirosat Asy-Syar’iyyah) untuk institut-institut kewangan Islamiyyah, dan ahli Majlis Fatwa Tertinggi (Al-Majlis Al-Ifta’ al-‘Ala) di Syria, dan anggota  Lajnah Buhuth wa Syu’un Islamiyyah (Lajnah Kajian dan Hal Ehwal Islam) di Kementerian Waqaf Syria dan anggota koresponden Mausu’ah Fiqhiyyah di Kuwait, dan ahli Mausu’ah Arabiyah Al-Kubra di Damsyik, dan Mausuah Al-Islamiyah di Jordan, dan Mausuah fiqh Al-Muamalat  Majma’ Al-Fiqh Al-Islamiy di Jeddah dan lain-lain keanggotaannya.


Dan diceritakan bahawa Sheikh Wahbah menghadapi Dr Muhd Ali Azar Syab dari University Tehran dan Dr Muhd Ali adalah juga ketua Markas Kajian Kebudayaan Iran-Arab. Dr Muhd Ali menyerang saya di suatu persidangan muktamar Doha bagi Dialog Mazhab-Mazhab Islamiyah pada tahun 2007 ketika saya menyampaikan beberapa pembentangan tentang perkara yang menghalang taqarub antara Sunnah dan Syiah. Dr Ali Azar Syab menuduh saya sebagai penghasut.


Sheikh Wahbah membantah kritikan-kritikan Azar Syab, dan dia menegaskan bahawa pembentangan saya menerangkan tentang realiti yang berlaku dan hakikat-hakikat yang ketara. Dan dia menambahkan lagi bahawa saya hanya mengatakan Syariah Islam jauh daripada ekstremis dan seruan kepada taksub mazhab.


Dan Dr Wahbah menekankan bahawa saya menyeru kepada penyingkiran masalah daripada akar-akarnya menerusi dakwah agar tiada lagi  caci maki terhadap para Sahabat  r.a. dan supaya penganut agama Syiah tidak mencerca Ibunda-Ibunda Orang Beriman (Ummahatul Mukminin) serta mensucikan mereka daripada tuduhan yang orang Syiah lemparkan.


Semoga Allah merahmati saudara kami Asy-Syaikh Wahbah Az-Zuhaili dengan rahmat yang luas dan menganugerahnya dengan ganjaran yang baik ke atas apa yang dia telah lakukan untuk agamanya dan keilmuannya dan ummatnya. Dan semoga Allah kurniakan kepada ahli keluarganya dan pencinta-pencintanya keindahan sabar dan mengurniakan mereka dengan ganjaran yang banyak dan semoga Allah mengantikan untuk ummat ini dengan yang lebih baik.



Yusuf al Qaradawi
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia


(sumber: diterjemahkan daripada laman   al-Ittihad al-Alami li-Ulama al-Muslimin)










No comments:

Post a Comment