Wednesday, September 10, 2014

KEBEBASAN BERSUARA

Kebebasan Bersuara: Alija Ali Izetbegovic




Setelah Mahkamah Agong menolak rayuan kami, kami mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk semakan semula penghakiman (Judicial Review). Dokumen permohonan semakan semula dibentang setebal 30 muka surat termasuk bukti dan keterangan yang menunjukkan tuduhan tersebut adalah palsu dan membuktikan bahawa mahkamah sebelumnya telah secara serious menyalahi prosidur undang-undang.

Aku mengemukakan:

“Keputusan mahkamah yang salah dan menyalahi undang-undang pada amnya adalah akibat dan natijah kesilapan, penyimpangan dan kesalahan perjalanan peraturan yang membawa kepada keputusan berkenaan. Asas pertuduhan palsu mengenai sifat dan tujuan tulisan “Deklarasi Islam” – pendustaan amat nyata mulai detik pertama acara penyiasatan… menyebabkan penyiasat-penyiasat tertentu dan mahkamah melakukan kesalahan undang-undang dan pemalsuan yang terang-terangan. Walaupun berbunyi aneh, tetapi saya ingin tegaskan bahawa jika saya benar-benar bersalah sudah tentu saya akan diberikan perbicaraan yang adil dan saksama. Saya tidak dibicarakan dengan adil kerana saya tidak bersalah. Jika saya benar-benar bersalah sudah tentu penyiasatan akan dibuat oleh hakim penyiasatan yang bebas bukan oleh polis; peguambela sepatutnya diberi hak untuk bertemu tertuduh daripada permulaan kes sepertimana termaktub dalam undang-undang bukan setelah pertuduhan didaftarkan; soal siasat saksi dan tertuduh sepatutnya dijalankan dengan kehadiran peguambela; cara-cara menyalahi undang-undang tidak akan dikenakan ke atas saksi-saksi dan kenyataan berhemat mereka tidak akan diselewengkan; media pencacai dan akhbar yang dicucuk hidung tidak merekacipta suasana perang saraf dengan kempen luar biasa untuk meyakinkan orang ramai bahawa tertuduh telah didapati bersalah walaupun penyiasatan masih berjalan; dan sudah tentu kami tidak akan dibicara secara rahsia. Semua ini tidak perlu berlaku kecuali kerana ia amat dikehendaki untuk memastikan kami bersalah dan untuk menutup hakikat sebenar kes daripada pengetahuan orang ramai.”

Keputusan Mahkamah Persekutuan hanya mengurangkan hukuman sebanyak 2 tahun sahaja dan mengekalkan kesalahan “perkataan”. Fasal 133 Akta Jenayah masyhur ini berbunyi: “Barangsiapa yang menghina atau mengancam ketenteraman negara melalui perkataan, penulisan atau paparan akan dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun.” Kesannya, aku menjalani semua hukuman ini semata-mata kerana tulisan, kata-kata, suara atau ringkasnya kerana keteguhan kepercayaanku.

Kita telah pelajari sejak di bangku sekolah bahawa sejarah manusia bermula yakni bahawa manusia menjadi manusia bersejarah apabila manusia belajar menulis. Tetapi manusia menjadi spesis kemanusiaan apabila ia belajar bercakap, bersuara dan berkata menurut fikirannya. Kemudian datang orang lain yang melarangnya bersuara, merekacipta undang-undang menyekat kebebasan, menggubal akta kesalahan berkaitan berkata-kata dan mengembalikan manusia kepada zaman purba dari mana ia mula muncul dahulu.

Pada suatu syarahan umum di Sarajevo sekitar 1994, seorang khalayak telah bertanyakan kepada aku tentang kawalan penapisan (censorship). “Tuan Presiden, tahukah anda apa yang sedang dituliskan walaupun pada ketika ini kita dalam peperangan. Kenapa anda membiarkannya? Kenapa anda tidak memperkenalkan kawalan penapisan?” Aku menjawab bahawa setelah apa yang aku sendiri alami, aku tidak bersetuju dengan larangan sedemikian. Ini bukan sahaja perkara prinsip tetapi juga isu produktiviti atau daya cipta. Aku berpegang bahawa larangan dan pemaksaan sedemikian tidak akan mencapai apa-apa untuk mengubah pendirian seseorang. Aku mengingatkan kepada ajaran al Qur’an sendiri yang menekankan secara yang indah dan pada masa yang sama amat lengkap ungkapannya, ayat Bahasa Arabnya berbunyi “ la ikraha fi’l din” – tidak ada paksaan dalam beragama. Jika ditafsirkan dengan lebih luas, seseorang mempunyai kepercayaan, pemikiran, yang tidak boleh dipaksakan.

Sebelum ini pihak Komunis yang memerintah kita telah cuba menghalang idea-idea dan kebebasan berfikir melalui ancaman, deraan, polis dan penjara, kerana inilah cara-cara yang mereka ketahui dan mereka gunakan. Pengalaman gelap dan pahit sistem tirani komunis, dan kekalahan serta tertewasnya, membuktikan buat selama-lamanya kegagalannya – seolah-olah menjadikannya suatu ujikaji sejarah tentang perjuangan kebebasan.

Akhirnya. setelah aku dibebaskan, aku sering ditemuramah mengenai perbicaraan ke atas aku dahulu yang telah berlalu. Pada tahun 1990, apabila aku telah mencapai kemenangan di pilihanraya, soalan yang paling kerap ditanya adalah samada aku akan membalas dendam, mengambil tindakan ke atas pihak Komunis kerana apa yang pernah mereka perlakukan ke atas diriku dan teman-temanku. Aku menjawab bahawa tidak akan ada tindakan atau balasan: dan tiada sesiapapun dikenakan sebarang tindakan. Semua orang yang terlibat dalam perbicaraan – pegawai-pegawai penyiasat, pendakwa raya, dan hakim-hakim – terus menjalani kehidupan seperti biasa dan bekerja dengan tugas mereka, dan ada pun yang masih kekal di jawatan yang sama.

Sebagai seorang ahli politik, aku memaafkan mereka. Selaku seorang insan, aku tidak memaafkan.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tulisan di atas adalah petikan terjemahan yang disunting dan disuaipadan daripada buku autobiografi al marhum Alija Ali Izetbegovic bertajuk “Inescapable Questions” diterbitkan oleh The Islamic Foundation 2003.

Pada 1992 sehingga 1994, penduduk Islam Bosnia telah menjadi mangsa kepada kekejaman penghapusan kaum angkara militan Serb tanpa mendapat pembelaan atau kepedulian sewajarnya daripada Eropah dan Barat, hanya semata-mata kerana penduduk Bosnia Herzegovina inginkan hak kedaulatan dan kebebasan negara mereka.

Beliau terkenal sebagai Presiden Bosnia Herzegovina yang telah berjuang untuk mencapai kesudahan yang adil kepada konflik yang telah melanda negaranya pada tahun 90’an. Kerjayanya yang mejangkau dua abad sangat gemilang sebagai seorang peguam, aktivis, pejuang kebebasan dan ilmuwan serta menjadi contoh teladan negarawan Muslim Eropah.



Friday, September 5, 2014

QASSAM: WIDAD ISTERI YANG SYAHIDA



Mohammed Deif adalah perwira bangsa, teman sejati dan buah hati Widad Asfoura. Jari kirinya menyarung cincin perkahwinan Widad. Widad menghargai dan menikmati setiap saat mereka bersama dan dengan Deif dia telah hidup bahagia setelah bertahun-tahun derita tangisan.

Widad wanita yang telah syahid kembali ke rahmatullah agar suaminya dapat meneruskan perjuangan, memimpin tentera dan membina kekuatan militari. Dia hidup bagaikan ratu bertahun-tahun lamanya walaupun cara hidup mereka berdua amat berbeda dan Deif sentiasa bergerak randah tanpa henti.

Kini, namanya dan nama Mohamed Diab Al-Deif, dapat diumumkan bersama, untuk didengari oleh dunia agar dibentang permaidani indah bagi pasangan ini. Bintang-bintang berkelipan yang tulen bukan berada di langit tetapi bintang-bintang yang tersembunyi menghuni di dalam terowong-terowong. Namun suatu hari nanti akan mereka temui cahaya dan kelak alam akan  akhirnya menyaksikan kecantikan kilauan mereka.

Widad mengetahui bahawa Deif sentiasa tergesa-gesa kerana kekangan masa dan ketidaktentuan waktu-waktu kegelapan ini. Tetapi Widad ingin supaya musuh mendengar kata-katanya dan dia menganggap dirinya juga seorang askar yang tak bernama, sepertimana para tentera pejuang Qassam yang lain yang berkhidmat di bawah Deif.

Widad ingin supaya Deif duduk bersamanya buat seketika, bagi kali terakhir, berpakaian seragam Qassam. Deif baginya lebih tampan dengan pakaian tentera, lebih kacak daripada memakai kemeja putih bertali leher merah sepertimana wajah ahli politik dan orang berpengaruh yang lain. Bauan aroma peluh pertempuran yang datang daripada badan dan ‘jenama’ Deif lebih wangi menewaskan wangian Perancis dan keharuman bungaan jasmin.


Ibu Widad yang melamar Deif untuknya

Widad seorang yang baik, luhur dan berhati-hati sewaktu kecil dan saudaranya Eman, yang lebih tua setahun daripadanya, paling akrab di antara empat saudara perempuan. Eman suka mengusiknya. Apabila mereka telah dewasa, Eman masih mengingatkannya tentang zaman persekolahan mereka dan bagaimana mereka melintasi jalan ke sekolah. Apabila Widad nampak kedatangan sebuah kereta, dia akan tunggu sehingga kereta itu melepasinya sebelum  melintas jalan. Eman akan marah dan berkata "Ambillah masa kamu Widad! Aku akan tinggalkan kamu kerana loceng sekolah akan berbunyi tak lama lagi."

Widad sentiasa kagum dengan cara hidup menekuni agama yang diamalkan oleh saudara lelakinya, Ibrahim. Dia dipengaruhi oleh Ibrahim dan mentaatinya seolah-olah dia adalah bapa Widad. Widad mengejutkannya untuk bangun awal supaya belajar bagi persediaan peperiksaan akhir persekolahan tingginya. Ibu Widad memiliki muka yang berseri bagaikan sinaran mentari. Ibunya akan selalu berkata, “Aku akan hanya nikahkan kamu kepada seorang pejuang Briged Qassam.” Ibunya sentiasa memberikan perangsang dan kepujian, dia memupuk diri Widad bahawa dia berbeda daripada yang lain. Widad yang paling berazam untuk menghafaz Al Qur’an, orang yang paling tasamuh dan bersabar, mudah bertolak ansur dan beralah walaupun dia berada di pihak yang betul.

Widad amat menyayangi ibunya apabila ibunya menceritakan kisah perkahwinan Widad dan Mohamed Al-Deif. Cerita ibunya disertai ketawa gembira tetapi bukanlah merupakan kebanggaan yang tidak bermakna.  Enam tahun lalu, ibu Widad secara spontan menyebut kepada sekumpulan wanita: “Jikalau dia melamar anak perempuan aku, aku akan menerimanya. Lamarannya adalah suatu penghormatan bagi kami.” Kata-katanya disampaikan kepada Mohamed Al-Deif , dan pada hari berikutnya, dia terus meminang Widad.

Widad suka dengan celoteh ibunya, “Akulah yang melamarnya untuk menikahi anak aku, bukan dia". Ibunya mengujar bahawa lebih baik berkahwin dengan seorang lelaki sejati daripada seorang lelaki yang tidak berakhlak.


Keputusan yang payah dibuat

Widad seorang janda kepada seorang pejuang Qassam "Belal Qaseea'a" yang telah syahid.  Mereka dikurniakan dua orang anak Bakr and Banan. Setelah Belal syahid, Widad sedih selama tiga tahun sehingga keluarganya amat bimbang terhadapnya.

Widad enggan berdoa “Ya Allah, kurniakanlah daripada musibah ini sesuatu yang lebih baik bagiku.” Sebaliknya dia seperti Umm Salama r.a. yang menyangkakan dia tidak akan mengahwini sesiapa kerana tiada yang lebih baik disebabkan  betapa sayangnya dia kepada suami sebelumnya. Kesudahannya Um Salama menjadi isteri Rasulullah s.a.w. Widad pun berkata seumpama itu, "Adakah yang lebih baik daripada  Belal?". Setelah tertekan, Widad bersetuju menerima pinangan Mohamed Al-Deif yang merupakan suatu ketentuan walaupun dia pernah menolak pinangannya sebelum ini. Pada ketika itu ibu Widad berkata, "Widad akan menjadi seperti mereka yang telah menemui harta emas di penghujung pelangi.“

Deif memang mahukan isteri yang seorang janda dan bersama anak-anak yatim, dan Abu Khalid (nama gelaran Deif) bersetuju anak-anaknya itu  kekal bersama mereka.

Perkahwinan itu bagaikan mimpi dan ia merupakan mimpi yang indah tidak terperi yang menjadi nyata dalam tempoh beberapa jam sahaja. Widad memberitahu Eman setelah berkahwin: "Aku telah mendengar banyak tentangnya tetapi aku tidak terbayang betapa berbedanya hidup bersama dengannya. Jika aku hanya mendapat beberapa hari sahaja bersamanya, cukuplah itu untuk seumur hidupku.”

Israel mendakwa “Al-Deif berkahwin dengan tergesa-gesa kerana dia hanya “separuh lelaki”. Teror sebati dengannya". Widad membidas mereka dengan senyuman sinis, “Pergi mampuslah kamu dalam kegusaran kamu.”


Hadiah bagi Widad adalah supaya bersama Deif 

Mohamed Al-Deif memporak perandakan Israel kerana mereka melihat tindak tanduknya tetapi gagal menatap wajahnya. Percubaan demi percubaan membunuh Deif gagal. Seluruh negara ingin melihat bayangan seorang wira ini walaupun dari jauh. Tetapi hanya Widad yang mengetahui warna mata Deif, mimik mukanya, ketinggian tubuhnya, berapa banyak gula di dalam bancuhan tehnya dan apa rupa berus giginya. Widad seorang sahaja yang mengetahui tabiat Deif seolah-olah Tuhan telah menjadikannya pasangan padan bagi seorang legenda. Padahal semua orang tahu Widad sangat berhati-hati, menyendiri dan amat berahsia.

Rumah tangga mereka tidak mempunyai satu alamat tertentu. Alamat-alamat mereka dikelilingi hadangan langkah-langkah keselamatan. Tidak sesiapa pun yang tahu bahawa Widad adalah isteri kepada orang yang paling dikehendaki, kecualilah mereka yang amat rapat dengannya. Apabila berita berkenaan perkahwinan itu bocor kepada umum, saudara maranya memarahi ibu bapanya, “Kamu tidak menandatangani sijil nikahnya, kamu menandatangani sijil kematiannya.” Widad sentiasa berjaga-jaga terutama apabila ada pihak yang terlalu berminat dengan dokumen pengenalan anak-anaknya.

Dalam kisah cinta mereka, mereka tidak diizinkan bersiar-siar secara santai, menziarahi kaum kerabat ataupun  berbual telefon dengan  tenang.  Laut biru pun tidak percaya bahawa ia tidak pernah menyaksikan mereka berjalan-jalan di tepian pantai seperti orang lain. Deif amat pintar dalam memadamkan kesan pergerakan mereka.

Dalam fikiran Widad hanya bagaimana untuk melakukan terbaik bagi melayani Deif supaya bahagia. Dia memastikan keselesaan pada pakaiannya dan menyediakan masakan tradisi yang Deif gemari. Kata-kata ibu Deif sentiasa terngiang-ngiang di telinganya, “Aku lihat kebaikan pada Widad, wahai anak ku.”

Widad masih mengenangkan kerut muka Deif yang memberi kesan besar kepadanya, semasa awal perkahwinan. Deif mengajarnya tentang ketentuan dan keazaman. Deif memberitahunya, “Widad, waktu aku bersamamu mungkin terhad atau Allah taqdirkan aku hidup berdekad-dekad lamanya. Khalid ibn Al-Walid berjuang menentang musuh tetapi mati di atas katil. Walaubagaimanapun, aku bercita-cita untuk mati syahid."

Bermula hari pertama mereka bersama, hidup Widad berubah. Widad berasa bagaikan seekor burung bulbul rindu malam. Dia akan terbang apabila sampai pesanan yang istimewa daripada Deif, pergi ke tempat yang terpilih. Kejutan bagi Widad berupa menemui suaminya dan inilah hadiah teristimewa baginya. Jika Widad melakukan sesuatu yang menyakiti perasaan Deif, dia menarik perhatiannya dengan cara lemah lembut yang penuh kasih sayang.

Widad pula akan bersuara: "Aku tidak dapat bayangkan jika kamu mati syahid sebelum aku. Aku tidak rela menahan penderitaannya lagi. Mohamed, aku akan mengorbankan nyawaku untukmu, wahai pemimpinku."


Lelaki yang mulia

Widad agak terperanjat bahawa lelaki ini yang berjaya mengegarkan kekebalan tentera Israel, mempunyai keupayaan mengasihinya. Deif suka membelikan pakaian yang banyak untuk Widad dan anak-anak mereka Omar, Ali, Halima and Sara. Pada waktu itu, Widad terfikir untuk mensedekahkan sebahagiannya untuk didermakan. Tetapi dia berkata pada dirinya, “Aku tak boleh kerana hadiah ini mengingatkan aku tentang Mohamed." Widad terpegun melihat seorang komander tentera pejuang yang beketrampilan di laut, udara dan darat seronok bermain-main dengan anak-anaknya terutama anak kesayangannya si manja anak bongsunya, Ali. Widad hairan bagaimana Deif sentiasa risau tentang mereka dan ada ketika dia meminta tingkap-tingkap ditutup agar tiupan angin tidak memudaratkan anak-anak mereka.

Mereka tidak berkesempatan memiliki potret gambar yang ditangkap oleh seorang jurufoto. Ada sedikit saja kepingan foto yang disebarkan dan digunakan oleh  Israel yang masih meraba-meraba mencari bagaimana untuk mengenalpasti rupa Deif. Keadaannya yang terpencil daripada bentuk-bentuk komunikasi moden tidak menyedihkan Widad; samada telefon pintar, Facebook atau yang lain-lain tidak dizinkan “obsesi keselamatan” Deif. Suaminya pun bukanlah suka untuk menunjuk-nunjuk. Empat budipekerti mulia Deif adalah sifat rendah diri, sabar, kerahsiaan dan kekuatan, budi pekerti yang dipelajari Widad daripadanya.

Apabila Widad beramah mesra di majlis-majlis perhimpunan bersama wanita-wanita lain, dia amat pendiam. Eman selalu mengusiknya dengan berkata, “Wahai Widad, kalaulah kamu bersumpah kepada mereka bahawa kamu adalah isteri Al-Deif, mereka tidak akan mempercayai kamu."


Babak terakhir

Apabila gendang perang berbunyi, mereka menghadapi suasana yang perih dan getir. Abu Khaled (nama gelaran Mohamed al Deif) amat bimbang tentang nasib orang ramai. Suatu kejadian yang menusuk jiwa Mohamed ao Deif adalah kisah yang dipaparkan di kaca TV tentang seorang wanita yang buta akibat rumahnya dibom oleh Israel, malah semua anak-anak lelakinya syahid tanpa disedarinya.

Pada genjatan senjata pertama, Widad menerima pesanan bahawa anak perempuannya Banan yang sedang tinggal bersama adik beradiknya di rumah datuk mereka, asyik menangis.  Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menjawab: "Kapalterbang melepaskan bom dan saya takut ibu akan syahid macam ayah (Belal) sebelum ini." Widad bergegas untuk pergi menenangkan anaknya dengan memakai jilbab hijau, seolah-olah pakaian untuk syahid. Saudaranya Eman mengusiknya tentang jilbab yang dipakai itu.

Widad sangat rindu kepada anak-anaknya dan memberitahu mereka bahawa dia akan menziarahi mereka dengan izin Allah pada keesokannya berdasarkan maklumat disebar tentang genjatan senjata baru. Widad telah menunaikan janjinya tetapi telah datang diusung di atas bahu-bahu rakyat sebagai jenazah syahida. Israel mencabul genjatan senjata itu kerana angkara gelojoh untuk cuba membunuh sasaran nombor satu mereka, suami Widad. Kaum kerabat Belal and Mohamed yang [a;ing awal datang untuk menyampaikan ta’ziah.


Mengusap pemetik rifel dengan titisan air mata

Eman berasa amat resah gelisah apabila mendengar berita rumah keluarga Al-Dalou telah dibom. Eman melihat Omar sedang mencari-cari kesan barangsiapa yang dia kenali di situ. Tetapi Eman tidak berani mengesahkan apa yang dia sudahpun ketahui kerana bimbang tentang akibat kepada keselamatan. Dia terpaksa menunggu laporan media untuk mengumumkannya. Eman merasai sungguh sukar untuk memerhati Halima mengumpul gula-gula, buah dan belon bagi membina sebuah “jannah”,  syurga pemergian ibunya. Juga lebih sukar lagi untuk cuba memberitahu  Bakr dan adik beradiknya bahawa ibu mereka sudah tiada lagi bersama mereka. Namun mereka sudah menyedarinya daripada raut wajah Eman dan tangisan air matanya. Adalah amat berat dan menyayatkan apabila kanak-kanak seperti  Banan, berdiri menghadap mayat ibunya Widad dan berdoa: "Ya Allah, kurniakanlah kepada ibu dan bapaku Jannatul firdaus.”

Pada saat pesawat Israel melepaskan peluru berpandunya, Widad sedang bergembira menikmati minuman kopi dan berbual dengan anak-anaknya melayani karenah mereka. Omar sempat lari ke pangkuan Halima tetapi Widad, Ali dan Sara telah menepati janji dengan suratan taqdir.

Mohamed Al-Deif menitis air mata mengalir di pipinya, mengenangkan masa bersama Widad dan waktu keemasan mereka berdua yang tiada siapa pun tahu kecuali Allah swt. Mohamed Al-Deif akan mengusap senjatanya dengan titisan air mata itu. Tangisan melihat pembunuhan beramai-ramai tidak akan melemahkan lelaki pejuang; kezaliman itu menjadikan mereka lebih kental daya juang dan membakar semangat. Dia sedih tetapi dia tidak akan menyalah bulan Ogos pada mana buah hatinya Widad dan cahaya-cahaya matanya Ali dan Sara dibedil peluru berpandu musuh. Inilah bulan bagi orang yang bermaruah untuk memimpin para pejuang bagi menunaikan janji mereka kepada Allah swt.



(Diadaptasi dan disunting daripada surat karangan Hadeel Attallah daripada maklumat ibu Widad, Um Ibrahim dan saudaranya Eman Asfoura. Widad Asfoura adalah isteri kepada Mohamed Al-Deif, komander Briged Qassam. Widad, Sara dan anak kecil mereka  Ali terkorban dalam serangan Israel ke atas rumah mereka yang bertujuan membunuh suaminya sewaktu genjatan senjata peperangan Gaza. Diterbitkan dalam bahasa Arab di akhbar Felesteen dan diterjemah daripada Bahasa Inggeris daripada Middle East Monitor)



Sunday, August 31, 2014

DR EL BELTAGY MEMBIDAS: MENYINGKAP LEMBARAN IKHWAN AL MUSLIMIN




Saya pernah mendapat tempat ke enam di antara semua pelajar sekolah-sekolah tinggi Mesir.

Saya mendapat tempat pertama selama enam tahun berturut-turut di Pusat Pengajian Perubatan.

Saya menjadi seorang doktor yang cemerlang di bidang yang saya ceburi, dan selanjutnya dilantik sebagai profesor perubatan di Universiti al Azhar.

Saya mengendalikan klinik yang dianggap di antara klinik perubatan yang terbaik di Mesir.

Kemudian, dalam tempuh tidak sampai dua bulan, saya dianiayai dan difitnah melalui 25 pertuduhan kesalahan jenayah daripada 24 buah negeri di Mesir, seolah-olah saya adalah kepala Mafia antarabangsa.

Kamu membunuh anak perempuan saya

Kamu penjarakan anak lelaki saya

Kamu buru isteri saya

Kamu bakar klinik saya

Kamu ingat saya akan berdiri di sini untuk membela siri?

Saya bersumpah kepada Allah bahawa hukuman mati atau dilepaskan tidak menjadi apa-apa makna bagi saya.

Saya lawan demi negara dan bangsa ini.

Agar generasi masa depan negara ini akan tahu siapakah yang telah berdiri di pihak kebenaran dan siapakah yang bersama-sama kebatilan.


(Ucapan penuh bersemangat Dr Muhammad El Beltagy di mahkamah yang mengutuk keras kerajaan yang tidak sah dan para pendakwanya)


Apabila mahkamah mengumumkan keputusan bahawa dia dihukum mati, Dr El Beltagy menjawab,

Inilah keadilan yang Barat putuskan untuk umat Islam

Kerajaan inilah yang Barat memaksa kita hidup di bawah pemerintahannya

Ini adalah kisah kami… yang datang daripada lisan lidah kami sendiri…

Tuhan yang satu..  satu umat… satu perjuangan untuk kebebasan… satu hari nanti…  




Catatan:   Asma El Beltagy yang berusia 17 tahun adalah anak perempuan yang disayangi Dr Mohamed El Beltagy, salah seorang pimpinan pertama yang dipilih secara demokratik oleh rakyat Mesir. Asma telah ditembak dan dibunuh bersama ribuan yang lain secara wewenang oleh pasukan keselamatan Mesir apabila mereka menyerbu dan menggempur dengan ganas tapak protes aman Ikhwan al Muslimin di Dataran Rabi’a. 

Saturday, August 30, 2014

Qaradawi di Istanbul: Isu Semasa Umat Islam


Ucapan Profesor Yusul al Qaradawi pada Persidangan Kesatuan Ulama Islam Sedunia al ittihad al alamiyah lil ulama’ al muslimin di Istanbul



Khilafah

Khilafah yang diumumkan oleh ISIS di Iraq dan Syria tidak ada makna. Umat Islam mesti bersatu menuntut pemerintahan yang adil, pemerintahan yang melihat perkara dengan realistik dan pemerintahan yang bekerjasama dengan rakyat mereka.

Khilafah boleh dilaksanakan pada hari ini di negara-negara yang ditabir oleh Syariah dan pemerintah serta rakyat merestui dan menyukai perkara itu dengan corak bentuk persekutuan atau konfederasi yang bukan lagi seperti dahulu. Negara Cina yang mempunyai bilangan pendudukan mencecah 1.5 bilion boleh ditadbir. Sudah tentu umat Islam yang seramai 1.7 bilion boleh dihimpunkan dalam bentuk kesatuan. Tetapi gagasan ini memerlukan pemerintah-pemerintah yang adil dengan melihatnya secara realistik dan bekerja rapat dengan rakyat. Bersama-sama mereka boleh membina satu kesatuan yang bermakna.


Natijah Kefasadan (Nitajul Fasad)

Jamaah-jamaah keras dan militan (al mutasyaddidah) muncul di kalangan umat Islam. Kumpulan-kumpulan ini adalah hasil daripada kerosakan suasana persekitaran dan kepimpinan korup (fasadul awdo’ wal hukkam). Ada segolongan pemuda Islam yang mengikuti kumpulan-kumpulan garis keras, dan mereka percaya bahawa jamaah-jamaah militan ini berjuang di jalan Allah swt. Jamaah garis keras ini mengkafirkan sesama Muslim, membunuh Non Muslim yang aman tanpa hak dan ini adalah masalah yang besar. Kita ingin tegaskan bahawa Islam tidak menerima samasekali keterlaluan (ghuluw).

Jalan dan cara berdepan dan menangani puak ekstremis (muwajahah al tatorruf) di kalangan pemuda Islam, perlu kepada kerja yang banyak, yang mana tidak boleh tidak fiqh kesederhanaan (al fiqh al mu’tadil) hendaklah diterapkan di arena Islam. Ini bermaksud wasatiyyah dengan menyeru kepada keimanan dan kefahaman kerana Rasulullah s.a.w. yang mulia melalui beberapa hadith baginda menolak perbuatan melampau (ghuluw) dan menyeru kepada kesederhanaan (I’tidal). Oleh itu, janganlah mensyadidkan agama (mengeraskan fahaman) dan dan jangan pula mengabaikan agama (tasayyub). Kita menolak ghuluw dan pengabaian – neglect (tafrit). Kita adalah umat wasatiy.

Di Qatar ditubuhkan Pusat Al Wasatiyyah al Islamiyyah wal Tajdid. Kerjanya bagi memajukan kefahaman wasatiyyah, I’tidal, tawazun (keseimbangan) dan tajdid (pembaharuan). Kita diingatkan tentang tempoh seratus tahun bagi melahirkan pembaharuan iman dan kefahaman.


Kesatuan Ulama Sedunia

Ini adalah perhimpunan kali keempat kesatuan ulama dan buat pertama kalinya diadakan di Istanbul. Umat adalah bersama Kesatuan Ulama. Kehadiran ke perhimpunan ini melebihi jangkaan walaupun terdapat negara-negara yang cuba menggugat Kesatuan dan ada yang melarang warganegaranya daripada hadir ke perhimpunan. Sejumlah besar ulama daripada pelbagai negara hadir dan ini meyakinkan kita bahawa umat masih bersama Kesatuan Ulama. Persidangan ini mengambil berat tentang masa depan umat.


Wanita

Persidangan ini juga telah menyeru kepada para ulama mazhab Hanafi supaya membenarkan  wanita Islam pergi ke masjid. Sebelum ini ulama Hanafi berhujah bahawa perkara itu adalah fitnah. Hal ini khusus pada suatu masa dahulu, namun sekarang wanita telah keluar ke serata medan. Tidak mungkin bagi kaum wanita membangun tanpa kaum lelaki, dan wanita adalah kekuatan bagi lelaki. Tidak mungkin lelaki terbang hanya dengan sebelah sayap (bi janahin wahidin). Begitulah sepertimana kekuatan wanita untuk keluarganya.
Maka Kesatuan berpendirian bahawa bagi membangunkan wanita maka dizinkan mereka mengunjungi masjid dan para ulama Hanafi daripada pelbagai negara akur dengan seruan ini.


Dakwah

Persidangan ini juga membangkitkan tentang dakwah kepada manusia, dakwah kepada Islam. Umat Islam adalah terdiri daripada umat ijabah – mereka yang berasal penganut Islam dan umat da’wah – mereka yang menerima da’wah Islam. Kesatuan Ulama menyeru umat Islam supaya bersungguh-sungguh menggiatkan dakwah manusia kepada Islam. Seruan ini memerlukan kefasihan dan kekuatan bahasa, bagaimana umat hendak menyampaikan ucapan, pengutusan surat, syarahan, ceramah, lakonan, drama dan dengan setiap wasilah memerlukan dana jutaan dolar dan penglibatan ribuan manusia.


Syiah

Tentang kritikan terhadap kesatuan ulama bahawa persidangan ini tidak mempunyai wakil Syiah, jemputan diberikan tetapi memang Kesatuan tidak akan memanggil mereka. Terdapat perbedaan yang banyak dan juga mereka berusaha menyerang mazhab Sunni (ghaswu al madhhab al sunni). Mereka menghantar pendakyah-pendakyah ke benua Afrika dan mereka membayar jutaan dolar. Mereka tidak mematuhi persefahaman yang telah disepakati oleh Kesatuan Ulama.


Politikal Islam

Politikal Islam (al Islam al siyasi) tidak akan gagal. Menyentuh perkembangan di Mesir, kita menolak ungkapan bahawa politikal Islam gagal di sana. Bahkan politikal Islam telah menang kerana berlaku revolusi rakyat yang dianggotai pelbagai spektrum rakyat Mesir yang menyertai revolusi (thawrah ammah). Mereka datang daripada pelbagai latar dan kepercayaan, serta pelbagai umur penyertaan dan revolusi telah berjaya.

Dunia terkejut kerana Presiden Mesir yang dipilih rakyat bukan seperti presiden-presiden yang lalu. Presiden Mesir pilihan demokratik ini memiliki kelayakan tinggi, taraf ilmiah dan profesional. Dr Morsi seorang hafaz Qur’an, berkhidmat dengan tekun siang dan malam . Dia sentiasa memperelokkan bacaan Qur’an, bangun untuk qiam al layl dan berpuasa Isnin dan Khamis dengan konsisten (intizam). Dia menyeru manusia kepada agama dan dia memiliki janggut (multah). Dengan latar ini, Mesir pula mempunyai pengaruh besar di dunia Islam (al alam al Islamiy) dan Barat amat takut akan hal demikian.

Oleh kerana Dr Morsi memiliki ciri-ciri dan kualiti sedemikian, maka penentang-penentangnya tidak memberikan ruang atau peluang kepadanya. Malah mereka melawannya dan menyokong musuh-musuh Dr Morsi, unsur-unsur kuasa terpendam seperti Hosni Mubarak. Musuh-musuh Dr Morsi memberikan kuasa kepada tentera supaya tidak aman dan tidak stabil perjalanan dan urusan Ikhwan. Tindakan dan pendakwaan tidak dibuat ke atas perosak-perosak (mufsidin) dan penyangak-penyangak (al lusus).


Ashabul ‘Aza’im – Orang-Orang Berazam

Kepada pemuda Islam, “umat kamu memerlukan kamu” kerana pemuda adalah orang-orang yang mempunyai azam. Pemuda mewakili kekuatan yang wajib berkhidmat untuk Islam. Tugas mereka tidak akan dapat dilakukan oleh orang tua atau pun kanak-kanak.

Adalah amat penting diambil berat ke atas pemuda kerana mereka adalah ruh umat (ruh al ummah) dan ikatannya. Adalah wajib merekrut dan mengkader mereka supaya berkhidmat untuk islam serta mengajak pula anak-anak mereka bagi membina umat melalui bahasa dan pendidikan. Pemuda tidak boleh diabaikan kerana umat memerlukan mereka demi pembangunan (nuhud).


Turki

Sesungguhnya manhaj bakal presiden yang dipilih, perdana menteri Rejab Tayyib Erdogan dan saudara-saudaranya yang bersama-sama dalam parti AKP berdiri di atas tasawur dan kesederhanaan (al ru’ya al alamiyah wa al wasatiyyah wa al tawazun). Tidak ada ghuluw dan tidak ada kekerasan ( al jafa’). Mereka mewakili kesempurnaan (takamul) dan pembaharuan dalam Islam (tajdid).

Manhaj ini mengambil berat dengan intipati (jawhar) dan bukan formaliti (syakliyat) dan inilah manhaj sejahtera (salim). Mereka bersedia menerima kritik daripada pihak yang mengkritik.

Semoga Allah bersama mereka dan memberikan tawfiq yang berpanjangan.




(Ucapan Profesor Yusul al Qaradawi pada Persidangan Kesatuan Ulama Islam Sedunia al ittihad al alamiyah lil ulama’ al muslimin di Istanbul, laporan Anadolu Agency)

(Disunting dan diterjemah oleh Omar Mokhtar bin Hamdan)






Thursday, August 28, 2014

Dr Siddiq Fadil : Kemerdekaan bersendi Hukum dan Akhlak


Bagi orang yang memahami makna dan harga kemerdekaan, 31 Ogos adalah tarikh istimewa. Justeru, pada hari itulah tercapainya cita-cita yang telah diperjuangkan turun-temurun sejak entah berapa keturunan.

Sejarah merdeka bukan baru bermula pada pertengahan abad ke-20. Perjuangan heroik melawan penjajah sudah bermula seawal abad ke-16M dengan perang Melaka-Portugis. Sejak itulah darah dan air mata perjuangan tidak pernah berhenti mengalir.

Tidak siapa berdaya menaksir berapa kawah darah yang tumpah dan berapa telaga air mata derita yang mengalir demi mempertahankan atau mendapatkan kemerdekaan. Harga kemerdekaan memang mahal tak ternilai, dan kerana itu harus dihargai secara yang benar-benar bermakna.

Bagi umat beragama kemerdekaan adalah nikmat kurnia Tuhan yang wajib disyukuri dengan cara yang diredhai dan disenangi Penganugerahnya. Mensyukuri nikmat sebagaimana yang diajar oleh agama ialah menggunakannya dengan cara yang benar, dan tidak menyalahgunakannya.

Dalam konteks nikmat kemerdekaan ia harus disyukuri dengan membina kehidupan yang menepati erti kemerdekaan semurni dan setulennya.

Mudah-mudahan roh para pejuang yang gugur, bahagia dalam peristirehatan apabila pengorbanan dan perjuangan mereka menghasilkan umat merdeka yang benar-benar merdeka.

Dengan semangat syukur nikmat sempena berlalunya setengah abad kemerdekaan, kita bermuhasabah, menilai diri, sudah sejauh mana kehidupan kita sebagai bangsa telah menepati makna merdeka.


Islam dan  makna Merdeka

Islam pada hakikatnya adalah agama pembebasan. Mesej liberatif-emansipatif agama Ilahi ini jelas terungkap dalam misi utamanya 'ikhrajun nasi minaz zulumat ilan nur'. Dengan kata lain, risalah Islamiah dapat dirumuskan sebagai misi pembebasan dan pencerahan.

Kerana itu kehadiran Islam dan gerakan pendakwahannya di mana-mana selalu dirasakan sebagai a liberating and enlightening force.

Demikianlah citra agama ini di mata kaum peribumi rantau Melayu ketika berlakunya transformasi kemanusiaan dan revolusi kebudayaan dalam gerakan pengislaman yang memesat pada abad ke-13 hingga 16M.

Ternyata pembebasan dalam konteks misi keislaman mencakupi bidang yang cukup luas, meliputi pembebasan daripada segala bentuk pembelengguan termasuk kemerdekaan daripada penjajahan.

Memang al-zulumat adalah kata yang jami’ dan inklusif meliputi segala rupa bencana kemanusiaan: kesesatan, kebingungan, kejahilan, kebodohan, kebekuan, kemunduran, kebejatan, kegilaan, kezaliman, kecurangan dan lain-lain sejenisnya.

Umat Islam harus dibebaskan dan dimerdekakan daripada segala bencana tersebut. Pembebasan (tahrir) dalam konteks misi pengislaman selamanya tidak terpisah daripada pencerahan (tanwir). Apalah erti bebas daripada suatu kegelapan, jika kemudiannya dijerumuskan ke dalam kegelapan yang lain.

Demikianlah hakikat bermulanya transformasi pengislaman dengan deklarasi kemerdekaan diri menerusi lafaz kesaksian syahadat ketauhidan la ilaha illallah yang membawa implikasi ketidakrelaan tunduk mengabdi kepada siapa pun dan apa pun selain Tuhan Yang Maha Esa.

Sebagaimana yang diungkapkan oleh al-Shaykh Muhammad al-Ghazali bahawa kalimat tauhid itu membawa implikasi penafian terhadap segala bentuk keberhalaan. penolakan terhadap segala jenis pengabdian di bumi dan penegasan terhadap hak kebebasan (Muhammad Al-Ghazali, 2000:36).

Justeru, manusia mukmin adalah manusia berjiwa merdeka yang sedar dengan ketinggian martabat keinsanannya, setia memelihara pesan, Innahu laysa li al-mu’min an yudhilla nafsah (Sesungguhnya, tidak seharusnya seorang mukmin menghina dirinya sendiri).

Semangat kemerdekaan tahririy-taghyiri-tanwiriy itulah yang tampaknya ditangkap dengan tepat oleh Za'aba ketika merumuskan makna merdeka sebagai perubahan, “... daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran; daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menyuburkan dia; daripada I’tiqad-I’tiqad yang serong dan terpesong kepada I’tiqad yang subur dan merdeka: daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada kesalehan; dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia.”


Karamah Insaniyyah

Merdeka pada hakikatnya adalah bahagian daripada kemanusiaan itu sendiri, sesuai dengan kurnia takrim dari Yang Maha Pencipta untuk makhluk jenis manusia seluruhnya.

Kemuliaan yang diperoleh langsung dari Tuhan itu bukan deklarasi kosong, tetapi sarat dengan erti dan implikasi: kemerdekaan, kebebasaan, persamaan dan sejumlah hak serta keperluan asasi lainnya: yang tanpanya manusia kehilangan kemanusiaannya.

Kerana itu manusia yang sedar dengan ketinggian martabat, maruah dan harga diri insan sebagai makhluk mulia memiliki kepekaan yang cukup tinggi terhadap apa jua gejala penghinaan terhadap manusia, baik dirinya sendiri atau manusia lain.

Manusia yang berasa mempunyai maruah keinsanan tidak akan rela kemerdekaannya dirampas, kebebasannya dibelenggu dan apa sahaja perlakuan yang meremehkan kemanusiaannya. Ternyata kemerdekaan terkait erat dengan maruah.

Bagi manusia merdeka, maruah adalah milik termahal yang sentiasa dijaga dan dipelihara dengan penuh rasa cemburu.

Kerana itu pula manusia merdeka tidak dapat menerima kehidupan yang tidak bermaruah, kehidupan yang tidak bermoral, kehidupan yang cemar dengan amalan keji dan jijik seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, penipuan, pemerasan, kepura-puraan, ampu bodek dan lain-lain sejenisnya.

Lain halnya dengan hamba abdi yang diperlakukan bagaimana sekalipun – dihina, dibelenggu dan dimalukan, mereka tidak berasa malu dan tidak berasa kehilangan maruah kerana memang mereka tidak memiliki maruah.

Demikianlah, manusia berjiwa merdeka adalah manusia yang sedar dan peka dengan ‘izzat al-nafs atau maruah, harga diri dan kemuliaan martabat keinsanannya.


Rasa dan tahu Malu

Kesedaran dan kepekaan itulah yang memberinya rasa malu dan tahu malu. Rasa malu terkait dengan dignity seperti itulah yang dijelaskan oleh Syed Hussein Alatas.

What is meant here by the sense of shame is not shame associated with private and individual relations but a shame associated with the collectivity, with the conditions of one's fellow men. It is directed at elements threatening human welfare and dignity. ‘lt is undignified to have a dirty  surrounding. It is undignified to live in a disorderly and haphazard manner. It is undignified to be subjected to petty corruption and rude treatment. It is undignified to be cheated of your rights. It is undignified to be governed by men with criminal minds, men who spend most of their time plotting to cheat and plunder the state.’ (Alatas, S.H., 1999: 113-114).

Majalah antarabangsa NEWSWEEK, 23 Julai 2007 memuatkan tulisan Melinda Liu berjudul Politics of Shame pada halaman utama Periscope. Makalah pendek tersebut mengulas hukuman mati yang dijatuhkan ke atas Zheng Xiaoyu, bekas ketua sebuah agensi kerajaan China, SFDA (State Food and Drug Administration), atas kesalahan meluluskan ubat-ubatan yang tidak diuji (untested) sehingga mengakibatkan kematian tidak kurang 10 orang.

Kelulusan tersebut diberikan dengan bayaran (rasuah) $850,000. Kesalahan sedemikian membawa hukuman mati kerana kesan buruknya yang memalukan agensi berkenaan. Seperti yang dinyatakan oleh jurucakap pihak berkuasa Beijing, “Zheng has brought “shame” to his agency.”

Mengenai kepentingan malu dalam masyarakat dan budaya Cina, makalah tersebut menyatakan: “Shame has always been a powerful force in China. Rooted in Confucian ethics, it often drives Chinese leaders to dispense tougher justice than is meted out for less-embarrassing crimes.”  (NEWSWEEK, 23 Julai 2O07: 4)

Begitu tingginya tahap “tahu malu” di kalangan mereka sehingga apabila seseorang disoal-siasat atas dugaan rasuah, cukup untuk menyebabkannya membunuh diri seperti yang dilakukan oleh seorang bekas ketua polis pada bulan Jun lalu.

Sifat malu sebenarnya menempati posisi teras dalam ajaran moraliti Islam, dan lebih daripada itu ia adalah manifestasi iman.

Hadith dari Imam Malik menyebut, “Setiap agama memiliki akhlaq, dan akhlaq Islam adalah malu" (likulli din khuluq, wa khuluq al-Islam al-haya”).


Merdeka 'orang kecil'

Dalam Hadith lain disebut pula “malu adalah sebahagian daripada iman” (al-haya’min al-iman). Sifat malu yang tumbuh dari iman itu adalah sebahagian daripada disiplin dalaman yang dapat mengawal perilaku seseorang.

Apabila Tuhan sendiri mendeklarasikan martabat kemuliaan insan, ...dan sesungguhnya Kami memuliakan anak-anak Adam, bererti semua manusia sama mulianya, sama martabat keinsanannya, sama hak-hak kemanusiaannya, sama merdekanya dan sama bebasnya.

Dari takrim ketuhanan itulah lahirnya dua prinsip utama yang sangat erat hubungannya: prinsip kebebasan (kemerdekaan) dan prinsip persamaan kemanusiaan.

Seseorang itu tidak dapat dikatakan merdeka jika ia tidak mendapat pelayanan sebaik yang diterima oleh orang lain.

Bagaimana mungkin kita dapat mengatakan seseorang itu merdeka andainya masih terbelenggu dalam sistem dan budaya hidup berkasta-kasta, masih mengamalkan feudalisme - baik feudalisme lama atau feudalisme baru, masih ada kelas atasan yang diistimewakan dan kelas bawahan yang didiskriminasikan.

Merdekakah “orang kecil” seperti yang diperikan oleh seorang kiyai budayawan Indonesia, KHA Mustofa Bisri dalam puisinya “ORANG KECIL ORANG BESAR”.

Orang kecil jika ikhlas diperas
Jika diam ditikam
Jika protes dikentes
Jika usil dibedil.

Orang kecil jika hidup dipersoalkan
Jika mati tak dipersoalkan

Lebih baik jadilah orang besar
Bagiannya selalu besar.

Orang besar jujur-tak jujur makmur
Benar-tak benar dibenarkan
Zalim-tak zalim dibiarkan.

Orang besar boleh bicara semaunya
Orang kecil paling jauh dibicarakan saja.

Orang kecil jujur dibilang tolol
Orang besar tolol dibilang jujur
Orang kecil berani dikata kurang ajar
Orang besar kurang ajar dikata berani

Orang kecil mempertahankan hak
disebut pembikin onar
Orang besar merampas hak
disebut pendekar.


Kerdil, hina diri

Prinsip persamaan kemanusiaan inilah yang ditegakkan oleh Rasulullah SAW, sebagaimana yang terakam dalam sunnahnya - sabda dan amal nyata.

Pada zamannya para penguasa rata-rata membina citra diri mereka sebagai maharaja keturunan dewa berasal dari dunia indera. Motif penciptaan imej yang menggerunkan seperti itu ialah untuk menjadikan rakyat jelata berasa kerdil dan hina diri.

Pada suatu ketika seorang a'rabiy dibawa mengadap Nabi SAW. Akibat terbiasa membayangkan imej para penguasa seperti di atas, a'rabiy tersebut kelihatan terketar-ketar ketakutan.

Junjungan Nabi SAW yang cukup mengerti kenapa keadaannya menjadi seperti itu segera menenangkannya dengan berkata.

“Bertenanglah, saya bukan maharaja, saya adalah anak seorang wanita Quraysh yang biasa makan daging kering”.

Cara pengenalan diri seperti itu mengesankan sikap tawadhu'nya kepada Allah dan sekaligus rasa kedekatannya dengan umat. Junjungan Muhammad SAW menisbahkan dirinya kepada ibunya yang bercitra wanita rakyat biasa, tidak kepada datuk-datuknya yang bangsawan dan pembesar Quraysh.
Demikianlah cara pengenalan diri yang mengesankan persamaan kemanusiaan.

Banyak peristiwa lain lagi yang membawa mesej yang sama, termasuk kejadian tertangkapnya seorang wanita yang melakukan kesalahan mencuri.

Kabilah wanita tersebut cuba melobi Rasulullah SAW agar membebaskannya daripada hukuman dengan alasan wanita tersebut termasuk golongan bangsawan dalam kabilahnya.


Qisas anak gabenor

Peristiwa itulah yang melatari sabda junjungan Nabi SAW yang mencerminkan ketegasan dalam penegakan prinsip persamaan kemanusiaan:

"Sesungguhnya telah hancur umat sebelum kamu (akibat amalan diskriminatif) apabila orang besar mencuri mereka biarkan, tetapi apabila orang kecil mencuri mereka hukum. Demi Allah, andainya (anakku) Fatimah binti Muhammad itu mencuri, nescaya aku potong tangannya”.

Komitmen terhadap prinsip persamaan kemanusiaan diteruskan oleh para khalifah penggantinya seperti yang dilakukan oleh Khalifah Kedua, Amir al-Mu’minin Umar al-Khattab terhadap anak Gabenor Mesir ‘Amr ibn al-‘As yang memukul seorang Qibtiy semata-mata kerana ia (Qibtiy) telah memotongnya dalam satu perlumbaan.

Khalifah telah menjatuhkan hukuman qisas ke atas anak gabenor tersebut. Ketika pihak yang bersalah menprotes atas alasan ketidaksamaraan taraf, Umar al-Khattab menjawabnya dengan nada yang cukul tegas, “Sejak bila kalian memperhambakan manusia, walhal semua mereka telah dilahirkan oleh ibu-ibu mereka sebagai anak-anak merdeka!”.

Peristiwa lain yang juga banyak dirujuk dalam isu persamaan kemanusian ialah hukuman qisas yang dijatuhkan oleh Umar ibn al-Khattab keatas Jabalah ibn al-Ayham. 

Raja Ghassan itu didapati bersalah kerana memukul seseorang (orang awam) yang secara tidak sengaja terpijak pakaiannya. Jabalah juga membantah hukuman qisas, undang-undang yang menyamakan raja dengan jelata.

Sebagai raja yang berasa darahnya lebih istimewa, beliau tidak mahu disamakan dengan rakyat biasa. Bantahan itulah  yang dijawab oleh Umar dengan satu lagi ungkapan yang cukup mengesankan: “Tetapi Islam telah menyamakan kamu berdua.”

Demikianlah, kemerdekaan yang benar-benar bererti bagi orang kecil ialah apabila hak-haknya sebagai manusia mulia dihormati, sama seperti orang lain.

Tetapi andainya masih berlaku amalan penghakiman diskriminatif, pendakwaan berpilih-pilih atau seumpamanya, bererti rakyat belum memperoleh kemerdekaannya.

Memang kemerdekaan adalah bahagian daripada keinsanan. Tetapi ia bukanlah kemerdekaan yang bererti kebebasan anarkis. Kebebasan dalam Islam selamanya terkendali dalam bimbingan prinsip-prinsip hukum dan nilai-nilai akhlak. Kerana itu sebagaimana yang disebut oleh al-Sakhawiy.


“Islam memberikan kebebasan kepada manusia, dan sekaligus mengawalnya: Dengan nilai akhlak agar tidak terlajak, dengan keadilan agar tidak menjadi pelaku kezaliman. Dengan kebenaran agar terhindar dari tarikan nafsu kebatilan, dengan kebaikan dan pengorbanan agar tidak bersikap egois annaniyah kesombongan...” (al-Zuhayliy, 2000:41).


DATO'  DR SIDDIQ FADIL Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).



Sunday, August 24, 2014

Anwar Ibrahim: Ulama dan Impak kepada Ummah


Ucapan Anwar Ibrahim pada sesi perasmian Persidangan Ulama Antarabangsa di Istanbul 20 Ogos 2014


Ucapan Tahniah kepada Presiden Erdogan

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri yang sekarang telah dinobatkan sebagai bakal Presiden, Tayyip Recep Erdogan ke atas kemenangan cemerlang melalui Parti Keadilan dan Pembangunan (AK Party) pada pilihanraya presiden baru-baru ini.

Buat pertama kalinya dalam sejarah demokrasi Turki,  pilihanraya seumpama itu diadakan (bagi melantik Presiden secara terus) dan ini menunjukkan betapa besar impak positif ke arah reformasi politik dan demokrasi. Saya yakin Turki telah mengambil langkah ke hadapan yang agong dengan membuktikan tanpa keraguan lagi bahawa demokrasi, kebebasan dan keadilan bukan saja serasi dengan Islam, bahkan amat penting demi kemajuan dan kesejahteraan ummah.


Peranan al Qaradawi sebagai ‘Alim Mithali

Saya ingin mengambil peluang ini bagi menyatakan penghargaan tertinggi kepada al Fadhil Shaykh Dr Yusuf al-Qaradawi yang bukan saja merupakan autoriti terkemuka fiqh di dunia, tetapi bagi saya, beliau adalah seorang pejuang keadilan dan kebebasan pada ertikata Islam sebenarnya.

Beliau berhadapan dengan kezaliman, layanan buruk dan ketidakadilan berterusan daripada kuasa-kuasa samada dari negara asalnya dan negara-negara Arab lain. Beliau juga sering dihadapkan serangan secara sistematik ke atas watak dan peribadinya  oleh Barat. Namun, Shaykh al-Qaradawi beriltizam dan istiqamah dengan pegangannya bahawa jika kita benar-benar tulus ikhlas berjuang untuk keamanan dan keadilan demi Islam, sesungguhnya kita hanya perlu takut kepada Allah s.w.t.

Kita amat berterima kasih ke atas sumbangan gigihnya untuk mengangkat martabat dan peranan ulama dalam dunia yang serba pantas berubah,  dan di dalam proses itu telah menolong menggerakkan wacana Islam, Shari’ah dan keadilan ke suatu tahap yang bergema dan seiring dengan idealisme baru dan aspirasi generasi terkini.



Ulama dan Keadilan

Sepanjang sejarah tamadun Islam, ulama telah berperanan dan menduduki tempat yang penting bagi mencorakkan dan menentukan peristiwa yang menzahirkan impak secara langsung kepada ummah. Di dalam proses itu, mereka menyumbang besar kepada perubahan politik dan sosio-ekonomik dalam masyarakat Islam, ada yang untuk kebaikan dan ada pula yang sebaliknya.

Suatu ciri utama peranan ulama terdahulu  dan yang masih berterusan adalah hubungan dan interaksi mereka dengan pihak berkuasa. Sejauh mana pengaruh mereka bergantung banyak kepada betapa rapat dan keakraban dengan pihak berkuasa.

Sejarah juga menunjukkan kemaraan atau kejatuhan ulama berada di tangan kerajaan yang memerintah. Kita semua tahu bahawa di bawah pemerintahan Mustafa Kemal pengaruh ulama di Turki hampir pupus.

Di Syria di bawah regim Ba’ath Hafiz al-Asad, para Islamis dibunuh berama-ramai dan keanggotaan di dalam jamaah Ikhwan al Muslimin dihukum sebagai jenayah berat dan dijatuhkan hukuman bunuh. Nasib yang sama ditimpa ke atas Ikhwan dan para ulama yang kuat menentang regim sekular dan diktator Mesir di bawah Gamal Abdel Nasser dan Anwar el-Sadat.

Ini sangat berbeda dengan Turki hari ini, di mana ulama mengambil semula tempat mereka dengan terhormat dan menyumbang aktif dalam wacana nasional bagi menggerakkan ummah kepada aras yang lebih tinggi.

Ulama yang tulen dan sejati mendapat penghormatan tertinggi kita kerana mereka berbakti dengan jiwa raga mereka di jalan perjuangan Islam dan keadilan. Mereka tidak takut kecuali kepada Allah s.w.t. Kita sebutkan ulama tulen kerana ada yang digelar ‘ulama’ atau menganggap diri mereka sebagai ‘ulama’  tetapi apabila diuji, ternyata bahawa mereka ini lebih takut kepada manusia daripada takut kepada Allah s.w.t.

Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian) tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Qur’an ‘ali Imran 3:18)

Mereka yang disebutkan sebagai orang-orang berilmu adalah ulama sejati kerana mereka bukan sahaja ‘ulul ‘ilmi’  malah  ‘qaa-imambilqisti’.

Oleh itu, ulama yang wajar diberi penghormatan yang tinggi adalah mereka, yang berada di atas landasan keadilan, berdiri tegak berhadapan dengan diktatur dan pemimpin yang zalim. Imam Yahya an-Nawawi adalah seorang di kalangan ulama yang benar.

Imam an Nawawi menolak permintaan Sultan al-Zahir Baibars supaya dia mengeluarkan fatwa bagi  menyokong dan mengabsahkan penambahan cukai ke atas rakyat jelata untuk membiayai dana peperangan Sultan menentang puak Mongol. Sementara ulama lain menurut titah perintah Sultan, namun Imam an-Nawawi enggan dan memberitahu Sultan berkenaan bahawa Sultan memiliki hamba sahaya lelaki dan wanita di mana ada sejumlah emas dan barang kemas yang boleh dibelanjakan untuk membiayai dana yang diperlukan sebelum dikenakan cukai ke atas rakyat.

Kita semua ketahui akibat yang Imam an-Nawawi terpaksa tanggung atas pendirian tegasnya. Sultan menjadi murka dan menghalau Imam an Nawawi keluar daripada kota Damsyik.

Sebagai peringatan, Sultan berkenaan bukanlah calang-calang pemimpin dunia Islam. Dia adalah Sultan pertama dinasti Bahri Mamluk abad ke 13. Dia telah menewaskan tentera Salibiyyin – Crusaders pada tiga pertempuran besar dan dia telah memimpin tentera Islam yang mengalahkan puak Mongol pada pertempuran masyhur di Ain Jalut.

Pada segi governan, Sultan Baibars telah membina prasarana yang baik untuk kemajuan ummah dan memberikan perhatian khusus kepada pembangunan sains dan keilmuan Islam.

Namun Sultan Baibars tetap seorang manusia dan dia tidak maksum. Oleh itu, apabila ujian mendatanginya,  Imam an-Nawawi membuat pilihan yang jelas dan tegas.


Mesir

Memerhatikan kepada perkembangan di Mesir, kita tahu bagaimana diktatur seperti Nasser dan Sadat telah bergantung kepada ulama Al Azhar untuk tampil di media kawalan kerajaan bagi melawan dan mengutuk Islamis dan pembangkang demokratik.

Kini, Revolusi 25 Januari telah memberikan peluang keemasan kepada rakyat Mesir untuk mengecapi dan menikmati ertikata kebebasan dan demokrasi. Malangnya, selepas dipilih secara demokratik sebagai Presiden, Dr Morsi tidak pernah diberikan ruang atau peluang bagi membawa Mesir ke aras selanjutnya kerana para pengkhianat revolusi serta musuh kepada kebebasan dan keadilan, giat berkomplot bagi mengembalikan Mesir kepada era kegelapan pra-demokrasi.

Pada 3 Julai tahun lalu, General Al-Sisi, dengan alasan kononnya bertindak atas kehendak rakyat jelata, mengadakan rampasan kuasa tentera. Ulama Timur Tengah dan Dunia Islam mengecam tindakan ini.  

Malangnya, Sheikh al Azhar (jika berfatwa mengutuk rampasan kuasa sudah tentu akan memberikan impak besar) bertindak bertentangan dengan menyokong rampasan kuasa tentera. Adakah fatwanya dikeluarkan atas nama kebebasan dan keadilan? Atau adakah ianya di atas mendokong kezaliman dan ketidakadilan?

Sepertimana kita semua ketahui, rampasan kuasa ini diikuti dengan pemerintahan ganas – reign of terror. Beribu-ribu rakyat awam, wanita dan kanak-kanak dibunuh sementara Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan paling memalukan banyak negara-negara Arab berpeluk tubuh membiarkan sahaja pembantaian ini.

Ikhwan al Muslimin diisytiharkan sebagai organisasi teroris dan orang yang berjuang menuntut kebebasan serta demokrasi dihukum bunuh atau di penjarakan seumur hidup. Tiga orang wartawan daripada al-Jazeera telah ditahan tanpa bicara, merengkok dipenjara dan kemudiannya dijatuhkan hukuman berat oleh mahkamah sarkis – kangaroo court.


Gaza

Hakikat Gaza suram dan mengerikan. Sejak Julai 8, 2000 orang rakyat Palestin telah dibunuh dengan kejam oleh kerajaan Israel.  

Atas alasan kononnya sebagai tindak balas kepada pelancaran roket-roket Hamas, pasukan bersenjata Israel melakukan fasa baru pembunuhan ramai – genosida yang telah menyebabkan kesengsaraan di luar batasan. Pembunuhan beramai-ramai orang awam Palestin dijalankan sewenang-wenangnya tanpa menghirau kecaman oleh seantero dunia.

Negara Israel disokong oleh kehebatan jentera propagandanya bersubahat dengan kesekongkolan media Barat, telah cuba untuk menjustifikasikan jenayah perang yang dilakukannya dengan memomokan Hamas, yang dipamerkan sebagai organisasi teroris dan memaparkan pengeboman bertubi-tubi Israel ke atas penduduk awam Gaza sebagai tindakan mempertahankan diri.

Pertama, Hamas adalah pertubuhan yang telah dipilih secara demokratik oleh rakyat Palestin. Kedua, baru pada April lalu, Hamas bersatu dengan Fatah dan kumpulan Palestin lain untuk bekerjasama bagi mencapai perdamaian. Mereka menyepakati prinsip asasi bagi perjuangan secara aman, status Israel dan mematuhi perjanjian yang telah dipersetujui sebelumnya.

Ini  bukanlah tindak tanduk pertubuhan teroris. Bekas presiden AS Jimmy Carter memperakukan bahawa ini adalah tindakan sah parti politik, yang mewakili sebahagian besar rakyat Palestin, yang komited kepada perdamaian.  

Sebenarnya, Israel telah menolak peluang keemasan bagi mencapai keamanan. Tiada sebarang putar belit dapat membenarkan cara tentera Israel melepaskan bedilan-bedilan bom dan pelancaran peluru-peluru berpandu ke atas Gaza, memusnahkan beribu-ribu rumah dan menjadi 250,000 orang penduduk Palestin menjadi pelarian. Israel juga mengebom masjid-masjid, sekolah-sekolah dan pusat-pusat perlindungan Pertubuhan Bangsa Bersatu.  

Adalah jelas sekali siapakah sebenarnya teroris. Adalah terang siapakah sebenarnya yang menjalankan penghapusan etnik. Adalah nyata  siapakah sebenarnya yang sedang cuba melenyapkan sebuah bangsa daripada permukaan bumi ini.


Kefanatikan mesti dikutuk

Kini, konflik sektarian di Timur Tengah semakin meledak. Kita menyaksikan pertambahan keganasan dan lebih banyak pembunuhan brutal.

Dengan dokongan pihak luar, kemunculan ISIS dan pengisytiharan khilafah Islam di wilayah utara Iraq dan timur selatan Syria serta kekejaman yang dilakukan  di atas nama Islam adalah contoh kelasik betapa kefanatikan agama menjadi buas dan liar.

Walauapapun puncanya, pada kesudahannya, mangsa-mangsa pesta keganasan, pembunuhan dan pertumpahan darah ini adalah orang awam yang lemah, wanita dan kanak-kanak yang tidak dapat mempertahankan diri.


Jihad Sebenar

Konflik-konflik ini mempunyai kesan yang menjangkaui Timur Tengah. Peranan ulama amat penting. Dunia Islam mesti bertindak dengan tuntas. Kekejaman  ISIS mesti dikutuk dan dikecam samasekali. Samada di atas nama Sunni atau Syiah atau mazhab lain, pembunuhan sembarangan tidak boleh dibenarkan. Ulama mesti berusaha dengan sesungguhnya untuk mempengaruhi dan membenteras kumpulan-kumpulan ekstremis.
 
Begitulah juga dengan kumpulan-kumpulan pelampau seperti Boko Haram dan al-Shabab yang terus menyebarkan keganasan dan teror di dunia. Ulama mesti mengutuk mereka dan pertubuhan-pertubuhan ekstrem seumpamanya dan menegaskan bahawa kumpulan-kumpulan ini adalah sebenarnya musuh Islam.

Kumpulan-kumpulan pelampau ini yang gemar mencanangkan label-label hukum Shari’ah dan dawlah Islam, sedang merampas agama Islam bagi membenarkan tindakan mereka yang sesat, gasar dan tidak bertamadun. Bukanlah kesucian atau ma’ruf jika menyembelih orang kerana mereka enggan memeluk agama Islam. Bukanlah jihad jika memperkosa wanita atau menculik gadis-gadis  pelajar daripada sekolah  atau rumah mereka, dan diperlakukan mereka sebagai barangan tebusan.

Bukanlah khilafah Islam atau dawlah Islam jika dibina atas mazbah pertumpahan darah, keganasan dan kebencian. Inilah ciri-ciri yang dijauhi dan ditolak oleh Islam.

Ulama mesti memprakarsai jihad yang tulen dan baru bagi menuntut dan menawan semula apa yang telah direbut dan diragut oleh penjenayah dan pembunuh.


Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. (surah al-mujaadila 58:11)




(Ucapan Anwar Ibrahim pada sesi perasmian Persidangan Ulama Antarabangsa di Istanbul 20 Ogos 2014 yang disunting dan diterjemah)

Saturday, August 23, 2014

EVEN WARS HAVE LIMITS: ISIS TRANSGRESSIONS



Humanitarian Law and War Conventions

“Even Wars have Limits” , declares the International Committee of the Red Cross ICRC or The Red Crescent Society.

ICRC vigorously campaigns to position humanitarian law in the context of the modern-day warfare. So often are these Geneva Conventions, which are central to international humanitarian law, are cited as the most important instruments to defend human dignity in war. They are also among the most widely ratified treaties in the world.

Armed conflict has been a prevalent feature of human existence for thousands of years. It manifests in various forms such as large-scale warfare between nations, internal conflict between different ethnic groups or civil unrest. The key trait these various forms of conflict have in common is the devastating impact on humankind. The establishment of the International Committee of the Red Cross (ICRC) and the adoption of the Geneva Conventions of 1949 seeks to uphold international humanitarian law  to limit the devastating consequences of armed conflict for civilians and non-combatants by restricting the means and methods of warfare, the consequences of non-adherence during armed conflict on human life and dignity.


Human Rights and Human Dignity in Islam

All human beings form one family whose members descent from Adam. All men are equal in terms of basic human dignity and basic obligations and responsibilities, without any discrimination on the grounds of race, color, language, sex, religious belief, political affiliation, social status or other considerations. True faith is the guarantee for enhancing such dignity along the path to human perfection by submission to God.

There is no compulsion in religion. It is prohibited to exercise any form of compulsion on man or to exploit his condition or ignorance in order to convert anyone. Human beings are born free, and no one has the right to enslave, humiliate, oppress or exploit them, and there can be no subjugation but to God the Most-High.

Everyone shall have the right to live in security for himself, his religion, his dependents, his honor and his property. It is not permitted to subject anyone to physical or psychological torture or to any form of humiliation, cruelty or indignity.

Every human being is entitled to inviolability and the protection of his good name and honor during his life and after his death. The state and society shall protect his remains and burial place.

The preservation of human life throughout the term of time willed by God is a duty prescribed by Shari'ah. Life is a God-given gift and the right to life is guaranteed to every human being. Islam protects this right from any violation, and it is prohibited to take away life except for a Shari'ah prescribed reason. It is forbidden to resort to such means as may result in the genocidal annihilation of mankind.

Safety from bodily harm is a guaranteed right. It is the duty of the state to safeguard it, and it is prohibited to breach it without a Sharia-prescribed reason.

In the event of the use of force and in case of armed conflict, it is not permissible to kill non-belligerents such as the old, the meek, the defenseless, women and children. The wounded and the sick shall have the right to medical treatment; and prisoners of war shall have the right to be fed, sheltered and clothed. It is prohibited to mutilate dead bodies. It is a duty to exchange prisoners of war and to arrange visits or reunions of the families separated by the circumstances of war.

Churches, synagogues, places of worship, schools , hospitals and civilian areas are protected sanctuaries. Sources of water such as reservoirs, wells, waterholes, trees, cattle and such essential necessities for living are forbidden to be tampered with.

The Messenger of Allah s.a.w. showed great tolerance and understanding in times of peace and even during  war. He commanded and reminded Muslim forces to uphold the rules of engagement in wartime. His example was emulated and followed loyally by the  Rightly Guided Caliphs - Khulafa ur Rasyidin  .

Among the rules of war were,

Not to intrude and harm religious people in their houses of worship 
Not to harm women, children and the elderly, the non combatants
Treating fairly prisoners of war, attend to the wounded and their medical needs, feed them
Prisoners are free to practice their religion
Places of worship are to be protected
Not to destroy livestock except for necessary food
Not to ruin water resources

The Prophet’s s.a.w. victorious return and his triumphant opening of Makkah showed such humility and grace. There was no vindictiveness or vengefulness on the part of the Prophet and the conquering Muslims although they were formerly oppressed, persecuted for their beliefs and forced into exile. Umar al Khattab’s Jerusalem humble entrance and acceptance of the holy city keys displayed great tolerance granting freedom of worship and the sanctity of the churches and other places of devotion. Salahuddin’s liberation of Jerusalem exhibited great chivalry without any savagery and retribution even though a hundred years before that, conquering Crusaders massacred and mercilessly slaughtered Muslims and Jews until blood was splattered knee deep throughout the ravaged city.

During the Bosnian war, Aliya Izetbegovic the first European Muslim president pointed out that hundreds of mosques were destroyed and some churches were too. All of them were destroyed by Europeans (Serbs), not even one was damaged by Muslims.  The genocide termed ethnic cleansing, massacres and atrocities were overwhelmingly committed by Serbs. Izetbegovic sharply interjected that his and the Muslims. tolerance were first and foremost because of Islam. 

It was also during the Bosnian war that the foreign mujahidin brigade once overran and captured some monasteries and took into their custody several Serbian nuns. Their brigade commander , al marhum Syaikh Anwar Shaaban, refused to consider suggestions that the nuns be made slaves. He knew that it would be a grave calamity if the Muslim mujahidin were to engage in something as  mean as the cruel Serbs. The nuns were unharmed and treated with care and handed over in peace to the ICRC. The mujahidin bore no ill will to exact revenge or demonstrate terror


ISRAEL AS A WAR CRIMINAL

Israel trampled on all war conventions and flagrantly violated humanitarian law by committing war crimes and crimes against humanity in their assault and obliteration of Gaza. Israel unleashed indiscriminate shelling sea, air and land – ships, jet bombers, artillery and tanks onto Palestinian civilians, schools, hospitals, mosque and thousands of homes, resulting in thousands of deaths and maiming, mayhem and limitless destruction. They even kill and murder whole families. If they cannot get to the fighters, they intend to hurt and savage their families, women and children, friends and the people of Gaza, the non belligerents to force the Palestinian resistance to surrender. Israeli leaders are known to be fearful of being apprehended and indicted for war crimes when they are abroad.


ISIS TRANGRESSIONS

ISIS actions are  not Islamic and inhumane. Its brutality and appalling atrocities relegates even al Qaeda to the shadows. Its emergence displaying such strength and organization with such a messianic portrayal is more than surprising,  shows a semblance of some  apocalyptic Hollywood plot with its leader, Baghdadi’s appearance, image and makeup. Some say they are exploiting Mahdi like end of days scenarios, the subject of infatuation for many Muslims.

But to have some naïve Muslims rooting for them and cheering on their vicious and cruel wanton murder, mutilations, throat cutting, beheading and arrogant display of severed heads, is a gross transgression and simply unIslamic. How can they even sympathize and support patent terrorism and clear crimes against humanity by equating them with jihad? This is a grave fitnah – strife, distress and affliction for the Muslim ummah.

ISIS and sadistic fringe outfits like them give Islam, Islamists and the Islamic resistance a bad name and easy propaganda for Islamophobes.

No credible and respectable scholar has ever condoned terrorism . War crimes and crimes against humanity has been condemned categorically and undisputedly by all authoritative scholars. In Islam, even wars have limits.