Monday, September 14, 2015

Al Qaradawi: Selamatkan Masjid al Aqsa!



Alhamdulilllah dan selawat dan salam ke atas Rasulillah dan keluarga dan sahabatnya serta barangsiapa yang mengikuti petunjuknya.

Sesungguhnya apa yang berlaku di perkarangan Masjid al-Aqsa  dan ke atas pintu-pintu gerbangnya adalah angkara daripada pencerobohan oleh puak pelanggar - settler dan ketua mereka adalah menteri pertanian Zionis. Mereka membuat percubaan-percubaan menyalakan api bagi membakar pintu-pintu gerbang masjid, dan perbuatan menghalang jemaah yang tulus hati untuk beribadah di dalamnya, dan menyerang jemaah serta melepaskan gas-gas pemedih yang pelbagai untuk meleraikan jemaah, dan mengeluarkan jemaah daripada tempat isra’ Nabi s.a.w. dan Qiblat pertama serta masjid ketiga teragung dalam Islam.

Kenyataan menteri keselamatan Israel bahawa Masjid al-Aqsa akan dibuka untuk orang Yahudi yang ingin mengunjunginya bersempena perayaan tahun Yahudi, menunjukkan bahawa  ada kelompok Yahudi yang terlibat dalam perancangan mereka bagi membahagi-bahagikan al-Aqsa samada dari segi tempat, masa atau kedua-duanya sepertimana yang dilakukan oleh mereka kepada Masjid al-Ibrahimiy di Bandar al-Khalil di Tebing Barat yang dijajah.

Dan saya tidak tahu di mana Ummah? Dimana pemimpinnya? Ulamanya? Tenteranya? Dan Pemudanya?

Maka bilakah pemimpin-pemimpin Arab akan sedar? Dan bilakah lagi akan pemimpin-pemimpin Negara Islam bergerak? Bilakah Liga Arab akan bangkit dari lenanya? Dan bilakah OIC akan terjaga dari kelekaannya?

Sesungguhnya mempertahankan al-Aqsa merupakan suatu kefardhuan. Dan bertahan di al-Aqsa merupakan kefardhuan dan menghalang Zionis dari mencemarinya adalah suatu kefardhuan dan memberikan sokongan dari segi harta untuk saudara mara kita yang cekal berjuang di sekitar al-Aqsa adalah kefardhuan.

Allah Ta’ala berfirman pada Surah at-Taubah ayat 41:-
Pergilah kamu beramai-ramai(untuk berperang di jalan Allah) sama ada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat (disebabkan pelbagai tanggungjawab)

Hendaklah para ahli parlimen bangkit menjalankan kewajipannya, dan hendaklah para ahli politik memainkan peranan mereka, dan ke atas para ahli media supaya mencurahkan tenaga mereka dan ke atas wartawan-wartawan dan khatib-khatib  agar bersuara menunaikan tugas mereka. Hendaklah setiap individu-individu ummah menjalankan tanggungjawabnya. Maka tiada alasan boleh diberikan di hadapan Allah jika kita tidak melakukan apa-apa langsung.

Barangsiapa yang mampu menghadapi Israel dengan dirinya maka lakukanlah, dan barangsiapa yang mampu membantu para pejuang dengan hartanya maka lakukanlah, dan barangsiapa yang tidak mampu maka ikhlaskanlah doa untuk mereka.

Demi Allah aku ingin jika aku mampu untuk pergi berjumpa bersama dengan saudara-saudari kita yang berjuang, yang cekal bertahan dan aku meletakkan tanganku ke atas tangan-tangan mereka dan bahu aku sederap dengan bahu-bahu mereka, sebagai tebusan untuk al-Aqsa dan demi mempertahankan al-Aqsa.

Tiada alasan bagi kita dihadapan Allah samada rakyat, kerajaan, dan organisasi apabila Yahudi mampu melaksanakan perancangan jahat mereka terhadap al-Aqsa, dan mata kita hanya berkelip dan jantung kita berdegup.

Aku katakan kepada mereka pejuang-pejuang al-Aqsa: Kamu semua dalam ribat – medan perbatasan dan jihad, maka thabitlah di tempat-tempat kamu, janganlah kamu takut dan janganlah kamu gelisah maka sesungguhnya kamulah yang tertinggi.

Ali Imran: 139:-
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

Ali-Imran: 200:-
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Aku katakan kepada pemimpin-pemimpin Islam semuanya :-
Bertaqwalah kepada Allah dalam menjalankan tugas kepada rakyat, bertaqwalah kepada Allah demi ummatmu, bertaqwalah kepada Allah demi tanah-tanah sucimu….Kembalikan ummah kepada Islam. Inilah jalan untuk membebaskan masjid al-Aqsa. Jangan tinggalkan Islam dari ikatan kepimpinan, dan jangan kamu menyisihkannya daripada kempimpinan dan pengaruh.
Sesungguhnya Zionis memerangi kita atas nama agama, maka semestinya kita hendaklah memerangi mereka atas nama agama yang paling kuat, mereka memerangi kita atas nama Yahudi, maka kita perangi mereka atas nama Islam, mereka memerangi kita atas nama nabi Musa, maka kita perangi mereka atas nama Muhammad dan Musa, mereka perangi kita atas nama Taurat, maka kita perangi mereka atas nama al-Quran.

Dan aku katakan kepada ummat: -
Sesungguhnya pemeliharaan al-Aqsa dan usaha untuk mengembalikannya semula kepada kita adalah kewajipan Muslimin kesemuanya. Dan ia bukanlah kewajipan rakyat Palestin bersendirian, dan ia bukanlah kewajipan Arab bahkan ianya merupakan kewajipan ummah Islamiyyah di timur dan barat…ummah seramai 1.7 bilion muslim. Hinalah ke atas mereka jika mereka lalai pada agama mereka dan membiarkan masjid mereka diserahkan kepada bani Israel.

Sebahagian bertanya kepadaku tentang kelemahan ini, dan kegagalan dan kehinaan ini, adakah ummat kita telah mati?
Aku jawab “Ummah Islamiyyah tidak mati dan tak akan mati

Akan bergerak dalam kita usaha para sahabat dan keazaman para pembuka… akan menyeru kepada kita bendera Khalid dan panji Abu Ubaidah, maka kita akan menyahut seruan itu. Sesungguhnya ayat-ayat Quran di dada kita akan sememangnya enggan untuk kita mati atau berdiam diri. Dan sesungguhnya hadith-hadith  Rasulullah s.a.w memberi khabar gembira akan pertolongan Allah yang nyata.

Allah taala berfirman pada Surah Muhammad Ayat 7:-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Hai orang-orang mu'min, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
Ayat ini menyentuh jiwa hati kita yang sakit.

Dan firmanNya Ar-Rum ayat 47:-
…dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman..
Ayat ini meneguhkan pendirian kita.

Dan firmanNya As-Saffat ayat 173:-
Dan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran).
Ayat ini menurunkan ketenangan pada jiwa kita.

Dan sabda Nabi s.a.w.:-
Sebahagian daripada umatku akan terus berada di atas kebenaran, menewaskan musuh-musuh mereka. Sedikit pun tidak terkesan dengan orang-orang yang menentang mereka kecuali kesempitan hidup sehinggalah tibanya hari kiamat.”
Dan para sahabat bertanya kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah dimanakah mereka?
Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan kawasan sekitarnya. ”

Dan ini menegaskan kepada kita semua hakikat sebenar peperangan ini.


(Profesor Yusuf al Qaradawi Presiden Kesatuan Ulama Se Dunia    14 September 2015)

No comments:

Post a Comment