Tulisan Sahib al Samaha Sheikh Yusuf
al Qaradawi tentang Malaysia:
Segala puji bagi Allah, dan
selawat dan salam ke atas Rasulullah saw, keluarganya dan sahabat serta yang
mengikuti petunjuk-Nya
Malaysia mempunyai kedudukan yang
tinggi di sisi kami, dan kami menaruh kasih sayang terhadapnya dengan hati yang
jujur. Impian kami adalah untuk melihat Malaysia sebagai realisasi model Islam
yang wasatiyyah, bertamadun, maju dan kontemporari. Semua itu tidak akan
berlaku kecuali dengan perjuangan orang-orang ikhlas terdiri daripada anak-anak
Malaysia, berusaha dan kerjasama berganding bahu, mereka yang amat ingin untuk
menjayakan masa depan negara. Mereka saling bantu membantu sehingga berdiri
tegak rakyat Malaysia seluruhnya.
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela
ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan
yang tersusun kukuh (As Saff: 4)
Adalah tidak patut bagi badan
kehakiman bertukar menjadi pentas kebencian dan permusuhan politik atau wasilah
bagi menjerat pihak lawan di dalam cengkaman kes-kes. Perkara demikian
kebanyakannya bertujuan untuk mencalar peribadi melebihi tujuan mencari
kebenaran.
Sesungguhnya kami percaya bahawa
kemajuan Malaysia, kebangkitan dan kekuatannya terpancar daripada ketinggian
nilai-nilai kebebasan dan demokrasi, dan pengukuhan prinsip-prinsip
kepelbagaian pemikiran serta persaingan yang mulia demi berkhidmat untuk negara
yang berdaulat ini.
Anwar Ibrahim terdiri daripada
pemimpin ternama dengan sejarah dan pengalamannya serta perjuangannya, dan
kesabaran serta ketabahannya sejak zaman usia muda sehingga ke hari ini. Anwar
sewajarnya dilayani dengan jasa perjuangannya dan kerja gigihnya, bukannya
menuduhnya dengan tuduhan-tuduhan batil yang tanpa asas.
Mahkamah sebelum ini telah membebaskannya
daripada tuduhan itu. Tetapi jelas bahawa terdapat pihak yang yang merekayasa
komplot dan tidak mempedulikan kebaikan negara dan masa depan rakyatnya.
Kami beriman dengan apa yang
difirmankan Allah swt tentang peristiwa
Hadithat al Ifk:-
Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang- orang yang beriman
- lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka
sendiri, dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata".
Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan
tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka
mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.
(Surah An Nur 12-13)
Aku menyeru kepada
saudara-saudaraku rakyat Malaysia supaya bekerjasama dan saling
bantu-membantu. Aku berharap
saudara-saudara di Malaysia menjauhkan
diri daripada konflik-konflik yang tidak ada faedah di sebaliknya, malah ianya
memudaratkan, tidak memberi manfaat, menghancurkan, tidak membina, merosakkan dan tidak
mendatangkan kebaikan.
Segala puji bagi Allah, Tuhan
sekalian alam
Yusuf al-Qaradawi
Presiden Kesatuan Antarabangsa
Ulama Islam
1 comment:
Syabas YQ.PM Najib baca?
Post a Comment