Monday, June 29, 2015

TARIQ RAMADAN: TIBA MASA UNTUK BERSUARA



"Shaykh" Ali Jum'ah : Dulu dia guru saya...


Shaykh Ali Jum'ah menjadi guru saya 25 tahun yang lalu. Saya sentiasa menghormati keilmuannya dan pemikiran kritisnya yang mendalam. Namun, sekarang apabila saya melihatnya menyokong diktator-diktator (Mubarak dan Sissi), dia memejamkan matanya terhadap pemerintah kuku besi dan rasuah, dia mengeluarkan fatawa membolehkan penyiksaan dan pembunuhan orang-orang yang tidak bersalah, saya telah lagi boleh berdiam diri. Dia menyalahkan Ikhwan al Muslimin mengelirukan agama walhal dialah orang pertama menyalahgunakan agama bagi menyokong regim politik diktator!


Adakah ini keilmuan? Adakah ini amalan Sufi? Bolehkan ilmu yang bermanfaat dan keikhlasan sufi membenarkan jika setiap prinsip Islam dilanggar dan dikhianati? Adakah mungkin menjadi seorang "shaykh" tanpa sedikit pun keberanian untuk mengatakan yang benar?


Saya menghormati keilmuannya tetapi saya hilang rasa hormat kepadanya. Samalah seperti semua yang digelarkan "shuyûkh", "ulamâ", "mawlâna", "imâm"... mereka yang gemar kepada gelaran-gelaran itu tetapi tidak memikul beban tanggungjawab status berkenaan, mereka yang mendoakan diktator-diktator tetapi diam membisu apabila orang yang tidak bersalah dipenjarakan, disiksa dan dibunuh. Mereka mungkin memakai pakaian alim, tetapi mereka tidak memiliki cahaya nurnya.


Saya tidak boleh berdiam diri kerana telah bertambah jelas bahawa mereka yang mendapat jolokan gelaran “ulama ma’rifah” demikian adalah bersekutu tegar bersama kecenderungan dan kefahaman yang paling gila di dunia Islam hari ini.  Kebaculan melampau mereka menjadi cermin kepada kerabunan ektremis ganas yang mahu membuktikan pula keberanian mereka kepada dunia.


Telah tiba masa untuk bersuara….. sepertimana dikatakan masalah “majoriti pasif” – silent majority adalah pertama dan utamanya adalah mereka... sering diam membisu...


DR TARIQ RAMADAN




Wednesday, June 10, 2015

ERDOGAN



Recep Tayyip Erdogan


Latarbelakang

Recep Tayyep Erdoğan dilahirkan di Kasımpaşa Istanbul pada 26 Februari, 1954 kepada Ahmet dan Tenzile Erdogan dalam sebuah keluarga Muslim yang patuh mengamalkan Islam berketurunan Kaukasia. Datuknya terkorban dalam peperangan menentang  Rusia and Armenia pada 1916. Keluarganya berpindah daripada Batumi (kini Georgia) ke Rize, sebuah bandar persisiran pantai di Lautan Hitam, di mana dia melalui usia kanak-kanaknya. Ayahnya adalah seorang pengawal pantai di Rize. Erdogan berumur 13 tahun apabila ayahnya membuat keputusan berpindah semula ke Istanbul, dengan pengharapan untuk mencari kehidupan yang lebih baik bagi lima orang anaknya yang sedang membesar. Keluarganya kemudian kembali ke Istanbul, ke tempat Erdogan dilahirkan di Kasim Paşa, salah satu kawasan termiskin Istanbul. Semasa dia berada di alam persekolahan rendah dan menengah, dia menjual jus limau, tembikai dan simit – roti bijan-  di tepi jalan-jalan Istanbul bagi saraan dan membantu pendapatan ayah serta keluarganyanya.

Pada 1978, dia mendirikan rumah tangga bersama Emine Gulbaran dan dikurniakan dua orang anak perempuan, Esra and Sümeyye; serta dua orang anak lelaki, Necmettin Bilal and Ahmet Burak. Pada 1988 ayahnya telah meninggal. Pada 2011 ibunya pula meninggal dunia.


Pendidikan dan Kerjaya

Erdogan belajar di sekolah rendah Kasımpaşa Piyale pada 1960. Dia menjalani persekolahan menengah atas di sekolah agama Imam Hatip sehingga 1973, memperolehi diploma daripada sekolah menengah Eyüp serta selanjutnya memperolehi ijazah dalam jurusan ekonomi dan bisnes daripada Aksaray School of Economics and Commercial Sciences (kini Faculty of Economics and Administrative Sciences di Universiti Marmara) pada 1981. Erdogan seorang yang berpengetahuan agama, banyak menghafal al Qurán dan lancar pembacaan qiraatnya. Dia amat tawadu’ dan sangat menghormati para alim dan gurunya.

Sewaktu usia belia, dia bermain bola sepak untuk sebuah kelab tempatan yang kini mengambil nama sempenanya. Di antara 1969 dan 1982, dia bermain di peringkat tempatan sehingga berusia 16 tahun, apabila dia dipindahkan kepada liga amatur. Pada waktu itu dia bermain untuk pasukan Kasımpaşa Spor. Fenerbahce, di antara kelab bola sepak terbaik Turki,  berhasrat menawarkan kontrak kepadanya, tetapi ayah Erdogan tidak bersetuju. Stadium Kasımpaşa Spor's dinamakan sempenanya dan  Trabzonspor juga bercadang untuk menamakan stadium mereka stadium Recep Tayyip Erdoğan. Erdogan pernah menunjukkan bakat kemahirannya dalam pertandingan persahabatan bersama artis-artis dan selebriti Turki.


Politik Awal

Erdogan terlibat dalam politik sejak menganggotai Persatuan Pelajar Nasional Turki semasa sekolah menengah dan sewaktu dia di Universiti Marmara. Kerjaya politiknya bermula apabila dilantik sebagai presiden Cawangan Belia Beyoğlu Parti Kesejahteraan Nasional - National Salvation Party (MSP—Milli Selamet Partisi), parti Islamis  di bawah kepimpinan Necmettin Erbakan pada lewat 1970’an. Al marhum Erbakan merupakan mentor kepada pemimpin muda ini. Pada 1980, sebuah rampasan kuasa tentera Turki telah mengharamkan semua parti-parti politik.

Apabila parti-parti dibenarkan semula pada 1982, Erdogan meneruskan kegiatan bersama parti baru Erbakan,  Refah Partisi (RP) – Parti Kebajikan RP, dan dia telah dilantik sebagai Datuk Bandar Istanbul, dengan kemenangan besar menewaskan lawan-lawannya pada 1994. RP merupakan parti pembangkang kepada kerajaan pusat Ankara. Pada 1995, dia menjadi presiden cawangan RP di  Istanbul, dan telah dilantik ke dalam Jawatankuasa Pusat RP pada 1996.

Ada pemerhati mengatakan bahawa Erdogan mewakili “ Islam di lapangan" - 'street Islam'  berbanding dengan pergerakan politikal Islam kelasik  yang dibawa oleh Necmettin Erbakan.

Pertembungan Erdogan dengan undang-undang berlaku sejurus kudeta tentera 1980, apabila dia sedang bekerja untuk Perbadanan Pengangkutan Istanbul. Majikannya yang merupakan seorang kolonel bersara mengarahkan Erdogan supaya mencukur misainya. Erdogan enggan dan terpaksa meletak jawatan.

Erdoğan datang daripada golongan kelas bawahan hidup bersama orang-orang yang lasak yang lazimnya enggan berkompromi. Tatkala menganggotai gerakan Islamis Turki sewaktu belia, Erdoğan dan kemudiannya disertai oleh isterinya Emine aktif dan bertanggungjawab mengukuhkan dan mengkonsolidasi barisan penyokong-penyokong tegar yang membawa kemenangan parti di bandaraya Istanbul. Di samping penggubalan dasar dan strategi, kepimpinan terserlah Erdoğan ke atas organisasinya, dan tumpuannya kepada pungutan suara serta kajian tinjauan di lapangan (opinion polls), telah membawa kepada kejayaannya pada 2002 dan memastikan pencapaian undian  melebihi 50% pada 2011.


Datuk Bandar Istanbul

Erdogan memenangi pilihanraya jawatan datuk bandar dengan mendapat 25% undi pada Mac 1994. Dia berhadapan dengan kritikan bermula pada hari pertama dia menjejak kaki ke pejabatnya. Pihak sekularis membantah kerana Erdogan merasmikan pembukaan dewan bandaraya dengan pembacaan doa dan bukan nyanyian lagu kebangsaan serta penghormatan tradisi seperti lazimnya.

Sewaktu menjadi Datuk Bandar, dia berjaya menyelesaikan timbunan hutang bandaraya Istanbul, memajukan pembangunan ekonominya, menaikkan gaji pekerja, memberikan khidmat kesihatan dan sosial yang paling baik kepada penduduknya. Dalam masa 4 tahun, dia mempercepatkan siap sistem pengangkutan bawah tanah – subway, memperolehi sumber bekalan air baru, membina jalan-jalan dan lebuhraya baru serta memodenkan jabatan bomba. Di antara insiatifnya adalah persidangan meja bulat Datuk-Datuk Bandar pada Persidangan Istanbul dan langkah ini telah membawa kepada pergerakan Datuk-Datuk Bandar antarabangsa.
.
Sebagai Islamis pertama memegang jawatan datuk bandar, para pengkritiknya terpaksa mengakui bahawa Erdoğan terbukti sebagai pengurus yang kompeten dan pintar, dan berjaya menyelesaikan dengan berkesan masalah alam sekitar dan kesejahteraan bandar, menjadikan Istanbul lebih "hijau". Cogankatanya untuk Istanbul – Clean, Safe and Beautiful Istanbul – Bandaraya Bersih, Selamat dan Indah telah tercapai maksudnya. Erdogan menerima anugerah United Nations HABITAT award.

Kedua-dua pihak penyokong dan pengkritiknya mengatakan bahawa tempohnya sebagai datuk bandar sangat produktif.  Dia cuba membina sebuah masjid baru di tengah-tengah Taksim tetapi dibantah keras oleh pihak sekularis. Dia menganjurkan solat istisqa' memohon hujan dalam usaha menyelesaikan masalah bekalan air yang meruncing di Istanbul pada waktu itu. Dia mengharamkan minuman arak di semua bangunan awam milik dewan bandaraya. Dia melarang iklan gambar wanita yang berbikini dan berpakaian dalam daripada papan-papan iklan milik bandaraya. Pada bulan Ramadan, kafeteria dewan bandaraya tidak menghidangkan sajian termasuk sudut-sudut teh-kopi. Para sekularis memuji khidmatnya menjadikan bandaraya itu bersih dan indah tetapi keputusannya melarang alkohol di kafe-kafe bandar dibantah.

Dia disanjung ramai kerana mereka melihatnya sebagai seorang yang bersih dan tidak korup – berlainan dengan ahli-ahli politik Turki yang lain. Secara berseloroh apabila ditemuduga oleh akhbar Hurriyet, dia dilaporkan menggelar dirinya sebagai  "Imam Istanbul." Ini akan disalahertikan kemudian hari oleh musuh-musuhnya.

Dia berhadapan juga dengan pelbagai cabaran. Dia telah disaman sebanyak 18 kali berkaitan sistem tiket, sistem bekalan gas, pengurusan alam sekitar berkaitan industri dan perdagangan serta pengurusan feri. Dia mendapat sokongan dan simpati rakyat bawahan dengan tidak terus memusnahkan binaan rumah-rumah setinggan dan dia berkata bahawa, “Saya pun pernah diam di rumah setinggan,” mengenang zaman lalunya di Kasim Pasa.

Kebolehan Erdoğan memenangi 34% undian pilihanraya  2002 membuktikan rakyat biasa Turki telah menerima Erdoğan sebagai pengurus Istanbul yang handal dan bukan sebagai seorang fundamentalis yang dimomokkan serta ditakuti.


Penjara

Pada 1998, Mahkamah Perlembagaan Turki menjatuhkan hukuman pembatalan ke atas Refah Partisi kerana bertentangan dengan Perlembagaan, atas alasan mengancam sekularisme di Turki dan mengharamkan pengasasnya, Erbakan daripada politik.

Erdogan menjadi penceramah aktif di dalam demonstrasi-demonstrasi yang dianjurkan oleh penyokong-penyokong parti yang telah diharamkan. Dia telah didakwa dan didapati bersalah kerana melanggar  Kemalisme dan dia dipenjarakan setelah membaca sebuah puisi sewaktu berdemonstrasi di Siirt, sebuah bandar di timor. Puisi itu adalah gubahan Mehmed Ziya Gökalp, seorang sekular nasionalis Turki jika diterjemahkan berbunyi: -

Masjid-masjid markaz kita
Kubah-kubah topi kita
Orang beriman tentera kita
Askar pembela agama kita

Dia dilucutkan jawatannya sebagai Datuk Bandar Istanbul. Para hakim juga perintah melarangnya daripada memegang jawatan-jawatan kerajaan dan melarangnya daripada menyertai pilihanraya parlimen. Erdogan dihukum penjara selama 10 bulan tetapi telah menjalankan hukuman selama 4 bulan sebelum dibebaskan.

Dia amat popular dan disanjungi orang ramai sehingga 2000 buah kereta rombongan berkonvoi terdiri daripada penyokong-penyokong mengiringinya dari Masjid Eyup Sultan Camii, ke Fatih Camii hinggalah ke Penjara Pinarhisar di Kirklareli. Lebuh Fatih ditutup oleh polis akibat kerumunan orang ramai.

Erdogan berucap seolah-olah sebagai seorang Presiden. Dalam ucapan perpisahan penuh bersemangat, Erdogan menyeru: "Ini bukan sebuah perpisahan. Saya telah selalu sebutkan, harapan saya bahawa ini adalah jeda sejenak pada siri lagu-lagu yang sedang diputarkan. Saya tidak mengucapkan selamat tinggal. Ini hentian sedetik. Kita akan teruskan bekerja untuk projek-projek kita sebagaimanaa sebelum ini. Lagu gubahan kemudiannya akan membawa kepada sanubari Turki - kedamaian, kasih sayang, persaudaraan dan akan tetap menyatukan kecintaan kamu.”

Berpuluh ribu para penyokongnya yang hadir melaungkan “ Turki berbangga dengan anda”. Erdogan bermadah, "Jika langit dan bumi menimpa kita. Jika banjir dan gunung berapi meletup. Kita tidak akan berganjak daripada misi kita. Landasan aku adalah Islam. Jika aku dilarang bersuara tentangnya, apalah ertinya kehidupan?”


Negarawan

Pada 2001, Erdoğan bersama rakan-rakan termasuk Abdullah Gul telah menubuhkan Adalet ve Kalkınma Partisi – Parti Keadilan dan Pembangunan - AKP atau AK Parti. AK Parti muncul hasil kumpulan yang berpisah daripada Saadet Partisi -  Virtue Party – Parti Kebahagiaan setelah ia diharamkan oleh mahkamah pada  2001 because atas alasan aktiviti anti-sekular.

Pemisahannya daripada pergerakan Erbakan berlaku pada 2001, apabila dia dan sayap pragmatik pergerakan itu menyedari bahawa mereka memerlukan dokongan massa jika mereka bercita-cita unutk memenangi pilihanraya. Pada 2002, Erdoğan mengambil manfaat daripada rintihan dan perasaan umum rakyat yang sudah jenuh dengan pertelingkahan ahli politik lama dan krisis ekonomi yang meruncing. Erdogan dan partinya memberikan harapan baru dan idea yang segar.

AK Parti telah memenangi pilihanraya 2002 dengan undian terbesar 34.3% tetapi Erdogan masih belum layak bertanding. Pada Mac 2003, AK Parti menggunakan kejayaan majoriti mereka bagi membolehkan Perlembagaan dipinda dan mengizinkan Erdogan bertanding di bandar kelahiran isterinya di Siirt dan dia telah dilantik menjadi Perdana Menteri Turki pada Mac 14, 2003. Pada 2014 Erdoğan dipilih sebagai presiden pertama dilantik melalui pilihanraya.

Semasa menjadi perdana menteri, dia menunjukkan kewibawaan kepimpinan yang cemerlang di kacamata dunia Islam. Di antara kejayaannya termasuk siri-siri reformasi besar ekonomi, sosial dan kebudayaan Turki yang meletakkannya sebagai negarawan tersohor pelbagai dimensi. Posisi dan pendiriannya yang tegas tentang isu-isu umat Islam dan hal global, khususnya hak rakyat Palestin, yang mendapat sanjungan serta penghormatan dunia Islam. Dengan dokongan kuat dan padu rakyatnya, Erdogan mempamerkan khidmat cemerlang kepada Islam dengan membela hak asasi dan tuntutan keadilan umat.  Di peringkat global,  Erdogan adalah salah seorang pemimpin Islam yang menyeru kepada persefahaman di antara peradaban, dan seorang pendokong kuat dialog, hidup bersama cara aman dan bekerjasama antarabangsa di antara kepelbagaian budaya seluruh dunia. Dia rapat mendampingi Profesor Yusuf al Qaradawi, Sheikh Rashid al Ghanoushi dan Anwar Ibrahim dalam isu keprihatinan umat dan dialog ketamaddunan.

Di dalam negara, Erdogan merintis kempen pembaharuan ekonomi, sosial dan kebudayaan yang membuka jalan kepada pembangunan pesat dan meletakkan Turki di tangga negara termaju dari segi ekonomi dan perindustrian, tanpa berkompromi tentang demokrasi dan keadilan. Erdogan berjaya mengeluarkan negaranya daripada kemelesetan ekonomi, mengurangkan hutang negara, menarik pelabur asing dan mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak 7.3%. Bank Dunia memuji Erdogan ke atas reform yang dia laksanakan yang telah megembalikan Turki kepada status ekonomi stabil.  Di bidang pendidikan, Erdogan menambahkan dana peruntukan sekolah-sekolah seluruh negara dan bertindak dengan berkesan mengurangkan jurang gender dalam kesimbangan pendidikan. Jumlah universiti digandakan bilangannya.  Pendidikan di Turki adalah percuma.

Dia juga berjaya melakukan reformasi perundangan, dan khususnya, suatu pakej reformasi keselamatan sosial dan kesihatan di mana semua orang di bawah umur 18 tahun layak kepada khidmat perubatan dan umur persaraan dinaikkan kepada 65 tahun. Pada 2008, dia memperkenalkan undang-undang melarang merokok di kawasan awam. (Turki merupakan negara di mana sebilangan besar rakyatnya adalah perokok tegar).

Kejayaan besar demokratik dicapai olehnya – pembaharuan besar-besaran, rundingan pembukaan pasaran EU dan keprihatinan hak asasi termasuk menamatkan penderaan dan penyiksaan, suatu kelaziman di dalam penjara-penjara Turki. Erdoğan juga mengusahakan beberapa reformasi demokratik, termasuk langkah-langkah besar bagi menamatkan konflik dengan  minoriti Kurdis. Dia telah menawarkan sebahagian pengampunan kepada aktivis-aktivis Kurdis, membenarkan penggunaan bahasa Kurdis di media massa dan mengembalikan nama-nama asal bandar-bandar Kurdis dan hak kebudayaan Kurdis.

Bagi dasar luar, Erdogan berjaya memulihkan hubungan dengan Greece dan menandatangani perjanjian bersama pimpinan negara itu untuk menubuhkan Unit Operasi Gerak Bersama bagi menyertai Operasi Bantuan Keamanan. Dia juga mengambil siri-siri langkah ke arah rekonsiliasi dengan Armenia dan berjumpa kerap kali dengan presidennya. Erdogan khususnya menjalinkan hubungan erat diplomatik dan perdagangan bersama negara-negara Arab dan Islam.  Erdogan juga mengambil langkah-langkah penting ke arah penyertaan Turki ke dalam Kesatuan Eropah. (Namun dihalang oleh Perancis dan sekutu mereka yang memandang serong kepada negara umat Islam di Eropah)


Pengiktirafan

Di samping hadiah King Faisal International Prize for Service to Islam, Erdoğan telah menerima pelbagai anugerah atas pencapaian dan pembaharuannya. European Voice Organization menamakannya The European of the Year in 2004 – Tokoh Eropah 2004 sementara majalah  Time menamakannya sebanyak dua kali dalam senarai 100 most influential people in the world – ‘100 orang paling berpengaruh di dunia’. Di samping itu, dia menerima 15 ijazah kehormat doktor falsafah.


Penentangan Para General dan Masalah Tudung Wanita

General-general dan birokrasi sekular ekstrim Kemalis amat membencikan pakaian tudung kepala wanita kerana ia melambangkan amalan Islam dan agama di ruang awam. Erdogan terpaksa menghantar anak-anak perempuannya ke universiti di Amerika bagi menyambung pengajian supaya memelihara aurat.

Markaz turus tentera Turki sungguh gusar apabila AK Parti mengambil alih kerajaan pada tahun 2002 dan mereka dengan sengaja memulaukan upacara-upacara rasmi apabila pemimpin-pemimpin baru Turki kerana diiringi isteri-isteri mereka yang masing-masing bertudung. Kedegilan general-general ini membayangkan ancaman tersirat sepertimana tindakan pembersihan mereka ke atas sesiapa sahaja yang mempunyai kecenderungan Islam  selepas pengharaman Refah Partisi era Erbakan.

Apabila jelas AK Parti berhasrat untuk melantik Abdullah Gül, sebagai presiden Turki pada 2007, Ketua Turus Angkatan Tentera mula memberikan isyarat-isyarat getir. Pegawai-pegawai tentera bersara mengaturkan demonstrasi-demonstrasi pro-sekularis. Ratus ribuan orang telah hadir ke demonstrasi di bandar-bandar bahagian barat.

Pada April 27, 2007, parliamen mengadakan pusingan pertama pemilihan presiden dan  Gül tidak mencapai majoriti dua pertiga. Petang itu juga, markaz turus tentera menyiarkan memorandum memberi amaran bahawa “kami mengikuti dan mengawasi perbahasan” dan “kami adalah pembela sekularisme” serta ugutan,  “jika perlu kami akan mempamerkan reaksi kami”. 5 hari kemudian, sebuah lagi kubu kuat Kemalis iaitu Mahkamah Perlembagaan menyokong permohonan parti pembangkang sekular CHP supaya dibatalkan pemilihan tersebut atas isu teknikal.

Setelah menerima ugutan terbuka daripada markaz turus tentera, beberapa orang pemimpin dan penyokong AK Parti telah memuatkan beg masing-masing untuk bersiap sedia disumbat ke dalam penjara. Tetapi Turki telah berubah, Erdoğan, Gül, dan AK Parti tidak gentar dan patah semangat.  Mereka mengubah tarikh pilihanraya parlimen ke hadapan diawalkan dari November ke Julai. Apabila diberi pilihan di antara AK Parti dan junta tentera,  rakyat Turki mengundi secara besar-besaran mahukan AK Parti. Pada Julai 22, 2007, AK Parti mendapat 46.6 % undi; parti pro-military CHP hanya dapat 20.9 %. Pada Ogos 28, 2007, parlimen baru melantik Abdullah Gül sebagai presiden dan isterinya,  Hayrünnisa, menjadi “wanita pertama” Turki yang memakai tudung kepala.

Selama beberapa bulan, pimpinan tertinggi tentera terus memboikot acara-acara rasmi, kadangkala dengan perbuatan kesat dan biadap. Namun, tidak timbul lagi persoalan kerana tentera telah terpaksa kembali kepada berek mereka. Dulu, tentera boleh mencampuri urusan negara kerana ahli-ahli politiknya tidak popular dan rakyat merelakannya. Tetapi kini, angkatan tentera yang dikerah tidak dapat digembelingkan lagi bagi menentang sebuah parti politik popular yang telah memenangi separuh daripada undian nasional. Lambat laun, sistem yang ada terpaksa menyesuaikan dirinya: Abdullah Gul bersifat lemah lembut, mesra dan pandai menyantuni orang, serta membina imej dirinya sebagai seorang negarawan ayng moderat. Orang Turki telah membiasakan diri mereka melihat wanita bertudung. Mereka pula membiasakan diri melihat isteri-isteri para pemimpin AK Parti yang bertudung, di mana ada yang sangat jelita tudungnya, seperti  pakaian isteri bekas menteri , Ali Babacan, yang berpakaian seolah-olah di dalam cerita kisah seorang permaisuri.


Pemimpin Terulung Turki

Erdogan sering dikatakan sebagai presiden Turki paling berkuasa semenjak Ataturk. Dia juga dianggap di antara pemimpin paling karismatik di dunia sekarang. Dia telah memajukan ekonomi dan pada suatu sudut juga, menyumbang kepada pembaharuan politik dan berupaya mengendurkan kuasa tentera daripada mencampuri urusan politik. Dia menangani dengan tegas pesaing tegarnya iaitu tentera yang sering mencampuri pemerintahan dan merampas kuasa.

Kerajaannya telah bertindak pantas ke atas rangkaian Ergenekon – suatu komplot sekularis totok  yang merancang huru hara bagi menjustifikasi rampasan tentera. Banyak pihak memuji kerajaannya dalam bertindak ke atas institusi-institusi kebal yang sepanjang sejarahnya hanya menindas kebebasan rakyat Turki.

AK Parti memupuk pakatan dan rakan dalam mendepani tentangan pahit pihak Kemalis yang berada di dalam birokrasi dan tentera. Dengan mengamal politik akomodasi dan keupayaan berpragmatik,   Erdoğan and Gül mengusaha inspirasi nasional kerana ramai telah serik dengan ancaman rampasan kuasa tentera dan penindasan ekstrim Kemalis. Erdogan dan Gul juga menarik perlindungan politik dengan merancakkan penyertaan EU. Erdogan melaksanakan lawatan kilat kepada banyak ibu kota Eropah bagi meraih sokongan dan  prestasinya cergas serta mengkagumkan.

Politik Turki sejak 2002 telah berjalan secara stabil secara relatifnya. Dia membawa kestabilan politik dan ekonomi kepada sebuah negara yang sebelumnya hanya melonjak daripada krisis kepada krisis lain. Turki telah muncul sebagai penjana besar pembuatan dan ekspot.  

AK Parti telah memenangi 4 pilihanraya umum. Turkey telah menikmati pertumbuhan ekonomi yang pesat, reform perlembagaan, dan kemunculan sebagai kuasa gobal. Kejayaan ini, karismanya dan usahanya menjadikannya model bagi banyak negara-negara Islam.

Erdoğan seorang yang mendominasi landskap politik. Bagi kebanyakan rakyat terutama daripada pendalaman Anatolia, dia telah menawarkan  khidmat kesihatan yang lebih baik, orang yang tidak sekular kembali mendapat tempat dan diwakili serta dia menambahbaik baik infrastruktur negara. Dia berjaya menyiapkan terowong landasan tren baru di bawah Selat Bosphorus serta sedang menyiapkan pembinaan Jambatan Ketiga menyeberangi selat itu.  Terowong pertama pengangkutan darat juga sedang dipertimbangkan. Bangunan-bangunan mercu tanda bersejarah dan warisan terbilang Uthmaniyah telah diperbaiki, diperbaharui dan diindahkan dengan pesat dan kemas menambahkan lagi minat serta daya tarikan pelancung ke Turki.

Erdogan juga bekerja keras bagi memastikan kebebasan beragama di dalam negaranya yang majoriti Muslim tetapi telah lama diperintah oleh regim ekstrim sekular yang menindas penganut dan pengamal agama. Latarbelakangnya dan komitmen kepada nilai-nilai Islam menarik kepercayaan dan dokongan majoriti rakyat Muslim Turki yang beragama tetapi telah diabaikan oleh kerajaan sebelum ini.

Pada pentas antarabangsa, dia dilihat sebagai sosok yang defensif – tinggi, tetapi berwatak keras dan tidak senyum mesra. Tetapi di dalam negaranya sendiri, dia kelihatan riang ceria, berseloroh, menyindir dan juga mendeklamasi sajak kepada ribuan penyokong yang membanjiri perhimpunannya. Erdogan memiliki karisma combative - mudah bertarung, sifat yang digemari bandar-bandar kecil pendalaman Anatolia.

Dia mengutuk dan membantah Israel secara terbuka dan terang-terangan atas tindakan kejam serta tidak berperikemanusiaan Israel ke atas rakyat Palestin. Dia menerajui sokongan kepada pergerakan dan pejuang pembebasan Syria serta membantu semua pelarian Syria dengan segala kemudahan dengan tulus tanpa curiga atau teragak-agak. Dia telah menawarkan perdamaian dan hak asasi kepada minoriti Kurdis.

Erdogan menggambarkan pendirian politik partinya sebagai: “Kami telah membuka lembaran baru dengan kumpulan orang yang baru, parti yang baru… Kami bukan anti-Eropah. Malah kami pro-Eropah.”

Kata-katanya kini sering dipertikaikan oleh media terutama Barat. Tentang ungkapan lamanya “landasan aku adalah Islam,” Erdoğan menjawab, “Islam adalah agama; demokrasi cara memerintah. Anda tidak boleh membandingkan kedua-duanya. Kita hanya mahu menambah kebahagiaan kepada rakyat.”


Cabaran

Kini, pergolakan dan percaturan global menyaksikan serangan media Barat yang dahsyat dan bertalu-talu ke atas Turki khususnya kepimpinan dan peribadi Erdogan. Jika dulu dia dijulang dan diangkat, sekarang media giat memperlecehkan tindak tanduk Erdogan hingga ke tahap memperbesarkan setiap pertuturannya supaya dapat merendahkan sosoknya serta menjatuhkan imejnya di khalayak dunia.

Media dalam negara juga adalah antara yang paling bebas di dunia dan TV serta akhbar-akhbar yang menentang AKP dan mempunyai agenda sekular serta Kemalis terus menerus menyiarkan berita yang memburukkan Erdogan dan kerajaannya. Ini adalah keunikan Turki yang menjadi lebih bebas bersuara dan lebih demokratik, ironisnya di bawah pimpinan Erdogan yang telah membawa pembaharuan demokratik yang luas.

Apabila kemasukkan ke EU tergendala, ia memberikan kesan kepada kelancaran ekonomi dan perdagangan. Mata wang Turki pula menyusut akibat spekulasi dan serangan. Prestasi syarikat –syarikatnya berdepan dengan apa yang ramai orang Turki percaya sebagai sabotaj, contohnya syarikaa penerbangan Turkish Airlines adalah yang antara paling berjaya masakini tetapi sering diganggu-gugat oleh ancaman pengganas.
Pergerakan Gulen juga dilaporkan telah berubah menjadi pesaing dan ancaman kepada Erdogan melalui rangkaiannya yang melebar di dalam jentera pentadbiran dan juga pelusuk negara.

Pilihanraya terbaru memperlihatkan perubahan strategi parti-parti saingan yang kini tidak lagi menunjukkan penentangan terang-terangan terhadap tradisi beragama dan lambang-lambang Islam malah cuba mempamerkan keterbukaan budaya dan pegangan kepada pluraliti kemajmukan. Lambang-lambang sekular tegar seperti gambar potret Ataturk telah dikurangkan sewaktu kempen pilihanraya.

Parti-parti lain juga sering membangkitkan kecurigaan dan kegusaran rakyat terhadap tendensi berkuasa mutlak jika Presiden diberikan kuasa eksekutif. Mereka ditakutkan dengan bayangan kehilangan kebebasan dan paksaan yang menghakis demokrasi. Rakyat juga terutama elit dan sekular bandar semakin menanam sikap skeptikal terhadap Erdogan terutama nilai-nilai, amalan dan kegemilangan Uthmaniyah yang mereka lihat ingin dikembalikan olehnya.

Rancangan pembangunan Gezi Park  dan Istana baru presiden mendapat tentangan berbentuk demonstrasi besar-besaran pada Jun 2013.

Paling mencabar adalah bagaimana untuk menangani polarisasi mendalam - semacam berpuak-puak di antara mereka yang sekularis dan mereka yang beragama yang kian berkembang di dalam masyarakat yang semakin renggang. Perpecahan ini amat ketara dengan kekuatan AK Parti  bersama majoritinya walaupun tidak lagi absolut, dan kedegilan pembangkang yang mengambil sikap zero sum – nekad menang atau kalah -  berkeras supaya AK Parti mesti digagalkan walau dengan apa cara sekalipun. Pembangkang menolak untuk berbincang dan bekerjasama dalam penggubalan perlembagaan baru dan ini menjadi rintangan kepada janji dan  inisiatif AK Parti bagi mempelawa serta meyakinkan minoriti Kurdis untuk berdamai.  

Perbualan, pertengkaran dan perdebatan hangat berlaku di sesi-sesi santai, majlis jamuan dan perjumpaan di antara mereka yang liberal yang mempertahankan prestasi reformis AK Parti dan mereka yang sekularis mengecam kesalahan AK Parti yang dituduh melanggar norma susila Ataturk.  Ini seolah-olah pertembungan di antara kelas – class warfare. Daripada pemetaan demografi pengundian, AK Parti seolah-olah mewakili majoriti rakyat baru perbandaran yang datang daripada kampung-kampung dan kalangan peniaga kecil manakala sekularis mewakili elit lama yang terdiri daripada pelarian empayar Uthmaniyah yang telah membangunkan  Republik Turki sejak 1920an yang menguasai bandar-bandar persisiran pantai barat.

Cabaran serta langkah ke hadapannya tidak mudah dan Erdoğan tabah menerima prinsip yang disebutkannya sendiri sebagai meraikan natijah demokratik – embracing any democratic outcome.



Monday, June 8, 2015

NAVIGATING RELIGIOUS POLITICS



It needed a non Muslim delegate and supporter of the Islamic Party to point out and criticise the apathy over the use of slander and foul words by the party members as being against the teachings of the Qurán. This was not surprising as the assembly and the party had arguably lost its moral high ground in the run up to the elections.

Observers of the assembly also saw an uneasy phenomena where young teens and those in their early twenties were brought in as observers by their respective mentors were behaving unkindly. They were jeering and taunting marked leaders in a mob like behaviour openly in the hall. No one was stopping them.

Young people who were never really inducted into the party properly or orderly and did not even know the history, the sacrifice and contributions of those they condemn. Some were not even born yet when the party had faced adverse tribulations, the very leaders they reject had paid with their jail time, wealth and suffering to uphold the party bringing to its highest position.

Instead, they were indoctrinated through dubious programs which spread animosity and rancour. They were fed with hate and hostility instead of love and brotherhood. They had affection and adoration but their loyalty and trust were only for their mentors. Only their mentors, their guides and gurus were the religious, the knowledgeable. The only people qualified and eligible to lead and only them, not anyone else.

One of the programs was the liqa al fikri – study groups or gatherings. The content consist of connecting the mission and struggle of the party, nurturing and guiding members to relate Islamic teachings to the present situation. But unbecomingly, it led to identifying and naming alleged traitors, hypocrites and all sorts of slanderous accusations towards the organisations’ own leadership. It was selective persecution resorting to callous labelling and name calling.

Then there was the advent of the social media and smartphones. Some may wonder how a 66 year old tried and tested senior political party with experience and resolve became embroiled in virtual slander and tech mayhem. Now the bane of the Muslim community – mischievous labelling, mutual distrust and endless strife spread like wildfire in the gadgets that they held so easily. Dubious handles and statuses manufactured and fabricated rumours, buzzes, gossips and tattles which then were consumed whole heartedly by an eager and horde like irrational audience.

No matter the training and development – tarbiyyah – they ought to have undergone, it seems that its was not enough to navigate the harsh realities of the material world and its super modern enticements.

Intelligence operatives and minders had a field day feeding all and sundry allegations, noshing grape vines, plotting and conspiring, began to penetrate deep into the heart of the party machinery and remained entrenched inside.

Suddenly, the curious idea of associating a leader or a member with his or her profession or educational background became the criteria for selection or persecution. The activist, reformist or professional – maybe this is the only political party that uses this word degradingly – was to be punished or threatened. The “professionals” had to succumb and submit to the “religious”, kowtowing every command be it wise or not, or be rejected.

And this was happening to a party which had become the party of choice for young professionals who had religious idealism and Islamic political consciousness. This party had outperformed the ruling regime in attracting new talent and also Non Muslim support. It had turned out to be the most ungrateful organization for rising young activists and had become exclusively dogmatic.

The methods used to flush out and cleanse out the party purging its leadership from the so called “professionals” were politically dirty, paying tribute to the Machiavellian. It was realpolitik and it was astonishingly effective in removing and ridding all of the rivals who were supposedly opposing the “religious”.

The “professionals” or the “progressives” were in a dilemma and could not really fight back. They were completely outmanoeuvred by the plotters and their backers. They were easy punching bags for all apparent troubles and fears of Muslims who had siege like tendencies, hardline fancies and inferiority complexes. The “progressives” or “reformists” were called “Anwar’s people”, “social democrat party stooges”, “liberals”, “Erdogan’s secularists”, “bogeyman”, “pimps” and worst of all “hypocrites” albeit harakiy hypocrites.

Trumped up charges of treachery were laid at the “progressives” just to smear them without any shred of evidence. A staged noisy rabble protest was led by one eager religious “candidate”. One “progressive” got his car burned by an arsonist. No one from the top cared or showed any remorse or even sympathy. There was deafening silence.

Things were engineered such that the “progressives” were at pains to show loyalty to the party chief but at the same trying to fend off scurrilous attacks which had the tacit backing of their own top leadership. Unbecoming words were coming out from those who ought to have shown more decorum and should have displayed much vaunted moral and ethical behaviour. In the end the “progressives” were simply overwhelmed by the massive propaganda and personal onslaughts.

All the time, as the build up went on, it was clearly giving political Islam a bad name and distancing more and more people from it. But instead of listening and reflecting on such sincere caution, the “religious” became more absolutely fatalists decrying that winning elections were not the ultimate objectives of the party. It was seeking the pleasure of God. No one could argue with that but certainly the ways and means in pursuing God’s pleasure have to be sound, pure and pristine.

In the meantime, non Muslims were becoming concerned that the much appreciated Welfare State concept was giving way to the Theocratic State model which had already been a bone of contention that led to the 2004 alternative coalition breakup.

The moral compact which had bound the three parties was unraveling. Instead of an agreed common agenda of justice which had been painstakingly been established, the party was pursuing a personal agenda on its own. Meanwhile word has it that the corrupt ruling regime had made overtures and this made matters worse. The aged old racial formula was being rehashed – bringing back Islam to the Malay fold exclusively instead of reaching out to all, as the once much touted “party for all” – playing on the fears of the populace. Talk of stacked electoral delineation and gerrymandering has leaked showing a deep ignorance of public distrust.


So what happens next?



Wednesday, June 3, 2015

DR SIDDIQ FADIL: WASPADA HILANG HIKMAH, BUTA SEJARAH, KUFUR NIKMAT



KULIAH TAFSIR MAUDHUIYY SIRI-74: MEWASPADAI GEJALA KEHILANGAN HIKMAH, BUTA SEJARAH DAN KUFUR NIKMAT




4. Kami tidak mengutus seorang rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah sesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

5. Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Musa dengan membawa ayat-ayat Kami, (dan Kami perintahkan kepadanya): “Keluarkanlah kaummu dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah”. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang penyabar dan banyak bersyukur.

6. Dan (ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya: “Ingatlah nikmat Allah atasmu ketika Dia menyelamatkan kamu dari (Fir`aun dan) pengikut-pengikutnya, mereka menyiksa kamu dengan siksa yang pedih, mereka menyembelih anak-anak laki-lakimu, membiarkan hidup anak-anak perempuanmu; dan pada yang demikian itu ada cubaan yang besar dari Tuhanmu”.

7. Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.
(Surah Ibrahim 4-7)


Huraian Maksud Ayat

- Bahasa Ibunda dan Dakwah Para Rasul -

Seluruh para rasul pada umumnya membawa misi yang sama: ikhraju ‘n-nas mina ‘zzulumati ila ‘n-nur, iaitu pembebasan manusia dari gelita kesesatan dan kejahilan, untuk dibawa ke dalam benderang cahaya ilmu dan kebenaran. Misi profetik itulah yang kita sebut sebagai misi tahririy-tanwiriy (pembebasan dan pencerahan). Untuk itu tentunya diperlukan alat kemunikasi yang berkesan. Justeru, para rasul dan seluruh para pewaris misi para rasul memang harus komunikatif-artikulatif. Ayat 4 surah Ibrahim menyebut bahawa alat komunikasi terbaik adalah bahasa ibunda kaum itu sendiri (lisan al-qawm). Hanya dengan pengantar bahasa ibunda mesej tahririy-tanwiriy itu dapat disampaikan dan difahami dengan jelas dan tepat, mudah dan cepat. Bahasa dalam konteks ini tidak hanya asal bahasa ibunda, tetapi harus dipertimbangkan juga kesesuaian kata-kata dan bentuknya dengan tahap kemampuan khalayak memahaminya. 

Abdullah Yusuf Ali mengatakan, “If the object of a message is to make things clear, it must be delivered in the language current among the people to whom the apostle is sent. Through them it can reach all mankind. There is even a wider meaning for ‘language’. It is not merely a question of alphabets, letters, or words. Each age or people - or world in a psychological sense - casts its thoughts in a certain mould or form. God’s Message - being universal - can be expressed in all moulds and forms, and is equally valid and necessary for all grades of humanity, and must therefore be explained to each according to his or her capacity or receptivity. In this respect the Qur’an is marvellous. It is for the simplest as well as the most advanced”.

Dalam melaksanakan misi pembebasan dan pencerahan tersebut, semua rasul memakai bahasa pengantar bahasa ibunda kaum masing-masing. Ketetapan tersebut dibuat oleh Allah s.w.t. sendiri berasaskan ilmu dan hikmah ketuhanan-Nya. Ayat 4 tersebut ditutup dengan menyebut dua Nama Indah Tuhan: al-`Aziz dan al-Hakim (Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana). Ertinya, Tuhan Maha Berkuasa melaksanakan segala kehendak-Nya, dan Maha Bujaksana dalam segala perbuatan, tindakan dan ketetapan-Nya, termasuk ketetapan-Nya mengutus para rasul dengan bahasa kaum mereka.

Jika objektifnya ialah untuk menjadikan gerakan pembebasan dan pencerahan itu merata dan merakyat, maka pilihan satu-satunya ialah pemakaian bahasa ibunda, bahasa pribumi atau bahasa lokal. Pemakaian bahasa asing tidak mungkin membawa hasil (pembebasan dan pencerahan) yang merata dan merakyat. Strategi pemakaian bahasa asing hanya mungkin membentuk segelintir kaum elit yang tercabut dari akar kaum dan bangsanya. Kerana itu pemilihan bahasa asing sebagai pengantar pendidikan rakyat adalah suatu penyimpangan dari hikmah, dan sekaligus menolak kebijaksanaan Tuhan Yang Maha Hakim (Bijaksana) yang telah mengutus semua rasul-Nya dengan bahasa kaum mereka masing-masing. Mempelajari bahasa asing memang ada keperluannya, tetapi ia tidak boleh mengambilalih peranan bahasa ibunda. Kita boleh berinovasi dan melakukan pelbagai eksperimen, tetapi jangan sampai kehilangan wisdom.


- Musa `a.s. dan Misi Profetiknya -

Ayat 5 surah Ibrahim merumuskan dua misi utama pengutusan Musa `a.s.: a. Membebaskan kaumnya dari gelita (kesesatan dan kejahilan), dan membawa mereka kepada benderang cahaya ilmu dan kebenaran. b. Mengingatkan mereka dengan hari-hari Allah (ayyami ‘Llah). Hakikatnya, kedua-duanya bukan misi eksklusif Musa `a.s. semata-mata, tetapi misi bersama para rasul keseluruhannya. Mesej mereka memang rata-rata bersifat dan bersemangat liberatif, dalam pengertian pembebasan manusia dari segala bentuk zulumat. Kata zulumat yang bererti kegelapan itu disebut dalam bentuk jamak (plural) kerana kenyataannya kegelapan memang pelbagai - kesesatan, kejahilan, kezaliman, kesempitan, kesakitan, kemunduran, kekotoran, kebiadaban dan sebagainya. Para rasul adalah pejuang-pejuang misi liberatif-transformatif dalam pengertian memimpin umat ke arah kehidupan yang cerah dalam sinaran cahaya petunjuk Ilahi (al-nur). Kata al-nur disebut dalam bentuk tunggal (mufrad/singular) kerana ia merujuk cahaya dari Allah Yang Maha Esa. Cahaya kebenaran memang hanya satu, cahaya yang sebenar hanya memancar dari satu sumber, iaitu Allah s.w.t.

Pencerahan dan pencerdasan adalah misi profetik yang harus diteruskan dengan melawan gerakan pembodohan yang banyak dilakukan oleh pihak-pihak berkepentingan. Amalan mengongkong umat dalam kepompong pemikiran sempit kepartian dan perkauman seperti yang sedang berleluasa ketika ini adalah juga sejenis zulumat yang harus dilawan. Demi penerusan dan pelestarian misi profetik tahririy-tanwiriy, umat harus dimerdekakan dari segala bentuk pembelengguan dan penindasan politik, ekonomi dan budaya

Misi kedua Musa `a.s. dan rasul-rasul lain, termasuk Muhammad s.`a.w. ialah meratakan kesedaran tentang hari-hari Allah (tadhkiruhum bi ayyami ‘Llah). Yang dimaksudkan dengan hari-hari Allah (ayyami ‘Llah) adalah sejarah, iaitu ketika Allah memperlihatkan peristiwa fenomenal yang sarat dengan erti dan pengajaran, peristiwa yang menyerlahkan kekuasaan-Nya secara luar biasa baik berupa pencurahan nikmat atau penimpaan laknat, peristiwa penting yang membawa impak besar terhadap kehidupan dan nasib masa depan sesuatu bangsa. Dalam kaitan ini Abdullah Yusuf Ali mengulas, “The Days of God: the days when God’s mercy was specially shown to them. Every day and every hour and every minute, God’s grace flows to us abundantly, but there are special events in personal or national history which may be commemorated as Red-letter Days.” Kesedaran sejarah sebagai bahagian penting misi para rasul dapat disaksikan dari banyaknya paparan kisah-kisah (al-qasas) umat silam dalam kitab-kitab yang diturunkan Allah melalui rasul-rasul-Nya. Al-Qur’an sendiri mengandungi banyak kisah-kisah sedemikian yang semuanya membawa mesej pengajaran (`ibrah).


- Hikmah dan Sejarah -

Antara ayyami ‘Llah (sejarah) dengan `ibar/`ibrah (pengajaran), ternyata wujud hubungan langsung yang sangat erat. Justeru, bukan sekadar suatu kebetulan apabila bapak sejarawan Ibn Khaldun memasukkan dua kata tersebut (ayyam dan `ibar) dalam judul karya monumentalnya, Kitab al-`Ibar wa Diwan al-Mubtada’ wa al-Khabar fi Ayyam al-`Arab wa al-`Ajam wa al-Barbar wa Man `Asarahum min Dhawi al-Sultan al-Akbar. Judul lengkap karya sejarah tersebut diterjemahkan oleh Franz Rosenthal sebagai Book of Lessons and Archive of Early and Subsequent History, Dealing with the Political Events Concerning the Arabs, Non-Arabs, and Berbers, and the Supreme Rulers who were Contemporary with them. Bagaimanapun ia lebih terkenal dengan sebutan singkatnya, Kitab al-`Ibar. Sebagaimana yang diisyaratkan dalam judul karya tersebut, sejarah, menurut Ibn Khaldun, mempunyai dua dimensi: lahir dan batin. Lahirnya adalah peristiwa-peristiwa nyata yang dilalui oleh sesuatu bangsa atau negara, sementara batinya adalah pengajaran, sebab-musabab, prinsip dan aturan (sunnatu ‘Llah). Kefahaman tentang batin sejarah atau mesej tersirat di balik peristiwa sejarah itulah yang dinamakan hikmah atau wisdom

Hakikat inilah yang diungkapkan oleh Muhsin Mahdi tentang falsafah sejarah Ibn Khaldun, “The prominent position of `ibra in the title and in the text point in the same direction: a movement from the externals of history to its internal nature. Ibn Khaldun specifically identifies this effort with scientific or philosophic investigation, and calls it a part of wisdom (hikma, sophia). `Ibra, therefore, is not only the link between history and wisdom, but also the process through which history ia contemplated with the aim of understanding its nature and utilizing the knowledge thus gained in action.” (Mahdi, M., 1957: 71).

Demikianlah hakikat peri pentingnya belajar dari sejarah sebagai bahagian daripada agama. Meremehkan sejarah bererti mengabaikan komponen penting al-Qur’an, dan mengenepikan misi besar para rasul. Kegagalan memahami dan menangkap mesej sejarah pula bererti kehilangan hikmah. Malangnya, ramai kalangan ulama dan fuqaha’ sendiri yang gagal melihat kepentingan sejarah seperti yang diungkapkan oleh Ibn Khaldun. Demikianlah gejala yang melatari usaha muhaddith besar al-Hafiz Shamsu ‘d-din al-Sakhawiy mempertahankan ilmu sejarah dengan menghuraikan objektif dan manfaatnya. Usaha membela sejarah dari celaan sesetengah kalangan fuqaha’ itu dilakukannya menerusi karya terkenalnya al-I`lan bi-al-tawbikh li-man dhamma al-tarikh (Pernyataan Tempelak terhadap Mereka yang Mencela Sejarah).


- Nilai Sabar dan Syukur -

Ternyata tidak semua orang memahami erti dan kepentingan ayyami ‘Llah (sejarah). Ayat 5 menyebut secara khusus golongan yang mampu memahami sejarah sebagai ayat atau tanda kekuasaan Allah. Merekalah yang disebut sebagai golongan sabbar dan shakur (penyabar dan banyak bersyukur). Dalam ayyami ‘Llah ada sejarah pahit yang harus dibaca sebagai tanda tuntutan agar bersabar, di samping ada pula sejarah manis yang harus dibaca sebagai tanda tuntutan bersyukur. 

Mengenai kata sabbar dan shakur, Abdullah Yusuf Ali menjelaskan, “Sabbar is the intensive form, and includes all the ideas implied in sabr in an intensive degree. Shakur and shakir have in them the idea of appreciation, recognition, gratitude as shown in deeds of goodness and righteousness. Both terms are applied to God as well as to men. A slight distinction in shades of meaning may be noted. Shakur implies that the appreciation is even for the smallest favours and response on the other side; it is a mental attitude independent of specific facts. Shakir implies bigger and more specific things.”

Peringatan tentang betapa berertinya ayyami ‘Llah dengan segala iktibar dan pengajarannya, segera diikuti dengan contoh salah satu bentuk ayyami ‘Llah dalam sejarah Bani Isra’il. Ayat 6 merakamkan catatan bagaimana Musa `a.s. melaksanakan misi memperingatkan kaumnya tentang pengalaman ayyami ‘Llah yang telah mereka lalui, iaitu nikmat pertolongan Allah yang menyelamatkan mereka dari azab penderaan Fir`aun ke atas mereka. Babak sejarah yang mereka tempuh itu membawa mesej ujian: sabar ketika ditimpa bencana penindasan kejam, dan syukur ketika Allah menyelamatkan mereka dari petaka tersebut. Bencana yang berupa kerja paksa di luar keupayaan, penyembelihan anak-anak lelaki kerana ditakuti akan muncul dari kalangan mereka wira penggugat kekuasaan Fir`aun, dan pembiaran anak-anak perempuan hidup untuk dihina dan ditindas, memang suatu ujian berat. Semuanya harus disikapi dengan sabar, bukan dalam pengertian menerima kezaliman dan merelakan penghinaan. Tetapi sabar dalam pengertian ketahanan menanggung derita tanpa mengalami al-hazimat al-nafsiyyah atau psychological defeat (kekalahan psikologis), dan tanpa putus asa dari usaha membebaskan diri. Pengalaman pahit tersebut seharusnya menyedarkan mereka betapa berertinya nikmat pertolongan Allah menyelamatkan mereka dengan cara yang di luar perkiraan semua. Nikmat penyelamatan Ilahi itu seharusnya disyukuri selamanya, dari generasi ke generasi. Justeru, tanpa nikmat pertolongan Ilahi tersebut nasib dan sejarah hidup mereka kekal sebagai kasta hamba yang hina, diperas dan ditindas, dihempas dan dipulas.

Demikianlah al-Qur’an mengajarkan dua nilai penting - sabar dan syukur - yang memang sentiasa relevan sepanjang hayat, kerana hidup manusia bila-bila dan di mana pun tidak lekang dari dua pengalaman - dikurnia nikmat atau ditimpa musibah. Dengan demikian, dua nilai inilah yang harus dihayati silih berganti. Syukur ketika mendapat nikmat, sabar ketika ditimpa musibah.

Betapa agungnya nilai syukur diungkapkan pada ayat 7 dalam bentuk deklarasi ketuhanan yang mengumandang sepanjang zaman tentang keberuntungan orang yang bersyukur, deklarasi janji Allah yang disampaikan dalam nada yang tegas dan pasti, bahawa sesiapa yang bersyukur nescaya akan bertambah-tambah nilmat yang diperolehinya. Bagi manusia mukmin ayat 7 surah Ibrahim ini menumbuhkan keyakinan dan kedamaian jiwa kerana ia adalah janji Allah yang tidak mungkin dimungkiri. Di samping itu ia juga menumbuhkan kewaspadaan yang tinggi dalam penggunaan nikmat. Dengan semangat syukur, ia tidak akan menyalahgunakan nikmat untuk tujuan jahat, kotor dan curang. Dan tidak juga menggunakannya dengan motif memperaga dan membanggakannya di hadapan khalayak. Jika nikmat digunakan dengan cara yang diredhai Allah dan disenangi manusia, akan wujud masyarakat sejahtera dan berkebajikan.

Janji penambahan nikmat untuk mereka yang bersyukur, diimbangi dengan peringatan keras terhadap mereka yang kufur nikmat, bahawa mereka akan didera dengan azab yang pedih. Kufur nikmat boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Antaranya termasuklah sikap tidak mensyukurinya, atau mengingkari hakikat bahawa Allah sebagai pengurnia sebenarnya. Kufur nikmat berlaku apabila seseorang itu berasa bahawa nikmat (kejayaan) yang diraihnya adalah hasil usaha, ilmu dan kemahirannya diri peribadinya sendiri, seolah-olah kemampuan dan keupayaan dirinya itu bukan nikmat kurnia Allah. Kufur nikmat juga berlaku apabila ia disalahgunakan untuk tujuan memenuhi nasfu, melakukan kerosakan (fasad) atau motif membangga-banggakan diri di hadapan khalayak.


Azab yang keras (al-`adhab al-shadid) yang akan ditimpakan ke atas mereka yang kufur nikmat juga boleh berlaku dalam pelbagai rupa. Ada yang dihilangkan sama sekali, ada yang dikekalkan zahirnya tetapi dihilangkan kesan rasa nikmatnya, ada yang dikekalkan wujudnya, tetapi hakikatnya menjadi beban yang menyiksa dan mendera, dan ada pula azab yang ditangguhkan ke suatu masa (sama ada di dunia atau di akhirat). Yang pasti, kufur nikmat tidak akan terlepas dari pembalasan. Syukur atau kufur, manfaat dan akibatnya kembali kepada manusia sendiri. Allah tidak beruntung kerana disyukuri, dan tidak rugi kerana dikufuri. Disyukuri atau dikufuri, Allah tetap Maha Kaya lagi Maha Terpuji.


(Dr Siddiq Fadil adalah Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia)