Thursday, January 28, 2016

ALI AL QARADAGHI: AL ISLAM DEEN AL RAHMAH

الإسلام دين الرحمة     - AL ISLAM DEEN AL RAHMAH

Sheikh Dr Ali  al Qaradaghi  Setiausaha Agong Kesatuan Ulama’ Sedunia

التاريخ: 25 يناير، 2016  



Jika seorang Muslim mentadabbur kitab Tuhannya dan sunnah Nabi Muhammad  tidak akan kita temui agama, atau sistem atau undang-undang atau syariat daripada syariat-syariat yang terdahulu yang prihatin setinggi-tingginya akan rahmat kasih dan simpati belas kasihan seperti agama ini yang agung. Allah s.w.t. memulakan kitabNya yang agung yang merupakan dustur perlembagaan umat Islam dengan ayat yang mulia :- Bismillah ar-rahman ar-rahim - Dengan nama Allah yang maha Pemurah dan Maha Penyayang.  Ayat ini mengandungi dua sifat daripada sifat-sifat Allah s.w.t. dan dua nama dari asma’ ul husna nama-nama Allah Ta’ala. Ar-Rahman:- menunjukkan kepada kasih sayang yang menyeluruh lagi luas “Dan rahmatKu meliputi segala sesuatu”, samada manusia atau haiwan serta semua yang wujud di alam ini, diciptakan dengan kasih sayang rahmat, dan Allah kurniakan petunjuk dengan rahmatNya dan makhluk hidup dengan rahmat dan mati dengan rahmat, maka semuanya mendapat rahmat ,dan mereka dikurniakan oleh Allah rezeki dan nikmat-nikmat yang tidak dapat dihitung. Ar-Rahim: rahmat Allah yang khusus untuk hamba-hambaNya yang berhak untuk mendapat rahmat ini di akhirat.


Ayat Basmalah ini berulang pada permulaan setiap surah melainkan surah Bara’ah (Surah at-Taubah) akan tetapi Basmalah diulang di surah an-Naml , justeru bilangan surah al-Quran 114 dan pengulangan Basmalah juga sebanyak 114 kali.


ثم يبدأ هذا الكتاب بسورة الفاتحة والتي تبدأ بــــ {الحمد رب العالمين } والربوبية: هي تنمية الإنسان شيئاً فشيئاً حتى ينال الكائنات الكمال الذي أراده الله له أيضاً هو رحمة بل في قمة الرحمة ثم تتكرر في هذه السورة  هاتان الصفتان وهذا الاسمان، الرحمن الرحيم.

Kemudian al-Quran dimulakan dengan surah al-Fatihah yang mana ia juga dimulakan dengan “Alhamdulillahi rabbil ‘alamin - Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam”, Rububiyyah  adalah pembangunan insan (Tanmiyatul Insan) secara gradual sehingga mencapai tahap ciptaan-ciptaan yang sempurna yang dikehendaki Allah padanya juga merupakan rahmat bahkan merupakan setinggi-tinggi rahmat. Kemudian berulang juga pada surah ini dua sifat dan dua nama “ar-Rahman ar-Rahim


ثم تتكرر هذه الرحمة بمختلف أنواعها وأشكالها وأماكنها ومراتبها في القرآن الكريم أكثر من 300 مرة ولو أضفنا إليها الكلمات التي تدل على نفس الرحمة مثل الرأفة وغيرها لبلغت الآيات الكريمة حول الرحمة في الإسلام أكثر من 1000 آية أي سدس القرآن الكريم .

Kemudian berulang kalimah Rahmah dengan pelbagai jenisnya dan bentuknya dan tempatnya serta sesunannya dalam al-Quran al-Karim lebih daripada 300 kali dan jika kita tambah padanya kalimat-kalimat yang menunjukkan kepada rahmat seperti Ro’fah dan selainnya nescaya akan mencapai ayat-ayat yang mulia berkenaan rahmat dalam Islam lebih daripada 1000 ayat atau 1/6 daripada al-Quran al-Karim.


Dan al-Quran juga berbicara tentang Rasulullah Muhammad dan dan risalah yang dibawa penuh rahmat

( وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين)

dan tidak aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan rahmat sekalian alam”


Dan Rasulullah mempraktikkan sifat rahmah ini pada kehidupannya dan pergaulannya yang baik bersama manusia samada muslim atau bukan muslim kecuali mereka yang memerangi dan melampaui batas (Muharibin Mu’tadin). Maka Rasulullah merupakan insan yang paling penyayang dengan manusia kecuali jika berlakunya kezaliman dan melampaui batas (al-‘Udwan) . Rasulullah bersikap penyayang meskipun Abu Jahal menyakitinya pada waktu siang namun pada waktu malam Rasulullah akan berdoa untuknya “Ya Allah, teguhkanlah Islam dengan salah satu dari dua Umar” (antara Umar al Khattab dan Abu Jahal yang namanya juga Umar).


Ketika mana Rasulullah   disakiti dengan dahsyat oleh penduduk Taif yang kafir serta anak-anak mereka, dan mereka telah melemparkan batu kepada Rasulullah sehingga kaki baginda nabi yang penuh berkat luka mengalirkan darah. Baginda Rasul   berehat berteduh di bawah se pohon pokok lalu baginda berdoa kepada Allah s.w.t dan menyebut “Kiranya tiada kemarahan Kau ke atasku, tidaklah kupeduli”. Kemudian datanglah Malaikat gunung menawarkan untuk menghancurkan mereka yang telah menyakiti Rasulullah  tetapi baginda enggan malah berdoa kepada Allah “Moga Allah keluarkan daripada tulang sulbi mereka orang yang menyembah Allah dan tidak mensyirikkanNya


Kemudian Rasulullah mendidik umatnya akan rahmat dan mengikatnya dengan iman. Baginda bersabda “Barangsiapa yang tidak menyayangi dia tidak akan disayangi” dan “kasihilah yang di bumi nescaya yang di langit akan mengasihi kamu semua”.


Dan Rasulullah juga pernah bersabda:-

ويقول " لن تؤمنوا حتى تراحموا " . قالوا : يا رسول الله ، كلنا رحيم . قال : " إنه ليس برحمة أحدكم صاحبه ، ولكنها رحمة الناس رحمة العامة

Kamu tidak akan beriman sehingga kamu mengasihi sesama kamu”. Sahabat-sahabat berkata: “Setiap daripada kami adalah penyayang”. Rasulullah bersabda: “Bukanlah rahmat itu kamu mengasihi sahabat kamu akan tetapi kasih kepada semua manusia dengan kasih yang menyeluruh


ويأتي الأقرع بن حابس إلى الرسول صلى الله عليه وسلم فرآه يُقبِّل الحسن والحسين رضي الله عنهما فقال الأقرع: أَتُقَبِّلون صبيانكم؟ إن لي عشرة من الولد ما قَبَّلتُ أحداً منهم قط، فرد عليه النبي صلى الله عليه وسلم: «أَوَ أملكُ لك أن نزعَ الله من قلبك الرحمة» ومن نزعت الرحمة من قلبه لا يرحمه الله سبحانه وتعالى.

Al-Aqra’ bin Habis datang kepada Rasulullah dan melihat baginda mencium cucu baginda al-Hasan dan al-Hussain r.a.  Maka al-Aqra’ berkata “Aku mempunyai 10 orang anak lelaki tetapi aku tidak mencium salah seorang daripada mereka”, maka Rasulullah   menjawab “: «أَوَ أملكُ لك أن نزعَ الله من قلبك الرحمة»” yang membawa makna “Aku tidak mampu untuk menjadikan rahmat di hatimu setelah Allah mencabutnya dari hatimu”. Dan sememangnya apabila dicabutnya rahmat dari hati seseorang Allah tidak lagi merahmatinya.


Selepas al-Quran dan Sirah nabawiyyah yang sarat mengandungi mesej rahmat kita beralih kepada Ummah ini yang dilahirkan oleh Allah.

(كنتم خير أمة أخرجت للناس )

 “Kalian merupakan sebaik-baik Ummah dilahirkan untuk manusia


Akan tetapi ummah ini bukanlah ummah yang lahir tanpa sebarang pemeliharaan dan penjagaan bahkan ia adalah ummah yang dijadikan oleh Allah s.w.t. dan dididik oleh Rasulullah   dengan tempoh tarbiyah selama 23 tahun bimbingan Rasulullah   yang disifatkan oleh Allah s.w.t. sebagai pemilik akhlak yang agung.

( إنك لعلى خلق عظيم)

“Sesungguhnya engkau(wahai Muhammad) berada diatas akhlak yang agung”.


Ummah ini bukanlah dijadikan untuk berkhidmat untuk kelompok mereka sahaja tetapi untuk berkhidmat kepada sekalian manusia. Serta menjadi tauladan dan Qudwah pada nilai kasih sayang dan simpati belas kasihan dengan hati, lisan dan amal perbuatan. Rahmah dalam Islam bukanlah semata-mata perasaan kasih dalam hati akan tetapi ianya adalah rahmah yang memenuhi hati kemudian melimpah ke atas lisan seterusnya kepada anggota badan sekaligus seluruh anggota tubuh bersifat penyayang yang berkhidmat untuk manusia, memberi kebaikan kepada semua.


Rasulullah s.a.w bersabda

( ليس الإيمان بالتمني ولا بالتحلي ولكن ما وقر في القلب وصدقه العمل)

Bukanlah iman itu mengharap dalam hati, dan bukan hiasan. Akan tetapi iman itu ialah sesuatu yang menetap dalam hati dan dibenarkan dengan amal.”


Dan itulah rahmah yang merupakan sifat amali yang terpancar daripada hati. Dan pada setiap sesuatu ada padanya asal, dan asal kepada rahmat adalah pada hati kemudian diaplikasikan kepada lisan kemudian berbuah pada anggota badan. Allah menghendaki bagi Ummah ini untuk menjadikan ukhuwwah atau persaudaraan sebagai ikatan asas diantara mereka.


Allah berfirman

( إنما المؤمنون إخوة)

“Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara”


Maka saudara yang hakiki adalah yang berjuang bersama-samamu dalam Iman. Ukhuwwah ini terbina atas kasih Rasulullah kepada kita, kemudian kasih kita kepada diri kita, kemudian Allah mengasihi kita. Oleh yang demikian diturunkan ayat-ayat Quran untuk mendidik ummah yang mana bermula di padang pasir dan pada tabiat keadaan yang keras. Maka tarbiyah adalah perlu dipertingkatkan supaya mereka menjadi insan yang santun lemah lembut, luwes, fleksibel dan penyayang. Dan sememangnya tarbiyah ini mendatangkan hasil.


Abu Zar al-Ghifari r.a. pernah memanggil Bilal bin Rabah r.a. “anak orang hitam” dengan anggapan bahawa panggilan itu adalah sesuatu yang biasa - tidaklah bermaksud untuk menghina, sebab tiada perbezaan di antara hitam dan putih kerana kedua-duanya dari Allah. Akan tetapi Islam melarang kalimah-kalimah begini kerana ianya mengguris perasaan hati orang. Maka ketika mana Abu Zar r.a. sedar akan kesilapannya sedangkan dia didik oleh Rasulullah , dia telah meletakkan pipinya di atas tanah sebagai menghukum dirinya dan bersumpah untuk tidak mengangkat pipinya sehingga Bilal memijaknya. Namun Bilal r.a. tidak melakukannya bahkan memaafkannya dan menciumnya serta kembali bersaudara dan bersalaman.


Dewasa ini ummah kita menikmati kebaikan yang banyak. Islam telah menjadi kulit-kulit tanpa intipati dan makna di sisi kebanyakan manusia. Mereka bersolat tetapi tidak mengikatnya dengan tegahan daripada perkara keji, melaksanakan zakat tetapi mencari fatwa-fatwa bagi mengecualikan mereka daripada ibadat zakat dan mereka ingin untuk melakukan helah kepada Allah sedangkan Allah bersabda

( وفي أموالهم حق معلوم)

dan pada harta-harta mereka hak yang termaklum


Bagaimana pembangunan-pembangunan yang hebat dikecualikan daripada zakat akan tetapi Arab Badwi miskin yang tinggal di padang pasir diwajibkan pula keatas mereka untuk membayar zakat jika ada 5 unta atau 40 kambing. Ini bukanlah Islam. Segala sesuatu tidak dapat disembunyikan dari Allah s.w.t. Tidak mungkin bagi kita untuk mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram melalui cara helah dan Allah s.w.t. melaknat orang Yahudi kerana mereka cuba untuk melakukan helah kepada Allah s.w.t.


Saudara-saudaraku yang mulia, aku telah mengkaji kurun kelima dan ketujuh hijrah, iaitu tempoh penjajahan tentera Salib dan aku tidak dapati suatu keadaan teruk yang menimpa ke atas umat berbanding dengan apa yang kita alami sekarang. Hal ini kerana, musuh mereka hanya berada di luar sedangkan musuh kita juga ada yang bersama-sama kita.


Dewasa ini, ayat-ayat Quran dibaca sepertimana dibaca oleh orang yang terdahulu akan tetapi adakah hati-hati kita merasa kasih keatas saudara-saudara kita di perkhemahan pelarian yang terseksa kelaparan dan meninggal dunia kerana kesejukan dan salji yang teruk. Fenomena ini merupakan yang pertama kali berlaku dalam 30 tahun.


Rasulullah bersabda:-

(ما من أهل عرصة يموت بينهم امرؤ جائع إلا برئت  منهم ذمة الله ورسوله)

“Tiada dari ahli sesuatu tempat yang kematian orang sekelilingnya kerana lapar kecuali mereka akan terlepas dari perlindungan/pertolongan Allah dan RasulNya”


Maka bagaimana dengan perhitungan kita di hadapan Allah s.w.t dan apa jawapan kita pada setiap yang berlaku di Syria, Palestin, dan kepada saudara-saudara kita di Gaza yang mana mereka dalam keadaan yang teruk dan begitu juga al-Quds dan di Iraq. Bandar Rimadi telah dihancurkan, dan beginilah ISIS masuk ke bandar-bandar Sunni dan memusnahkannya satu persatu, dan apa yang akan berlaku di Mosul jika mereka menghancurkannya secara menyeluruh dan kepada penghuninya dengan bilangan penduduknya seramai 4 juta orang.


االمنطقة الكردية هي المأوى الوحيد لهؤلاء النازحين وهي أيضاً تأن من عدم دفع الرواتب حتى يموت الجميع فقراً.

Dan tempat wilayah Kurdish merupakan satu-satunya tempat untuk pelarian tetapi disebabkan mereka tiada sumber pendapatan, mereka meninggal dunia disebabkan kefakiran.


Dan kefakiran juga telah merebak di kebanyakan negara kita, contohnya di Yaman, manusia meninggal dunia dan ada yang terseksa kerana kelaparan. Aku merayu meminta kepada kamu semua untuk menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan dan jika  kita tidak sampai kepada martabat Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a. yang mengeluarkan kesemua hartanya kerana Allah, akan tetapi kita perlulah mengeluarkan tenaga dan amal sehingga apabila kita disoal oleh Allah, kita mampu untuk menjawabnya.


Rahmat itu bukanlah semata-mata kalimat yang dituturkan tetapi ianya adalah perasaan kasih yang hakiki di dalam hati dan mata bergerak dan melimpahi dengan air mata, dan lidah juga bertutur dengan kata-kata yang benar dan anggota badan juga meyumbangkan jasa dalam merealisasikan rahmat. Manusia juga turut sama bergerak untuk membelanjakan hartanya demi saudara-saudaranya.


Dan tidak mungkin bagi aku untuk bertutur apabila kita berbicara tentang keadaan perkhemahan pelarian di Syria, Iraq, dan Palestin serta Yaman. Kamu semua telah menyaksikan jenayah-jenayah yang mencabuli kemanusiaan di Madaya (sebuah bandar di Syria). Moga Allah hancurkan rejim zalim (Assad) ini yang membunuh rakyatnya, dan semoga Allah hancurkan militant-militan keji lagi keras yang bersifat taasub dan mengepung mereka yang tidak berdosa. Moga Allah hancurkan mereka yang membantu dan menyokong orang zalim.


Allah taala berfirman

(ولا تركنوا الى الذين ظلموا فتسمكم النار)

Janganlah kamu cenderung pada orang yang zalim nescaya api neraka akan menyambar kamu


Dimana kemanusiaan?

Dimanakah suara hati Ummah Islamiyah dan Ummah Insaniyah?

Dimanakah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?

Dimanakah Liga Arab?

Dimanakah OIC?


Setiapnya sibuk dengan isu dalaman mereka dan peperangan di antara kumpulan-kumpulan tertentu yang hanya mendatangkan faedah dan manfaat kepada musuh. Dan setiapnya akan disoal dihadapan Allah Ta’ala berdasarkan kadar kepertanggungjawabannya dan kemampuannya. Oleh yang demikian, aku berpesan kepada kamu semua untuk menyampaikan rahmat dan kasih sayang nescaya Allah s.w.t. akan mengasihi kita dan sesiapa yang tidak mengasihi orang lain dia tidak akan dikasihi.


Jika Rasulullah merasa risau dan bimbang ketika melihat seekor anak burung diambil, maka bagaimana dengan kamu? Bagaimana apabila kamu melihat apa yang telah terjadi kepada mereka yang dizalimi dan kanak-kanak yang turut sama ditimpa dengan nasib yang sama? Mereka seolah-olah berada di dalam kubur sedangkan secara zahirnya mereka hidup. Maka harapanku agar setiap insan memikirkan bagaimana untuk merealisasikan rahmat yang merupakan syarat bagi Iman kita.




Thursday, January 14, 2016

DR SIDDIQ FADZIL: BANGUNKAN KECERDASAN BERFIKIR UMAT



SALWA adalah sebahagian penting dalam menggalas perjuangan Wadah Pencerdasan Umat. Satu-satunya aspirasi besar wadah ini adalah mencerdaskan umat.


BERFIKIR

Pencerdasan adalah keperluan yang sangat mendesak berasaskan kenyataan bahawa umat kita perlu disedarkan kerana sudah terbelenggu dalam pemikiran yang dibentuk golongan tertentu dan oleh mereka yang berkepentingan. Umat kita lemah berfikir, malas berfikir. Phenomena ini disebutkan oleh Malek ben Nabi sebagai al da’fu wa al kasal fi al tafkir – lemah dan malas berfikir.

Phenomena umat Islam ini di mana-mana, mudah tertipu, mudah dieksploitasi, dibohongi dan diperbodohkan sehingga seorang sasterawan terkenal Rendra mengarang puisi tentangnya.

Ketika sambutan alaf baru milenium 2000, Rendra mengatakan bahawa Indonesia belum merdeka. Padahal semua orang tahu Indonesia telah mengisytihar kemerdekaannya tanggal 1945. Mengapa dia berkata begitu? Dia memerhatikan rakyat terbelenggu dengan cara fikir, pola fikir yang dikuasai golongan tertentu sangat mudah diheret ke mana saja. Rakyat tidak bebas dan tidak mampu serta mudah dibohongi. Rendra menyalahkan terutamanya parti-parti politik yang punya kecenderungan dan ghairah membelenggu pemikiran ahli-ahlinya. Baik parti pemerintah atau parti pembangkang dengan pemaksaan pemikiran seperti “baca yang ini saja, bukan yang ini!” serta “dengar dari kami saja, jangan dengar yang itu!” Ini bukan phenomena di Indonesia sahaja.

Dalam suasana beginilah relevannya peranan Wadah Pencerdasan Umat suppaya membangunkan daya fikir umat, membina thinking capacity. Umat tidak akan mampu ke mana-mana jika masih tidak mampu berfikir.


KEILMUWAN

Amanat pimpinan kita yang lalu menyentuh tentang Misi Kecendekiawanan dalam Gerakan Reformasi Islahi (2015). Teks amanat ini telah sampai kepada Anwar Ibrahim di belakang jeriji kurungannya dan dia menghargainya serta berpesan supaya diedarkan seluasnya dan kepada pimpinan partinya – kerana itulah yang mesti diperjuangkan oleh parti reformasi. Apalah guna jeritan-jeritan reformasi padahal pemikiran masih di tahap parti lama. Anwar sangat menginginkan semangat reformasi islahi mengakar dan meresap sepenuhnya dalam partinya.

Kekuatan tradisi keilmuan kita mesti dilestarikan dan kita bukan bermula bertolak daripada titik kosong. Tradisi ilmu sudah ada pada Wadah ABIM PKPIM sejak hari pertama kita lahir sebagai pergerakan. From day one, kita muncul dengan  tradisi ilmu, tradisi yang tidak ada pada wadah-wadah lain. Pengalaman selama 40 tahun, jika dikira sebagai contact hours – waktu pembelajaran yang mungkin merupakan ukuran berapa buah universiti yang telah dihadiri.

SALWA tidak terkecuali daripada tugas memperkuatkan tradisi ilmu ini. Usrah bukan bererti menadah kitab tok guru tetapi usrah adalah belajar bersama. Naqib berperanan memastikan supaya perbincangan sampai kepada objektif agar terarah tetapi naqib tidak semestinya menjadi penjawab semua soalan. Naqib tidak semestinya seorang tok guru.

Begitulah memahami usrah sebagai proses pembelajaran bersama. Asasnya al Qur’an dan al Sunnah. Itulah sumber tradisi ilmu berpaksikan al Qur’an dan al Sunnah dan seterusnya berkembanglah ke mana-mana pun. Al Qur’an mesti hadir, daripada pembacaan, pemahaman hingga penghayatannya. Itulah tradisi yang kita pertahankan dan kita mewariskan. Inilah uncompromising policy – dasar yang tidak boleh diabaikan, pangkalnya mesti rujukan al Qurán. Al Qur’an ditafsirkan dengan panduan dan penjelasan al Hadith Rasulullah s.a.w.

Kemudian kajian pemikiran berorientasikan gerakan, keilmuan dan kepimpinan harakiy yang terdahulu. Diikuti dengan perbahasan pemikiran intelektual Muslim kelas bertaraf dunia dengan nama-nama tokoh-tokoh tersohor pada waktu itu. Sekarang mungkin perbahasan sekitar pemikiran ilmuwan seperti Qaradawi, Raysuni dan Ghanoushi. Kajian dan perbincangan juga meliputi karya pemikir-pemikir bukan Islam.


SEJARAH

Begitulah pentingnya pengetahuan tentang sejarah kita, sejarah gerakan yang mesti dihargai. Di dalam dunia bisnes, sejarah mempunyai tempat yang penting – how can you know where you are going if you do not know where you have been?

Mereka yang melupakan dan tidak mengendahkan sejarah akan terhuyung hayang berfikir-fikir, rupa-rupanya mereka telah balik kepada yang dahulu. Mereka tersesat dalam perjalanan. Bagi organisasi dan parti seperti ini, bukannya sesuatu itu pencapaian baru malah telah berundur 30 tahun ke belakang. Ini semua berlaku kerana tidak mengetahui sejarah.

Pemikir Henry Pirenne pada karyanya Muhammad and Charlemagne menerangkan bagaimana kesan kemajuan dan pengaruh Islam mencetuskan evolusi kebangkitan Eropah baru. Oleh itu ufuk pembacaan kita perlu luas kerana tidak cukup jika dihadkan kepada karya-karya tokoh-tokoh gerakan Islam tertentu sahaja.

Penulis ekonomi Gunnar Myrdal pada karyanya Asian Drama mengkaji tentang kemiskinan rakyat dan kepedulian. Gerakan kita telah mengambil kepedulian terhadap kemiskinan dan kesengsaraan rakyat sejak tahun 70’an. Aktivis-aktivis tahun 70’an adalah anak-anak kampung yang tahu apa itu kemiskinan. Sekarang mungkin mengetahui tetapi tidak merasainya. Merasai bisa tetapi tak bisa merasainya. Kita merasai kemiskinan dan kita mengkaji punca-puncanya. Myrdal merumuskan bahawa pembandaran tidak menyelesaikan masalah kemiskinan di Asia.

Dakwah kita bukan hanya berceramah sahaja. Perlu ada gerakan keIslaman yang menangani masalah. Penyelesaiannya bukan sahaja bergantung kepada usaha pemerintah. Terutama bagi pemerintah yang berada di dalam penguasaan golongan korporat. Apabila politik bersekongkol dan berkesedudukan dengan bisnes, maka habislah semua secara terang-terangan dan rakyat melarat. The Silent Takeover oleh Noreena Hertz  mendedahkan bagaimana dalam dunia global syarikat-syarikat korporat memanipulasi dan mengambilalih daripada kerajaan dan ahli politik dalam segenap urusan pentadbiran negara dan masyarakat.

Anjakan kini berlaku daripada ekonomi berpengetahuan kepada ekonomi manusiawi agar mengembalikan kemanusiaan ke dalam ekonomi. Pemikiran harus luas sepertimana perkembangan dunia keilmuan yang luas. Kita tidak boleh menjadi seperti Fir’aun yang memaksa satu sudut pandangan bagi semua orang – Fir'aun berkata: "Aku tidak mengemukakan kepadamu, melainkan apa yang aku pandang baik; dan aku tiada menunjukkan kepadamu selain jalan yang benar"(40: 29) Sekadar memperolehi ijazah BA tahun 80’an sebagai modal hingga ke masakini sudah tidak memadai.

Paulo Freire dalam Pedagogy of the Oppressed memperjuangkan orang yang tertindas bagaimana bagi memberdayakan golongan melarat dan termiskin. Ustaz-ustaz kita seperti al marhum Ustaz Fadzil Noor, Ustaz And Wahab Zakaria adalah mereka yang berkualiti dan mengikuti perkembangan pemikiran ini. Memikirkan bagaimana untuk membela kaum yang tertindas kerana mereka tidak akan menerima sistem pendidikan biasa. Golongan tertindas memerlukan pendidikan khas untuk bangkit dan memupuk daya juang, keyakinan diri dan percaya kepada diri sendiri.


CABARAN MASAKINI

Banyak sangat masalah yang menimpa umat pada aspek pendidikan, politik, ekonomi, sosial dan ini bukanlah kerja sambil-sambilan. Perjuangan di dalam wadah ini bukan kerja sambilan - “sambil-sambil bermain dengan cucu”. Kalau kita mahu mewarisi dan mencontohi perjuangan Nabi Shu’aib a.s., komitmen Nabi Shu’aib pada perjuangan dakwah, maka bekerja untuk reformasi islahi adalah sejauh yang termampu – semaksimumnya pada material, fizikal dan moral – seluruh jiwa dan raga. In uridu illal islaha mastatu`tu - Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) islah selama aku masih berkesanggupan (Hud:88). Jangan berundur, selagi terdaya kekuatan yang dikurniakan Allah s.w.t selagi itulah kita berjuang. Tradisi inilah yang mesti kita terapkan dan kita pelihara.

Saya amat terhutang budi kepada sahabat, guru dan mentor saya Anwar Ibrahim. Dia adalah orang yang banyak menyumbang bagi membentuk dan mempengaruhi saya. Saya tidak akan menjadi seperti saya ini jika ditakdirkan tidak bertemu dengannya. Saya sangat tersinggung apabila ada orang yang sanggup memperlekehkannya. Padahal orang itu mempunyai masalahnya tersendiri.

Anwar Ibrahim seorang manusia luar biasa. Ketangkasan politiknya tidaklah kita ingin bicarakan di sini. Keintelektualannya amat menyerlah. Sewaktu dia menjadi Menteri Pendidikan, dia telah mengarahkan  semua Naib-Naib Canselor membaca laporan tentang kemerosotan pengajian tinggi di Amerika Syarikat, begitu dia prihatin dengan tahap intelektualisme di universiti-universiti. Saya pernah berpesan melalui tirai besi bagi menanyakan tajuk sebuah buku kerana saya hanya teringat se patah perkataan dalam tajuknya, Anwar menjawab dengan maklumat lengkap: tajuk penuh, pengarang, penerbit dan tahun penerbitan - A Nation at Risk: The Imperative for Educational Reform - A Report to the Nation and the Secretary of Education,  United States Department of Education by the National Commission on Excellence in Education, April 1983 serta dia menambah pula maklumat buku baru yang menyusuli laporan itu - A Test of Leadership -Charting the Future of U.S. Higher Education (2006).


KRITIK DIRI

Kemerosotan kualiti intelektual berlaku di mana-mana. Ramai berkelayakan akademik tinggi tetapi tidak ramai merupakan real intellectual. Lulusan Azhar pun perlu menilai semula dan melakukan self criticism – kritik diri terutama yang berada memencak di pentas-pentas dakwah dan ceramah. Profesor Yusuf al Qaradawi sendiri juga seorang lulusan Azhar menulis sebuah risalah Risalat al-Azhar bayna al-ams wa al-yawm wa al-ghad menganjurkan Azhar melakukan al naqd al dhatiy – kritikan diri bagi menangani kemerosotan kualiti dan standard pengajiannya. Dia menyarankan agar kurikulum pengajian Islam di Azhar diubahsuai dan dikemaskini,  termasuk kuliah usuluddin dan fiqhnya yang sebahagian kandungannya dinilai sudah ketinggalan zaman dan tidak mampu menjawab persoalan-persoalan kontemporari seperti sekularisme, modenisme, pasca modenisme.  Dia menegur budaya ketergantungan pelajar kepada nota pensyarah yang lebih bermotif keuntungan untuk pensyarah daripada manfaat bagi pelajar. Pelajar didapati tidak lagi merujuk ummahatul kutub – karya-karya agong ulama’ kerana merasakan cukup dengan nota-nota (al-mudhakkirat).

Berleluasanya penceramah, penghukum dan penglabel yang tidak dicabar kerana memakai gelaran agamawan di atas tanggapan sebagai pembawa warisan, tetapi mereka juga ada nafsu, ada hawa, ada fujur dan mereka tidak sepatutnya dikultuskan jika bermasalah. Sehingga ada menganjurkan supaya diadakan kebangkitan bagi mengkoreksikan keadaan kerana orang awam turut terikut dan diperbodohkan. Bukan orang awam sahaja, orang berlainan aliran pun dihardik dan perbodohkan juga.

Contohnya, kita lihat perbahasan tentang isu hudud. Ada yang menggesa mahu perlaksanaannya berlaku sekarang. Memang kita mempertahankan hudud tetapi sedar betapa perlunya melihat realiti dan mengikut prioriti. Kita sejak 70’an lagi telah komitted memperjuangan tatbiqul syari’ah. Ada yang menyamakan pandangan penangguhan dengan penentangan dan ini semestinya tidak betul dan tak sama. Hudud sebahagian daripada syari’ah. Tokoh seperti Dr al Raysuni menjelaskan bahawa hudud sebagai juz’un saghirun wa muakharun salah satu juzuk daripada Shari’ah Islam yang besar, dan bukannya keseluruhan hukum hakam Islam itu sendiri. Shari’ah itu minal fatihah ilal nnas. Ini pandangan ulama kontemporari kelas dunia. Al Raysuni menulis karya tentang maqasid shari’ah dan dia juga menulis karya mempertahankan shari’ah. Zaman kini zaman penuh ketidakpercayaan dan hilang kewibawaan sistem perundangan. Jiak saksi boleh diupah, hakim boleh dirasuah, bukti boleh diubah maka keadaan ini perlu dibetulkan terlebih dahulu. Ini pandangan ulama pejuang shari’ah. Janganlah pula dianggap menentang hukum Allah. Oleh itu kita mesti membangkitkan kekuatan intelektual.


KEINTELEKTUALAN

Anwar Ibrahim adalah pencinta ilmu yang tegar. Dengan umurnya menghampiri 70’an dia berharap untuk membaca, menulis dan berbicara tentang ilmu sepuas-puasnya. Pada kesempatan yang amat terhad, Anwar ada berkongsi dengan merujuk beberapa karya besar di antaranya The Quest for a Moral Compass oleh Kenan Malik yang mengkaji sejarah pemikiran moral sepanjang alaf. Komitmen keintelektualan Anwar Ibrahim dapat dilihat daripada nukilan kirimannya kepada saya, katanya,

Dengan hampir mencecah umur 70 ini, saya sekonyong-konyongnya tertarik dengan pendekatan saudara menulis dan berhujah dengan tenang jauh daripada simpang siur dan pergelutan politik. Mungkin kerana suasana haba dan keheningan diri.

Kebetulan saya baru selesai mengunyah The Quest for a Moral Compass: A Global History of Ethics yang saya segera bandingkan dengan Bertrand Russell A History of Western Philosophy,  Islamic Philosophy from Its Origin to the Present: Philosophy in the Land of Prophecy Sayyid Hossein Nasr, Orientalism Edward Said dan Tabai al-Istibdad wa-Masari al-Isti’bad (The Nature of Despotism) Abd Rahman al Kawakibi.

Semangat saya berkobar-kobar walaupun di dalam penjara.


Sekali lagi, itulah sebab saya marah kepada mereka yang meremehkannya.



(Adaptasi Catatan Kasar Rakaman Ucaptama Dr Siddiq Fadzil di Tamrin Kebangsaan SALWA WADAH di Pusat Dakwah dan Tarbiyah WADAH Kg Sg Merab  2015)
SALWA adalah pergerakan wanita Wadah Pencerdasan Umat Malaysia


Friday, January 8, 2016

SAVING HUMAN LIVES



THE CLAMOUR TO EXECUTE AND TAKE LIVES

Iran executes hundreds of political detainees deemed terrorists. Saudi executes political opponents as terrorists. Bangladesh executes opposition party leaders one after the other. Egypt sentences to death their first democratically elected president and hundreds of his political supporters.

These regimes are simply uncivilised. Where developed nations rule and treasure liberty, these nations uphold fear as the key. They rule in the darkness holding their people in contempt, always expert on managing discontent by repression and masquerading their citizens’ staunch loyalties to the regime.


PRISON AND TORTURE

Thousands of prisoners have no access to anything that could even remotely be called defence counsel. Death sentences are decided and carried out without ever given a chance to obtain legal counsel.

Some countries even cane interned economic migrants under immigration laws fully knowing the root cause of abject poverty and deprivation of their home countries.

In the name of homeland security and the battle against terror, extrajudicial methods and torture were covertly outsourced by the West to these client despotic regimes. Suspects were kidnapped and rendered by US and Western intelligence agencies to these countries hidden under the radar. These regimes specialise in the macabre and brutally extracted almost useless confessions and “dross” information from helpless detainees.

Faisal Mostafa, a UK dual national, was rendered to the TFI Dhaka and tortured.  He was beaten and subjected to electric shocks.  He was blindfolded and strapped to a chair while a drill was slowly driven into his right shoulder and hip.

An unfortunate detainee once recalled a deep dungeon somewhere in Jordan where he was shocked to find what looked like Jinn (spirits) being shackled to the walls. They were in fact old prisoners who had been kept there for years to be forgotten. The gruesome relic of the dark ages were still much alive inside the darkest holes of Jordan.

Shivers would run through people’s spines at the mention of Guantanamo, Khiam, Abu Ghraib, Tora, Abu Za’abal, Abu Salim, Tadmur, Evin, TFI Dhaka, 1391 (Israel) and al Ha’ir which are rated as some of the most notorious prisons on earth for political prisoners.

Inside police stations and prisons, torture is rife, and the number of deaths in custody is rising. Intentionally causing hurt and murder becomes mundane and insanely amusing to those in charge.

The regimes continues to substantially wield so much power and coercion to rule, even those countries without the rich oil and gas resources. They have the Mukhabarat or Mabahith (Secret Police). Being sadistic, described as a snake pit, its very name is synonymous with a heathen, an incarnation of evil that the Arab streets are familiar with.

They do not make any distinction between reformists or terrorists, political opposition or criminals.

Amnesty International and others report on primary instruments of abuse of political prisoners and for the obtaining of forced “confessions”. Methods of torture and ill-treatment suffered by detainees in places of detention included falaqa —whereby the soles of the victims’ feet are repeatedly beaten with a stick, cables, plastic pipes, ropes or whips  and shabeh (phantom), whereby the victim is suspended for up to several hours by his handcuffed wrists, and then beaten.

These practices had even spread into the prison system, where prison guards indulge in flogging defenceless prisoners with knotted electric cables, beating them with hoses and truncheons or kick them with them with fists or boots.

Prison guards torture inmates with near impunity because prosecutors and judges do too little to pursue cases. Prison conditions remain poor, especially health, food, and visitation provisions.

Islamists accused or convicted of crimes against national security (Tanzimat) face greater abuse than ordinary prisoners.

People have disappeared for over a decade, and when families tried protesting, many were forced to remain silent. There is harsh repression of any form of protest or are intimidated even when inquiring the  whereabouts of their loved ones in prison.

The public concern and assurances at the highest levels of leadership has not produced any changes or lasting effects on the ground. Prisons routinely torture or ill-treat inmates for perceived infractions of prison rules or for requests, such as access to doctors, the telephone, or visitation, but also in retaliation for complaints.

The world may never know the true extent of how many people perished in underground dungeons, how many were incarcerated for long periods, and the numbers who took the brunt of its sadism. When will be the day when investigators uncover these dungeons and freely expose the nasty barbarism sanctioned by regimes considered allies of the liberal West?

These are the dungeons with terrible memories and dreadful grievances which spawn militant extremists and outfits like ISIS.


STAYING POWER OF THE CORRUPT

Some say the factors that still sustain these decrepit regimes are oil, regional influence, arms and economic deals and close alliance with the West since the Cold War era. They have become untouchable unless and until they have lost their expediency as happened to poor Saddam and Gaddafi.

This cover allows regime authorities to act with great impunity, shrugging off most criticisms that do come their way – not only in prison practices, but seeping into how corruptly they handle other sectors such as public service, financial, social and economic issues.

In an interview with a Saudi ambassador to the US, he responded to the issue of financial corruption by saying:

There are so many countries in the Third World that have oil that are still 30 years behind. ... What I'm trying to tell you is, so what? We did not invent corruption, nor did those dissidents, who are so genius, discover it. This happened since Adam and Eve. ... I mean, this is human nature. But we are not as bad as you think.”

Every human has two faces, one, which is saintly and the other, which is dangerous. Situations and circumstances in life highlight one of the two characters of the human. We are social animals where any indecent act can cause discomfort to another. We need to seek and to be governed by the higher ideals of human dignity, honour, ethics and justice in order for sanity and humanity to prevail.


ISLAM AND THE SANCTITY OF LIFE

As Tariq Ramadan points out, in resigning ourselves to having a superficial relationship to the scriptural sources, we betray the message of justice of Islam. Foremost and primordial in the objectives of Shariah (maqasid) is the protection of human life and integrity (al nafs) and the promotion of justice.

It is our faithfulness to the message of Islam that leads us to recognize that it impossible to remain silent in the face of unjust applications of our religious references. We need assurance that people would be protected from repressive and unjust treatment. It is imperative to promote equality before the law and justice among humans. Muslim conscience the world over should not remain untouched.

The ulamâ’, as guarantors of a deep reading of the texts, the guardians of fidelity to the objectives of justice and equality and of the critical analysis of conditions and social contexts, should contribute to provide real solutions to the daily injustices.

The crises of closed and repressive political systems, religious authorities upholding contradictory juristic positions and unknowledgeable populations cannot legitimize our silence. We need to denounce the failures and the betrayals being carried out and fight for the required conditions in terms of political systems and legislation ensuring freedom of expression, equality before the law, public education, eradication of poverty and social inclusion. The education of Muslim populations should go beyond the mirage of the formalism and appearances.

Societies will never reform themselves by repressive measures and punishment but more so by the engagement to establish civil society and the respect of popular will as well as a just legislation guaranteeing the equality before the law. We have to regain our conscience, our integrity, our liberty and our rights.



Note:

Convention against Torture (CAT) defines torture as

any act by which severe pain or suffering, whether physical or mental, is intentionally inflicted on a person for such purposes as obtaining from him or a third person information or a confession, punishing him for an act he or a third person has committed or is suspected of having committed, or intimidating or coercing him or a third person, or for any reason based on discrimination of any kind, when such pain or suffering is inflicted by or at the instigation of or with the consent or acquiescence of a public official or other person acting in an official capacity.[UNHCHR]