Dato' Dr Siddiq
Fadzil: Pendidikan Al Hikmah Mendepani Cabaran Era Baru.
Yang ditinggikan seranting
Yang didahulukan selangkah
Yang dilebihkan sekuku
1. Pendidikan Al Hikmah mesti responsif pada perkembangan zaman, sesuai
dengan semangat Malaysia baharu. Bagaimana
Islam dalam Malaysia Baharu? Apa yang perlu baharu dalam Malaysia Baharu? Yang
utama, ialah membina manusia baharu. Maka pendidikan Islam dalam konteks ini
perlu diperbaharui. Iaitu nilai fikir, budaya kerja, mind set baharu dan
jiwa baharu.
Pendidikan sangat penting untuk menjadi katalis kepada perubahan.
Kekhuatiran saya, kita hanya bertukar orang tetapi budaya dan jiwanya tidak. It
means inventing a new soul. Siapa yang
hendak membina jiwa baru jika bukan para pendidik?
2. Perkara yang diberikan fokus dalam Pendidikan Al-hikmah ialah pembinaan
karakter dan watak. Ini kerana sebelum ini telah diberi fokus keterlaluan kepada
pencapaian akademik dan perolehan gred sebagai kebanggaan diri dan masyarakat. Anjakan
paradigma pemikiran masyarakat dari minda peperiksaan ke minda pembinaan
karakter perlu berlaku.
3. Usaha menghapuskan idea Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah dilakukan
dengan tersusun. Ia bermula dengan perubahan nama Kementerian Pendidikan kepada
Kementerian Pelajaran.
4. Tan Sri Muhyidin Yassin adalah Menteri Pendidikan kedua selepas Dato Seri
Anwar Ibrahim yang menekankan tentang
nilai dan karakter dalam pendidikan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Hanya mereka berdua sahaja yang menyedari kepentingan kemenjadian manusia
melalui pembangunan watak.
5. Pada multaqa Majlis Perundingan Islam, pembentang dilantik sebagai ketua
kluster Pemikiran Islam. Pada majlis itu resolusi yang pembentang bacakan
dihadapan para Menteri termasuk Menteri Pendidikan, adalah kepentingan 'Maqasid
al Maqaid'; bagaimana nilai dan karakter itu perlu menjadi asas kepada
pendidikan dan bukannya peperiksaan.
6. Pembinaan Karakter dan watak wajib berasaskan kepada nilai. Suatu set
nilai yang tepat dan mesti mencukupi! Ini dirumuskan dalam surah Luqman (telah
dibentang pada konvensyen yang lalu).
Ia relevan sepanjang zaman.
7. Biasanya nilai dan watak dibicarakan dalam konteks budaya. Untuk
memahami nilai dalam watak Melayu, kita perlu membaca karya Sutan Takdir
Alisyahbana, seorang pemikir dari Indonesia.
8. Selama ini orientasi Pendidikan Islam terlalu menjurus kepada hukum
berbanding dengan nilai. Ini menjadi susah apabila orientasi nilai seolah
diketepikan dan hukum lebih diangkat contohnya hudud. Hudud perlu dilihat tujuannya untuk menegakkan
nilai keadilan. Mithalnya, hukum solat adalah untuk mengangkat nilai penghalangan
daripada membuat mungkar. Selama ini kita mementingkan hukum hakam solat itu
tetapi bukan nilai didalamnya.
9. Persoalan fundamental dalam pembinaan karakter ialah ia tidak sekadar
untuk dikhutbahkan tetapi keteladanan daripada para pendidik iaitu pendidik yang
berwibawa. Kita ambil iktibar tentang bagaimana Imam Abu Hanifah memilih
gurunya kerana nilai. Pada zaman dahulu murid memilih gurunya. Sekarang pula
murid memilih sekolah. Guru adalah sentral. Guru yang baik boleh menghasilkan
murid yang baik walau kurikulumnya buruk. Begitu juga sebaiknya. Muzakkarah pengetua-pengetua perlu dibuat
untuk menilai.
10. Ketika bangsa Asia berwacana tentang kebangkitan Asia, antara lain yang
dibicarakan ialah tentang nilai-nilai Asia. Ini kerana nilai itu yang
menentukan bangsa Asia bangkit dalam acuan Asia dan tidak meniru barat.
11. Bagaimana Pendidikan Islam berperanan dalam masyarakat kita yang majmuk?
Selama ini seolah-olah kita tidak mempedulikan realiti kemajmukan masyarakat. Fiqh
apa yang masyarakat kita selama ini menggunakan? Hukum mencuri itu berdosa tetapi mencuri di
kedai Cina itu adakah dibolehkan?
12. Anjakan paradigma sekolah-sekolah agama di dalam masyarakat majmuk
perlu dibuat. Pendidikan Al Hikmah harus mempelopori sekolah yang berwibawa di
dalam masyarakat majmuk. Ketika YB Menteri Pendidikan, Dr Maszlee datang ke
Balai Rakyat, persoalan ini diangkat. Rupa-rupanya, pada masa yang sama, hal yang sama juga berlaku dalam sekolah
Cina. Maka kita kena bekerjasama antara sekolah Islam dan Cina contohnya dalam
isu kemasyrakatan, isu alam sekitar dan
lain-lain.
13. Fiqh masyarakat majmuk perlu mengangkat nilai budaya setempat. Pendidikan
yang mengambilkira realiti. Pendidikan Al Hikmah perlu ada dua fiqh
tambahan, iaitu Fiqh Taayush as Silmi (fiqh hidup saling
berdampingan) dan Fiqh Wataniah (fiqh kewarganegaraan). Bagaimana
kita menyikapi orang bukan Islam sebenarnya? Sekarang ini sememangnya tidak
jelas.
14. Dalam konteks Malaysia, berbuat baik itu suatu yang waqi’iah – satu realiti. Bagaimana kita harus menyikapi non-muslim? Kita
melayani mereka dengan Al Birr - kebaikan dan Al Qist - keadilan.
Kita berbuat baik mengikut pertimbangan kita dengan melihat maslahah umum dalam
konteks masyarakat majmuk. Tiada yang tetap.
15. Dalam era global dan era persaingan kita perlu kepada pendidikan
kesukarelawan. Persekolahan agama sepatutnya membina jiwa kesukarelawan yang
sangat kuat, bagi memaknakan amar makruf nahi mungkar. The death of
volunteerism berlaku dengan menganjak-naiknya nilai-nilai materialisme. Di
Malaysia fenomena kesukarelawanan ini dan semangatnya semakin subur. Justeru,
kita perlu memberikannya kemahiran.
(Disunting daripada catatan sdr Radin Imaduddin, Sekretariat Pendidikan
ABIM 4 Ogos 2018 pada Konvensyen Pendidikan Al Hikmah ke 3)