Monday, December 16, 2013

Pesanan Akhir Seorang Shaheed di Bangladesh



 

Kata- kata terakhir Abdul Quader Molla buat keluarganya

Khamis, 12 Disember 2013

Setelah mereka menerima surat notis pelaksanaan hukuman mati, anggota keluarga telah mengunjungi penjara Dhaka pada  8 pm untuk menemui Abdul Quader Molla. Pada masa itu, Abdul Quader Molla memberitahu kaum keluarganya bahawa dia sendiri tidak dimaklumkan tentang pelaksanaan hukuman matinya yang telah banyak diperkatakan umum. Pemeriksaan perubatan dan urusan formaliti lain masih belum dibereskan. Dia mendapat tahu daripada kaum keluarganya bahawa mereka datang atas jemputan pihak berkuasa penjara sebagai pertemuan kali terakhir bersamanya.

Abdul Quader Molla mengucapkan kata-kata terakhir untuk kaum keluarganya.

Keluargaku yang tercinta, aku adalah penjagamu. Jika kerajaan ini membunuh dan meragut nyawaku, kematian ini adalah shaheed. Dengan pemergianku sebagai shaheed, Allah akan menjadi penjagamu. Dia adalah sebaik-baik penjaga kalian. Kamu semua tidak perlu bimbang lagi.

Aku tidak bersalah samasekali. Aku dihukum bunuh kerana penglibatan aku bersama pergerakan Islam. Kematian shaheed bukanlah dikurniakan kepada sesiapa saja.

Jika Allah azza wa jalla mengurniakan aku dengan shaheed, maka aku adalah orang yang paling bernasib baik. Menjadi shuhada' adalah pencapaian terbaik di sepanjang hayat aku.

Setiap titisan darahku akan menggembleng gerakan Islam dan akan membawa kebinasaan kepada para diktator. Aku tidak risau akan diriku. Aku khuatir akan nasib negara ini dan pergerakan Islam.

Dengan cukup yakin dan sepenuh pengetahuanku, aku tidak melakukan sebarang jenayah atau kesalahan. Aku telah korbankan seluruh hidupku untuk gerakan Islam. Aku tidak pernah tunduk kepalaku berhadapan dengan sebarang kebatilan. Aku tidak akan melakukan demikian demi Allah azza wa jalla. Tidak timbul usaha untuk memohon rayuan pengampunan untuk diriku terhadap sebarang pihak berkuasa duniawi. Allah sahajalah yang berkuasa menentukan hidup ataau mati. Allah akan menentukan kesudahanku.

Aku dijatuhkan hukuman bunuh bukan atas keputusan sebarang individu. Waktu dan tarikh aku shaheed ditentukan oleh kehendak Allah azza wa jalla. Aku menerima ketentuan Allah azza wa jalla sepenuhnya.

Kepada kaum keluargaku, kamu perlu bersabar. Rahmat dan pengampunan Alla azza wa jalla akan hadir bersama kesabaran dan mereka yang berlapang hati. Hanya kesejahteraan dan keselamatan di Akhirat sahajalah permohonan kita.

Aku memohonkan doa dan sokongan rakyat bagi penerimaan shaheed aku. Aku ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat kita kerana dokongan dan doa mereka.


Al Shaheed Abdul Quader Molla, Penolong Setiausaha Agong Jama’at e Islami Bangladesh


 
Solat Jenazah untuk  Al Shaheed Abdul Quader Molla



(disunting dan diterjemah daripada rencana BDINN Bangladesh Independent News Network)

No comments:

Post a Comment