Syaikh Yusuf al Qaradawi Presiden
Kesatuan Ulama’ Sedunia membantah hukuman yang dikenakan keatas Dr Morsi Presiden Mesir yang sah menerusi laman web twitter.
“ Dr Morsi dijatuhkan hukuman sedemikian
sedangkan beliaulah Presiden Mesir yang pertama berusaha agar Mesir dapat berdikari,
memperoleh makanannya sendiri, dan ubat-ubatannya sendiri serta senjata-senjatanya
sendiri, ketika mana ada yang menjual Mesir kepada musuh-musuhnya dan
memundurkannya, mereka bebas menikmati apa yang mereka rompak!!!”
Dan Syaikh Yusuf al Qaradawi
turut juga mengutuk badan kehakiman Mesir
yang dikuasai tentera.
“Badan kehakiman Mesir bukan lagi
badan yang berkuasa, bahkan Mesir telah menjadi Negara yang mana pihak
berkuasanya dikuasai oleh pihak tentera.”
Dan Syaikh Yusuf al Qaradawi
mengakhiri kata-katanya dengan menyeru agar pejuang kebebasan Mesir untuk thabat – tetap dan teguh di atas
kebenaran.
“ Wahai pejuang-pejuang kebebasan
di penjara-penjara thagut, wahai
pejuang-pejuang revolusi di Mesir, thabatlah
kamu semua, sesungguhnya kamu berada di
atas kebenaran. Dan tidak akan sesekali bagi seseorang untuk merentap kehendak kamu
atau melenyapkan kebangkitan kamu.”
No comments:
Post a Comment