Friday, May 20, 2016

Malam Mawlana Matiur Rahman Nizami menjadi “burung yang terbang di Jannah”


Pada malam bapa saya Mawlana Matiur Rahman Nizami menjadi “burung yang terbang di Jannah”. (Semoga Allah memakbulkannya)

Du’a seorang Mujahid dalam perjalanannya mencapai shaheed.

[Shaheed Mawlana Matiur Rahman Nizami, Ameer Jamaat e Islami Bangladesh, telah dihukum bunuh oleh regim ultra sekularis zalim Bangladesh pimpinan Sheikh Hasina pada 10 Mei 2016. Berikut adalah kisah pertemuan terakhir dia bersama keluarganya sebelum ucapan shahadah terakhir. Pertemuan ini berlaku di penjara Dhaka Central Jail pada 10 Mei 2016 jam 8 pm. Kisah ini dinukilkan oleh  Dr. NaeemurRahman Khaled, anak lelaki ketiga kepada Shaheed Nizami. Tidak beberapa lama selepas pertemuan ini, Mawlana Nizami menjalani hukuman gantung.]


Sejenak sebelum waktu solat Maghrib pada 10 Mei 2016, Pihak Berkuasa Penjara memanggil Mithu (Pembantu Peribadi Mawlana Nizami) supaya pergi ke penjara bagi menziarahi Mawlana Nizami. Mereka enggan mengesahkan samada itulah pertemuan terakhir sebelum dijalankan hukuman gantung. Dengan keresahan dan ketidakpastian mengaburi fikiran kami, kami bergegas dengan tiga buah kereta menuju ke Dhaka Central Jail.

Seramai 26 orang anggota keluarga memasuki pusat penjara berkenaan selepas mengharungi kerumunan sesak ahli-ahli wartawan media and melalui pula pemeriksan kawalan keselamatan yang ketat. Di situlah kami menerima sepucuk surat dikirimkan oleh Pihak Berkuasa Penjara dan ternyatalah kepada kami bahawa ini merupakan pertemuan terakhir bersama bapa. Kami dibawa ke kamar bapa di sel bagi yang dijatuhkan hukuman. Nama blok ini "Rajanigandha" dan bapa saya berada di bilik terakhir nombor 8 blok berkenaan. Bilik itu cuma berukuran 8 kaki darab 8 kaki tanpa sebarang tingkap. Pembukaan hanyalah merupakan pintu kekisi besi dengan sisi anjung yang kecil.

Bapa saya sedang mengerjakan solat di atas tikar sembahyang berwarna hijau menghadap qiblat dan berada bertentangan dengan kami. Dia membaca du’a di dalam bahasa Arab dengan terang, tartil dan lembut. Bunyinya tidak terlalu kuat ataupun terlalu perlahan. Dia berhenti sejenak selang bacaan seperti kelazimannya sepertimana kami biasa melihatnya lakukan sejak kami kecil lagi. Seekor kucing kecil berwarna perang duduk bersebelahannya seolah-olah ia juga bersembahyang menyembah Tuhan bersama Mawlana Nizami. Muaz (cucu ketiga Mawlana) memanjat tangga dan berkata "Datuk, kami ada di sini. Bukalah pintu." Bapa saya menamatkan du’anya dengan tenang lalu berdiri. Melihat kami berada di situ, dia menghampiri pintu dan berkata, "Kamu semua datang? Adakah ini pertemuan terakhir?"

Saudara perempuan saya yang beremosi sewaktu itu berkata, "Ini mungkin bukan pertemuan terakhir jika Allah tidak mengizinkan.” Suasana itu diselubungi perasaan suram penuh emosi dan menyayatkan maka bapa saya mula menenangkan para hadirin dan memohon semua orang di situ bersabar serta tabah hati! Dia bersalaman dengan semua orang yang berada di luar pintu besi itu. Dia memakai pakaian panjabi dan lungi berwarna putih. Pakaiannya basah kuyup akibat berpeluh kerana cuaca yang panas dan lembab berada di dalam bilik sel tidak bertingkap. Namun, wajahnya tenteram dan berseri. Tidak ada tanda-tanda kesugulan atau kebimbangan pada penatapan wajahnya. Siapa yang boleh berkata bahawa tidak lama lagi dia akan dibunuh dengan tidak adil oleh sebuah regim yang zalim!!

Tidak semua yang hadir dapat menemuinya di sebalik tirai besi itu. Pihak Berkuasa Penjara membenarkan rayuan kami dan membuka pintu besi berkenaan. Bapa saya keluar daripada kamar besi itu dan duduk di atas sebuah kerusi plastik di anjung sisi. Dia bermula dengan bertanyakan khabar kepada setiap orang yang hadir sepertimana amalan lazimnya. Sesudah itu, dia menegaskan pendiriannya yang jelas terhadap cadangan rayuan pengampunan. Dia berkata, "Pesuruhjaya Penjara bertanya samaada saya ingin memohon rayuan pengampunan setelah membacakan keputusan menolak petisyen semakan semula kehakiman. Saya telah menjawab bahawa saya tidak melakukan sebarang jenayah atau salahlaku dan tidak timbul petisyen merayu pengampunan kepada presiden negara kerana memohon pengampunan bermakna mengakui kesalahan.  Lagipun, Pemilik hidup dan mati hanyalah Allah dan saya tidak rela kehilangan  Imaan dengan memohon pengampunan kepada sebarang manusia."

Hari ini, pada tengah hari Ketua Pengarah Penjara datang berjumpa dan meminta saya memberikan kenyataan bertulis berkaitan permohonan pengampunan presiden. Saya tulis dengan jelas bahawa saya tidak akan memohon sebarang rayuan pengampunan atau belas kasihan.”

Pada ketika itu, keadaan bertambah muram mengharungi perasaan di situ. Baya saya berusaha menasihatkan  semua agar bertenang dan bersabar berulang kali. Saya tidak nampak apa-apa titisan air mata pun pada mata bapa saya. Juga, tidaklah dia nampak seolah-olah tanpa beremosi atau berselamba. Tetapi kelihatan kelibat seorang yang memiliki ruhnya yang sakinah aman damai menunggu penantian bertemu dengan Tuhan yang Maha Agung.

Kemudian semua ahli keluarga keluar sebentar bagi meninggalkan ibu saya berada bersama ayah secara peribadi. Ibu saya berusaha memberikan kata-kata merangsang supaya bapa cekal berani dan ibu menghuraikan keindahan shaheed serta kedudukan tinggi para shuhada di sisi Allah. Ibu saya menambah, "Kami akan bersaksi kepada Allah bahawa kamu adalah orang yang jujur dan bertaqwa. Sesungguhnya kamu tidak melakukan sebarang jenayah.” Pada pihaknya pula, bapa saya menasihati ibu saya supaya mengambil peranan menjadi ibu dan ayah kepada semua anak-anak lelaki dan perempuan setelah dia tiada lagi.  Bapa saya berkata: "Kamu akan melihat aku pada sosok sahsiah anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan kita."

Sesudah itu, kami semua kembali ke dalam. Bapa saya menyampaikan naseehah. Dia berkata, "Kamu semua sebagai adik beradik hendaklah hidup aman damai, ikutilah jalan Allah dan jejak RasulNya s.a.w. dan jagalah ibu kamu. Kamu akan lihat bapa pada diri ibu kamu. Dan kamu pastikan ibu kamu melihat bapa dalam diri-diri kamu. Beritakanlah tentang diriku sepertimana kamu melihatnya. Janganlah menceritakan berlebih-lebihan. Umur bapa adalah 75 tahun. Kebanyakan sahabat handai dan rakan seperjuangan bapa tidak menikmati usia yang panjang. Bapa telah hidup lama. Hidup dan mati adalah ketetapan Allah. Jika Allah menentukan bapa mati malam ini, maka bapa akan mati walaupun duduk di rumah. Sentiasalah berharapan baik kepada rahmat Allah dan bersyukur kepadaNya.”

Kami pun membawa anak-anak kami kepadanya dan mengingatkannya bahawa kami telah menamakan tiga orang cucunya menyamai namanya serta kami memohon du'anya  agar mereka bakal menjadi sepertinya. Bapa menjawab, “Saya du’akan mereka menjadi lebih hebat daripada saya, agar menjadi seperti sahabat-sahabat Rasulullah(s.a.w.)."

Dia kemudian menceritakan sebuah kisah berkaitan. Seorang ‘alim yang tersohor pernah bertanya kepada anaknya, "Apa cita-cita kamu?" He said, "Saya mahu menjadi seorang alim seperti ayah.” Mendengar jawapan itu, ‘alim itu mula menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia jawab, "Aku ingin menjadi seperti Hazrat Ali (RA:) dan kamu lihatlah jurang perbedaan ilmu di antara aku dan Hazrat Ali (RA:). Sekarang apabila kamu berhasrat menjadi seperti aku, kamu tidak akan pergi jauh."

"Momen (anak lelaki kedua Mawlana Nizami) seorang yang lebih alim daripada bapa dan saya sering merujuknya dalam pelbagai isu.”  

Kami berkata, "Kami tidak dapat lakukan apa-apa untuk bapa". Dia menjawab, "Kamu hanya boleh berusaha dan mencuba tetapi yang menentukan secara mutlak adalah Allah swt. Ramai kawan-kawan dan rakan seangkatan telah meninggal dunia. Allah boleh saja menetapkan kematian bapa lebih awal lagi. Tanpa berjuang di medan peperangan, jika Allah menganugerahkan shaheed ini adalah ganjaran yang terbesar bagi bapa.”

Kemudian, dia menyentuh persoalan lain. Dia berpesan kepada kami supaya menyampaikan salamnya dan penghargaannya kepada semua para pimpinan dan pekerja-pekerja pergerakan Islam, dan memohon agar semua mendu’akannya supaya dikurniakan shaheed yang diterima oleh Allah (SWT).

Ibu saya berkata, "Allah telah memberikan penghormatan kepada kamu di dunia ini dan insha Allah akan meninggikan darajat kamu di akhirat nanti". Bapa saya membalas dengan berkata, "Saya adalah orang biasa datang daripada kampung. Rahmat Allah telah menjadi seluruh dunia dan para alim ulama menyatakan du’á mereka, keprihatinan dan kebimbangan mereka untuk saya. Sheikh Hasina enggan hadir persidangan OIC kerana ada usul tentang pembebasan saya. Semua itu adalah rahmah dan keberkatan daripada Allah (SWT)."

Kami memohon supaya bapa mendu’ákan untuk kami di hadapan Allah swt agar kami semua bakal bertemu semula di jannah nanti. Dia berkata, "Beramal salih seperti dikehendaki untuk memasuki jannah, insha Allah kamu akan sampai ke sana."

Dia pun menadah tangan berdu’á bersama kami selama se jam bagi menunaikan permintaan kami. Dia bermula dengan memanjatkan segala puji bagi Allah swt dan berselawat dan bersalam ke atas junjungan besar nabi Muhammad (s.a.w.) dan pada 20 minit pertama membaca du’a ma’thur seperti diajar oleh baginda Nabi (s.a.w.), sepertimana kebiasaan selama hayatnya.

Kemudian dia berdu’á "Ya Allah, aku seorang hamba yang berdosa. Terimalah segala amalan baik aku dan segala bakti yang Engkau mengupayakan bagiku demi agamaMu.  Teguhkanlah aku di atas landasan imaan dan  Islam hingga akhir hayatku dan kurniakanlah aku shaheed. Ya Allah, jadikanlah aku dan keturunanku amil bagi menegakkan solat dan ampunilah aku, ibu bapaku dan semua orang mu’min hingga hari Pembalasan."

"Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang mantap dan jadikanlah kami bergantung bertawakkul hanya kepadaMu. Jadikanlah lidah kami khusyuk berterusan dalam dhikr kepadaMu. Kami memohon hati-hati yang segar sentiasa takut kepadaMu, ilmu yang bermanfaat, bekalan yang halal, akal sempurna dan kefahaman Islam yang sahih. Ya Allah, berilah kami keupayaan bertaubat sebelum mati, memudahkan kami ketika maut, rahmat pengampunanMu setelah maut dan jauhilah kami dariipada api neraka."

"Ya Allah, jadikanlah kami merasai cukup dengan yang halal dan jauhkan daripada yang haram. Jadikanlah kami tunduk patuh kepadaMu sepanjang hayat kami dan jauhikanlah kami daripada sekecil-kecil kemungkaran dan janganlah membiarkan kami bergantung kepada selain daripada Engkau. Ya Allah, berilah kami hidayah daripada nurMu (al Quran). Kamulah yang mengetahui segala dosa kami, dan kami bertaubat kepadaMu memohon keampunan dan kembali kepadaMu. Ya Hannan, Ya Mannan."

Dia juga berdu’á, "Ya Allah, terimalah negeri ini untuk deen (Islam) dan jadikanlah ia negara yang aman. Selamatkanlah negara ini daripada pembunuhan,  samseng-samseng, penculikan dan daripada imperialisme penjajahan.” Dia juga berdu'a untuk pembangunan negara. Pada waktu du’a yang menyayatkan hati ini, anak perempuan saya melihat titisan air mata pada wajah-wajah sebahagian pekerja penjara.

Bapa saya bertanya kepada Momen pakaian apa sepatutnya dipakai semasa berjalan ke tali gantung. Momen menjawab, "Pakailah Panjabi pada masa itu."

Sebagai seorang doktor perubatan, saya telah menyaksikan banyak babak kematian. Saya lihat ramai orang yang menunggu saat kematian sewaktu melawan penyakit. Saya menyaksikan bayangan-bayangan maut pada wajah mereka, keinginan agar dapat hidup sesaat lagi. Tetapi melihat bapa saya pada pertemuan terakhir ini, saya menyaksikan seorang yang berani dan mulia, bersedia dan menunggu saat untuk bertemu dengan Rabbul ‘Alamin. Bapa saya berpeluang melambatkan pelaksanaan hukum gantung jika dia memohon pengampunan. Kini ketentuan masa dihukum mati telah diketahui. Tetapi hari ini saya lihat teladan sebenar bagaimana di atas dunia ini seorang boleh mencapai ketinggian iman dan menghadapi maut dengan wajah senyuman!

Mereka yang telah berinteraksi dengan bapa saya tahu betapa lembut dan santun budipekertinya. Dia akan bersapa dan bertanyakan keadaan setiap orang, jauh atau dekat. Jika sesiapa ditimpa musibah, dia akan kerisauan dan akan bertanyakan khabar orang berkenaan berulang kali. Inilah ekspresi kasih sayang sejatinya terhadap semua orang. Dia juga sedar tentang fitrah dirinya. Pada pertemuan-pertemuan sebelum ini, dia menyatakan kebimbangannya bagaimana untuk memelihara kekuatan hingga ke saat akhir. Tetapi, pada pertemuan kali ini, ternyata ketenangan, ketabahannya dan penolakannya terhadap godaaan dunia yang fana telah menyerlah!

Di akhir pertemuan ini, bapa saya bertanya, “Siapa akan pergi hadir solat jenazah di Sathia?" Saya jawab, "Saya dan Momen akan ke sana." Dengan kelazimannya, dia nasihati kami berhati-hati agar selamat dalam perjalanan dan juga meminta kami membawa pembantunya Mithu bersama. Dia melarang ibu daripada mengikuti ke Sathia kerana waktu malam. Momen pada masa itu memakai seluar dan baju kemeja. Bapa saya meminta Momen memakai panjabi apabila mengimamkan solat jenazah nanti.


Nasihat terakhir bapa saya-

1. Dia menggesa semua supaya mengikuti panduan petunjuk al Quran dan hadeeth serta menuruti jalan Allah dan RasulNya (s.a.w.). Dia menyuruh kami bersabar dan bersyukur kepada Allah di atas setiap situasi. Saya tidak ingat samada pada pertemuan ini dia menyebut tentang solat tetapi pada semua pertemuan sebelum ini dia menyeru semua supaya istiqamah mendirikan solat.

2. Kemudian dia berkata, "Kamu akan menerima wasiatku pada buku-buku yang saya tulis. Dia bersungguh-sungguh menasihati kami membaca two buah buku yang ditulisnya semasa di penjara  - 'Rasulullah (s.a.w.) Sinaran Cahaya al  Quran and Sunnah', 'Adab-e-Jindegi' (Adab Kehidupan) dan sebuah buku yang ditulisnya sebelum itu - 'Kehidupan seorang Mu’min di bawah Cahaya al Quran'.

3. Akhir sekali, dia memberitahu saudara perempuan kami, anak yang sulungnya Mohsina, "Anakku, bapa paling risau tentang kamu kerana kamu anak sulung bapa. Kamulah anak yang memanggilku "abbu" (ayah) buat pertama kalinya. Harap bersabar dan tabah hati.” Kemudian dia memberitahu ibu,  "Saya meninggalkan 6 orang anak kita dan kamu akan melihatku dalam diri-diri mereka. Sekarang, pergilah dan biarlah saya melihat kamu semua pergi."

Kami semua bersalaman dengan bapa sebelum pergi. Kucing perang yang kecil itu menyelinap di belakang kami. Mukanya yang cerah berseri sering terkenang di fikiranku. 

"Ada burung-burung yang tidak boleh dikurung dalam sangkar, kerana surai bulunya  terlalu cantik.”


Setelah meninggalkan penjara, kami bergegas ke Sathia. Kami telah meninggalkan bapa kami yang masih hidup untuk membuat persediaan bagi jenazahnya!


Hadith masyhur Rasulullah (sa.w.) sering datang kepada pemikiran saya pada waktu itu, "Apabila kamu ditimpa musibah, ingatlah bahawa musibah terbesar adalah kewafatan diriku (Ibn Majah).”

Umat ini telah merasai kepedihan wafatnya Rasulullah (s.a.w.),  mereka boleh menangani sebarang mehnah dan tribulasi.



(Terjemahan daripada Bahasa Inggeris)

Nota:-

Motiur Rahman Nizami atau Mawlana Nizami telah dihukum gantung pada 11 May 2016 di atas tuduhan palsu jenayah perang yang didakwa berlaku pada zaman 70an pada suatu perbicaraan yang sangat tidak adil serta dibantah dan dikutuk oleh organisasi antarabangsa serta pejuang hak asasi manusia.  Perbicaraan yang dikendalikan sebuah tribunal telah didedahkan dalam adegan apa yang dikatakan “Skypegate” kerana peguam pendakwaraya telah dikesan dan didapati berhubung dengan para hakim serta merumuskan kes itu secara tidak sah. Mawlana Nizami juga disabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman bunuh kerana didakwa dengan tuduhan yang tidak masuk akal memperdagang dan menyeludup senjata ke India pada 2014.

Satu-satunya cemuhan yang regim zalim ini tidak dapat mencalitkan ke atas Mawlana Nizami adalah integriti dan kejujurannya yang tidak disanggah. Kejujurannya selaku ahli politik dianggap luar biasa di negara yang korup teruk seperti Bangladesh. Semasa dia menjawat jawatan menteri di dua buah kementerian, dia tidak mengambil satu sen pun wang haram, sesuatu yang tiada tolok bandingnya di Bangladesh.

Al Syahid Mawlana Nizami adalah pemimpin ke empat parti politik popular, Jamaat e Islami yang telah dihukum gantung oleh regim korup Sheikh Hasina. Semoga Allah swt merahmati dan memberkatinya.



No comments:

Post a Comment