Thursday, May 19, 2016

al Qaradawi: Bersatulah dan Jangan Berpecah Belah, Pejuang Syria



نداء إلى فصائل المقاومة السورية في الغوطة الشرقية
Seruan kepada Kumpulan-Kumpulan Pejuang Mujahidin di Timur Ghouta Syria

(Latarbelakang seruan ini adalah pertempuran sesama kumpulan pejuang pembebasan Mujahidin di kawasan ini telah memberi kesempatan kepada tentera regim Bashar Assad menawan sebahagian besar kawasan di pinggir Damsyik ini)

الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه
(وبعد)

Maka sesungguhnya Allah ta’ala telah memilih kamu untuk membawa panji jihad dan mempertahankan Islam dan maruah umat Islam. Sesungguhnya ianya merupakan kedudukan yang agung. Allah telah menjanjikan untuk sesiapa yang memikul panji ini akan hidayah ke arah jalan yang benar. Allah s.w.t berfirman “Barang sesiapa yang berjihad di jalan Kami nescaya akan Kami beri petunjuk kepada jalan-jalan kami, dan sesungguhnya Allah semestinya bersama-sama orang yang muhsinin” al-Ankabut : 69. Allah telah menyebut dengan mulianya di dalam perlembagaanNya yang kekal abadi iaitu al Quran yang agung tentang kelebihan para mujahidin “Allah melebihkan para mujahidin daripada orang yang duduk dengan ganjaran yang agung” an-Nisa’ : 95

Dan Allah telah menyifatkan para mujahidin yang jujur yang mana Allah cinta akan mereka dan mereka cinta akan Allah menerusi firmanNya “Mereka penuh kasih sayang kepada orang beriman dan sangat keras keatas orang kafir, mereka berjihad di jalan Allah dan tidak mereka takut celaan orang yang mencela” al-Maidah : 54

Dan sesungguhnya kami terasa pilu dan sedih begitu juga dengan setiap Muslim yang tulus lagi prihatin akan apa yang berlaku diantara saudara kita yang terdiri daripada kumpulan-kumpulan mujahidin di timur Ghouta yang berlakunya pembunuhan yang dahsyat.  Ratusan jiwa yang suci dan tulus telah syahid , dan diantara mereka yang telah menjual bunga kehidupan ini untuk mendapatkan apa yang lebih baik dan kekal disisi Allah taala. Dan demikianlah apa yang telah berlaku daripada penawanan sebahagian terhadap sebahagian yang lain dan pengepungan sebahagian keatas sebahagian yang lain.

Dan ini berpunca daripada perselisihan yang timbul daripada syaitan yang telah merosakkan kedua-dua kumpulan tersebut “Sesungguhnya syaitan itu (selalu) menimbulkan perselisihan diantara mereka. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia” al-Isra’: 53. Dan Allah juga telah mengkhabarkan “Syaitan itu hanya mahukan untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian diantaramu” Al-maidah : 91. Dan apakah permusuhan dan kebencian yang lebih besar daripada menumpahkan darah satu sama lain, dan mengepung satu sama lain dan menawan saudara Muslimnya atau membunuh saudaranya yang  dalam kecederaan !!!

Sesungguhnya ayat-ayat al Quran yang mulia menyeru kita “Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah bercerai berai” Ali-Imran : 103. Dan Allah telah memberi amaran kepada kita “Dan janganlah kamu berselisih yang menyebabkanmu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar” al-Anfal : 46. Musuh-musuh kamu bergembira dan bahagia melihat kamu berhimpun dan membunuh satu sama lain. Mereka melihat kamu menyembelih satu sama lain dan membunuh sehinggalah lemah barisan kamu dan hilang kekuatan kamu dan mereka akan menyerang kamu dengan satu serangan.

Dan Nabi s.a.w menekankan pengharaman darah orang Islam menerusi sabda baginda dalam hadith Jabir, diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud “Sesungguhnya darah kamu dan harta kamu adalah haram/mulia seperti mulianya hari ini (hari Arafah) pada bulan ini (Zulhijjah) dan di tanah air kamu ini” dan begitu juga dalam hadith Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi “Setiap Muslim keatas Muslim yang lain haram darahnya, hartanya, maruahnya,” dan begitu juga dalam hadis muttafaq alaihApabila bertemu dua orang Muslim dengan pedang mereka maka si pembunuh dan yang dibunuh itu masuk neraka”, maka Nabi s.a.w. ditanya “Ya Rasulullah, pembunuh itu masuk neraka, tetapi kenapa yang dibunuh juga masuk kedalam neraka juga” Nabi s.a.w. menjawab “Sesungguhnya dia amat mahukan untuk membunuh sahabatnya itu

Sesungguhnya orang Islam itu saling membantu dan menyokong antara satu sama lain, dan mereka adalah seperti satu tangan keatas selain mereka. Mereka diikat dengan ikatan Islam dan simpulan Iman. Di dalam sahihain daripada hadith ibnu Umar “Muslim itu saudara kepada Muslim yang lain, dia tidak menzaliminya, tidak menyerahkannya kepada orang yang akan menyakitinya atau perkara yang menyakitinya, dan sesiapa yang memenuhi hajat keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi hajat keperluannya

Dan sesungguhnya Allah telah menganugerahkan keatas mereka ikatan  dan persaudaraan ini, Allah berfirman “ Dan ingatlah kamu akan nikmat Allah ketika kamu dahulunya bermusuhan dan Allah telah melembutkan hati-hati kamu maka kamu menjadi dengan sebab nikmatNya bersaudara satu sama lain” Ali-Imran : 103.

Dan Allah juga berfirman “Dan Allah telah melembutkan hati-hati kamu, sekiranya kamu menginfaqkan apa yang ada di bumi keseluruhannya, kamu tidak akan dapat melembutkan hati-hati mereka akan tetapi Allah yang mendamaikan diantara mereka, sesungguhnya Dia Maha Agung, Maha Bijaksana” al-Anfal : 63


Dan Allah telah memberi bimbingan pada kita untuk mendamaikan antara saudara kita “Maka bertaqwalah kepada Allah dan damaikanlah hubungan diantara kamu” al-Anfal : 1. Dan Allah juga berfirman “Hanyasanya orang beriman itu bersaudara maka damaikanlah diantara saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu dirahmati” al-Hujurat: 10

Dan Imam Ahmad, Abu Daud, dan Tirmizi meriwayatkan dari hadis Abu Darda’, Nabi s.a.w bersabda “Mahukah aku beritahu kepada kamu dengan perkara yang lebih mulia darjat daripada solat dan puasa dan sedeqah?” Sahabat-sahabat menjawab “Ya, wahai Rasulullah” Rasulullah s.a.w. bersabda “Mendamaikan hubungan dan sekiranyanya rosak hubungan itu maka ianya merupakan pencukur ( yang akan menghapuskan pahala).

Maka aku katakan kepada saudaraku daripada mujahidin di Jaisy al-Islam dan Failaq ar-Rahman : Failaq Rahman perlu menjadi satu juzuk daripada Jasiy al Islam dan Jaisy al Islam juga perlu menjadi suatu laluan untuk Failaq ar Rahman. Perlu bagi kedua-dua pihak ini bergabung agar kekuatan mereka bertambah kukuh, keberanian mereka semakin mantap dan kecekalan mereka bertambah padu. Nescaya mereka akan menjadi suatu kekuatan yang hebat menentang musuh mereka. Mereka meluru ke hadapan dan mereka tidak akan undur kebelakang dan mereka memerangi musuh mereka dalam satu saf yang satu sepertimana yang difirmankan Allah “Sesungguhnya Allah kasih akan mereka yang berjuang di jalanNya dalam satu saf seperti satu bangunan yang tersusun kukuh” as-Saf : 4

Dan renungilah prinsip yang berharga pada majallah Al-Manarkita bekerjasama pada perkara yang kita sepakat dan kita saling memaafkan antara satu sama lain dalam perkara yang kita khilaf

Sesungguhnya Ummah Islamiah di timur dan di barat mengikuti perkembangan jihad kamu dan mereka berdoa kepada Allah agar Dia menolong kamu dengan pertolongan yang kukuh dan mereka tidak menunggu untuk melihat akan penyembelihan ini dan sesekali tidak menerima perlakuan-perlakuan ini!

Sesungguhnya darah syuhada dan kesakitan mereka yang cedera dan maruah-maruah mereka yang merdeka dan kesedihan mereka yang kehilangan anak dan yang kehilangan suami dan rintihan mereka yang ditangkap menjerit dan meminta kepada kamu untuk menghentikan pertempuran yang merugikan ini!

Sesungguhnya persengketaan kamu dan percubaan sebahagian kamu untuk menumpaskan sebahagian yang lain hanya menjadikan umur musuh kamu panjang. Ia hanya memberi bantuan nyawa kepada musuh kamu. Sesungguhnya musibah-musibah ini menghimpunkan orang yang terkorban di antara kita, bagaimana pula dengan orang yang teruji dengan musibah ini dan yang terkorban terdiri dari ahli Syam. Mereka terdedah dengan pembunuhan dan dihalau dari rumah mereka, musibah ini mereka telah hadapi lebih daripada lima tahun. Dan bagaimana!!, sedangkan kamu telah melempar dunia daripada panahan yang satu?  Sesungguhnya Ikhlas dalam beramal dan menerima apa yang Allah tetapkan diikat dengan niat yang tulus dan pembebasan diri daripada kemewahan diri, sepertimana didalam hadis Abu Musa al-Asy’arie yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda “ Sesiapa yang berjuang agar kalimat Allah menjadi yang teratas, maka dia berada di jalan Allah Azza Wa Jalla

Kita memohon kepada Allah agar Dia mendamaikan sesama saudara kita dan menahan darah mereka daripada ditumpahkan dan agar kalimat-kalimat mereka disatukan dan kekuatan mereka dikukuhkan dan keazaman mereka bertambah kuat dan moga Allah menolong mereka untuk menumpaskan Taghut yang sombong takabbur di bumi ini. Sesungguhnya Allah swt berkuasa atas tiap sesuatu.

wa akhiru da’wana anil hamdulillahi rabbil ‘alamin


يوسف القرضاوي
Yusuf Qaradawi

رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين

Presiden Kesatuan Ulama Sedunia


No comments:

Post a Comment