الإسلام دين الرحمة - AL ISLAM DEEN AL RAHMAH
Sheikh Dr Ali al Qaradaghi Setiausaha Agong Kesatuan Ulama’ Sedunia
التاريخ: 25 يناير،
2016
Jika seorang Muslim mentadabbur
kitab Tuhannya dan sunnah Nabi Muhammad ﷺ
tidak akan kita temui agama, atau sistem
atau undang-undang atau syariat daripada syariat-syariat yang terdahulu yang
prihatin setinggi-tingginya akan rahmat kasih dan simpati belas kasihan seperti
agama ini yang agung. Allah s.w.t. memulakan kitabNya yang agung yang merupakan
dustur perlembagaan umat Islam dengan ayat yang mulia :- Bismillah ar-rahman ar-rahim - Dengan nama Allah yang maha Pemurah
dan Maha Penyayang. Ayat ini mengandungi
dua sifat daripada sifat-sifat Allah s.w.t. dan dua nama dari asma’ ul husna nama-nama Allah Ta’ala. Ar-Rahman:- menunjukkan kepada kasih
sayang yang menyeluruh lagi luas “Dan rahmatKu
meliputi segala sesuatu”, samada manusia atau haiwan serta semua yang wujud
di alam ini, diciptakan dengan kasih sayang rahmat, dan Allah kurniakan
petunjuk dengan rahmatNya dan makhluk hidup dengan rahmat dan mati dengan rahmat,
maka semuanya mendapat rahmat ,dan mereka dikurniakan oleh Allah rezeki dan
nikmat-nikmat yang tidak dapat dihitung. Ar-Rahim:
rahmat Allah yang khusus untuk hamba-hambaNya yang berhak untuk mendapat rahmat
ini di akhirat.
Ayat Basmalah ini berulang pada permulaan setiap surah melainkan surah
Bara’ah (Surah at-Taubah) akan tetapi Basmalah
diulang di surah an-Naml , justeru bilangan surah al-Quran 114 dan pengulangan Basmalah juga sebanyak 114 kali.
ثم يبدأ هذا الكتاب
بسورة الفاتحة والتي تبدأ بــــ {الحمد رب العالمين } والربوبية: هي تنمية الإنسان
شيئاً فشيئاً حتى ينال الكائنات الكمال الذي أراده الله له أيضاً هو رحمة بل في
قمة الرحمة ثم تتكرر في هذه السورة هاتان الصفتان وهذا الاسمان، الرحمن
الرحيم.
Kemudian al-Quran dimulakan
dengan surah al-Fatihah yang mana ia juga dimulakan dengan “Alhamdulillahi rabbil ‘alamin - Segala
puji bagi Allah Tuhan sekalian alam”, Rububiyyah adalah pembangunan insan (Tanmiyatul Insan) secara gradual
sehingga mencapai tahap ciptaan-ciptaan yang sempurna yang dikehendaki Allah
padanya juga merupakan rahmat bahkan merupakan setinggi-tinggi rahmat. Kemudian
berulang juga pada surah ini dua sifat dan dua nama “ar-Rahman ar-Rahim”
ثم تتكرر هذه الرحمة
بمختلف أنواعها وأشكالها وأماكنها ومراتبها في القرآن الكريم أكثر من 300 مرة ولو
أضفنا إليها الكلمات التي تدل على نفس الرحمة مثل الرأفة وغيرها لبلغت الآيات
الكريمة حول الرحمة في الإسلام أكثر من 1000 آية أي سدس القرآن الكريم
.
Kemudian berulang kalimah Rahmah dengan pelbagai jenisnya dan
bentuknya dan tempatnya serta sesunannya dalam al-Quran al-Karim lebih daripada
300 kali dan jika kita tambah padanya kalimat-kalimat yang menunjukkan kepada
rahmat seperti Ro’fah dan selainnya
nescaya akan mencapai ayat-ayat yang mulia berkenaan rahmat dalam Islam lebih
daripada 1000 ayat atau 1/6 daripada al-Quran al-Karim.
Dan al-Quran juga berbicara
tentang Rasulullah Muhammad ﷺ
dan dan risalah yang dibawa penuh rahmat
( وما أرسلناك إلا رحمة
للعالمين)
“dan tidak aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan rahmat sekalian
alam”
Dan Rasulullah ﷺ mempraktikkan sifat rahmah ini pada kehidupannya dan
pergaulannya yang baik bersama manusia samada muslim atau bukan muslim kecuali
mereka yang memerangi dan melampaui batas (Muharibin
Mu’tadin). Maka Rasulullah ﷺ
merupakan insan yang paling penyayang dengan manusia kecuali jika berlakunya
kezaliman dan melampaui batas (al-‘Udwan)
. Rasulullah ﷺ bersikap
penyayang meskipun Abu Jahal menyakitinya pada waktu siang namun pada waktu
malam Rasulullah ﷺ akan
berdoa untuknya “Ya Allah, teguhkanlah
Islam dengan salah satu dari dua Umar” (antara Umar al Khattab dan Abu Jahal
yang namanya juga Umar).
Ketika mana Rasulullah ﷺ
disakiti dengan dahsyat oleh penduduk Taif yang kafir serta anak-anak
mereka, dan mereka telah melemparkan batu kepada Rasulullah ﷺ sehingga kaki baginda nabi yang
penuh berkat luka mengalirkan darah. Baginda Rasul ﷺ
berehat berteduh di bawah se pohon pokok lalu baginda berdoa kepada Allah s.w.t
dan menyebut “Kiranya tiada kemarahan Kau
ke atasku, tidaklah kupeduli”. Kemudian datanglah Malaikat gunung menawarkan
untuk menghancurkan mereka yang telah menyakiti Rasulullah ﷺ tetapi baginda enggan malah berdoa kepada
Allah “Moga Allah keluarkan daripada
tulang sulbi mereka orang yang menyembah Allah dan tidak mensyirikkanNya”
Kemudian Rasulullah ﷺ mendidik umatnya akan rahmat
dan mengikatnya dengan iman. Baginda bersabda “Barangsiapa yang tidak menyayangi dia tidak akan disayangi” dan “kasihilah yang di bumi nescaya yang di
langit akan mengasihi kamu semua”.
Dan Rasulullah ﷺ juga pernah bersabda:-
ويقول " لن
تؤمنوا حتى تراحموا " . قالوا : يا رسول الله ، كلنا رحيم . قال : " إنه
ليس برحمة أحدكم صاحبه ، ولكنها رحمة الناس رحمة العامة
“Kamu tidak akan beriman sehingga kamu mengasihi sesama kamu”. Sahabat-sahabat
berkata: “Setiap daripada kami adalah
penyayang”. Rasulullah ﷺ
bersabda: “Bukanlah rahmat itu kamu
mengasihi sahabat kamu akan tetapi kasih kepada semua manusia dengan kasih yang
menyeluruh”
ويأتي الأقرع بن حابس
إلى الرسول صلى الله عليه وسلم فرآه يُقبِّل الحسن والحسين رضي الله عنهما فقال
الأقرع: أَتُقَبِّلون صبيانكم؟ إن لي عشرة من الولد ما قَبَّلتُ أحداً منهم قط،
فرد عليه النبي صلى الله عليه وسلم: «أَوَ أملكُ لك أن نزعَ الله من قلبك الرحمة»
ومن نزعت الرحمة من قلبه لا يرحمه الله سبحانه وتعالى.
Al-Aqra’ bin Habis datang kepada
Rasulullah ﷺ dan melihat
baginda mencium cucu baginda al-Hasan dan al-Hussain r.a. Maka al-Aqra’ berkata “Aku mempunyai 10 orang
anak lelaki tetapi aku tidak mencium salah seorang daripada mereka”, maka Rasulullah
ﷺ menjawab “: «أَوَ
أملكُ لك أن نزعَ الله من قلبك الرحمة»” yang membawa makna “Aku tidak mampu untuk menjadikan rahmat di hatimu setelah Allah
mencabutnya dari hatimu”. Dan sememangnya apabila dicabutnya rahmat dari
hati seseorang Allah tidak lagi merahmatinya.
Selepas al-Quran dan Sirah nabawiyyah yang sarat mengandungi mesej
rahmat kita beralih kepada Ummah ini yang dilahirkan oleh Allah.
(كنتم خير أمة أخرجت للناس
)
“Kalian
merupakan sebaik-baik Ummah dilahirkan untuk manusia”
Akan tetapi ummah ini bukanlah
ummah yang lahir tanpa sebarang pemeliharaan dan penjagaan bahkan ia adalah
ummah yang dijadikan oleh Allah s.w.t. dan dididik oleh Rasulullah ﷺ
dengan tempoh tarbiyah selama 23 tahun bimbingan Rasulullah ﷺ
yang disifatkan oleh Allah s.w.t. sebagai pemilik akhlak yang agung.
( إنك لعلى خلق عظيم)
“Sesungguhnya engkau(wahai
Muhammad) berada diatas akhlak yang agung”.
Ummah ini bukanlah dijadikan
untuk berkhidmat untuk kelompok mereka sahaja tetapi untuk berkhidmat kepada
sekalian manusia. Serta menjadi tauladan dan Qudwah pada nilai kasih sayang dan simpati belas kasihan dengan
hati, lisan dan amal perbuatan. Rahmah dalam Islam bukanlah semata-mata
perasaan kasih dalam hati akan tetapi ianya adalah rahmah yang memenuhi hati
kemudian melimpah ke atas lisan seterusnya kepada anggota badan sekaligus
seluruh anggota tubuh bersifat penyayang yang berkhidmat untuk manusia, memberi
kebaikan kepada semua.
Rasulullah s.a.w bersabda
( ليس
الإيمان بالتمني ولا بالتحلي ولكن ما وقر في القلب وصدقه العمل)
“Bukanlah iman itu mengharap dalam hati, dan bukan hiasan. Akan tetapi
iman itu ialah sesuatu yang menetap dalam hati dan dibenarkan dengan amal.”
Dan itulah rahmah yang merupakan sifat
amali yang terpancar daripada hati. Dan pada setiap sesuatu ada padanya asal,
dan asal kepada rahmat adalah pada hati kemudian diaplikasikan kepada lisan
kemudian berbuah pada anggota badan. Allah menghendaki bagi Ummah ini untuk
menjadikan ukhuwwah atau persaudaraan
sebagai ikatan asas diantara mereka.
Allah berfirman
( إنما
المؤمنون إخوة)
“Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara”
Maka saudara yang hakiki adalah
yang berjuang bersama-samamu dalam Iman. Ukhuwwah
ini terbina atas kasih Rasulullah ﷺ
kepada kita, kemudian kasih kita kepada diri kita, kemudian Allah mengasihi
kita. Oleh yang demikian diturunkan ayat-ayat Quran untuk mendidik ummah yang
mana bermula di padang pasir dan pada tabiat keadaan yang keras. Maka tarbiyah
adalah perlu dipertingkatkan supaya mereka menjadi insan yang santun lemah
lembut, luwes, fleksibel dan penyayang. Dan sememangnya tarbiyah ini
mendatangkan hasil.
Abu Zar al-Ghifari r.a. pernah memanggil
Bilal bin Rabah r.a. “anak orang hitam”
dengan anggapan bahawa panggilan itu adalah sesuatu yang biasa - tidaklah
bermaksud untuk menghina, sebab tiada perbezaan di antara hitam dan putih
kerana kedua-duanya dari Allah. Akan tetapi Islam melarang kalimah-kalimah begini
kerana ianya mengguris perasaan hati orang. Maka ketika mana Abu Zar r.a. sedar
akan kesilapannya sedangkan dia didik oleh Rasulullah ﷺ , dia telah meletakkan pipinya di atas tanah sebagai
menghukum dirinya dan bersumpah untuk tidak mengangkat pipinya sehingga Bilal
memijaknya. Namun Bilal r.a. tidak melakukannya bahkan memaafkannya dan
menciumnya serta kembali bersaudara dan bersalaman.
Dewasa ini ummah kita menikmati
kebaikan yang banyak. Islam telah menjadi kulit-kulit tanpa intipati dan makna
di sisi kebanyakan manusia. Mereka bersolat tetapi tidak mengikatnya dengan
tegahan daripada perkara keji, melaksanakan zakat tetapi mencari fatwa-fatwa bagi
mengecualikan mereka daripada ibadat zakat dan mereka ingin untuk melakukan
helah kepada Allah sedangkan Allah bersabda
( وفي
أموالهم حق معلوم)
“dan pada harta-harta
mereka hak yang termaklum”
Bagaimana pembangunan-pembangunan
yang hebat dikecualikan daripada zakat akan tetapi Arab Badwi miskin yang
tinggal di padang pasir diwajibkan pula keatas mereka untuk membayar zakat jika
ada 5 unta atau 40 kambing. Ini bukanlah Islam. Segala sesuatu tidak dapat
disembunyikan dari Allah s.w.t. Tidak mungkin bagi kita untuk mengharamkan yang
halal dan menghalalkan yang haram melalui cara helah dan Allah s.w.t. melaknat
orang Yahudi kerana mereka cuba untuk melakukan helah kepada Allah s.w.t.
Saudara-saudaraku yang mulia, aku
telah mengkaji kurun kelima dan ketujuh hijrah, iaitu tempoh penjajahan tentera
Salib dan aku tidak dapati suatu keadaan teruk yang menimpa ke atas umat berbanding
dengan apa yang kita alami sekarang. Hal ini kerana, musuh mereka hanya berada di
luar sedangkan musuh kita juga ada yang bersama-sama kita.
Dewasa ini, ayat-ayat Quran
dibaca sepertimana dibaca oleh orang yang terdahulu akan tetapi adakah
hati-hati kita merasa kasih keatas saudara-saudara kita di perkhemahan pelarian
yang terseksa kelaparan dan meninggal dunia kerana kesejukan dan salji yang
teruk. Fenomena ini merupakan yang pertama kali berlaku dalam 30 tahun.
Rasulullah ﷺ bersabda:-
(ما من أهل عرصة يموت
بينهم امرؤ جائع إلا برئت منهم ذمة الله ورسوله)
“Tiada dari ahli sesuatu tempat yang kematian orang
sekelilingnya kerana lapar kecuali mereka akan terlepas dari
perlindungan/pertolongan Allah dan RasulNya”
Maka bagaimana dengan perhitungan
kita di hadapan Allah s.w.t dan apa jawapan kita pada setiap yang berlaku di
Syria, Palestin, dan kepada saudara-saudara kita di Gaza yang mana mereka dalam
keadaan yang teruk dan begitu juga al-Quds dan di Iraq. Bandar Rimadi telah
dihancurkan, dan beginilah ISIS masuk ke bandar-bandar Sunni dan memusnahkannya
satu persatu, dan apa yang akan berlaku di Mosul jika mereka menghancurkannya
secara menyeluruh dan kepada penghuninya dengan bilangan penduduknya seramai 4
juta orang.
االمنطقة الكردية هي
المأوى الوحيد لهؤلاء النازحين وهي أيضاً تأن من عدم دفع الرواتب حتى يموت الجميع
فقراً.
Dan tempat wilayah Kurdish
merupakan satu-satunya tempat untuk pelarian tetapi disebabkan mereka tiada
sumber pendapatan, mereka meninggal dunia disebabkan kefakiran.
Dan kefakiran juga telah merebak
di kebanyakan negara kita, contohnya di Yaman, manusia meninggal dunia dan ada
yang terseksa kerana kelaparan. Aku merayu meminta kepada kamu semua untuk
menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan dan jika kita tidak sampai kepada martabat Saidina Abu
Bakar as Siddiq r.a. yang mengeluarkan kesemua hartanya kerana Allah, akan
tetapi kita perlulah mengeluarkan tenaga dan amal sehingga apabila kita disoal
oleh Allah, kita mampu untuk menjawabnya.
Rahmat itu bukanlah semata-mata
kalimat yang dituturkan tetapi ianya adalah perasaan kasih yang hakiki di dalam
hati dan mata bergerak dan melimpahi dengan air mata, dan lidah juga bertutur
dengan kata-kata yang benar dan anggota badan juga meyumbangkan jasa dalam
merealisasikan rahmat. Manusia juga turut sama bergerak untuk membelanjakan
hartanya demi saudara-saudaranya.
Dan tidak mungkin bagi aku untuk
bertutur apabila kita berbicara tentang keadaan perkhemahan pelarian di Syria,
Iraq, dan Palestin serta Yaman. Kamu semua telah menyaksikan jenayah-jenayah
yang mencabuli kemanusiaan di Madaya (sebuah bandar di Syria). Moga Allah
hancurkan rejim zalim (Assad) ini yang membunuh rakyatnya, dan semoga Allah
hancurkan militant-militan keji lagi keras yang bersifat taasub dan mengepung
mereka yang tidak berdosa. Moga Allah hancurkan mereka yang membantu dan
menyokong orang zalim.
Allah taala berfirman
(ولا تركنوا الى الذين
ظلموا فتسمكم النار)
“Janganlah kamu cenderung
pada orang yang zalim nescaya api neraka akan menyambar kamu”
Dimana kemanusiaan?
Dimanakah suara hati Ummah Islamiyah dan Ummah Insaniyah?
Dimanakah Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu?
Dimanakah Liga Arab?
Dimanakah OIC?
Setiapnya sibuk dengan isu
dalaman mereka dan peperangan di antara kumpulan-kumpulan tertentu yang hanya
mendatangkan faedah dan manfaat kepada musuh. Dan setiapnya akan disoal
dihadapan Allah Ta’ala berdasarkan kadar kepertanggungjawabannya dan
kemampuannya. Oleh yang demikian, aku berpesan kepada kamu semua untuk menyampaikan
rahmat dan kasih sayang nescaya Allah s.w.t. akan mengasihi kita dan sesiapa
yang tidak mengasihi orang lain dia tidak akan dikasihi.
Jika Rasulullah ﷺ merasa risau dan bimbang ketika
melihat seekor anak burung diambil, maka bagaimana dengan kamu? Bagaimana apabila
kamu melihat apa yang telah terjadi kepada mereka yang dizalimi dan kanak-kanak
yang turut sama ditimpa dengan nasib yang sama? Mereka seolah-olah berada di
dalam kubur sedangkan secara zahirnya mereka hidup. Maka harapanku agar setiap
insan memikirkan bagaimana untuk merealisasikan rahmat yang merupakan syarat bagi
Iman kita.
No comments:
Post a Comment