Sunday, January 12, 2014

Erdogan: Tanpa kebebasan, tidak akan tercapai kemajuan sains dan kemanusiaan



Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Kesedihan dan putus asa adalah perasaan yang tidak boleh diterima oleh orang beriman. Jika kita benar-benar beriman, kita sentiasa terulung. Mereka yang memiliki sabr – kesabaran akan mencapai kejayaan.

Malaysia dan Turki mempunyai unsur-unsur persamaan pada matlamat mereka - Malaysia meletakkan visi 2020, sepertimana Turki pada  2023. Kami bercita-cita untuk menjadi sebuah negara yang membina pesawat-pesawat sendiri, menghasilkan satelit-satelit sendiri dan berusaha melancarkan satelit-satelit ini ke angkasa lepas sendiri. Sekarang Turkey mengeluarkan 60% kelengkapan ketenteraannya sendiri. Turki boleh mencapai visinya pada 2023. Saya yakin kami akan mencapai matlamat ini menjelang 2023.

Orang-orang muda Turki sangat bersabar melalui era 80’an yang mencabar. Orang-orang muda Turki terpaksa berkelana ke negara-negara lain, dengan itu mempelajari ilmu pengetahuan dan kebudayaan negara-negara ini, contohnya di Malaysia dan USA.

Malaysia telah membantu Turkey sewaktu masa susah itu. Malaysia dan universiti-universiti Malaysia telah bersama Turkey pada waktu susah payah itu. Sebahagian besar pelajar-pelajar Turki belajar di universiti-universiti di Malaysia dengan berpegang teguh kepada nilai dan keimanan mereka (pasca kudeta tentera 28 Februari  1997). Pelajar-pelajar Turki mengalami tekanan, sekatan dan larangan sewaktu itu di Turki, dan tudung hijab diharamkan semasa dan selepas proses  28 Februari.  Universiti-universiti di Malaysia merupakan tempat di mana pelajar Turki bebas melanjutkan pengajian mereka ketika itu.

Kini kerajaan telah menamatkan sekatan dan larangan yang tidak bererti di universiti-universiti Turki. Isu tudung hijab telah berada di agenda politik Turki selama tiga dekad sejak ia diharamkan di universiti-universiti Turki pada 1984. Sejak itu, banyak percubaan gagal untuk menamatkan larangan ini di institusi-institusi kerajaan dan universiti. Pengiystiharan Pakej Pendemokrasian 30 September telah membuka semula institusi-institusi unutk wanita yang bertudung hijab. Pakej ini juga memperkenalkan berbagai reform tentang hak berpolitik.

Tanpa kebebasan, tidak akan ada sains. Tidak akan ada pencapaian pada kemajuan manusia, tanpa kebebasan.  Semangat sains datang daripada kebebasan. Tanpa kebebasan, kita tidak dapat berbicara tentang sains.  Kita telah buktikan bahawa bertudung bukan penghalang kepada kemajuan sains.
Pusat pengajian Islam telah memberikan hala tuju kepada sains. Pusat-pusat ini telah menjadi pusat –pusat keilmuan di dunia. Kebebasa wujud di negara-negara Islam pada masa silam itu. Sultan Kedah Sultan Muzaffar Shah telah membuka pintu kepada Islam.

Perlu ditekankan di sini – tentang peri pentingnya keamanan dunia dan betapa mustahak saling menghormati dan kerjasama erat di antara negara-negara di dunia.  Memenangi hati rakyat adalah keutamaan kami pada politik tempatan dan politik antarabangsa. Keadilan adalah titik mula politik Turki.

Oleh kerana Turki dan Malaysia berada pada di kedua-dua hujung benua Asia, usahasama membenteras keganasan, rasisme dan Islamophobia, akan menyumbang besar kepada keamanan serantau dan sedunia.

Kita akan membina masa depan kita berasaskan sejarah kita. Kita perlu membina keyakinan diri kita. Tembok-tembok memisah di antara hati-hati kita. Kita perlu runtuhkan tembok-tembok ini. Kita perlu memperkukuhkan persaudaraan kita. Malaysia mempunyai tempat yang istimewa di kalangan negara-negara Islam. Kami percaya Malaysia amat akrab dengan Turki.

Turki adalah juga negara anda. Turki mempunyai 99 buah universiti. Kami mengalu-alukan kedatangan rakyat Malaysia untuk belajar di Turki. Kita datang daripada peradaban yang sama. Kita boleh mencapainya bersama. Dengan kehendak Allah, kita boleh semua berjaya bersama.  




(Terjemahan suntingan ucapan Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki di Konvokesyen Khas Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atas penerimaan Ijazah Kehormat  Doktor Pengurusan dan Persidangan "Mentransformasi Asia Timur – Rantau Pasifik dan Turki” )

No comments:

Post a Comment