Pernyataan Sokongan Tuan yang Terutama Abdullah Gül mantan
Presiden Turki untuk Anwar Ibrahim di Malaysia
13.02.2015
Saya mendapat tahu tentang pensabitan dan hukuman yang telah
dijatuhkan ke atas Anwar Ibrahim dengan perasaan amat sedih serta penuh
keprihatinan.
Sebagai seorang sahabat lama Anwar Ibrahim, saya mendapati
tuduhan yang dibawa ke atasnya amat sukar untuk dipercayai.
Anwar Ibrahim adalah seorang tokoh politik ternama bersosok
intelektual di Dunia Islam dan beliau adalah seorang yang gigih memperjuangkan
nilai-nilai Islam, demokrasi, kedaulatan
undang-undang dan hak asasi manusia.
Atas sebab inilah Anwar disokong oleh kumpulan-kumpulan hak
asasi dan beberapa negara-negara luar daripada Timur dan Barat.
Sebagai rakan kepada negara Malaysia dan rakyat Malaysia,
saya ingin meminta kerajaan Malaysia supaya mempertimbangkan kesan hukuman ini
atas imej dan kedudukan antarabangsanya serta komitmennya kepada hak asasi
manusia.
His Excellency
Abdullah Gul
http://www.abdullahgul.gen.tr/
No comments:
Post a Comment