Wajar kita menyoroti masa lalu
sebelum menyoroti masa depan. Maklumat sejarah masa lalu amat penting seperti
kata-kata ‘siapa tak sedar sejarah berkemungkinan besar mengulangi sejarah’.
Kesedaran sejarah amat penting dalam konteks da’wah dan dinamika gerakan Islam
kita semasa dan bagi eksperimen kita.
Pada 1961 Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia PKPIM lahir dengan matlamat yang sederhana – ‘perjuangan kepentingan pelajar-pelajar Islam’. Itulah ungkapan pemimpin-pemimpin masa yang lalu – seperti Dato’ Hanafiah dan Dato' Ishak Tadim.
Menjelang tahun-tahun 70’an –
dengan kematangannya – PKPIM menegakkan idealismenya ‘memperjuangkan cita-cita
Islamiah’. Ungkapan pusaka – cita-cita Islamiah. Komitmen terhadap cita-cita
Islamiah dan aspirasi nasional – menjadi dua serangkai – lambang kesedaran
mahasiswa telah berubah daripada perjuangan sederhana kebajikan pelajar.
Pada tahun-tahun 70’an – aktivis PKPIM bertindak sebagai elemen yang sedar daripada masyarakat – hati nurani masyarakat - conscience of the majority – a catchy phrase, sarat dengan makna dan nilai dan kita adalah pewaris kata dan makna itu. Di antara aksi-aksinya sewaktu yang selalu dinukilkan itu adalah advocacy, penampilan isu semasa dan demonstrasi. Tetapi lebih penting lagi adalah dimensi ilmu dan kebudayaannya yang diperlihatkan melalui program seperti:-
• Kongres Kemajuan Islam Malaysia
• Seminar Peradaban Islam
• Seminar Pendidikan Islam Malaysia 1968 anjuran badan gabungan PKPIM – disitulah diumumkan persetujuan kerajaan tentang penubuhan UKM oleh Menteri Pelajaran, Khir Johari (Khir Johari, Anwar Ibrahim dan Siddiq Fadil berada di atas pentas yang sama)
• Universiti Islam Antarabangsa UIA mempunyai akar sejarah dalam perjuangan PKPIM
Angkatan Belia Islam Malaysia
ABIM adalah pelanjut perjuangan mahasiswa – merupakan jatidiri harakah
Islamiah. Badan yang pertama beridentiti gerakan Islam Malaysia ialah ABIM.
ABIM bergerak dengan keanggotaan yang merakyat dan nasional – anggota melebar
dan meratai seluruh Malaysia dan tidak bersifat lokal. ABIM adalah peloporan
fenomena ‘rising tide of Islam’ – kebangkitan Islam – istilah yang
memaknai kerana waktu itu belum lagi muncul istilah sahwah. Pertama
kali, kata-kata ini lahir daripada perbualan Pak Natsir dan Anwar Ibrahim di
Jakarta . ABIM berjaya mempelopori ‘the rising tide of Islam’ di
Malaysia.
Faktor-faktor yang membantu kejayaan ABIM menempa
namanya:-
1. Kekuatan wadah persediaannya PKPIM
1. Kekuatan wadah persediaannya PKPIM
• bukan lahir daripada kekosongan tetapi adalah lonjakan daripada suatu kekuatan dengan pengkaderan dan jaringan (IIFSO, PEMIAT)
• dengan titik tolak yang sangat kuat, ABIM meneruskan apa yang sudah diletakkan dasar oleh PKPIM
2. Ketepatan waktu kemunculan
Faktor timing sangat penting kerana andainya ia lahir pada waktu yang salah barangkali tidak akan menjadi. Ditakdirkan kelahirannya pada saat yang tepat maka tiada badan lain yang menyambut fenomena kebangkitan Islam. Kemunculan ini membuatkan ABIM sangat terkait dengan fenomena kebangkitan Islam.
3. Karisma pemimpin utamanya
Contohnya, Anwar Ibrahim disebut-sebut di mana-mana sebagai a charismatic leader. Sewaktu Ustaz Razali Nawawi mengundur diri daripada jawatan Presiden untuk melanjutkan pengajian, berlaku dialog di antara Ust Fadhil Noor dan Anwar Ibrahim. Anwar dan Ustaz Fadhil saling menolak jawatan tersebut sehingga Ustaz Fadhil mengatakan ‘bukan orang nak dengan aku, depa nak kat hang’. Mereka berkompromi dan Anwar bersetuju dilantik Presiden dan Ustaz Fadhil sebagai Timbalan. Beberapa bulan selepas itu, Anwar ditahan di bawah ISA selama 21 bulan dan Ustaz Fadhil menjadi pemangku Presiden.
4. Kepimpinan Jama’iyy
• Collective leadership
• kepimpinan yang berlatar pelbagai pendidikan samada berunsur English, Melayu dan Arab
• gabungan kesepaduan komplimentari
5. Memanfaatkan kepemudaan dan dinamika keIslaman
Keanggotaannya menjadi aktivis komited dan rela berkorban
6. Kekuatan fikrah/
idea/ gagasan
• daripada gabungan ilmu yang kuat
• bukan lawak jenaka sahaja tetapi seloroh pun berdimensikan idea-idea bernas
7. Keberkesanan tarbiyyah ilmiah, rohaniah, harakiyyah
• kita gubal skima latihan kita sendiri berasaskan rujukan-rujukan dan pelbagai sumber
• membina kekuatan ilmu, rohani dan harakah
8. Keberkesanan mekanisme/ jentera organisasi
• well organised, skilled organisers compared to
others and well trained since the days of PKPIM
• Setiausaha-setiausaha agong mahir, berkemampuan, kompeten, berencana
9. Keterbukaan dan toleransi
• Setiausaha-setiausaha agong mahir, berkemampuan, kompeten, berencana
9. Keterbukaan dan toleransi
• merai kepelbagaian mazhab dan pemikiran
• akomodatif, inclusive of all, bersifat jamahiriyya
• toleransi di antara mazhab – Hanafi tiada masalah, aliran Perlis pun tiada masalah
• kita pertahankan keterbukaan dan kepelbagaian – asalkan ada alasan saja, dipersilakan tetapi kalau tiada alasan, tidak boleh diterima
Sebagai contoh, seorang tokoh,
Pak Imad yang terkenal tegas dengan pandangan fiqhnya tetapi selesa dengan ABIM
– Pak Imad pernah menjadi makmum solat subuh tidak membaca qunut tetapi masih
mengikuti dan menunggu Imam sebelum sujud.
10. Komitmen yang tinggi terhadap misi amar ma’ruf nahy mungkar
• kepedulian sosial yang sangat tinggi
• pembinaan diri – melalui usrah, tamrin, qiamulayl – maka terbina sikap dan semangat kepedulian sosial
Adalah tidak benar dan salah persepsi yang
menganggap ABIM sebagai tempat pelarian Melayu yang merasakan kerendahan diri
kerana lemah atau gagal menguasai bahasa Inggeris (inferiority complex)
– tanggapan yang didakwa dalam tulisan oleh Judith Nagata, Zainah Anwar,
Chandra Muzzaffar. Padahal sebahagian yang signifikan pemimpin ABIM adalah
berpendidikan aliran Inggeris. Adalah tidak benar ABIM itu jelmaan Melayu yang
jati dirinya terhakis. Fenomena kebangkitan Islam di Malaysia adalah fenomena
global al sahwah al Islamiah.
Yang membentuk pemikiran para aktivis ABIM
bukan tokoh-tokoh racist Melayu, tetapi karya tulisan para
pemikir dan pemimpin gerakan Islam seperti Hasan al Banna, Sayyid Qutb,
Muhammad Qutb, Maududiy, an Nadwi, Fathi Yakan, Sa'id Hawwa, Muhammad Natsir,
Malik Bennabi, Isma'il R. al Faruqi dan lain-lain lagi.
Daripada kalangan ilmuwan-pemikir tempatan yang
turut berperanan membentuk pemikiran para aktivis termasuklah Prof. Sayyid
Naquib al Attas. Beliau sangat berjasa dalam pengukuhan idea Islamisasi dan Dewesternization - nyah-westernisasi.
Kritiknya terhadap Barat, tamadun dan kehebatan kesarjanaannya telah
meruntuhkan hegemoni pemikiran Barat di kalangan generasi muda terpelajar. Ini
seperti membebaskan minda yang terpenjara. Penemuan dan penegasannya terhadap
peranan besar Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu memberikan keyakinan
budaya -cultural confidence - dalam perjuangan pendaulatan Islam
dan tamadunnya di Malaysia. (peranan Islam yang selama ini diperkecilkan oleh
orientalis) Prof Sayyid Hussein al Attas pula adalah public
intellectual yang turut memberikan sumbangan besar dalam membangkitkan
kepedulian sosial dan pemikiran kritis. Kritiknya terhadap Dasar Ekonomi Baru
dan idea kapitalistik buku Revolusi Mental mendapat perhatian luas di kalangan
pimpinan dan warga ABIM.
Inilah tradisi keilmuwan ABIM yang terbuka
kepada karya-karya termasuk contohnya penulis Brazil, Paulo Freire yang menulis Pedagogy
of the Oppressed, membela kaum tertindas melalui pendidikan. Dalam
pembinaan tradisi keilmuannya ABIM bersikap terbuka, sedia memanfaatkan ilmu
dari siapa sahaja termasuk dari kalangan bukan Islam. ABIM tidak pernah terikat
dengan sesiapa – bacalah dan manfaatkanlah mana-mana – bawa balik ke jamaah dan
bersama kita menjadikan madrasah ABIM. Dengan demikian, kekayaan khazanah ilmu
dan kepelbagaian, keintelektualannya menjadi lebih kaya dan beragam – membolehkan
pencitraan ABIM kepada rakyat – bukan badan da’wah dalam pengertian yang sempit
tetapi suatu kekuatan sosial dan agen perubahan sosial – a social and
political force to reckon with. Kekayaan dan keragaman intelektual
memang sangat perlu untuk pengentalan mesej risalah dan misi perjuangan membina
masyarakat yang beragama dan sekaligus rakyat yang cerdas dan berfikiran
kritis.
Demikianlah pengkisahan ringkas ABIM yang
menjadi ikon dalam sejarah kebangkitan Islam. Selalu juga kehadiran ABIM
dilihat sebagai kontroversial – controversy is part and parcel of ABIM –
hanya kerana ia mampu membawa ungkapan gagasan-gagasan baru. ‘Ada yang cinta
dan sayang sepenuh hati, ada pula yang benci setengah mati’.
ABIM adalah
gerakan Islam dan kita adalah sebagai pewaris beban dan risalah besar dan
oleh itu kita perlu
· Mempertahankan
kerelevanannya
· Mempertahankan
sesuatu kebesaran (risalah)
Persoalannya
adalah masih relevankah selepas 40 tahun jika ia gagal menyesuaikan diri –adapt
or die?
Kualiti
Kepimpinan :-
Kualiti kepimpinan jamaah tidak harus
dikompromi. Pemimpin adalah imej gerakan dan jamaah seterusnya. Kepimpinan
harus dibina daripada bawah, harus dikenali daripada bawah lagi. Contohnya
Anwar Ibrahim telah mengartikulasi dinamika Islam melalui penubuhan BRA – Badan
Revolusi Agama sejak di Malay College Kuala Kangsar MCKK. Begitu juga di
Universiti Malaya UM apabila aktif memimpin Persatuan Bahasa Melayu Universiti
Malaya PBMUM dalam memperjuangkan isu mendaulatkan bahasa Melayu. Anwar Ibrahim
tidak muncul secara mendadak. Sekarang ini persoalannya adalah bagaimana untuk
merancang kemunculan kualiti kepimpinan. Kalau tidak kita akan menerima saja
apa yang seadanya.
Pemimpin
adalah imej jamaah keseluruhan dan harus mempunyai ciri-ciri:-
1. Keperibadian yang menginspirasikan – inspiring personality
2. Integriti moral dan ketaatan agama (religiousity)
3. Kompetensi keilmuan yang tinggi – penguasaan ilmu yang meyakinkan.
Contohnya, Anwar Ibrahim menyampaikan
dengan yakin dan bukan dia buat-buat macam tahu.
4. Kemampuan mengartikulasi fikrah dan gagasan keIslaman dan gerakan
dengan petah, indah dan meyakinkan
5. Ketrampilan berorganisasi – kemampuan menjadi penyelesai masalah - problem solver and trouble shooter
6. Kaya dengan idea dan gagasan
· memainkan
peranan kepeloporan perspektif Islam
· mengartikulasi
pembangunan dalam Islam – pembangunan insan – human centric
· menganjurkan
pendidikan sepadu – jelmaan tawhid sebagai lawan kepada dualisme pendidikan
· mengolahkan
masyarakat majmuk
'Islam dan Masyarakat: Penyelesaian Masyarakat
Majmuk di Malaysia' adalah tajuk ucapan dasar Anwar Ibrahim sewaktu memimpin
ABIM dahulu di Dewan Tun Razak Universiti Kebangsaan Malaysia (Dektar) yang
mengutarakan Islam sebagai penyelesai masyarakat plural. Dulu diutarakan
konsep-konsep umum tetapi sekarang Anwar Ibrahim menerapkannya secara praktis.
(kalau tidak, perbahasan masyarakat plural biasa hanya sekitar konsep dhimmi/harbi)
Menyorot
Masa Depan :-
Sekarang
sepatutnya kita sudah mampu menangani gagasan-gagasan besar seperti:-
1. Islam dan pluraliti – sepatutnya kita ada masa untuk
menelaah dan menyelesaikan ungkapan sedemikian
2. Pendidikan demokrasi – meningkatkan kefahaman dan amalan
sebenar demokrasi – supaya ada integriti proses, ketelusan, membenteras rasuah
politik
3. Pendidikan liberatif – contohnya, perjuangan kebebasan
dan keterbukaan di kampus-kampus
4. Ekonomi kerakyatan - agenda kepedulian sosial membela
nasib umat
Gagasan besar ini tidak hanya untuk diwacanakan
sesama sendiri tetapi harus diangkat menjadi wacana nasional dan seterusnya
diarusperdanakan.
Kita perlu kuatkan dan pertingkatkan sebagai formidable force kerana adakalanya kita
perlu bertindak dengan bicara kekuatan bukan saja bicara kepetahan.
Kegiatan penda'wahan yang selama ini menjadi
bisnes teras kita perlu ditinjau semula keintensifan dan keberkesanannya
terutama dalam konteks krisis moral akibat keleluasaan budaya hiburan dan kegiatan
maksiat. Kita perlu meningkatkan gerakan dan jaringan bagi mendidik dan membina
generasi muda dengan budaya ilmu dan nilai-nilai keagamaan.
Kita perlu tinjau semula da’wah bil hal contohnya
institusi-institusi pendidikan serta kerelevanan masakini. Apakah kita mampu
atau kita perlu cari alternatif lain? Walaupun sesuatu itu relevan 20 tahun
yang lalu, mungkin ia bukan relevan sekarang. Kerelevanan sekarang perlu
ditinjau dan kualiti institusi-institusi alternatif perlu dikaji. Ia tidak
boleh berada di tahap eksperimental selama-lamanya. perlu diambil ingatan
bahawa pihak lain juga telah mendirikan institusi-institusi yang hampir sama
dan kualitinya mungkin lebih baik.
Konsolidasi
Dalaman:-
Adalah amat
penting dan keperluan semerta bagi pemantapan, pemampanan dan kematangan
organisasi supaya perkara berikut dilakukan:
1. Pengukuhan institusi syura
· bagaimana
menghormati syura dan keputusan syura
· mengukuhkan
dan mengembalikan kepimpinan syura
2. Pemantapan qiyadah jama'iyyah (collective leadership)
dan budaya amal jama’iyy (corporate teamwork)
· amal
bukan kerja beseorangan – not a one man show
· harus
ada diskusi dan perbincangan
· pengurusan
partisipatif
· bersifat
konsultatif bukan cara arah dan kerah
3. Penegasan sikap dengan menolak gejala
perpecahan jamaah
· prinsip
kita adalah supaya mempertahankan perpaduan jamaah
· kita
tidak boleh menerima – should not endorse – kumpulan serpihan
walaupun ianya kuat (reject splinter groups)
4. Kemaskini tarbiyyah dan pelestarian
tradisi belajar bersama
· kita
sepakati bersama bahawa tradisi harakiyah jama'iyah adalah tradisi belajar
bersama, contohnya usrah
· dalam
ABIM tiada syeikh tetapi ada naqib
5. Penyegaran nilai-nilai luhur perjuangan
· perteguhkan
keikhlasan, persaudaraan dan keberkatan
· tiada
kebencian, hasad, dendam
(Catatan Kuliah pada Muzakarah Qiyadah 2 WADAH-ABIM-PKPIM 30-31 January 2010)
No comments:
Post a Comment