نداء إلى فصائل المقاومة السورية في الغوطة الشرقية
Seruan kepada Kumpulan-Kumpulan Pejuang
Mujahidin di Timur Ghouta Syria
(Latarbelakang seruan ini adalah
pertempuran sesama kumpulan pejuang pembebasan Mujahidin di kawasan ini telah
memberi kesempatan kepada tentera regim Bashar Assad menawan sebahagian besar
kawasan di pinggir Damsyik ini)
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه
(وبعد)
Maka sesungguhnya Allah ta’ala
telah memilih kamu untuk membawa panji jihad dan mempertahankan Islam dan
maruah umat Islam. Sesungguhnya ianya merupakan kedudukan yang agung. Allah
telah menjanjikan untuk sesiapa yang memikul panji ini akan hidayah ke arah
jalan yang benar. Allah s.w.t berfirman “Barang
sesiapa yang berjihad di jalan Kami nescaya akan Kami beri petunjuk kepada
jalan-jalan kami, dan sesungguhnya Allah semestinya bersama-sama orang yang
muhsinin” al-Ankabut : 69. Allah telah menyebut dengan mulianya di dalam
perlembagaanNya yang kekal abadi iaitu al Quran yang agung tentang kelebihan
para mujahidin “Allah melebihkan para
mujahidin daripada orang yang duduk dengan ganjaran yang agung” an-Nisa’ :
95
Dan Allah telah menyifatkan para
mujahidin yang jujur yang mana Allah cinta akan mereka dan mereka cinta akan
Allah menerusi firmanNya “Mereka penuh
kasih sayang kepada orang beriman dan sangat keras keatas orang kafir, mereka
berjihad di jalan Allah dan tidak mereka takut celaan orang yang mencela”
al-Maidah : 54
Dan sesungguhnya kami terasa pilu
dan sedih begitu juga dengan setiap Muslim yang tulus lagi prihatin akan apa
yang berlaku diantara saudara kita yang terdiri daripada kumpulan-kumpulan
mujahidin di timur Ghouta yang berlakunya pembunuhan yang dahsyat. Ratusan jiwa yang suci dan tulus telah syahid
, dan diantara mereka yang telah menjual bunga kehidupan ini untuk mendapatkan
apa yang lebih baik dan kekal disisi Allah taala. Dan demikianlah apa yang
telah berlaku daripada penawanan sebahagian terhadap sebahagian yang lain dan
pengepungan sebahagian keatas sebahagian yang lain.
Dan ini berpunca daripada perselisihan
yang timbul daripada syaitan yang telah merosakkan kedua-dua kumpulan tersebut
“Sesungguhnya syaitan itu (selalu)
menimbulkan perselisihan diantara mereka. Sesungguhnya syaitan adalah musuh
yang nyata bagi manusia” al-Isra’: 53. Dan Allah juga telah mengkhabarkan “Syaitan itu hanya mahukan untuk menimbulkan
permusuhan dan kebencian diantaramu” Al-maidah : 91. Dan apakah permusuhan
dan kebencian yang lebih besar daripada menumpahkan darah satu sama lain, dan
mengepung satu sama lain dan menawan saudara Muslimnya atau membunuh saudaranya
yang dalam kecederaan !!!
Sesungguhnya ayat-ayat al Quran
yang mulia menyeru kita “Berpegang
teguhlah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah bercerai berai”
Ali-Imran : 103. Dan Allah telah memberi amaran kepada kita “Dan janganlah kamu berselisih yang
menyebabkanmu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah,
sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar” al-Anfal : 46.
Musuh-musuh kamu bergembira dan bahagia melihat kamu berhimpun dan membunuh
satu sama lain. Mereka melihat kamu menyembelih satu sama lain dan membunuh
sehinggalah lemah barisan kamu dan hilang kekuatan kamu dan mereka akan
menyerang kamu dengan satu serangan.
Dan Nabi s.a.w menekankan pengharaman
darah orang Islam menerusi sabda baginda dalam hadith Jabir, diriwayatkan oleh
Muslim dan Abu Daud “Sesungguhnya darah
kamu dan harta kamu adalah haram/mulia seperti mulianya hari ini (hari Arafah)
pada bulan ini (Zulhijjah) dan di tanah air kamu ini” dan begitu juga dalam
hadith Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi
“Setiap Muslim keatas Muslim yang lain
haram darahnya, hartanya, maruahnya,” dan begitu juga dalam hadis muttafaq alaih “Apabila bertemu dua orang Muslim dengan pedang mereka maka si pembunuh
dan yang dibunuh itu masuk neraka”, maka Nabi s.a.w. ditanya “Ya Rasulullah, pembunuh itu masuk neraka,
tetapi kenapa yang dibunuh juga masuk kedalam neraka juga” Nabi s.a.w. menjawab
“Sesungguhnya dia amat mahukan untuk membunuh
sahabatnya itu”
Sesungguhnya orang Islam itu
saling membantu dan menyokong antara satu sama lain, dan mereka adalah seperti
satu tangan keatas selain mereka. Mereka diikat dengan ikatan Islam dan
simpulan Iman. Di dalam sahihain
daripada hadith ibnu Umar “Muslim itu
saudara kepada Muslim yang lain, dia tidak menzaliminya, tidak menyerahkannya
kepada orang yang akan menyakitinya atau perkara yang menyakitinya, dan sesiapa
yang memenuhi hajat keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi hajat
keperluannya”
Dan sesungguhnya Allah telah
menganugerahkan keatas mereka ikatan dan
persaudaraan ini, Allah berfirman “ Dan
ingatlah kamu akan nikmat Allah ketika kamu dahulunya bermusuhan dan Allah
telah melembutkan hati-hati kamu maka kamu menjadi dengan sebab nikmatNya
bersaudara satu sama lain” Ali-Imran : 103.
Dan Allah juga berfirman “Dan Allah telah melembutkan hati-hati kamu,
sekiranya kamu menginfaqkan apa yang ada di bumi keseluruhannya, kamu tidak
akan dapat melembutkan hati-hati mereka akan tetapi Allah yang mendamaikan
diantara mereka, sesungguhnya Dia Maha Agung, Maha Bijaksana” al-Anfal : 63
Dan Allah telah memberi bimbingan
pada kita untuk mendamaikan antara saudara kita “Maka bertaqwalah kepada Allah dan damaikanlah hubungan diantara kamu”
al-Anfal : 1. Dan Allah juga berfirman “Hanyasanya
orang beriman itu bersaudara maka damaikanlah diantara saudara kamu dan
bertaqwalah kepada Allah agar kamu dirahmati” al-Hujurat: 10
Dan Imam Ahmad, Abu Daud, dan
Tirmizi meriwayatkan dari hadis Abu Darda’, Nabi s.a.w bersabda “Mahukah aku beritahu kepada kamu dengan
perkara yang lebih mulia darjat daripada solat dan puasa dan sedeqah?” Sahabat-sahabat
menjawab “Ya, wahai Rasulullah” Rasulullah s.a.w. bersabda “Mendamaikan hubungan dan sekiranyanya rosak
hubungan itu maka ianya merupakan pencukur ( yang akan menghapuskan pahala).”
Maka aku katakan kepada saudaraku
daripada mujahidin di Jaisy al-Islam dan Failaq ar-Rahman : Failaq Rahman perlu
menjadi satu juzuk daripada Jasiy al Islam dan Jaisy al Islam juga perlu
menjadi suatu laluan untuk Failaq ar Rahman. Perlu bagi kedua-dua pihak ini
bergabung agar kekuatan mereka bertambah kukuh, keberanian mereka semakin
mantap dan kecekalan mereka bertambah padu. Nescaya mereka akan menjadi suatu
kekuatan yang hebat menentang musuh mereka. Mereka meluru ke hadapan dan mereka
tidak akan undur kebelakang dan mereka memerangi musuh mereka dalam satu saf
yang satu sepertimana yang difirmankan Allah “Sesungguhnya Allah kasih akan mereka yang berjuang di jalanNya dalam
satu saf seperti satu bangunan yang tersusun kukuh” as-Saf : 4
Dan renungilah prinsip yang berharga pada majallah Al-Manar “kita bekerjasama pada perkara yang kita sepakat dan kita saling
memaafkan antara satu sama lain dalam perkara yang kita khilaf”
Sesungguhnya Ummah Islamiah di
timur dan di barat mengikuti perkembangan jihad kamu dan mereka berdoa kepada
Allah agar Dia menolong kamu dengan pertolongan yang kukuh dan mereka tidak
menunggu untuk melihat akan penyembelihan ini dan sesekali tidak menerima
perlakuan-perlakuan ini!
Sesungguhnya darah syuhada dan
kesakitan mereka yang cedera dan maruah-maruah mereka yang merdeka dan
kesedihan mereka yang kehilangan anak dan yang kehilangan suami dan rintihan
mereka yang ditangkap menjerit dan meminta kepada kamu untuk menghentikan
pertempuran yang merugikan ini!
Sesungguhnya persengketaan kamu
dan percubaan sebahagian kamu untuk menumpaskan sebahagian yang lain hanya
menjadikan umur musuh kamu panjang. Ia hanya memberi bantuan nyawa kepada musuh
kamu. Sesungguhnya musibah-musibah ini menghimpunkan orang yang terkorban di antara
kita, bagaimana pula dengan orang yang teruji dengan musibah ini dan yang
terkorban terdiri dari ahli Syam. Mereka terdedah dengan pembunuhan dan dihalau
dari rumah mereka, musibah ini mereka telah hadapi lebih daripada lima tahun.
Dan bagaimana!!, sedangkan kamu telah melempar dunia daripada panahan yang
satu? Sesungguhnya Ikhlas dalam beramal
dan menerima apa yang Allah tetapkan diikat dengan niat yang tulus dan
pembebasan diri daripada kemewahan diri, sepertimana didalam hadis Abu Musa
al-Asy’arie yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w
bersabda “ Sesiapa yang berjuang agar
kalimat Allah menjadi yang teratas, maka dia berada di jalan Allah Azza Wa
Jalla”
Kita memohon kepada Allah agar
Dia mendamaikan sesama saudara kita dan menahan darah mereka daripada
ditumpahkan dan agar kalimat-kalimat mereka disatukan dan kekuatan mereka
dikukuhkan dan keazaman mereka bertambah kuat dan moga Allah menolong mereka
untuk menumpaskan Taghut yang sombong takabbur di bumi ini. Sesungguhnya Allah
swt berkuasa atas tiap sesuatu.
wa akhiru da’wana anil
hamdulillahi rabbil ‘alamin
يوسف
القرضاوي
Yusuf Qaradawi
رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين
Presiden Kesatuan
Ulama Sedunia
No comments:
Post a Comment