Monday, June 27, 2016

SIDDIQ FADZIL: Kafir harbi atau Warganegara? Kepelbagaian Dalam Bingkai Kesatuan



Kafir harbi atau Warganegara? Kepelbagaian Dalam Bingkai  Kesatuan

27 Jun 2016 | SIDDIQ FADZIL

Pembinaan bangsa dalam konteks Malaysia harus berasaskan formula kepelbagaian dalam kesatuan. Kita harus dapat bersikap positif, melihat dan menerima kepelbagaian kaum, agama dan budaya bukan sebagai sumber konflik, sebaliknya sebagai aset kekuatan, kekayaan, kreativiti dan dinamika kemajuan.
Bangsa tidak dapat dibina menerusi formula melting pot atau kawah besar peleburan. Tidak ada golongan yang rela jati dirinya dilebur. Kebinekaan atau keragaman budaya tidak menjadi masalah, andainya ia diletakkan dalam bingkai keekaan atau kesatuan. Formula kepelbagaian dalam kesatuan adalah selaras dan serasi dengan fitrah dan sunnatu'Lah. Tema inilah yang dihuraikan dengan cukup menarik oleh Dr. Muhammad `Imarah dalam bukunya, al-Islam wa al-Ta`addudiyyah: al-Ikhtilaf wa al-Tanawwu` fi Itar al-Wihdah (Islam dan Pluralisme: Perbezaan dan Kepelbagaian dalam Bingkai Kesatuan).
Segala kewujudan yang kita saksikan pada alam dan kehidupan semuanya memancarkan hakikat kepelbagaian dalam kesatuan-- keesaan Pencipta dengan kepelbagaian makhluk ciptaan-Nya; kesatuan keinsanan dengan kepelbagaian bangsa, warna dan bahasanya; kesatuan agama Allah dengan kepelbagaian syari`atnya; kesatuan syari`at dengan kepelbagaian fiqh, mazhab dan Fitrah sunnatu'Llah berupa kepelbagaian dalam bingkai kesatuan itulah yang diaplikasikan oleh Rasulullah s.a.w. dalam pembinaan ummah negara Madinah sebagaimana yang tercermin dalam perlembagaan ulung Sahifah Madinah, sebuah perlembagaan yang dilatari kepelbagaian kabilah, agama dan budaya warganya.
Lewat Sahifah tersebut Rasulullah s..w. telah membentuk ummah: ummah diniyyah (umat keagamaan) dan ummah siyasiyyah (umat politik). Ummah diniyyah bersifat eksklusif dan terbatas hanya untuk kaum Muslimin (annahum ummatun wahidatun min duni an-nas), sementara ummah siyasiyyah bersifat inklusif meliputi kaum Muslimin dan orang Yahudi (wa anna Yahuda Bani `Awf ummatun ma`a al-Mu'minin).
Kata kunci dalam ungkapan pembentukan ummah politik ini ialah kata ma`a (bersama) iaitu orang Yahudi bersama kaum Muslimin membentuk satu umat (umat Madinah). Ungkapan ma`a al-Muslimin (bersama kaum Muslimin), bukan minal-Muslimin (sebahagian daripada kaum Muslimin), bererti bahawa masyarakat Yahudi tidak menjadi bahagian daripada umat (keagamaan) Islam, tetapi menjadi bahagian daripada umat (politik) Madinah bersama dengan Peruntukan dalam Sahifah tersebut jelas memberikan status kewarganegaraan penuh (al-muwatanah al-kamilah) kepada masyarakat Yahudi. Sebagai warga umat dan negara Madinah status, hak dan tanggungjawab mereka sama dengan umat Islam. Mereka bukan warganegara kelas dua.
Persamaan hak dan tanggungjawab tersebut dicatat dengan ungkapan li al-Yahud dinuhum wa li al-Muslimin dinuhum (Yahudi dengan agama mereka, dan kaum Mukminin dengan agama mereka). Ertinyanya perlembagaan ini memberikan hak kebebasan beragama dan membenarkan para penganut pelabagai agama mengamalkan agama masing-masing dan mengekalkan jatidiri keagamaan masing-masing.
Persamaan tanggungjawab pula dicatat dengan ungkapan wa anna al-Yahuda yunfiquna ma`a al-Mu'minin madamu muharibin (masyarakat Yahudi dan kaum Mukminin sama-sama membiayai peperangan apabila negara Madinah diserang). Hak dan tanggungjawab yang sama juga diberikan kepada kabilah-kabilah Arab yang ikut menjadi warga Sahifah Madinah. Persamaan hak dan tanggungjawab kewarganegaraan antara Muslim dan bukan-Muslim itulah yang kemudiannya terumus dalam prinsip lahum ma lana, wa `alayhim ma `alayna (mereka berhak mendapat apa yang kita dapat, dan memikul tanggungjawab yang sama kita pikul).
Demikianlah antara yang tercermin dalam Sahifah Madinah, sebuah perlembagaan Islami yang disemangati kepelbagaian dalam bingkai kesatuan (al-tanawwu` fi itar al-wihdah).
Terdapat anggapan bahawa Sahifah Madinah tidak dapat dijadikan model sebuah negara yang moden, lengkap dan terperinci. Memang perlembagaan nabawi tersebut tidak digubal untuk tujuan itu. Bagaimanapun ia tetap relevan sebagai contoh penterjemahan prinsip dan nilai kenegaraan al-Qur'an ke dalam bentuk sebuah perlembagaan sesuai dengan realiti zaman dan lingkungan. Yang perlu dilihat bukan rinciannya, tetapi prinsip-prinsip dan nilai-nilai dasarnya.
Dengan demikian Sahifah Madinah tetap relevan sebagai acuan menangani masalah pluralisme masyarakat, termasuk isu persamaan status, hak dan tanggungjawab kewarganeraan antara Muslim dan bukan Muslim.
Perlembagaan nabawi itulah yang menjadi rujukan Dr.Fathi Osman ketika membahaskan isu tanggungjawab warga bukan-Muslim dalam pertahanan negara. Katanya, "The military service may have some religious character for Muslims, but it meanwhile signifies national defense for non Muslims. Non Muslims were allowed to share with Muslims the responsibility of defending Medina in the Prophet's Constitutional document which he drew up just after his migration there. This did not particularly work, but it cannot affect the validity of the principle." (Fathi Osman, 2002:153).
Tentunya dari semangat Sahifah Madinah jugalah beliau mendapat keberanian mendukung prinsip persamaan penuh (full equality) Muslim dengan bukan-Muslim dari segi hak dan tanggungjawab.
I do not think Muslims have any legal problem with regards to full equality with non-Muslims in rights and obligations. What emerged as the status of "dhimmis"; (non-Muslims within the Muslim state) was historically developed rather than built in the permanent laws of the Qur'an and Sunnah. Many scholars, including the Westerners, admit that the status of non-Muslims in the Muslim world during the Middle Ages,was better than what the Jews or other religious minorities received in the Christian countries in those ages.
The important question is: Are Muslims now ready to go further to secure and sanction full equality for the non-Muslim with them in a contemporary Islamic state? When reservations and 'if'; and 'but'; are raised, how can Muslims expect that non-Muslims would be convinced of, or be loyal to, the concept of Islamic state, while they are offered full equality without reservations in a secular democracy? (Fathi Osman,2002:152).
Perbincangan tentang kewarganegaraan orang bukan-Islam selalu dikaitkan dengan status kafir harbi dan dhimmiy yang terkesan tidak disenangi oleh masyarakat bukan-Islam. Sebenarnya telah ramai ulama dan sarjana Muslim yang menganggap pengkategorian tersebut sudah tidak relevan lagi.
Status kafir harbi dan dhimmiy pada hakikatnya tidak membawa pengertian negatif warganegara kelas dua. Ia lebih membawa makna jaminan umat Islam untuk melindungi warga bukan-Islam dari sebarang bentuk penindasan. Bagaimanapun dari segi hukum fiqh tidak ada halangan menggugurkan istilah dhimmiyyun untuk digantikan dengan istilah muwatinun. Dr. Yusuf al-Qaradawiy mengatakan bahawa para fuqaha’ silam umumnya menganggap kaum dhimmiy sebagai ahl al-dar (warga negara Islam) yang bererti mereka bukan orang asing.
Jika demikian mereka sebenarnya adalah ahl al-watan dan seharusnya disebut muwatinun sama seperti warga Muslim. Seterusnya al-Qaradawiy menyarankan agar istilah-istilah tertentu dalam sejarah masa lalu seperti dhimmah dan ahl dhimmah dipadam sahaja dari kamus masa kini kerana tidak lagi dapat diterima oleh masyarakat bukan Islam. Beliau berhujah bahawa Khalifah `Umar ibn al-Khattab r.`a. telah bersetuju memadam istilah yang lebih penting iaitu jizyah apabila kaum Nasrani Bani Taghlib meminta agar ia digantikan dengan istilah sadaqah. (Al-Qaradawiy, Yusuf, 2010:40-42)  Dari segi realitinya status dhimmiy sudah tidak ada sejak abad 19 (zaman Turki`Uthmani).
Mengenai fakta ini Al-Ghunaimi menyebut, “When Sultan Abdel Majid issued the Khatti-Sherif of Gulhane, in 1839, proclaiming the principal of equality between the Muslims and the Christians, the classical legal status of the dhimmis, presumably, was to disappear. (Al- Ghunaimi, Mohammad Talaat, 1968:213).
Bagi rantau ini kepelbagaian dan kemajmukan sudah menjadi bahagian daripada sejarah dan kebudayaannya. Hampir semua agama dan tamadun besar dunia -Islam, Kristian, Hinduisme, Buddhisme, Konfusianisme – telah hadir dan hidup berdampingan dengan harmonis selama berabad-abad. Keunikan rantau ini sebagai daerah terkaya dengan pengalaman dialog ketamadunan memberikan harapan dan optimisme kemampunan membina kesatuan bangsa berlandaskan kalimatin sawa'; dalam pengertian perkongsian suatu set nilai yang disepakati.
Sebagai sesama warganegara, hak dan tanggungjawab – Muslim dan bukan Muslim -- pada asasnya adalah sama. Demikianlah ketetapan yang berasaskan prinsip: lahum malana, wa `alayhim ma `alayna (mereka berhak mendapat apa yang kita dapat, dan mereka memikul tanggungjawab yang sama kita pikul). Agama memang tidak menghalang memberikan pelayanan yang baik dan adil kepada warga bukan Muslim, andainya mereka tidak memperlihatkan sikap permusuhan dan penentangan terhadap kaum Muslimin. Demikianlah yang difirmankan oleh Allah:
Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halamanmu. Sesungguhnya Allah Mencintai orang-orang yang berlaku adil. (al-Mumtahanah:8)
Merujuk ayat tersebut al-Shaykh Yusuf al-Qaradawiy menyebut bahawa berbuat baik dan berlaku adil terhadap warga bukan Islam sedemikian itu termasuklah pemberian ruang untuk mereka menganggotai majlis-majlis perwakilan. (Al-Qaradawiy, Yusuf,1999: 195).
Bukan semata-mata kerana darah keturunan. Keunggulan bukan hak eksklusif golongan tertentu, tetapi ditawarkan kepada semua yang sanggup memenuhi syarat. Dalam Islam tidak ada ketuanan warisan, yang ada ialah keunggulan bersyarat (khayriyyatun mashrutah). Keunggulan seperti itulah yang tersirat dalam ayat Ali `Imran: Keunggulan (khayriyyah) yang disebut dalam ayat tersebut terkait dengan tiga syarat:
1. Komitmen penegakan nilai-nilai kemakrufan.
2. Kesanggupan berjuang melawan gejala kemunkaran.
3. Beriman dengan Allah dalam erti yang seluas dan semurninya.
Ternyata tidak ada ketuanan yang dipusakai, kerana memang keunggulan tidak diwarisi. Keunggulan harus diraih dengan usaha gigih membina kekuatan watak berasaskan iman dan nilai-nilai murni. Demikianlah, yang ada hanya keunggulan yang bersyaratkan usaha yang serius (khayriyyatun mashrutatun muktasabah). Al-Qur'an tidak menyebut keunggulan yang berasaskan hak warisan perkauman (al-`unsuriyyat al-mawruthah). Justeru, keunggugulan bukan monopoli sesuatu kaum. Ia ditawarkan terbuka kepada semua yang sanggup memenuhi syarat, termasuk golongan ahl al-kitab.

* Profesor  Datuk Dr Siddiq Fadzil adalah Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) dan mantan Presiden WADAH


Saturday, June 25, 2016

DR SIDDIQ FADZIL: TADHKIRAH BERANI


TARBIAH RAMADHAN DAN SIFAT BERANI:   MENGAPA SESUATU BANGSA ITU BOLEH DI TINDAS?


Apabila berlaku penindasan oleh pemerintah yang zalim ke atas rakyatnya, adalah lazim pemerintah itu akan dihina dan dipersalahkan. Hakikatnya, tanpa kita sedari, kezaliman itu boleh berlaku, dengan rela dan izin oleh bangsa itu sendiri.

Siapakah mereka yg termasuk kumpulan ini?


Pertama: Bangsa penakut (al-ra'iyyat al-kha ifah)

Di dalam al Qur’an, terakam kisah Bani Israil yang pernah menjadi bangsa paling penakut. Ia adalah kesan indoktrinasi puluhan tahun Kerajaan Firaun ke atas mereka.

Penakut adalah watak Bani Israil pada zaman nabi Musa a.s. Mereka takut untuk mengisytiharkan pendirian ketika jelas kebenaran mengatasi kebathilan dalam pertembungan Nabi Musa dan tukang-tukang sihir Firaun.

Maka dikisahkan, meskipun jelas tongkat Musa sudah menelan semua ular ahli-ahli sihir, namun rakyat masih tak berani menerima kebenaran risalah Nabi Musa dan menolak kebatilan Firaun. Ia adalah akibat terlalu dibenam psikologi penakut.

Mereka terus menerus dihantui ketakutan terhadap Firaun walaupun telah terlepas daripada cengkaman kezaliman. Walaupun Firaun telah mati ditelan laut, namun mereka masih berperwatakan penakut. Sifat berani telah pupus dalam diri mereka apabila diperintahkan untuk memasuki tanah yang dijanjikan kerana takut untuk berhadapan dengan Qauman Jabbarin.

Apabila penyakit penakut sudah jadi watak, memakan beberapa generasi lamanya untuk berubah. Walaupun Firaun sudah mati berpuluh tahun, watak penakut tetap wujud lagi.

Maka Allah sesatkan mereka di padang pasir selama 40 tahun. Kenapa padang pasir dan tempoh 40 tahun?

Ia bagi menghapuskan generasi penakut dan melahirkan generasi pemberani yang mampu meneruskan kehidupan dalam ketandusan dan kegersangan padang pasir yang memeritkan. Keberanian hanya timbul bersama kepayahan. Keberanian lahir di luar zon selesa. Keberanian hanya lahir setelah ketakutan dikuburkan.

Sebab itulah kita disaran mengamalkan doa yang di ajar oleh junjungan besar kita Nabi Muhamad s.a.w.
"Allahumma a’inni ‘a'uzubika minal hammi wal hazan...." (Ya Allah, jauhkanlah aku daripada penyakit lemah dan rasa penakut).


Kedua: Budaya dan moral hidup bangsa itu sudah rosak.

Contohnya: Jika penyakit rasuah dan gila kebendaan begitu membarah ke atas setiap individu bangsa itu, maka masakan mereka akan menolak pemimpin yangg rasuah. Kerana mereka sendiripun akan amalkan rasuah itu, jika ada peluang dan kesempatan. Mereka menjadi masyarakat ‘venal’open to bribery and overly motivated by  bribes, mudah serta sedia disuap dan amat terangsang dengan rasuah.

Dengan sikap yang sudah hina sebegini, maka semakin mudahlah pihak berkuasa yang korup mengambil kesempatan memanipulasi sikap rakyat yang tersedia sudah rosak itu. Umat yang terkena ‘sumpahan kefasiqkan’.

Jembalang kefasiqkan, adalah jembalang yang menghantui ummah. Ummah disumpah kehinaan atas rasukan kefasiqkan yang menggila. Segala fikir, zikir, kata, daya dan aksi berkiblatkan keuntungan duniawi. 'Kekinidisinian' menjadi cogan kata masyarakat.

Apa yang boleh diharap pada masyarakat yang dirasuk kefasiqkan. Segalanya rosak baik yang tua dan yang muda, pemimpin mahu pun rakyat jelata, ilmuwan mahu pun agamawan semuanya hina disumpah kefasiqkan.

Adakah realistik untuk kita mengharapkan masyarakat yang sebegini terhindar daripada penindasan? Malah merekalah yang merelakan diri dan keluarga mereka dizalimi, ditindas malah diratah semahunya oleh pemimpin penindas demi secubit keuntungan duniawi. Sudah tentu mereka bukan sahaja mengiyakan malah menyokong penindas agar terus berkuasa semahunya.

Tiada makna ditelanjangkan segala kebobrokan, dijaja kekudusan perjuangan jika masyarakat masih terus disumpah kefasiqkan.

Maka, untuk mengharap rakyat yang sakit untuk menolak pemimpin yang sakit adalah suatu yang mustahil.

Benarlah apa yang terpahat dalam pesan Baginda Rasul s.a.w mafhumnya, bahawasanya kita diperlakukan sebagaimana peri keadaan kita. Pemimpin penindas hanya akan terus dijulang oleh masyarakat yang disumpah kefasiqkan.
Mafhum Hadith: "Sesungguhnya, seseorang dari kamu akan diperlakukan orang mengikut peri keadaan diri kamu sendiri."


Justeru, apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan bangsa yang sudah parah diwabaki penyakit penakut dan rosak moral, jika ia benar-benar berlaku? Ini suatu soalan yang tidak mudah untuk dileraikan. Ini memerlukan tarbiah dan islah.

Di sinilah terpusatnya gerak daya islah. Islah mas tata'tu yang menagih segala kesungguhan dan keikhlasan juga kecerdasan yang menuntut komitmen dari segala sudut, dari setiap lapangan dan golongan. Juru dakwah perlu tangkas mendidik dan menghentikan sumpahan ini. Hanya kebenaran dan keadilan yang mampu menumpaskan jembalang yang bersekongkol dengan pemimpin penindas.

Tarbiah Ramadhan adalah tarbiah untuk melahirkan sifat keberanian. Keluar dari kebiasaan, melawan keselesaan. Lapar dan dahaga diharungi demi menyempurnakan titah Ilahi. Hanya yang berani sahaja mampu mengharungi keperitan Ramadhan.

Inilah maqasid puasa yang gagal dihayati ummat. Ketakutan terus dipasakkan bersama ilusi yang tiada berpenghujung. Segenap tempat dan ketika ketakutan menjelma tanpa malu dan silu. Umat Islam ditakutkan seolah-olah tiada lagi kekuatan yang tersisa dan hidupnya hanya meminta-minta.

Ayuh! Dalam baki waktu termahal dalam Ramadhan ini, kita bina keberanian bersama munajat menghambat lailatul qadr.



Profesor Dato' Dr. Siddiq Fadzil.
Kg. Sg. Ramal Dalam.



(Catatan intisari usrah 20 Ramadhan 2016 oleh Cikgu Amidi Abd Manan dan Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni)

Friday, June 24, 2016

DR SIDDIQ FADZIL: MAQASID AL QUR’AN



Pidato Ramadan oleh Prof Dato Dr Siddiq Fadzil
22 June 2016


Implikasi Penurunan Al-Quran

Al-Qur’an diturunkan pada malam Lailatul Qadr, yang kebaikannya menyamai ‘seribu bulan’. Mengikut perbahasan ulama, istilah ‘seribu bulan’ itu bermaksud ‘banyak’, bukan terbatas hanya pada ‘seribu’. Ini menggunakan kaedah. 

Al-Qur’an membawa mesej transformatif () yang mengkagumkan. Ia dapat mentransformasi suatu masyarakat jahiliah menjadi masyarakat terbaik - Khayra Ummah. Model masyarakat khayra ummah adalah teladan para Sahabah Rasulullah s.a.w. yang diungkapkan oleh Sayyid Qutb dalam bukunya ma’lim fi al toriq  (Petunjuk di Sepanjang Jalan) sebagai al jil ul quraniy il fariid (Generasi al Qur’an yang Unik).

Keunggulan generasi Sahabah r.a., sehingga ada ulama mengatakan jika tiada Al-Quran sebagai mukjizat, kewujudan para Sahabah itu sendiri adalah suatu ‘mukjizat’ membuktikan kerasulan Rasulullah s.a.w. ().


Maqasid Penurunan Al-Quran

Ini adalah asas kepada Maqasid al Shari’ah. Tiada Maqasid al Shari’ah jika tiada Maqasid Al-Qur’an.
Ini pernah diulas oleh banyak pemikir termasuk Al-Ghazali (Jawaher Al-Quran), Rashid Redha (Al-Wahyu Muhammadi), Tahir Ibn ‘Ashur (Tafsir At-Tahreer wat Tanweer), dan Yusuf al Qaradhawi.

Ulama merumuskan bahawa Maqasid al Qur’an bermaksud: “Matlamat-matlamat penurunan bagi mengaktualisasi maslahah manusia atau kebajikan manusia” atau “Islahul Insan”. Manusia perlu diislah kerana mereka adalah pentadbir alam. Al Qur'an diturunkan untuk memperbaiki manusia supaya manusia dapat menguruskan alam dan seisinya sebaik mungkin.

Manusia yang terislah akan berbakti kepada keseluruhan manusia tanpa mengira bangsa, agama, atau warna kulit. Manusia yang telah diislahkan adalah manusia yang berkhidmat kepada manusia seluruhnya disamping mengabdi kepada Allah. Maqasid penciptaan manusia adalah beribadat kepada Allah dan berkhidmat kepada manusia.

Misi manusia yang terislah: Beribadah kepada Allah, Islah kepada Makhluk ()

Surah Ali-Imran ayat110 menyatakan secara jelas bahawa umat Islam adalah umat terbaik untuk berbakti kepada manusia seluruhnya. Istilah ‘Khayra Ummah’ seperti ditafsirkan oleh ulama, adalah bermaksud “Sebaik-baik manusia untuk manusia” (). Ini sesuai dengan mesej dan tema Islam sebagai “Rahmat Sekalian Alam”.

Ini bermakna manusia perlu merasa selamat berada di kalangan masyarakat Islam. Inilah watak manusia yang telah diislah oleh al-Qur'an.

Maka adalah tidak wajar bagi umat Islam memonopoli atau membolot kebaikan hanya untuk diri mereka sahaja. Misi khayra ummah yang tulen adalah misi kemanusiaan sejagat. Mesej kita adalah misi universal yang merentasi bangsa dan agama.

Al marhum Sheikh Taha Jabir Ulwani (rh) mengatakan: Khayra Ummah adalah mereka yang ditampilkan, “dikeluarkan (daripada manusia) untuk mengeluarkan (daripada keburukan, kesesatan, kegelapan) kepada benderang cahaya”.


Misi Islah daripada al Qur’an ada beberapa tema:

o Islah Aqidah: Perkara ini yang paling penting dan utama kerana ia akan membentuk pemikiran Tauhidik dan merdeka. Dhikr  yang paling awla ialah – la ilaha illallah (tiada tuhan selain Allah - memiliki implikasi besar, pembebasan manusia, hamba kepada Allah bukan kepada apapun selainNya)

o Islah Akhlak


Sejarah

Tujuan pengkisahan sejarah adalah  periwayatan misi para rasul - mengingatkan tentang hari-hari Allah. Sejarah adalah wahana untuk Islah yang sebenar. Maka, untuk berubah, manusia perlu belajar daripada sejarah. Al-Quran memaparkan pelbagai kisah sebagai sejarah yang perlu dipelajari. Peristiwa sejarah diungkapkan sebagai jalan untuk mengislahkan manusia apabila manusia mengambil pengajaran atau ibrah daripada sejarah.

Antaranya:

o Kisah Dzulqarnayn melaksana strategi memberdaya kaum manusia yang lemah. Raja yang kuat ini meminta bantuan kaum berkenaan dengan berkata “Bantulah aku dgn kekuatanmu’’, membawa maksud “Kamu tidak lemah, kamu kuat”.

o Kisah Musa a.s. yang melakukan Islah Siyasi dan memberdaya kaum Bani Israel. Penceritaan Nabi Musa dan Bani Isra’il - membina jiwa merdeka Bani Isra’il dengan di bawa mereka keluar bebas daripada penindasan di Mesir.

o Kisah Nabi Sulaiman a.s. dan Ratu Balqis:
Nabi Sulaiman a.s. mendengar pandangan Burung Hud-Hud, walaupun baginda adalah raja dan pemimpin yang agung. Burung Hud-Hud yang kecil berani memberikan pendapat, walaupun dia hanyalah seekor burung belatuk. Oleh itu rakyat kecil janganlah diremehkan dan orang besar tidak tahu semua perkara.

Ratu Balqis, walaupun seorang wanita, mampu mentadbir dengan baik dan mengamalkan syura bermesyuarat berunding dengan pembesar-pembesarnya, terserlah hikmah di dalam pentadbiran Ratu Balqis. Oleh itu, jangan memperkecil keupayaan seorang wanita untuk memimpin dengan bijaksana sepertimana kisah Ratu Balqis.


Kesimpulannya - Jika sejarah gagal difahami, maka kita tidak mampu untuk melangkah ke hadapan. “How can you know where you are going, if you don’t know where you have been”.



Pidato Ramadan oleh Dato Dr Siddiq Fadzil di Kolej Darul Hikmah sempena Iftar Jamaiyy  WADAH, ABIM dan PKPIM



(Disunting dan disuaipadan daripada catatan Dr Ahmad Safwan Mohamad dan saudara Baharin.)





Wednesday, June 22, 2016

Dr. Siddiq Fadzil: Maqasid Puasa



Maqasid Puasa: Hikmah dan Tujuan Pensyariatannya
(Pengantar kepada buku terjemahan tulisan Sheikh ‘Izz al-Din Ibn ‘Abd al-Salam al-Sulami al-Shafi’i)


Profesor Dato’ Dr. Siddiq Fadzil


Risalah Maqasid Puasa karya Sheikh ‘Izz al-Din Ibn ‘Abd al-Salam al-Sulami al-Shafi’i adalah sebahagian daripada kerangka besar maqasid al-shari`ah yang meliputi al-maqasid al-`ulya (objektif tertinggi), al-maqasid al-`ammah (objektif umum), al-maqasid al-khassah (objektif khusus) dan al-maqasid al-juz’iyyah (objektif juz’i).

Istilah al-maqasid al-juz’iiyah merujuk pengertian sebab (`illah), hikmah dan tujuan di sebalik sesuatu hukum. Memang setiap hukum syari`at mengandungi hikmah dan matlamat, baik tersurat atau tersirat.

Mustahil Tuhan Yang Maha Hakim, memerintahkan sesuatu tanpa tujuan. Demikianlah halnya dengan puasa, yang jelas bermatlamat mencapai pelbagai manfaat dan maslahat kerohanian yang terumus pada kata taqwa.

Yang dituntut dalam ibadat puasa (dan ibadat-ibadat lain juga), ternyata bukan hanya pelaksanaan syarat dan rukunnya, tetapi juga pencapaian hikmat dan matlamatnya.

Dengan ketajaman daya renung keulamaannya, al-Shaykh al-`Izz (`Izz al-din) ibn `Abd al-Salam (578 – 660H) dapat melihat hakikat bahawa syari`at keseluruhannya adalah maslahah (manfaat dan kebaikan bagi manusia).

Keyakinan tersebut terungkap jelas dan tegas dalam karyanya, Qawa`id al-Ahkam fi Masalih al-Anam. Judul karyanya sahaja sudah membayangkan pokok fikirannya, iaitu pertautan antara hukum dengan maslahah manusia.

Dalam karya besarnya itu al-`Izz mengatakan bahawa syari`at seutuhnya adalah masalih dalam pengertian sama ada menghindari keburukan (mafasid) atau mendatangkan kemaslahatan (masalih).

Justeru, setiap seruan Ilahi “Wahai orang-orang yang beriman, …”, dapat dipastikan bahawa pesan seterusnya tidak lain, sama ada berupa kebaikan untuk diraih, atau keburukan untuk dihindari.

Demikianlah ayat yang mewajibkan puasa (al-Baqarah: 183) yang juga bermula dengan seruan, “Wahai orang-orang yang beriman, …”. Pesan yang mengikutinya ialah pencapaian taqwa, puncak kebaikan yang harus didaki dengan ibadat puasa.

Dalam perbicangan tentang pembahagian (jenis-jenis) maqasid al-shari`ah terdapat kategori yang disebut maqasid ta`abbudiy atau matlamat pengabdian Ilahi dalam penurunan syari`at.

Seperti yang disebut dalam surah al-Dhariyat:56, tujuan penciptaan jin dan manusia ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah.

Memang, misi hidup manusia ialah pengabdian kepada Pencipta dan kebaktian kepada makhluk-Nya (`ibadat al-khaliq wa islah al-makhluq). Pengabdian kepada Allah bererti mematuhi segala perintah-Nya dan menuruti segala kehendak-Nya. Untuk itu manusia harus melepaskan diri dari belenggu nafsu.

Maqasid atau objektif inilah yang ditekankan oleh Shaykh al-Maqasid al-Imam al-Shatibiy dalam karya monumentalnya al-Muwafaqat bahawa, “Tujuan penurunan syari`at ialah untuk membebaskan manusia dari kehendak dan dorongan nafsu (…ikhraj al-mukallaf min daa`iyati hawaahu)”.

Demikianlah, maqasid al-shari`ah (ta`abbudiy) meliputi matlamat pembebasan manusia dari mengabdi kepada nafsunya, atau menjadikan nafsu sebagai tuhannya.

Sepanjang Ramadhan, manusia mukmin berjuang mencapai objektif syari`at, “pembebasan dari belenggu nafsu”. Perjuangan melawan nafsu itulah yang disebut dalam bahasa agama sebagai mujahadah. Kata mujahadah dalam wazan mufa`alah adalah bentuk kata yang seakar dengan kata jihad.

Tetapi mujahadah lebih membawa maksud perjuangan rohaniah yang berterusan dan berulang-ulang. Memang nafsu boleh dikalahkan dengan mujahadah, tetapi ia akan bangkit kembali walau berapa kali dikalahkan.

Kerana itu perjuangan melawannya juga harus berterusan. Yang penting, puasa memberikan kita keyakinan bahawa sesungguhnya kita mampu mengalahkan nafsu.

Dalam kehidupan manusia mukmin, kemampuan mengalahkan nafsu adalah prasyarat untuk menang dalam menghadapi segala jenis lawan.

Falsafah hidup ini dapat diungkapkan secara mudah: jika mampu melawan nafsu, akan mampu mengalahkan semua lawan; sebaliknya jika gagal mengalahkan nafsu, takkan berdaya melawan yang lain-lain.

Pengetahuan tentang tujuan pensyari`atan puasa (maqasid al-sawm) tentunya akan membantu peningkatan kualiti ibadah. Puasa kita akan menjadi lebih bererti dan berkesan, tidak hanya sekadar mengalami lapar dan dahaga.

Puasa adalah ibadah dan sekali gus tarbiyah pembentukan watak berpaksikan taqwa. Ciri-ciri perwatakan al-muttaqin banyak diungkapkan dalam al-Qur’an.

Kata taqwa itu sendiri ditakrifkan oleh sebahagian ulama sebagai kesedaran hati nurani dan kewaspadaan batin yang dibangkitkan oleh rasa takut kepada Allah (damirun ayqazathu khashyatu ‘Llah).

Pembentukan watak muttaqin adalah bahagian daripada maqasid al-shari`ah, khususnya maqasid akhlaqiyyah (objektif akhlaqi) yang merupakan maqasid al-bi`thah atau objektif pengutusan al-Rasul s.`a.w. sebagaimana sabdanya, “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak mulia”.

Ibadat (termasuk puasa) pada umumnya adalah akhlak, dalam pengertian berakhlak dan beradab kepada Allah.

Puasa adalah ibadat yang padat dengan hikmat pendidikan akhlak dan adab. Justeru, orang yang sedang berpuasa terikat dengan sejumlah pantang larang moral sebagaimana yang dibicarakan dalam bab adab-adab puasa.

Kerana itu yang perlu dijaga bukan hanya aspek sah dan batal menurut fiqh, tetapi juga aspek adab, roh dan semangat puasa.

Semoga puasa kita pada Ramadhan kali ini lebih baik daripada masa-masa lalu. Selamat menjalani ibadat intensif ihya’ Ramadan demi mencapai maqasid al-sawm yang menepati kehendak dan maksud syari`at.


(Bersempena Ramadhan 1437H, IDE telah mengambil inisiatif menterjemah dan menerbitkan buku Maqasid Puasa: Hikmah & Tujuan Pensyariatannya.)



Profesor Dato’ Dr. Siddiq Fadzil Pengerusi IDE dan mantan Presiden WADAH

Thursday, June 9, 2016

ANWAR IBRAHIM: KASIH SAYANG DAN KEMAAFAN: WACANA NAHDAH ASIA





Kemaraan dan penglibatan Anwar Ibrahim sebagai ahli politik tersohor di dalam kerajaan Malaysia terhenti secara mendadak pada 1998 apabila dia dipecat daripada semua jawatan-jawatan yang disandangnya. Setelah Anwar menganjurkan protes reformasi terbesar di dalam sejarah negara, rumahnya diserbu, dia ditahan dalam jel tanpa ikatjamin, digari, diikat penutup mata dan dia dipukul oleh Ketua Polis Negara waktu itu. 

Pada ketika itu apabila dia menjadi mangsa keganasan polis, ramai tersilap menyangkakan bahawa dia telah mati. Gambarnya yang terkenal menunjukkan matanya yang lebam dipukul menjadi simbol penganiayaannya seantero dunia dan pukulan itu meninggalkan kesan kepada badannya menyebabkan kecederaan belakangnya memerlukan pemakaian bres pengukuh sepanjang masa.

Walaupun mengalami kecederaan serious dan layanan yang keras, Anwar Ibrahim seorang yang pemaaf. Dia tidak mengharapkan pihak berkuasa memohon maaf dan dia tidak bercadang untuk menyaman kerajaan. “Bolehkah Hitler disaman?” dia bertanya. 

Anwar pembantu rapat bekas perdana menteri Mahathir Muhammad dan dikatakan menjadi bakal penggantinya. Anwar berdepan dengan keluarga Mahathir apabila dia cuba menangani gejala rasuah, sehingga dia ditangkap serta disabitan kesalahan pada tuduhan kali pertama.  Dia dianggap sebagai tahanan nurani - prisoner of conscience oleh Amnesty International sebanyak dua kali pada pemenjaraan pertama dan pemenjaraannya yang terkini, dan Anwar menerima sokongan luas daripada seluruh dunia membantah pemenjaraannya.

Anwar telah dibicarakan dan disabit kesalahan rasuah berkaitan kesalahan seksual yang penuh kesangsian pada 1999. Kemudiannya dia disabitkan dan dipenjarakan atas salahlaku seksual yang akhirnya setelah melalui proses rayuan yang berjela, Anwar didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Peristiwa itu adalah di antara episod paling memalukan dan mengarut yang berlaku di mahkamah apabila sebuah tilam yang comot yang dibawa mundar mandir dan kononnya dipamerkan sebagai “bukti kukuh”. Media rasmi dan saluran berita utama bermaharajalela menfitnah dan menghina Anwar Ibrahim. Pada 2008 adegan memualkan ini diulangi lagi.

Perbicaraan-perbicaraan pertama dikendalikan sewaktu pergeseran pertembungan politik, serta pertikaian tajam di antara Mahathir and Anwar Ibrahim tentang langkah-langkah kewangan dan ekonomi yang dilaksanakan sedang negara menghadapi krisis ekonomi merudum dan tuduhan sengit mengenai kronisme di peringkat tertinggi negara. 6 tahun kemudian, pengganti Dr. Mahathir’, Abdullah Ahmad Badawi, membebaskan Anwar menyebabkan kegusaran Mahathir. Anwar terus menjadi pemimpin pakatan pembangkang sehinggalah dipenjarakan buat kali kedua atas dakwaan yang juga dianggap sangsi.  Mahathir tidak pernah memaafkan Abdullah Badawi kerana memberikan ruang yang mengizinkan Anwar dibebaskan.

Orang yang berkesempatan bersua dengan Anwar Ibrahim akan menyedari dia mempunyai deria lucu yang kuat dan keberanian teguh yakin bahawa dia tidak bersalah, dan rasa humor serta keyakinan teguh inilah yang membantunya mengharungi 6 tahun kurungan penjara berseorangan pada pertama kali.

Apabila bercakap tentang masanya di penjara, Anwar menceritakan kesusahan dan sengsaranya apabila kehilangan orang tersayangnya dan kematian mereka yang paling rapat dengannya. Bagi mengharungi waktu yang sulit itu, dia bergantung gigih kepada al Qur’an, membaca kitab-kitab agama Islam, solat dan doa. Dia memenuhi masanya dengan menelaah dan menyelami buku-buku. Dia menekuni sastera kelasik, bukan hanya sumber Islamik tetapi juga teks Bible dan Kung Fu Tze. Dia membaca dan membaca Shakespeare.  Dia menyentuh khusus tentang King Lear, dengan mengatakan, “… King Lear di penjara bersama Cordelia. Dia keluar dengan lebih bijaksana dan lebih menyepi. Apabila aku keluar, aku telah maafkan semua yang berlalu, marilah kita maju ke hadapan.”

Kebanyakan pandangan dan pemikiran politik Anwar berlegar sekeliling peranan ajaran agama tentang keamanan, kerohanian dan kemaafan. “Saya seorang Muslim yang mengamal Islam,” katanya, “dan saya fikir belas kasihan adalah sebahagian ajaran agama.” Bagi Anwar Ibrahim, kasih sayang  bermakna meletakan penekanan dan menitikberatkan kesamaan semua di Malaysia, bukan hanya untuk orang Islam tetapi semua rakyat daripada berbilang agama dan kepercayaan. Menurutnya, “Setelah setengah abad merdeka, kita tidak mahu Melayu miskin dipinggirkan atau Cina didiskriminasi atau India diabaikan.” Dia kata pendiriannya tentang isu demikian tidak menjadikannya “pro-sekular” tetapi menjadikannya “pro keadilan dan kebebasan”.

Anwar bercakap tentang serangan tidak sudah-sudah  Mahathir walaupun dalam senja usia tuanya tanpa menunjukkan sebarang penyesalan atau insaf,  “Apabila saya dibebaskan saya berkata saya akan memaafkan tetapi saya tidak akan melupakan (kezaliman yang diperlakukan ke atas saya dan keluarga). Kemudian Dr Mahathir terus melemparkan tuduhan tidak berasas ke atas peribadi saya. Saya mempunyai hak sebagai seorang insan bagi mempertahankan maruah dan kehormatan saya. Ini bukan sahaja bagi membersihkan nama saya bahkan bagi menjaga nama baik saya melawan serangan jahat ini.

Bercakap tentang hubungannya dengan Mahathir dan samada nasibnya boleh berubah jika dia mengambil pilihan lain, Anwar menjelaskan, “Orang bertanya saya bagaimana saya melihat Mahathir sekarang, dan saya mengambil masa 20 minit bercakap tentang betapa bagusnya semasa bersama dengannya.  Mereka pun hairan, “Tidak, tolonglah bercakap dengan serious..” Saya jawab,  “Betul, saya serious!” Itulah sesuatu yang hebat. Betul, adakalanya saya marah, saya lawan hujahnya, saya sanggah dengan tegas, dalam beberapa perkara saya jelek dengan kepura-puraannya, kezaliman ketara, tetapi saya tidak akan menafikan sumbangan positifnya.   Tetapi pemusnahan institusi-institusi kerajaan, itu tidak boleh dimaafkan. Secara peribadi, saya OK, saya telah beralih, tetapi kehakiman, media, pasukan polis, parlimen, semuanya direndahkan hingga menjadi tidak bererti.”

(Tentang samada dia boleh mengambil pilihan berlainan pada ketika itu) “Oh, saya telah memikirkan lama tentang ini. Anda mesti ingat, saya di dalam penjara, jadi apa yang saya buat? Merenung, membaca dan berfikir. Dan menyanyi, dan saya banyak menyanyi juga. Kita akan merenung kembali, memang sebelum itu kami saling berbaik-baik, dia berbuat baik kepada saya dan saya amatlah baik dan setia kepadanya. Sudah tentu pada masa itu sukar dan getir tetapi saya fikir saya tidak mempunyai pilihan di saat-saat penghujungnya. Sebenarnya, saya telah memberitahu kawan-kawan saya yang kritikal bahawa saya telah bebaskan diri saya daripadanya. Walauapapun, kami berdua sebahagian daripada kerajaan pada masa itu. Ada keputusan-keputusan yang pahit, tetapi kita perlu membataskan garisan pemisah.”

“Perkara seperti ‘bailouts’, hal seperti laporan-laporan rasuah terhadap menteri-menteri di atas meja saya, dan saya diharapkan dan dijangkakan agar mengatakan, “jangan buat apa-apa”… kita mesti bangkitkan ini! Tetapi ada orang kata saya berkompromi, malah sekarang pun ada kawan-kawan yang mengatakan demikian. Tetapi itu bererti saya melanggar had batasnya. Bila dan jika saya ambil alih, bagaimana saya hendak rasionalkan dengan rakyat terhadap apa yang telah berlaku? Jika dilakukan oleh perdana menteri, saya tidak boleh buat apa-apa. Tetapi jika ia direstui oleh saya, saya akan hadapi masalah. Adakah saya menyesalinya? Tidak.  Adakah ia sukar? Ya. Adakah saya mempunyai pilihan lain? Tidak, kecuali bersara awal atau mati sebagai pejuang.”

Apabila ditanya berkenaan buku yang ditulisnya Nahdah Asia - “Asian Renaissance”, Anwar menjawab, “Buku ini menjadi bahan perbalahan kerana pihak yang rapat dengan Mahathir menyangkakan kami sudah berpisah haluan. Kedua, idea paksi pemberdayaan ekonomi adalah kritikal, tetapi ia bukan segala-galanya, itulah sebabnya saya bercakap tentang nahdah, pemberdayaan budaya, saya bercakap tentang kebebasan, dan keadilan. Dan saya berpendapat ada kesilapan pada mahaguru-mahaguru ekonomi pada waktu itu: preskripsi-preskripsi Bank Dunia, IMF tentang keajaiban ekonomi Asia Timur, dan sebagainya. Mereka tidak bercakap tentang jurang perbedaan kaya miskin, orang yang terpinggir, orang miskin, samada badan kehakiman bebas ataupun tidak, atau adakah media bebas. Pada mereka ‘keajaiban itu’ adalah daripada segi tanggapan cetek ekonomi dan kuasa. Saya berpegang teguh kepada tesis yang saya bentang dalam buku berkenaan. Itulah sebabnya saya guna istilah ‘nahdah’.

Namun ini suatu cabaran. Sekali kita merubah menjadi demokrasi yang segar bugar secara relatifnya, kita telah membenarkan ruang kebebasan. Dan kebebasan itu adalah kemestian untuk percambahan idea. Itu, pada saya, adalah sangat kritikal apabila kita bercakap tentang pemberdayaan ekonomi atau budaya.

Ini sedang berlaku dengan lebih jaya di Indonesia and Filipina kerana mereka lebih demokratik. Walaubagaimanapun, saya tidak mahu menafikan bahawa Indonesia, juga, menghadapi masalah besar kerana korupsi endemik dan peminggiran. Jika isu tadbir urus tidak diselesaikan, orang akan curiga, apa sahaja dasar-dasar, betapa rasional atau baik, akan sentiasa diragui. Adakah polisi-polisi itu bertujuan memperkayakan kroni-kroni  atau ia memang yang betul-betul keperluan penting kepada rakyat? Percaya itu mustahak.”

Tentang kejayaan politik terbaiknya sehingga kini, Anwar berkata, “Perjalanannya jauh lagi. Kita tunggu dan lihat. Ada orang kata kejayaan bermakna kita mendapat jawatan. Itu tidak betul. Kejayaan adalah apabila kita berjaya menyampaikan apa yang dijanjikan.

Ia bukan apabila kita meraih jawatan. Itulah saya fikir hikmah kerana telah berada di bawah dan ditindas. Dan itulah pada saya yang memastikan kita waras dan penuh tawadu’. Saya fikir itulah penting. Orang merasakan menjadi perdana menteri itulah matlamat akhir, tetapi saya tidak fikir begitu.

Saya rasa kita patut dinilai dan diadili. Dan apabila kita mampu menunaikan janji setelah mendapat jawatan, dan berpegang teguh kepada idea-idea kita, itu, pada saya, suatu cabaran yang lebih besar daripada mengolah idealisme semasa tiada autoriti atau kuasa. Apabila kita berkuasa, kita berdepan dengan realpolitik, dengan permainan kuasa, dengan kuasa-kuasa yang besar, dengan taukeh-taukeh. Bagaimana jika mereka berikan cincin bernilai 10 juta dollar, apa kita hendak buat?”

Apabila ditanya bagaimana dia hendak menangani taukeh-taukeh demikian dan mengekalkan idealismenya, Anwar menerangkan, “Saya seorang yang beriman; Saya seorang Muslim yang mengamalkan agama. Pada masa yang sama, saya membesar dengan baik, terima kasih kepada ibu dan ayah saya. Saya bersyukur kepada ibu dan ayah, mereka idealistik, arwah ibu dan ayah.  Ibu saya bukan berpendidikan Inggeris tetapi dia seorang yang gemar membaca.  Dia membaca hampir kesemua novel Melayu dan Indonesia pada zaman itu, keseluruhan koleksi buku-buku Balai Pustaka. Dan bapa saya, kami ada kompedium-kompendium kecil buku-buku, dari Gandhi ke Lao Tzu hingga Confucius, dan itu yang menarik. Bagi sebuah keluarga Muslim di kampung, dengan sebuah perpustakaan kecil, kami memilikinya.  Oleh itu kita membiasakan diri kita. Saya pergi ke kelas Qur’an, dan saya ikut Nabi s.a.w., sebagai seorang intelektual, kita tidak lihat agama semata-mata sebagai dogma tetapi kita melibatserta.

Roger Garaudy seorang ahli falsafah ternama, bermula hidup sebagai seorang Kristian di Perancis, kemudian menganut Islam. Apa yang dikatakan olehnya amat menarik, tidak seperti biasa seorang yang baru muallaf. Dia berkata, “Saya bernasib baik, saya membesar sebagai seorang Kristian, dan disitulah saya pelajari kasih sayang dan toleransi. Kemudian, saya menjadi seorang Komunis, dan saya punya empati kuat dan mengasihi golongan miskin dan tertindas. Kemudian, saya menganut Islam dan saya menjadi lebih universal.” Oleh itu hanya kerana dia kini Muslim, kehidupannya yang lalu tidak lagi relevan? Tidak, masa lalunya  adalah dirinya.

Itulah apa yang disebut oleh Amartya Sen. Dalam bukunya “Identity and Violence”, dia berkata, “Saya seorang India, saya menghafal Sanskrit pada umur 9 tahun dan ia suatu yang membanggakan, saya seorang Hindu dan saya rasa tamaddun kita hebat, tetapi oleh kerana saya di India, saya rasa Mogul Muslim telah memerintah dengan baik dan mengkagumkan. Tetapi saya kemudian menjadi profesor di Cambridge, di Harvard. Saya rasa ini institusi hebat dan saya suka berada sini di Amerika, dan walaupun saya dilahirkan dan membesar di Santiniketan, saya mengkagumi Shakespeare. Oleh itu, siapakah saya?” Dan itulah yang cantik. Saya selalu gunakan idea ini. Dan apabila kita membacanya dan memahaminya dan kita lihat pula mereka yang bercakap tentang ketuanan Melayu, demi Tuhan, mereka tidak tahu apa-apa pun.”

Tentang kenapa dia didakwa dengan tunduhan yang cukup mengaibkan, Anwar berkata, “Mereka tidak dapat mencalitkan saya dengan rasuah atau salahlaku jenayah jadi akhirnya mereka memilih sodomi – kerana ini akan menimbulkan kebencian orang Melayu di desa. Lagipun, ia lebih mudah, tiada bukti diperlukan untuk mensabitkan saya, hanya cuma terima aduan pengadu.”

Anwar membawa perihal (jenayah fitnah, Qadhaf) kepada mahkamah shariah, dengan menerangkan, “Saya bawa perkara ini kerana mereka (penuduh) menggunakan Islam dan mereka mahu memaksa saya bersumpah dengan menggunakan al Qur’an dan ini pada saya suatu penghinaan. Saya seorang Muslim yang mengamalkan Islam dan adalah suatu penghinaan kepada al Qur’an jika perbuatan jenayah dikendali hanya dengan bersumpah di atas kitab suci. Anda rogol orang dan anda bersumpah demi Qur’an dan anda terlepas? Apa ertinya ini? Adakah ini yang Islam mengajar kita? Saya telah merujuk kepada semua autoriti-autoriti agama dan mereka berkata tidak (kepada bersumpah), mereka berkata pilihannya hanyalah merujuk kepada mahkamah shariah. Itulah sebab saya buat keputusan membawanya ke situ tetapi mereka (penuduh) pula yang takut.”

Tuduhan sodomi yang digunakan bagi mengganggunya dianggap oleh orang luar negara sebagai pertuduhan biasa kelaziman di Malaysia, dan  Anwar menjelaskan dengan tuntas, “Tidak, saya seorang sahaja yang didakwa begini. Ini suatu phobia yang direka khas terhadap saya, semacam ‘xenophobia’ kebencian ditanam. Kita lihat media pada waktu perdana TV—- sayalah mengancam keselamatan, sayalah anti Melayu, mereka tuduh saya pergi India dan kecam Malaysia. Pernah saya meminta Menteri Penerangan (semasa di luar dewan parlimen), “Bolehkah kamu berikan saya cuti seminggu?” Dia tidak faham, lalu dia bertanya, “Kamu hendak pergi mana?” Dia asyik bertanya dan bertanya – akhirnya saya berkata, “Hentikan tentang Anwar dalam siaran rangkaian TV kamu.” Media dikuasai oleh UMNO, tiada kebebasan. Media asing telah melayani saya dengan baik. Amnesty dan Human Rights Watch berperanan besar dalam membangkitkan isu ini.

Orang yang paling rasuah akan menyokong undang-undang mencegah rasuah. Itu sebab kita mesti mengukur perubahan daripada reform sebenar dan pelaksanaan sebenar reform, bukan pengumuman-pengumuman. Jika saya orang kaya, saya boleh bayar 22 juta dollar US melantik konsultan PR antarabangsa yang dilantik oleh Sani Abacha dan lain-lain – oleh itu sememangnya mereka akan berikan (Perdana Menteri Malaysia) nasihat baik - tetapi bolehkah kita memandai-mandai saja dan menerima pandangan mereka? Adakah rasuah telah dibasmikan? Adakah media bebas? Adakah kehakiman bebas?

Saya pernah ditangkap, dimasukkan ke lokap duduk di atas lantai simen selama satu malam dan kemudian dibebaskan, tanpa apa-apa sebab – kecuali untuk menganiayai saya -  mereka boleh saja mengarahkan saya ke balai polis untuk memberikan keterangan.  Tetapi yang baiknya saya memiliki tawadu’ sekarang – semangat lebih kental bagi memperjuangkan keadilan – kalaulah saya, seorang yang dunia kenali boleh dilayani sebegini, bagaimana pula orang lain, mereka yang kurnag bernasib baik?”

Kemaafan adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan Anwar Ibrahim, dan ia telah memainkan peranan yang konsisten dalam urusannya dengan mereka yang telah menganiayainya. Satu contoh yang diberikan adalah isu yang timbul pada 2008 apabila Menteri Luar waktu itu menuduh Anwar sebagai agen Amerika. Dakwaan itu dianggap amat serious, dan Anwar terpaksa membawa perkara itu ke mahkamah. Enam tahun kemudian, apabila kedua-dua bertemu di mahkamah, bekas menteri luar yang menuduh Anwar sebagai agen Amerika berkata bahawa isu itu telah lama berlalu, dan mendesak supaya kes ini dilupakan dan semua orang boleh beralih ke laman baru. Anwar bersetuju, tetapi meletakkan syarat jika kes ini ingin dilucutkan, bekas menteri luar itu perlu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf di khalayak ramai. Bekas menteri luar enggan, dengan mengatakkan dia tidak mahu lakukannya di depan khalayak ramai tetapi sanggup melakukannya di dalam kamar hakim agar kenyataan maafnya diterbitkan pada dokumen mahkamah sahaja. Paling mengejutkan kepada keluarga dan sahabat handainya yang hadir, Anwar Ibrahim bersetuju, kes dilucutkan dan dia menerima permohonan maaf bekas menteri itu. Kaum keluarga dan kawan-kawannya marah dan keliru tetapi katanya, “… kemudian mereka memahami dan menerima. Mereka berkata al Qur’an sangat jelas, dan memaafkan itu lebih baik.” Begitulah, kedua-dua agama dan kemaafan memainkan peranan penting di dalam cara Anwar membuat keputusan.

Beralih ke hadapan, Anwar Ibrahim percaya  keadilan mesti konsisten, dan kasih sayang, belas kasihan dan kemaafan itulah yang kita patut fokuskan. “Jika kita tunjuk kasih sayang, belas kasihan, dan kemaafan kepada mereka di sekeliling kita di dunia, yang ada di langit akan menyirami kasih sayang dan rahmat ke atas kita,” kata Anwar. (Borislava Manojlovic 2015, The Love & Forgiveness Project,  Seton Hall University)

Tentang keluarga dan sahabat handainya, Anwar berkata, “Isteri saya telah bersama menyokong saya selama ini. Dia hanya menjadi aktif berpolitik selepas saya ditahan tetapi anak saya memang dalam politik.  Orang dalam kerajaan pernah bertanya kepada isteri saya --"Kenapa kamu masih bersama suami kamu? Kenapa tidak tuntut cerai?.... Bolehkah ini berlaku di tempat lain di dunia ini? Inilah keadaan politik longkang di Malaysia – menghina maruah insan dan mereka menggelarkan diri pengamal Islam sederhana. Saya dapat bertahan melalui membaca, berdhikr, bersabar dan berkeyakinan bahawa pada akhirnya nanti kita akan berjaya. Peranan keluarga, isteri saya Azizah dan anak-anak cukup luar biasa. Orang ramai mendoakan saya – sokongan terhadap saya amat menakjubkan.”





(disunting daripada koleksi media luar sekitar 2010)

Wednesday, June 8, 2016

PERUTUSAN KELUARGA DR MORSI



Ini adalah Ramadan keempat Dr. Morsi akan berkeseorangan di dalam penjara. Kami percaya keadaannya perlu diketahui orang ramai.

Sejauh pengetahuan kami, Dr.Morsi adalah satu-satunya tahanan politik di Mesir yang dilarang daripada  menerima kunjungan kaum keluarganya.  Sejak rampasan kuasa pada 3 Julai 2013, Dr Morsi hanya bertemu keluarganya hanya sekali pada 7 November 2013. Sejak itu, dia hanya bertemu anaknya Osama sebanyak empat kali selama beberapa minit sahaja, dengan perjumpaan terakhir pada January 2015.

Isterinya dan anggota keluarga  lain dilarang daripada menziarahinya sejak 13 November 2013.

Keluarganya tidak mengetahui tentang keadaan kesihatannya, akses kepada makanan, pakaian dan di mana dia ditahan.

Keluarganya juga tidak dibenarkan membekalkan sebarang benda keperluan peribadi seperti pakaian atau makanan.  

Keluarganya telah mengutuskan banyak permohonan meminta supaya diizinkan lawatan untuk melihatnya. Semua permohonan ini tidak menerima sebarang jawapan. Lawatan keluarga adalah hak menurut perlembagaan bagi semua tahanan termasuk  Dr Morsi.

Kami menyeru organisasi-organisasi  hak asasi manusia Mesir dan antarabangsa agar menolong menghentikan kezaliman yang berterusan ini.

Kami akan terus berjuangan demi pembebasan Dr. Morsi.



Keluarga Presiden Mohamed Morsi

5 Jun 2016



(diterjemahkan daripada perutusan yang diterbitkan oleh Middle East Monitor)

Wednesday, June 1, 2016

SAVING THE WORLD: The Family as the Hope for the Future



THE FAMILY CHARTER

The Family Charter was drafted together by Union of NGOs of the Islamic World UNIW (İDSB İslam Dünyası STK'ları Birliği) and the International Union of Muslim Scholars الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين‎‎ (al-Ittiḥād al-ʻĀlamī li-ʻUlāmāʼ al-Muslimīn) at the Family Charter International Conference 6th April 2016 in Istanbul.


The Family Charter (edited and enhanced)

Preamble

The family is the first incubator for human development and ensures the natural sustainability, preservation and continuity of humankind. Society today needs to revitalise customs and practices, and uphold good values in order to preserve the family bond and family values, to protect it from loss and degradation.

In these times, the family is confronting dour challenges, enormous threats and faces an array of strains and stresses from many domains that may cause a collapse of an important and vital core social institution of a healthy and vibrant society.

Conventions, treaties and laws are being introduced and pushed through which influences norms, education, culture and social action which affects and intrudes negatively into Islamic society and the family. Islam places great importance on the establishment of a family according to the teachings of the religion, with laws and ethical values instituted to protect and preserve the sanctity of the family.

The general principles of the Family Charter are consistent with universal human nature, common human decency and heavenly laws as confirmed by Islamic Sharia. The principles are compatible with multiculturalism and respects the United Nations Charter.

Chapter 1:           The Concept of the Family and its Objectives

Article 1:              The Concept of The Family

The family starts with and is a social unit which consists of a male and a female, as husband and wife, bound by a consensual legal marriage based on justice, kindness, cooperation, consultation, affection and mercy.

Article 2:              The family consists of spouses and their children, if the have any.

Article 3:  The Purposes of the Family

3.1          Chastity of the married couple and safeguarding honour and dignity of the household
3.2          Protection, posterity and wellbeing of children and progenies, care for health, physically,          sociologically and psychologically
3.3          Survival and continued existence of humankind
3.4          Attaining peace, tranquillity, psychological stability, compassion and mercy
3.5          Building and fostering a safe, secure and stable human society
3.6          Fulfil the needs of family affiliation and humane attachment

Chapter 2:           Elements of the Family and its Functions

Article 4:              The family is based on:

4.1          Equity and balance between the rights and obligations of the husband and wife, in order to      achieve justice, charity and fairness.
4.2          Equality in the origin of creation, equal standing and opportunities in social, legal, civil and    financial status and position
4.3          Decisions through consultation, compromise and conciliation.

Article 5:              The family’s functions   

5.1          To contribute to the overall development whether intellectual, social, economic and political
5.2          To safeguard the physical and moral welfare of family members, assets, property and                belongings.
5.3          To provide conditions suitable for psychological stability and health for all its members
5.4          To develop mental, physical, psychological and emotional wellbeing, cultivate educational      and life skills, accommodate healthy entertainment and recreation

Chapter 3:           Children and their rights within the family

Article 6:              Definition of Children

Childhood is from birth to adulthood

Article 7:              The child’s rights within the family consist of:
               
7.1          The right to live, survival and free from harm or abuse, beginning with its existence as a           foetus.
7.2          The right to affiliate with his biological parents and to belong to a religious, cultural and          cultural identity.
7.3          The right to breast feeding as long as it is not detrimental to the child’s wellbeing and the         mother’s health.
7.4          The right to custody under the auspices of comprehensive care in all material and moral          affairs, where this right extends to in the case of divorce and separation.
7.5          The right to alimony, food, drink, clothing, housing, education, medical treatment, entertainment and everything required as customary and habit, where this right extends to in the case of divorce and separation, providing all the needs of children.

7.6          The right of having a proper and trustworthy guardian safeguarding the child, his wealth and property.

7.7          The right to protection from all harm, safe from physical, material and moral assaults, safe from exploitation and illegal acts, safe from sexual abuse, human trafficking and forced deportation or coerced displacement.

7.8          The right to nurture moral values of sound doctrine.

7.9          The right to education, holistic, spiritually balanced, with imbued national belonging, humanitarian values and mutual aspiration for peace.

7.10        The right to nurture self reliance, and the elevation of the soul and the psyche

7.11        The right in upbringing chastity, avoiding deviant behaviour, rejecting illegitimate intimate liaisons and sexual relations outside of marriage, and the right to be thought awareness and the dangers of such illicit affairs

Chapter 4:           The Extended Family

Article 8: 8/1:     An extended family extends beyond the nuclear family to include grandparents and other relatives.

8/2/1:                    It is based on kinship and benevolence.

8/2/2:                    It provides material and moral care, and social solidarity especially for the needy, the elderly and people with special needs.

8/2/3:                    It ensures a decent life for people with special needs.

8/2/4:                    It acts as a mediator.

8/2/5:                    It treats relatives with kindness, reconciles in case of disputes and supports people in good times and bad times.

Chapter 5:           The Family System

Article 9:              Marriage is a legally sanctioned contract between a man and a woman, and it is the only way to establish a family.

Article 10:            The marriage contract is based on free choice and compromise between a man and a woman, living in legitimate cohabitation and engaging in mutual kindness.

Article 11:            The marriage contract stipulates that both spouses shall be competent and capable to bear responsibility.

Article 12:            The marriage contract shall have reciprocal rights and duties that must be fulfilled.

Article 13:            The husband shall bear all family expenditures based on his capabilities; however, it would be the wife’s benevolence and kindness to contribute to the family expenditure.

Article 14:            The family is the foundation of the community where its management is a shared responsibility of the husband and the wife. The husband shall bear the prime responsibility and carry out family matters within the scope of consultation and compromise, with justice, wisdom, love and living together.

Article 15:            The management of family matters is based on balance, equity and integration of roles.

Article 16:            The distribution of rights and duties within the family take into account the individuals’ innate differences based on equality and in the scope of mutual respect, rejecting inferiority or contempt.

Article 17:            The right of parents to be treated with kindness, righteousness and care by their children.

Article 18:            All forms of injustice and arbitrariness are forbidden among family members.

Article 19:            Documentation of marriage contracts must be in order to ensure and guarantee the rights contained in marriage.

Chapter 6:           Termination of Marital Relationship

Article 20:            The basic principle of marital relationship should be on the intention of lasting continuity. Divorce is resorted to only in the case of non-sustainability and after exhausting all ways, stages and processes in saving the marriage.

Article 21:            In the event of divorce, it should be carried out lawfully and benevolently. When the continuation of the marital relationship cannot be sustained, the husband has the right to divorce kindly. The wife has also the right to ask for divorce.

Article 22:            Upon the onset and occurrence of disagreement and discord, and before divorce proceedings, two referees shall be appointed from the husband’s side and the wife’s side respectively to mediate the conflict for the purpose of reconciliation.

Article 23:            Upon divorce, its status shall be determined, its requirements shall be cared for virtuously and the rights incurred by family members shall be preserved.

Chapter 7:           The Responsibility of Government and Civil Institutions for Family Protection

Article 24:            The responsibility of the government consists of the following:-

24.1                        Providing constitutional and legal protection for the family.

24.2                        Engaging and involving bona fide social organizations in solving family problems.

24.3                        Providing women and children with residential shelter and support, preventing homelessness and being neglected in the event of divorce or death.

24.4                        Caring after children’s interests in pursuing their studies and to satisfy their physical and moral needs.

24.5                        Supporting family culture to achieve family happiness, and guaranteeing stability and continuity.

24.6                        Facilitating civil society institutions to help people prepare for marriage life and family life, and to provide family guidance centres and set up institutions of reconciliation.

24.7                        Encouraging and assisting marriages

Chapter 8:           Inheritance, Last Will and the Prescribed Period

Article 25:            Inheritance is based on justice, integrity and responsibility

Article 26:            The deceased’s capital shall be distributed among those who deserve it, and it shall not deprive any inheritor the right of inheritance and its disposal.

Article 27:            The last will shall be done as a courtesy, and to fulfil the law.

Article 28:            Divorced women and those whose husbands have died shall preserve the lineages and shall care for their wellbeing and reputation.



(This version is edited, enhanced and adapted from the original draft for clarity and coherence)