Sunday, April 16, 2017

YUSUF AL QARADAWI: YAKINLAH PADA ALLAH

التاريخ: 12 إبريل، 2017الكاتب: د. يوسف القرضاوي


YAKINLAH PADA ALLAH MESKIPUN ASBAB SEMUANYA TERPUTUS

SHEIKH YUSUF AL QARADAWI, 12 April 2017



 خرج النبي صلى الله عليه وسلم مهاجرا من مكة إلى المدينة، ليس معه إلا الصِّديق أبو بكر، والدليل الذي يهديهما الطريق، وهو مشرك، وقد أعد النبي كل ما في وسعه من الأسباب ليعمي الأمر على قريش التي رصدت جائزة كبرى لمن يأتي بالنبي صلى الله عليه وسلم وصاحبه حيين أو ميتين، وكان من الأسباب التي اتخذها حتى لا يجده الكفار: أن اختار غارا قريبا من مكة، هو غار ثور، في جهة غير جهة المدينة المهاجر إليها، ليبقى فيه أياما قليلة حتى يهدأ الطلب والبحث عنه، لكن المشركين استطاعوا في بحثهم أن يصلوا إلى الغار الذي اختبأ فيه هو وصاحبه، ووقفوا أمامه. وقال أبو بكر: يا رسول الله، لو نظر أحدهم تحت قدميه لرآنا! فقال له الرسول: "يا أبا بكر ما ظنك باثنين الله ثالثهما؟! لا تحزن إن الله معنا". 

Nabi s.a.w telah keluar berhijrah ke Mekah dan tiada siapa yang menemaninya melainkan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq dan penunjuk jalan mereka adalah seorang Musyrik. Demi perjalanan hijrah itu, Nabi s.a.w telah menyediakan setiap daya usahanya dan asbab-asbab untuk menyembunyikan rancangan hijrahnya daripada pengetahuan Quraisy yang mana puak Kuffar Quraisy menanti-nantikan hadiah besar buat sesiapa yang dapat menangkap Nabi s.a.w dan sahabatnya samada hidup atau mati. Di antara asbab yang dipilih Nabi s.a.w adalah baginda memilih gua yang berdekatan dengan Mekah yakni Gua Thur yang terletak bukan pada jalan yang digunakan untuk sampai ke Madinah. Nabi s.a.w bersembunyi di gua tersebut beberapa hari hinggalah keadaan menjadi tenang akan tetapi puak Musyrikin berhasil mencari jejak mereka hingga ke gua tersebut sampailah mereka berdiri betul-betul di hapadan mereka. Berkata Abu Bakar “Wahai Rasulullah, sekiranya salah seorang daripada mereka melihat di bawah kaki mereka semestinya mereka dapat melihat kita!” Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w “Wahai Abu Bakar, apa anggapanmu terhadap dua orang yang mana yang ketiga itu adalah ALLAH? Maka jangan bersedih. Sesungguhnya Allah bersama-sama kita

وفعلا.. كانت معية الله هي التي أنجتهما من براثن المشركين، واعتبر القرآن هذا نصرا. قال تعالى: {إِلَّا تَنْصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ} (التوبة:40) . 

Dan sememangnya, kebersamaan Allah itulah yang menyelamatkan mereka berdua dari cengkaman Musyrikin dan al-Quran menyatakan ini adalah suatu bentuk pertolongan Ilahi. Allah ta’ala berfirman  

{إِلَّا تَنْصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ} التوبة:40
"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang daripada dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita." Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana."(At-Taubah ayat 40) 

واليقين الثاني كان حين غادر الغار، ومر هو وصاحبه ورفيقه ببعض العرب، فسمع الفارس المغامر سراقة بن مالك الجعشمي بالجائزة، ودارت في رأسه الأحلام بالنوق الحُمْر المائتين، جائزة قريش: للرسول مائة، ولرفيقه مائة، ويلحق بالنبي وصاحبه، لكن النبي صلى الله ليه وسلم، وقد انقطعت به الأسباب، يلجأ إلى مسببها، رافعا يديه لرب عوده أن يكون معه، ويقول: "اللهم اكفنا سراقة". فما إن أتم دعاءه: حتى غاصت قوائم جواد سراقة في الأرض، وأدركه الوهن، وينظر إليه الرسول قائلا له كلمات ملؤها اليقين: "يا سراقة، كيف بك إذا ألبسك الله سواري كسرى؟". فيتعجب الرجل، ويقول: كسرى بن هرمز؟ فيقول: "نعم".

Dan keyakinan yang kedua yang diamalkan Nabi s.a.w adalah ketika mana baginda keluar dari gua tersebut dan baginda, sahabatnya dan pembimbing jalannya.  Seorang penunggang kuda yang gagah dan pengembara yang hebat, Suraqah bin Malik Al-Ja’shami mendapat tahu berkenaan hadiah dan ganjaran yang diletakkan ke atas Nabi dan sahabatnya maka perkara ini berlegar-legar di kepalanya. Maka dia pun keluar mencari Nabi dan berhasil mengekori dan menjejaki Nabi s.a.w dan sahabatnya. Rasulullah s.a.w mendengar derapan kuda Suraqah dengan penuh yakin mengharapkan pertolongan Allah setelah asbab semuanya terputus menadah tangan kepada Tuhan agar Dia bersama-sama baginda. Rasulullah berdoa “Ya Allah lindungilah kami dari Suraqah”. Maka kuda Suraqah yang hebat itu jatuh dan menghadapi kelemahan dan kepenatan. Maka Rasulullah s.a.w melihatnya seraya berkata “Wahai Suraqah, apa pendapat kamu jika Allah memakaikan kamu pakaian kebesaran Kisra?” maka Suraqah hairan lalu bertanya “Kisra bin Hurmuz?” maka Baginda menjawab “Ya benar

 يعد صلى الله عليه وسلم بسواري كسري لصعلوك من صعاليك العرب، وهو الذي خرج متخفيا هو وصاحبه، لكنه اليقين بنصر الله، وأنه لا يخلف الميعاد. وفي غزوة بدر، وقد تلاقى الجمعان، وجيش قريش ثلاثة أضعاف جيش المسلمين، ومعهم من العدة والعتاد أضعاف ما مع المسلمين، وكانت حال المؤمنين كما وصفها الله تعالى: {وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ} (آل عمران:123). لكن النبي صلى الله عليه وسلم، يثق في موعود ربه، ويرى نهاية المعركة رأي العين حتى إنه يقول لأصحابه: "هذا مصرع فلان". قال أنس: ويضع يده على الأرض: "هاهنا، هاهنا" قال: فما ماط أحدهم عن موضع يد رسول الله صلى الله عليه وسلم.

Rasulullah s.a.w.  memberi janji akan pakaian kebesaran Kisra kepada Suraqah kerana bertepatan dengan mentaliti rendah orang Arab ketika itu. Dan bagindalah yang keluar secara bersembunyi bersama-sama sahabatnya dengan yakin yang penuh kepada pertolongan Allah yang mana Dia tidak memungkiri janjiNya. Ketika di peperangan Badar, apabila dua pihak mula berhadapan dan tentera Quraisy merupakan tiga kali ganda bilangan tentera Muslimin, beserta kelengkapan perang mereka yang lebih hebat daripada orang Islam. Perihal umat Islam pada ketika itu diceritakan Allah dalam firmanNya

{وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ} (آل عمران:123).

“Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Karena itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya.” (Ali Imran ayat 123) .

Rasulullah s.a.w. dengan penuh ketaqwaan dan keyakinan pada janji Tuhannya dan melihat perang tersebut dengan ra’yal ‘ain (penglihatan yang nyata) bersabda kepada para sahabatnya ketika baginda pergi ke medan perang Badar “Ini tempat matinya si fulan”  dan berkata Anas “lalu baginda meletakkan tangannya di atas tanah lalu bersabda disini, disini (si fulan akan mati)”. Maka tiada seorang pun dikalangan orang yang disebut namanya oleh Rasulullah s.a.w melainkan dia mati di tempat yang ditunjukkan baginda s.a.w, tidak berganjak sedikitpun.

 وفي غزوة الأحزاب،  التي ذكر الله تعالى من شأنها: {إِذْ جَاءُوكُمْ مِنْ فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَإِذْ زَاغَتِ الْأَبْصَارُ وَبَلَغَتِ الْقُلُوبُ الْحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِاللَّهِ الظُّنُونَا * هُنَالِكَ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُونَ وَزُلْزِلُوا زِلْزَالًا شَدِيدًا * وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُورًا} (الأحزاب:10-12) ، { وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا} الأحزاب:22

Pada peperangan Ahzab pula, Allah ta’ala berfirman tentang perihal peperangan tersebut

{إِذْ جَاءُوكُمْ مِنْ فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَإِذْ زَاغَتِ الْأَبْصَارُ وَبَلَغَتِ الْقُلُوبُ الْحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِاللَّهِ الظُّنُونَا * هُنَالِكَ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُونَ وَزُلْزِلُوا زِلْزَالًا شَدِيدًا * وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُورًا} (الأحزاب:10-12) ، { وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا} الأحزاب:22.

“(Yaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatan(mu) dan hatimu naik menyesak sampai ke tenggorokan dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam purbasangka. Disitulah diuji orang-orang mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat. Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: "Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami melainkan tipu daya". (Al-Ahzab ayat 10-12)
Dan pada ayat yang lain Allah ta’ala berfirman “Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata: "Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita". Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan.”

 قريش وغطفان ومن معهم من الأحزاب تحزبوا على رسول الله في عشرة آلاف مقاتل، والنبي لا يأمن غدر اليهود، والصحابة قد أصابهم الضيق والجوع، ودعاية المنافقين تحاول أن تعمل عملها، لتوهن النفوس، وتُضعف العزائم، وتفرق الصفوف، ولكن النبي  صلى الله عليه وسلم كان يبصر النصر أقرب من منتهى بصره، ليس نصرا على هذه الأحزاب التي ينتظرون، ولكنه نصر على كبرى دول العالم وقتها، فيقول لأصحابه وقد عرضت لهم صخرة لا تأخذ فيها المعاول في مكان من الخندق، فأخذ رسول الله صلى الله عليه وسلم المعول بيده، وقال: "باسم الله". فضرب ضربة وقال: "الله أكبر، أُعْطِيتُ مفاتيح الشام، والله إني لأبصر قصورها الحمر من مكاني هذا". ثم قال: "باسم الله". وضرب أخرى، فقال: "الله أكبر، أعطيت مفاتيح فارس، والله إني لأبصر المدائن، وأبصر قصرها الأبيض من مكاني هذا". ثم قال: "باسم الله". وضرب ضربة أخرى فقال: "الله أكبر، أعطيت مفاتيح اليمن، والله إني لأبصر أبواب صنعاء من مكاني هذا".

Puak Quraisy dan Ghatfan dan golongan-golongan yang berkomplot dengan mereka sewaktu perang Ahzab, mereka penuh bersedia dengan kelengkapan-kelengkapan perang dan Nabi Muhammad s.a.w pula tidak sunyi dari menangani tipu daya puak Yahudi. Lantaran itu, para sahabat ditimpa kesempitan, kesusahan dan kelaparan. Dan propaganda puak munafiqin cuba untuk merealisasikan niat jahat mereka agar melemahkan jiwa-jiwa muslimin serta keazaman orang beriman, bertujuan untuk memecah belahkan barisan mukminin. Namun Nabi s.a.w memberi khabar gembira bahwasanya pertolongan Allah itu sangat dekat, dan kemenangan itu bukan untuk perang Ahzab ini sahaja akan tetapi pertolongan Allah itu datang hingga ke atas kerajaan-kerajaan agung pada zaman itu. Hal ini dapat dilihat apabila para sahabat mengadu adanya batu besar yang tidak dapat dipecahkan oleh cangkul dalam usaha mereka menggali parit. Maka Rasulullah s.a.w mengambil cangkul dengan tangannya dan bersabda “Bismillah” kemudian baginda memukul ia dengan satu pukulan “Allahu akbar, aku telah diberi kunci-kunci Syam, demi Allah aku benar-benar melihat istana-istananya yang berwarna merah dari tempat aku ini”. Kemudian baginda s.a.w. bersabda lagi “Bismillah” lalu baginda memukul ia dengan satu pukulan dan bersabda “Allahu akbar aku telah diberi kunci-kunci Parsi, Demi Allah aku benar-benar melihat Madain dan Istananya yang putih dari tempat ku ini” kemudian baginda bersabda lagi “Bismillah” dan baginda memukul ia lagi dan bersabda “Allahu akbar, aku diberi kunci-kunci Yaman, demi Allah aku benar-benar melihat gerbang-gerbang kota Sanaa dari tempat ku ini

والله، إن نصر الله قريب، وقد لاحت تباشيره، وظهرت بواكيره، لكن النصر صبر ساعة، النصر مع الصبر، والفرج مع الكرب، ومع العسر يأتي اليسر يرونه بعيدا، ونراه قريبا.. نحن مؤمنون بأن الله سيمن علينا بمنته، ويأخذ عدونا بقدرته. {وَمَكَرُوا مَكْرًا وَمَكَرْنَا مَكْرًا وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ * فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ مَكْرِهِمْ أَنَّا دَمَّرْنَاهُمْ وَقَوْمَهُمْ أَجْمَعِينَ * فَتِلْكَ بُيُوتُهُمْ خَاوِيَةً بِمَا ظَلَمُوا إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ * وَأَنْجَيْنَا الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ} النمل:50-53

Demi Allah, sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat,dan telah jelas tanda-tandanya dan khabar gembira itu serta telah zahir kedatangannya. Akan tetapi pertolongan itu memerlukan kepada kesabaran, kerana pertolongan itu bersama-sama dengan kesabaran, dan kelegaan itu bersama-sama dengan dugaan dan kesusahan itu datang bersama-sama kemudahan, lantas semuanya dilihat seolah-olah ianya jauh namun kita saksikannya hampir. Kita beriman bahawasanya Allah akan mengurniakan keatas kita kurniaNya dan menghapuskan musuh kita dengan KekuatanNya.

Allah taala berfirman :

{وَمَكَرُوا مَكْرًا وَمَكَرْنَا مَكْرًا وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ * فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ مَكْرِهِمْ أَنَّا دَمَّرْنَاهُمْ وَقَوْمَهُمْ أَجْمَعِينَ * فَتِلْكَ بُيُوتُهُمْ خَاوِيَةً بِمَا ظَلَمُوا إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ * وَأَنْجَيْنَا الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ} النمل:50-53

“Dan merekapun merencanakan makar dengan sungguh-sungguh dan Kami merencanakan makar (pula), sedang mereka tidak menyadari. Maka perhatikanlah betapa sesungguhnya akibat makar mereka itu, bahwasanya Kami membinasakan mereka dan kaum mereka semuanya. Maka itulah rumah-rumah mereka dalam keadaan runtuh disebabkan kezaliman mereka. Sesungguhnya pada yang demikian itu (terdapat) pelajaran bagi kaum yang mengetahui. Dan telah Kami selamatkan orang-orang yang beriman dan mereka itu selalu bertakwa.” (An –Naml ayat 50-53)




(Terjemahan oleh Al Rupawani)



No comments: