AMARAN TERHADAP KEMARAHAN UMAT ISLAM!
Kesatuan Ulama Sedunia : Al-Quds adalah
garisan merah, dan tindakan AS mengiktirafnya sebagai ibu negara bagi negara
penjajah merupakan kezaliman jelas terhadap umat Islam dan penghinaan ke atas kesucian
mereka serta merupakan dokongan yang besar buat ektrimis.
Allah ta’ala berfirman di dalam kitabNya “Maha
suci Tuhan yang telah memperjalankan hambaNya pada malam hari dari Masjidil
Haram ke Masjidil Aqsa yang mana Kami telah berkati kawasan-kawasan sekelilingnya
agar kami menunjukkan padanya tanda kekuasaan kami, sesungguhnya Tuhan Maha
Mendengar dan Maha Melihat” (Al-Isra’ ayat 1)
Ketika memuncak bantahan-bantahan oleh rakyat,
negara-negara Arab dan Islam serta organisasi dan pertubuhan sivil menentang
pengumuman AS untuk memindahkan kedutaannya ke al-Quds lantas mengiktirafnya
sebagai ibu negara penjajah, pentadbiran AS
berterusan dengan kesombongannya dan berkeras dengan tindakan
provokatifnya. Ini memaksa rantau tersebut bergolak menuju lembah kebinasaan disebabkan
tindakan politik lebih diutamakan lebih daripada hak rakyat Palestin. Tindakan
ini terkeluar daripada ketetapan-ketetapan PBB dan konvensyen antarabangsa. Ian
juga menghina perasaan keagamaan (religious sensitivity) rakyat Arab dan
Islam. Ia juga tanda keingkaran AS dengan tidak menghirau langsung bantahan
rasmi negara-negara Arab dan ianya menyimpang daripada keputusan kolektif yang
diputuskan negara-negara kuasa besar.
Sesungguhnya pemindahan kedutaan AS ke al-Quds
adalah tindakan mengkuduskan dan mengukuhkan penjajah zalim serta biadap
terhadap tempat suci Baitul Maqdis. Ia merupakan langkah curang yang tidak samasekali
dapat diterima kerana terang-terangan menyalahi undang-undang antarabangsa.
Pentadbiran AS yang terlanjur melakukan suatu
tindakan tanpa memikirkan akibatnya, mesti merujuk kembali sejarah rakyat
Palestin dan mengkajinya dengan tuntas. Mereka hendaklah memahami kebangkitan
rakyatnya, intifadha-intifadhanya yang tidak pernah leka dalam menyahut seruan pembebasan
al-Quds dan Masjidil Aqsa serta seluruh rakyat Palestin. Rakyat Palestin gigih berada
di atas jalan untuk memerdekakan negara mereka memperjuangkan sejak hampir 100
tahun dan mereka tidak pernah berhenti menyumbang sebilangan besar para
syuhada’ yang disusuli pula angkatan syuhada’ yang kemudian. Ganjaran akhirat hampir kepada mereka kerana usaha mereka mempertahankan Masjidil
Aqsa. Di belakang rakyat Palestin, adalah rakyat Arab dan umat Islam tegar menyokong
mereka. Misi pembebasan al-Quds itu agenda umat. Oleh itu, umat tidak akan memaafkan sebarang kecuaian dan
kelengahan di dalam perjuangan mempertahankannya meskipun bilangan terkorban
itu besar.
Sesungguhnya identiti Arab yang ada pada al-Quds beserta identiti Palestin dan Islam
tidak akan menerima sebarang perubahan dan pensia-siaan. Tindakan AS ini tidak
akan samasekali diterima selama-lamanya oleh dunia Arab. Rakyat Kristian
al-Quds juga menolak tindakan AS kerana sedar penjajah ingin merubah ciri-ciri
dan sifat semula jadi al-Quds.
Maka pada saat yang getir ini, Kesatuan Ulama
Sedunia menyampaikan pesanan ini:
Pertamanya kepada Presiden AS dan rakyat AS
Kesatuan Ulama Sedunia memberi amaran kepada
pentadbiran AS kerana presidennya telah mengumumkan keputusan yang jelas merupakan ketetapan berat sebelah serta memberi sokongan tanpa
batasan kepada penjajah Israel. Tindakan AS secara langsung menyokong agenda
puak ekstrimis dan akan memaksa rakyat Palestin yang disokong oleh rakyat Arab
dan umat Islam mempertahankan bandar suci mereka dengan segala daya upaya. Barangsiapa
yang tidak menjangka tindak balas yang diramal akan berlaku kerana ketetapan
ini, telah meletakkan maslahah negaranya dan masa depannya berbanding seluruh
alam.
Kedua: Kepada Pemimpin Negara Arab dan
Negara Islam
Al-Quds dan Palestin merupakan amanah para Nabi
yang dibebankan ke atas tengkuk-tengkuk kamu. Kamu tidak akan sekali-kali
menyelamatkan al-Quds dan membebaskan tanah Palestin dan tanah Arab yang telah
dirampas tanpa kamu semua bersatu dan memperkukuhkan negara-negara kamu serta
tanpa mendapat redha Tuhan kamu. Kamu wajib menolak dan menentang ketetapan ini
dengan tegas dan sepenuhnya. Kamu wajib bertindak demi mengekspresikan identiti
Arab kamu dan pemimpin negara Islam yang
lain juga mesti bertindak mengekspreskan identiti Islam kamu dan gerak nadi
rakyat kamu. Sesungguhnya sebarang kelalaian daripada melaksanakan kewajipan
ini merupakan suatu tikaman yang mengagalkan agenda kamu dan peranan kamu dalam
mempertahankan ummah.
Ketiga: Kepada Rakyat Arab dan Para
Muslimin
Al-Quds yang dirampas dan Palestin yang penuh
luka derita tidak akan bebas melainkan KEIMANAN PEMUDA KAMU, dan Iman serta
kekuatan tentera kamu dan tawakkal kamu kepada Allah swt. Wajib setiap individu
Muslim menolak dan menentang ketetapan AS ini. Mereka hendaklah berusaha
mengagalkan ketetapan ini dengan segala cara yang sah dari sudut
undang-undang. Risalah ini juga
ditujukan kepada rakyat Palestin dan ahli al-Quds. Dan kami menyeru ummah yang
hidup untuk melakukan tindakan yang positif serta berhikmah dan mendesak tekanan
yang berkesan ke atas pembuat dasar di negara-negara kita agar pimpinan umat
melakukan segala langkah yang wajib demi membela al-Quds.
Kami juga menyeru Ulama Ummah dan
pendakwah-pendakwahnya untuk memberi kesedaran kepada umat tentang bahaya
tindakan AS ini. Kita juga mesti mengorganisasikan tindakan protes bermula dari
hari ini dan pada hari-hari yang berikut demi menolong dan membela al-Quds
dalam kerangka Palestin, Islam dan kerakyatan serta keantarabangsaan. Kesemua
ini perlu dilakukan untuk membantah keganasan dan kebiadapan AS terhadap kiblat
pertama umat Islam dan kedudukan Isra’ Nabi Muhammad s.a.w. serta tempat Nabi
Isa a.s.
Allah jualah Maha Mengetahui setiap niat dan
tujuan dan Dialah yang memberi petunjuk ke arah jalan yang benar.
Syaikh Dr Yusuf al-Qaradawi- Presiden Kesatuan Ulama Sedunia
Syaikh Dr Ali al-Qurrah Daghi- Setia Usaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia
6 Disember 2017
Link Ucapan rasmi
http://iumsonline.org/ar/aboutar/nt-lnhd/lthd-laalmy-laalm-lmslmyn-lkds-kht-ahmr-oaatbrh-aasm-ldol-lhtll-aatd-srkh-aal-lmslmyn-osthn-bmkdsthm-odaam-kbyr-llttrf/