Monday, December 11, 2017

KESATUAN ULAMA': AMARAN TERHADAP KEMARAHAN UMAT ISLAM!




AMARAN TERHADAP KEMARAHAN UMAT ISLAM!


Kesatuan Ulama Sedunia : Al-Quds adalah garisan merah, dan tindakan AS mengiktirafnya sebagai ibu negara bagi negara penjajah merupakan kezaliman jelas terhadap umat Islam dan penghinaan ke atas kesucian mereka serta merupakan dokongan yang besar buat ektrimis.  

Allah ta’ala berfirman di dalam kitabNya “Maha suci Tuhan yang telah memperjalankan hambaNya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang mana Kami telah berkati kawasan-kawasan sekelilingnya agar kami menunjukkan padanya tanda kekuasaan kami, sesungguhnya Tuhan Maha Mendengar dan Maha Melihat” (Al-Isra’ ayat 1)

Ketika memuncak bantahan-bantahan oleh rakyat, negara-negara Arab dan Islam serta organisasi dan pertubuhan sivil menentang pengumuman AS untuk memindahkan kedutaannya ke al-Quds lantas mengiktirafnya sebagai ibu negara penjajah, pentadbiran AS  berterusan dengan kesombongannya dan berkeras dengan tindakan provokatifnya. Ini memaksa rantau tersebut bergolak menuju lembah kebinasaan disebabkan tindakan politik lebih diutamakan lebih daripada hak rakyat Palestin. Tindakan ini terkeluar daripada ketetapan-ketetapan PBB dan konvensyen antarabangsa. Ian juga menghina perasaan keagamaan (religious sensitivity) rakyat Arab dan Islam. Ia juga tanda keingkaran AS dengan tidak menghirau langsung bantahan rasmi negara-negara Arab dan ianya menyimpang daripada keputusan kolektif yang diputuskan negara-negara kuasa besar.

Sesungguhnya pemindahan kedutaan AS ke al-Quds adalah tindakan mengkuduskan dan mengukuhkan penjajah zalim serta biadap terhadap tempat suci Baitul Maqdis. Ia merupakan langkah curang yang tidak samasekali dapat diterima kerana terang-terangan menyalahi undang-undang antarabangsa.

Pentadbiran AS yang terlanjur melakukan suatu tindakan tanpa memikirkan akibatnya, mesti merujuk kembali sejarah rakyat Palestin dan mengkajinya dengan tuntas. Mereka hendaklah memahami kebangkitan rakyatnya, intifadha-intifadhanya yang tidak pernah leka dalam menyahut seruan pembebasan al-Quds dan Masjidil Aqsa serta seluruh rakyat Palestin. Rakyat Palestin gigih berada di atas jalan untuk memerdekakan negara mereka memperjuangkan sejak hampir 100 tahun dan mereka tidak pernah berhenti menyumbang sebilangan besar para syuhada’ yang disusuli pula angkatan syuhada’ yang kemudian.  Ganjaran akhirat hampir kepada  mereka kerana usaha mereka mempertahankan Masjidil Aqsa. Di belakang rakyat Palestin, adalah rakyat Arab dan umat Islam tegar menyokong mereka. Misi pembebasan al-Quds itu agenda umat. Oleh itu,  umat  tidak akan memaafkan sebarang kecuaian dan kelengahan di dalam perjuangan mempertahankannya meskipun bilangan terkorban itu besar.

Sesungguhnya identiti Arab yang ada pada  al-Quds beserta identiti Palestin dan Islam tidak akan menerima sebarang perubahan dan pensia-siaan. Tindakan AS ini tidak akan samasekali diterima selama-lamanya oleh dunia Arab. Rakyat Kristian al-Quds juga menolak tindakan AS kerana sedar penjajah ingin merubah ciri-ciri dan sifat semula jadi al-Quds.


Maka pada saat yang getir ini, Kesatuan Ulama Sedunia menyampaikan pesanan ini:

Pertamanya kepada Presiden AS dan rakyat AS

Kesatuan Ulama Sedunia memberi amaran kepada pentadbiran AS kerana presidennya telah mengumumkan keputusan yang  jelas merupakan ketetapan  berat sebelah serta memberi sokongan tanpa batasan kepada penjajah Israel. Tindakan AS secara langsung menyokong agenda puak ekstrimis dan akan memaksa rakyat Palestin yang disokong oleh rakyat Arab dan umat Islam mempertahankan bandar suci mereka dengan segala daya upaya. Barangsiapa yang tidak menjangka tindak balas yang diramal akan berlaku kerana ketetapan ini, telah meletakkan maslahah negaranya dan masa depannya berbanding seluruh alam.


Kedua: Kepada Pemimpin Negara Arab dan Negara Islam

Al-Quds dan Palestin merupakan amanah para Nabi yang dibebankan ke atas tengkuk-tengkuk kamu. Kamu tidak akan sekali-kali menyelamatkan al-Quds dan membebaskan tanah Palestin dan tanah Arab yang telah dirampas tanpa kamu semua bersatu dan memperkukuhkan negara-negara kamu serta tanpa mendapat redha Tuhan kamu. Kamu wajib menolak dan menentang ketetapan ini dengan tegas dan sepenuhnya. Kamu wajib bertindak demi mengekspresikan identiti Arab kamu  dan pemimpin negara Islam yang lain juga mesti bertindak mengekspreskan identiti Islam kamu dan gerak nadi rakyat kamu. Sesungguhnya sebarang kelalaian daripada melaksanakan kewajipan ini merupakan suatu tikaman yang mengagalkan agenda kamu dan peranan kamu dalam mempertahankan ummah.


Ketiga: Kepada Rakyat Arab dan Para Muslimin

Al-Quds yang dirampas dan Palestin yang penuh luka derita tidak akan bebas melainkan KEIMANAN PEMUDA KAMU, dan Iman serta kekuatan tentera kamu dan tawakkal kamu kepada Allah swt. Wajib setiap individu Muslim menolak dan menentang ketetapan AS ini. Mereka hendaklah berusaha mengagalkan ketetapan ini dengan segala cara yang sah dari sudut undang-undang.  Risalah ini juga ditujukan kepada rakyat Palestin dan ahli al-Quds. Dan kami menyeru ummah yang hidup untuk melakukan tindakan yang positif serta berhikmah dan mendesak tekanan yang berkesan ke atas pembuat dasar di negara-negara kita agar pimpinan umat melakukan segala langkah yang wajib demi membela al-Quds.

Kami juga menyeru Ulama Ummah dan pendakwah-pendakwahnya untuk memberi kesedaran kepada umat tentang bahaya tindakan AS ini. Kita juga mesti mengorganisasikan tindakan protes bermula dari hari ini dan pada hari-hari yang berikut demi menolong dan membela al-Quds dalam kerangka Palestin, Islam dan kerakyatan serta keantarabangsaan. Kesemua ini perlu dilakukan untuk membantah keganasan dan kebiadapan AS terhadap kiblat pertama umat Islam dan kedudukan Isra’ Nabi Muhammad s.a.w. serta tempat Nabi Isa a.s.


Allah jualah Maha Mengetahui setiap niat dan tujuan dan Dialah yang memberi petunjuk ke arah jalan yang benar.


Syaikh Dr Yusuf al-Qaradawi- Presiden Kesatuan Ulama Sedunia
Syaikh Dr Ali al-Qurrah Daghi- Setia Usaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia

6 Disember 2017



Link Ucapan rasmi

http://iumsonline.org/ar/aboutar/nt-lnhd/lthd-laalmy-laalm-lmslmyn-lkds-kht-ahmr-oaatbrh-aasm-ldol-lhtll-aatd-srkh-aal-lmslmyn-osthn-bmkdsthm-odaam-kbyr-llttrf/

No comments: