تعليق سماحة الدكتور
القرضاوي على الحكم على الدكتور محمد مرسي وإخوانه
PANDANGAN SAHIBUL SAMAHAH DR YUSUF AL QARADAWI MENGENAI
HUKUMAN KE ATAS DR MUHAMMAD MURSI
Alhamdulillah , selawat dan salam
untuk Rasulullah, dan para sahabatnya dan sesiapa yang mengikut petunjuknya.
Sesungguhnya masih berterusan
hukuman-hukuman kehakiman Mesir yang zalim semakin meningkat kekerapannya. Dan masih lagi pedang kehakiman menguasai dan
mengancam orang mulia umat dan ibu pertiwi. Dan masih lagi anggota kehakiman
yang membebaskan diri sesuka hati daripada kecenderungan kepada keadilan dan
kebangkitan suara hati:- Mereka merayau-rayau di dalam kejahilan dan kesesatan dengan
menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas Dr Mursi presiden sah yang telah dipilih
secara demokrasi. Dr Mursi dijatuhkan hukuman didakwa kerana peristiwa ahdath al-ittihadiyah, yang telah menyebabkan
8 orang aktivis Ikhwan Muslimin terbunuh.
Pada hari kejadian itu, polis dan
tentera telah meninggalkan dan mengabaikan tugas mereka menjaga keamanan kediaman
presiden. Kita telah lihat sebahagian perusuh menyerang pintu kediaman presiden
dengan jentolak!!. Hakim mahkamah pula membicarakan Dr Mursi atas sebab
terkorbannya dua orang perusuh. Hakim tidak pula membawa As-Sisi (General) ke
perbicaraan atas pembunuhan ribuan
rakyat di Rabaah dan Nahdoh serta di lain-lain medan kebangkitan, dan As Sisi
masih lagi terus membunuh dan membunuh.
Mursi
dibicarakan sedangkan dia sejak dari hari pertama menjawat jawatan presiden enggan
untuk mendiami istana presiden. Bahkan dia tetap tinggal di apartmen sewanya. Kezuhudan
mursi dibalas dengan hukuman yang berat. Keganasan dan kekejaman Hosni Mubarak (bekas
presiden) pula dibalas dengan pembebasannya bersama-sama konco-konconya. Mubarak
yang membunuh dan memenjarakan, yang menyeksa, yang mencuri, yang merompak dan
yang merosakkan. Mursi pula yang dijatuhkan hukuman sedangkan dia adalah
presiden Mesir yang berusaha agar Mesir berdikari memiliki makanannya,
ubatannya dan senjatanya sendiri. Sedangkan ada yang telah menjual Mesir kepada
musuh-musuhnya, merekalah yang memundurkan negara samada dari segi ekonomi,
ilmu dan kebudayaan, pendidikan dan kesihatan. Mereka bebas menikmati apa yang
telah mereka rompak dan apa yang mereka curi.
Setiap hari terserlah bahawa
badan kehakiman di Mesir adala badan yang telah dipolitikkan. Telah hilang
kredibiliti dan nilai bagi setiap keputusan dan hukuman yang keluar dari badan
tersebut. Badan kehakiman di Mesir bukan lagi badan yang
berkuasa. Mesir telah menjadi negara yang mana pentadbirannya dikuasai pihak
tentera.
Benarlah kata-kata pensyair:
Apabila si penguasa dan
penulis-penulisnya berlaku zalim
Dan si hakim menipu dalam
penghakiman
Maka celakalah, kemudian
celakalah, kemudian celakalah
kecelakaan itu untuk si hakim
dunia daripada Hakim langit
Dan Allah swt menekankan
bahawa Dia tidak lalai daripada apa yang dilakukan oleh orang zalim dan dia
tidak tidur
“Dan janganlah kamu menyangka
Allah lalai terhadap apa yang dilakukan oleh orang yang zalim” (Surah Ibrahim ayat 42)
Dan Rasulullah s.a.w. bersabda "Sesungguhnya
Allah melanjutkan usia si penzalim agar apabila nyawanya diambil, tiada yang
boleh memebebaskannya.”
Rasulullah s.a.w. membaca:
‘Dan demikianlah azab Tuhanmu, apabila ia menimpa (penduduk) negeri-negeri yang
berlaku zalim. Sesungguhnya azabNya itu tidak terperi sakitnya, lagi amat keras
serangannya. (Hud 11:102)
Aku katakan kepada mu wahai Tuan Presiden Mursi:-
“Wahai tuan presiden, kami
masih ingat kata-katamu:-
Sesungguhnya harga kebebasan
Mesir adalah hidupmu dan darahmu, dan engkau bersedia untuk berusaha bersungguh-sungguhke
arah itu demi agamamu, negaramu dan ummatmu, mengharapkan redha Tuhanmu, dan
demi meninggikan kalimatNya. Kami menghargai ketabahanmu wahai Tuan Presiden
dan kecekalan insan-insan mulia yang berjuang bersama-samamu dan ketabahan
rakyat Mesir, pemuda-pemudi, lelaki mahupun wanita, kami memohon kpd ALLAH agar
dianugerahkan untuk kamu semua pertolongan yang dekat lagi cepat.”
يا رب خلِّص مصر من أعدائها = وأعن على طاغوتاها الملعونِ
Wahai Tuhan singkirkanlah Mesir
dari musuh-musuhnya, dan bantulah ia dalam menghadapi taghut-taghut yang
dilaknat.
يا رب إن السيل قد بلغ الزُّبى = والأمر في كاف لديك ونونِ
( Sya’ir Arab )
Wahai insan-insan bebas yang
menanti di penjara taghut. Wahai pejuang kebangkitan di medan-medan Mesir dan
kampung-kampungnya, thabatlah –
tetapkan dan teguhkan - kerana kamu berada diatas kebenaran, dan seseorang
tidak akan sesekali merentap kehendakmu atau memadamkan bara perjuangan kamu
atau memadamkan semangat kebangkitanmu.
تالله ما الدعوات تهزم بالأذى = يوما، وفي التاريخ بِرُّ يميني
ضع في يديّ القيد، أَلْهِبْ أضلُعي = بالسوط، ضع عنقي على السكين
لن تستطيعَ حصار فكريَ ساعة = أو نزع إيماني ونور يقيني
فالنور في قلبي، وقلبي في يَدَيْ = ربي، وربي ناصري ومعيني
سأظل معتصمًا بحبل عقيدتي = وأموت مبتسمًا ليحيا ديني!
Demi Allah dakwah tidak kalah dengan kesakitan,
Suatu hari akan terpahat pada sejarah,
kebaikan yang aku lakukan
Tambatkan ikatan di tanganku, patah-patahkan sendiku dengan kayu
pemukul, letaklah tengkokku ke atas pisau
Kamu masih tak mampu mengongkong pemikiranku walau sesaat atau mencabut
imanku atau cahaya keyakinanku
Kerana cahaya itu di hatiku, dan hatiku di tanganku, Tuhanku, Tuhanku,
Penolongku
Aku akan tetap teguh dengan tali aqidahku dan aku mati tersenyum demi
menghidupkan agamaku