Dicatat oleh: Shirajuddin Sirat
USRAH
1) Konsep usrah
adalah belajar secara bersama.
PENDIDIKAN
2) “We need to
reeducate ourselves.” Kita mesti mendidik semula diri kita.
a) Ada sesuatu yang
tidak kena dalam sistem pendidikan yang sedia ada. Ada perkara yang dirasakan
tidak cukup.
b) Sebagai contoh,
kita dilatih sebagai seorang doktor perubatan, tetapi kita tidak betul-betul
dilatih sebagai seorang manusia.
c) Sistem kita
tidak mementingkan watak manusia tetapi mementingkan otak manusia.
d) Maka jadilah atau
lahirnya manusia yang berotak tetapi tidak berwatak dan berakhlak.
e) Apa yang
dipentingkan oleh kebanyakan orang sekarang ialah kecemerlangan akademik.
f) Subjek
pengajian Islam sendiri telah terheret kepada exam oriented bukannya
penghayatan, pengamalan dan pengabdian diri kepada Allah.
g) Kita mesti cinta
kepada ilmu dengan memahami konsep menuntut ilmu itu sebenarnya.
h) Kalau sekadar
mahu mengisi otak sahaja, maka kita akan lupa.
i) Sebagai contoh,
mereka yang sudah lama berkerjaya, cuba ambil peperiksaan SPM sekarang, maka
pastinya tidak boleh lulus semuanya dengan cemerlang.
i) Usahakan cinta
kepada ilmu.
KEMANUSIAAN
3) Dimensi
kemanusiaan yang ada pada diri kita dilihat seolah-olah telah hilang.
a) Konsep keinsanan
dalam watak manusia tidak sama dengan penemuan sains manusia.
b) Manusia dalam
Al-Qur`an adalah makhuk yang dimuliakan oleh Allah dalam hembusan roh Ilahi.
i) Manusia dalam
ilmu moden tidak ada konsep ini.
ii) Sesungguhnya
yang menjadikan manusia makhluk yang terbaik kerana adanya hembusan roh Ilahi
di dalamnya. Inilah ciri keinsanan yang asasi.
iii) Apabila Adam
dicipta atau dibentuk daripada tanah, ianya tidak dibiarkan oleh Allah sebagai
tanah sahaja tetapi dihembuskan dengan roh kemudiannya.
iv) Kejadian ini
difahami oleh para malaikat tetapi diingkari oleh para iblis.
v) Ketika disuruh
sujud kepada Adam, malaikat sujud tanda hormat tetapi diingkari oleh iblis
kerana merasakan dirinya yang dijadikan dari api lebih mulia daripada manusia yang
dijadikan daripada tanah.
vi) Jangan ditanya
bagaimana caranya roh tersebut dihembus masuk ke dalam diri manusia.
vii) Juga, jangan sesekali menghina anak manusia kerana
dalam dirinya ada roh hembusan Ilahi.
viii)
Makhluk-makhluk lain tidak menjalani proses hembusan roh Ilahi
sepertimana yang dialami oleh manusia, sebab itu manusia layak menjadi khalifah
di dunia ini.
c) Profesor Syed
Husein Nasr menyebut bahawa sains moden menganggap manusia sebagai earthly bound man - manusia yang sudah
tertambat atau terikat atau terlekat di bumi.
Kalau begitu, apa bezanya manusia dengan iblis.
i) Maka kerana
itulah kita kena reeducate atau
mendidik semula manusia untuk membina jadi diri kemanusiaan pada diri manusia
itu sendiri.
ii) Sebab itu, yang
berhak mendapat human rights adalah humans.
iii) Akhirnya, ada
sesuatu yang asas dalam sistem pendidikan kita yang tak kena.
d) Krisis kelemahan
kemanusiaan ini sedang berlaku secara berleluasa.
i) Masalah
ketamadunan manusia sekarang yang dilihat sebagai makhluk mulia yang tidak
dikenali lagi yang adanya roh hembusan Ilahi.
ii) Manusia kini
dilihat sebagai kehilangan ciri-ciri kemanusiaannya.
e) Seorang
budayawan atau seniman di Indonesia, Emha Ainun Najib mengatakan bahawa Iblis
kelihatan senyum-senyum sahaja kerana seolah-olah permohonannya untuk
merosakkan manusia sehingga kiamat dianggap telah berjaya lebih awal dari
jangkaannya. Tempoh yang diminta
sehingga kiamat cuba dibuktikan bahawa manusia ini tidak layak menerima sujud
ketika mula-mula dijadikan. Itu sekadar
imaginasi seorang seniman. Beliau
senyum-senyum kerana tidak perlu tunggu sehingga kiamat pun, manusia telah
berjaya dirosakkan.
MELAYU DAN ISLAM
4) Mengapa Melayu
menerima Islam?
a) Kerana Islam
menjanjikan sesuatu yang lebih baik.
b) Sebelum Melayu
menganut Islam, dalam sistem feudal Melayu, ianya menganut fahaman Hindu.
c) Rakyat tiada hak
menuntut keadilan ketika itu.
d) Prinsipnya “you don't have the right to have rights”
- tiada hak untuk menuntut apa-apa hak.
e) Sebagai contoh,
tidak boleh menuntut hak kepada Raja, tetapi ianya sekadar dipanggil kurnia
Raja, contohnya tanah kurnia!
f) Setelah Islam
datang, Islam memuliakan manusia.
g) Semua manusia
asal usulnya dari Adam yang dijadikan daripada tanah, maka tidak timbul isu
Raja berasal dari kayangan.
h) Ketika Islam
datang ke Tanah Melayu, para ulama berusaha untuk memanusiakan Raja. Namun,
bukannya mudah untuk memanusiakan Raja.
i) Selepas itu, barulah
rakyat boleh terangkat setaraf dengan golongan Raja dari segi
kamanusiaannya.
j) Ungkapan
Melayu: “Raja adil Raja disembah. Raja
zalim Raja disanggah.”
k) Melayu setia
kepada Raja bersyarat dan derhaka kepada Raja kerana bersebab. Adil vs zalim.
MARUAH DAN KEHORMATAN
5) Satu ketika dahulu, orang dalam bidang agama
merasa sangat “inferiority complex”
atau rendah diri berbanding dengan golongan sains.
a) Rasa rendah diri
ini berada pada jangka waktu yang agak lama.
b) Penyanjungan yang
melampau kepada golongan tertentu tidak sewajarnya berlaku.
c) Rasululah s.a.w.
meraikan golongan badwi yang berada dalam rendah diri ketika itu dengan
ungkapan, "Aku bukan siapa-siapa”.
i) Aku anak
seorang wanita Quraish yang biasa makan daging kering."
ii) Rasulullah
s.a.w. secara sengaja “silent” atau
diamkan perkataan atau asal usul bapanya kerana bapanya dari keturunan orang
ternama sedangkan ibunya dari orang awam.
iii) Makanannya juga
biasa-biasa sahaja kerana kebiasaannya makanan yang kita biasa ambil dilihat
sebagai indikasi status sosial.
iv) Sebab itu
Rasulullah s.a.w. berkata baginda berasal daripada manusia biasa.
6) Dalam Islam tidak
boleh merendahkan orang dan merasa bangga diri.
a) Kesedaran
tentang maruah diri perlu dititikberatkan.
b) Jangan sesekali
menghina atau menjatuhkan maruah atau “dignity”
seseorang.
c) Orang yang
bermaruah ada sifat tahu malu. Sebagai contoh, orang bermaruah bukan sahaja
tidak sanggup masuk ke kedai nombor ekor, malah lalu di hadapannya sahaja sudah
merasa malu.
d) Sebagai contoh
lain, satu ketika dahulu, sekitar tahun 80-an, kebiasaannya, bagi mendapatkan “Certificate of Fitness” (CF) bagi
membina rumah, perlu 'hulur'. Namun,
orang yang ada maruah, dia lebih rela membayar denda kerana tidak ada CF pada
rumah yang dibina daripada 'hulur' untuk mendapatkan CF. Itulah namanya orang yang bermaruah!
7) Yang DiPertuan
adalah yang dijadikan tuan oleh rakyat.
a) Maka rakyat
sebenarnya yang mengangkat Raja.
b) Melayu kalau
melakukan kesalahan dari segi syarak, boleh menerima hukuman tetapi Melayu jangan sesekali
diaibkan. Inilah kontrak sosial
Melayu.
i) Sekiranya
seseorang diaibkan secara berleluasa, maka kita perlu ada maruah untuk
membelanya.
iii) Kekuatan tiada
ertinya kalau tiada keberanian.
iv) Gurauan: Badan
sahaja bertubuh sasa dan fizikalnya kuat tetapi tengah malam apabila mahu ke
dapur pun maka dikejutkan isterinya untuk temankan kerana tidak berani.
v) Peribahasa
Melayu:
(1) “Apa guna pergi ke bendang kalau tidak menanam padi, apa
guna keris disandang kalau tidak berani mati. Sebab itu, demi menjaga maruah,
manusia wajar berani mati!”
(2) “Apakah tandanya anak jantan? Matinya di gelanggang (iaitu mati berjuang).”
vi) Keris pada suatu
ketika dahulu menjadi pembela tetapi keris ketika ini sekadar menjadi simbol!
vii) Gurauan: "Apa guna pergi ke bendang kalau tidak
bertanam padi. Apa guna keris bersilang kalau takut sama bini.”
8) Soal-jawab dan Respon:
a) Isu semasa
berkenaan penjelasan Surah 2. Al-Baqarah, Ayat 256, "Tidak ada paksaan
dalam agama (Islam)"?
i) Ianya berlaku
dalam satu forum. Apabila sesuatu
dibataskan penjelasannya dari segi masanya, kemudian ianya dieksploitasikan di
pentas media atas kepentingan sekumpulan puak, maka hasilnya daripada suasana
yang tidak adil ini tentulah kucar-kacir jadinya.
ii) Secara
aqidahnya bahawa sesuatu yang dipaksa ke atas seseorang maka tidak sah
hukumnya. Ia mesti yakin.
iii) Ayat ini
diturunkan dalam situasi seorang bapa daripada golongan Ansar yang mana 2 orang
anaknya sebagai penganut Kristian.
(1) Rasulullah s.a.w. ketika diminta nasihat berkenaannya,
maka turunlah ayat ini.
(2) Tidak boleh paksa orang masuk Islam dan tidak boleh
paksa orang keluar dari Islam.
(3) Ayat ini adalah “universal, applicable to everyone”,
tidak kira apa bangsa sekalipun.
iv) Kalau orang Islam
keluar daripada Islam, itu bab lain iaitu ada hukuman bagi orang yang murtad.
v) Kalau ianya
dibahaskan secara akademik, sudah tentu ada penyelesaiannya. Masalahnya ialah ada pihak dengan niat
mempolemikkan isu ini dan dianggap sebagai perangkap.
vi) Dalam Islam,
apabila tersebarnya sesuatu berita, apalagi kalau disebarkan oleh golongan fasiq, maka harus dilakukan
kesahihannya.
(1) Begitu jugalah, kalau ianya disebarkan oleh suratkhabar fasiq, maka periksalah dahulu atau
bertanyakan kepada sumbernya.
(2) Lakukan tabayyun
iaitu pastikan!
(3) Kalau dahulu, apabila terdengar sesuatu berita, terpaksa
naik unta berhari-hari untuk mendapatkan kesahihannya, inikan pula dalam zaman
moden ini dengan segala kemudahannya, kenapalah tidak "ditanya"
terlebih dahulu kepada yang punya diri.
b) Konsep Melayu itu
Islam dan Islam itu Melayu?
i) Mengikut
sejarahnya, ungkapan orang dulu-dulu: “Bukan
kapak sebarang kapak tetapi kapak dibuat belah kayu. Bukan Batak sebarang Batak
tetapi Batak sudah masuk Melayu.”
ii) Dari segi
sejarahnya, tiada bukti Melayu dipaksa masuk Islam.
iii) Melayu masuk
Islam adalah atas dasar kerelaannya.
(Dicatat oleh: Shirajuddin
Sirat shirajuddin@gmail.com)
(Usrah Biro Kesihatan ABIM (BKA)
(Pengisian oleh: Dato’ Dr Siddiq Fadhil)
(8 Disember 2012 (Sabtu)