Aku seorang Muslim
Aku menyanjungi keadilan,
meraikan kebebasan, menghormati manusia, melayani yang lemah dengan kesantunan,
dan mengingatkan para pembesar tentang Yang Maha Kuasa yang lebih berkuasa ke
atas mereka.
Aku menasihati yang kaya supaya
menunaikan hak kepada mereka yang fakir dan miskin, dan aku mengingatkan yang
papa bahawa golongan yang mewah diamanahkan oleh Allah s.w.t. dengan anugerah
kekayaanNya supaya menunaikan hak kepada yang miskin.
Aku cinta kebaikan, menyeru
kepada kecemerlangan, menolak kejahatan, menolak keganasan, mencintai
kelembutan, berpaut kepada hidayah, dan aku membela Kebenaran.
Aku menentang kebatilan, mencegah
fasad dan korupsi, dan aku mahu melakukan islah sedaya upayaku. Aku benci
peperangan, mencintai keamanan, menyayangi kehidupan, dan aku berusaha
menjadikan hidup ini indah.
Aku takut mati, tetapi aku percaya
bahawa kematian adalah jambatan yang mesti diseberangi supaya aku sampai ke
tempat tinggal abadi meninggalkan dunia yang fana. Aku mengharapkan kesudahan
yang baik – husnul khatimah, dan aku
berlindung dengan Allah supaya dijauhi kesudahan yang buruk
Aku cinta Jannah dan aku benci
Api Neraka. Aku dambakan keselamatan, benci kepada kekacauan, dan tidak suka kepada
permusuhan. Aku bersifat malu dan bukan seorang yang keji, atau pemusnah.
Salasilah aku berasal usul
daripada Adam dan Hawa. Adam bapaku dan Hawa ibuku, dan semua orang adalah
saudaraku lelaki dan perempuan. Aku tidak berperasaan iri hati terhadap sesiapa
pun di kalangan mereka, dan aku tidak mengkhianati mereka. Sebaliknya, aku
berjuang untuk membimbing mereka, menyalakan dan menerangi jalan di hadapan
mereka, memimpin tangan-tangan mereka ke Jannah, dan aku berusaha menjadi
penghadang supaya mereka tidak terjerumus ke dalam Neraka.
Aku cintai alam raya dan aku
berasal daripadanya. Aku sayangi semua jiran-jiranku yang ada di dalam alam
sejagat ini: pohon-pohon, batu-batuan, tumbuh-tumbuhan, haiwan, gunung ganang
dan lautan samudera. Allah – Maha Suci
kepadaNya – menjadikan aku daripada alam ini, dan kepadanya aku dikembalikan
dan daripadanya aku akan dikeluarkan nanti. Di alam ini aku berada, dan ke arah
membangunkannya aku menyeru. Menegakkan Kebenaran adalah hasratku, menyebarkan
kesejahteraan dan kedamaian matlamatku, dan bermujahadah dengan diriku serta
orang lain adalah kaedahku. Kepada Allah aku kembali dengan muktamad.
Kesejahteraan tujuanku,
keselamatan tuntutanku, terorisme musuhku, pertelingkahan lawanku, dan ketenangan
jiwa pencarianku.
Adakah kamu mengenaliku?
Tahukah kami siapa di muka bumi
ini yang menyamai deskripsi ini?
Aku seorang Muslim.
(al Marhum Shaykh Taha Jabir
al-Alwani)
Pada Persidangan Mutiara Al Qurán
(Pearls of the Qur'an conference),
Dr. Zainab Alwani berkongsikan legasi al marhum ayahnya dalam kesarjanaan pengajian al Qur'an. Dia telah menceritakan
beberapa hari sebelum kematian ayahnya, his death, Shaykh Taha telah menukilkan
bingkisan ini, "Aku seorang Muslim", dengan sudinya Dr Zainab
menyampaikan kepada audien yang hadir pada 28 March 2016.
Dr. Zainab Alwani adalah Assistant Professor of Islamic Studies at
the Howard University School of Divinity.
(Terjemahan daripada versi Bahasa
Inggeris)