Tuesday, August 30, 2016

AHMAD AZAM: MENELUSURI ZAMAN : ISLAM DAN KEAMANAN SEJAGAT



AHMAD AZAM ABD RAHMAH:  ISLAM DAN KEAMANAN SEJAGAT: IDEAL DAN REALITI, MODEL AL ANDALUS DAN AL UTHMANIYYAH


LATAR SEJARAH


Sepintas lalu, ada tiga tarikh bersejarah era moden yang besar impak kepada nasib umat Islam. Mei 19, 1916 termeterai perjanjian Sykes Picot Agreement oleh Inggeris dan Perancis dengan dokongan Rusia yang menyaksikan kejatuhan dan pembahagian khilafah Uthmaniyah serta percambahan kelahiran negara-negara nasionalis kecil. Pengiystiharan Balfour Declaration pada November 2, 1917 adalah pernyataan sokongan Inggeris kepada projek Zionis dan mereka memperakukan tanah air Yahudi di bumi Palestin,  yang membawa era dominasi Zionis yang gemar berperang dan bencana keganasan Israel, sengketa dan kesengsaraan yang tidak berkesudahan di dunia Arab. Mac 3, 1924 tarikh rasmi pemansuhan khilafah Uthmaniyah menandakan kebangkitan sekularisme dan hegemoni penguasaan Barat ke atas dunia Islam.  

Ringkasnya, dengan kejatuhan khilafah, hegemoni Zionis memerintah dengan memenuhi hasrat idamannya, ketuanan Barat bermaharajalela tanpa sebarang cabaran atau penentangan daripada sebarang kuasa di dunia Islam.  Negara-negara Islam ditakluk, ditundukkan dan dijajah. Begitulah imperialisme Barat yang wewenang tanpa sekatan dibantu pula oleh rempuhan Zionis yang agresif terus mengancam keamanan dunia zaman ke zaman.


KINI

Itulah sejarah dan sejarah mempunyai banyak pengajaran. Bagaimana pula keadaan kita masakini?

Ada 1.7 bilion penduduk Muslim, menyamai 23.4 % populasi dunia. Terdapat 25 juta penduduk Muslim di negara-negara Barat. Namun, naratif dan wacana tentang Islam dan orang Islam dirujuk kepada asas-asas yang palsu dan berprasangka buruk.

Prejudis ini menjadi bertambah teruk selepas September 11, 2001 apabila menurut laporan media, sekumpulan kecil orang yang beragama Is;am, menyerang World Trade Centre di New York yang menatijahkan serta mencipta “Terorisme Islam” sehingga tertonjol ke seluruh pelusuk.


MEMERANGI TEROR

Dengan apa yang disifatkan oleh ramai masa ini sebagai alasan berperang, War on Terror - “Memerangi Teror” telah diiystiharkan sendiri oleh Amerika Syarikat dengan melepaskan ‘jentera-jentera pembunuhan’ mereka ke atas negara-negara berdaulat bermula dengan  serangan dan penaklukan ke atas Afghanistan (7 October 2001), Iraq (20 Mac 2003) dan kehancuran Libya (19 Mac 2011). Dengan sokongan NATO, peperangan diiystiharkan dan negara-negara Islam ini diserang dan ditewaskan. Saddam Hussein dihukum bunuh di taligantung di depan khalayak rakyatnya. Muammar Gaddafi pula dibunuh secara kejam dalam keadaan penuh kontroversi.

Anehnya, “Memerangi Teror” telah menghasilkan dan mensasarkan banyak kumpulan-kumpulan yang kabur dan tidak pernah dikenali sebelum ini, kumpulan-kumpulan Jihadi yang muncul, bergerak dan berselindung di bawah pelbagai nama-nama licik. Al Qaeda dilaporkan dipimpin oleh  Usama bin Laden. Taliban di Afghanistan. Kemudian tampil Shabab, Boko Haram, Abu Sayyaf dan beberapa variasi nama-nama gerombolan teroris. Paling jahat adalah ISIL atau adakah namanya ISIS – Islamic State of Iraq and Syria, lalu berubah namanya menjadi IS atau Dawlah Islam. Apabila umat Islam membantah salahguna istilah “Dawlah Islam” kerana mengelirukan, maka Barack Obama dan John Kerry memilih slanga Arab “Daesh” yang masih  merujuk kepada Dawlah Islamiyyah fi ‘l Iraq was sh Sham.

Orang yang serious menekuni dan aktif secara akrab dengan aktivis Islamis seluruh dunia amat terkejut dan hairan dengan pertumbuhan pesat pelampau-pelampau militan dan teroris tidak berhati perut yang tidak dikenali langsung sebelum ini. Perkembangan kelam dan jahat ini pasti bertujuan membunuh psikologi Islamis sejati dan menumpaskan semangat tulen jihad. Pameran durjana dan gambaran menyayatkan tentang ungkapan Shahadah, La ila ha illal Lah Muhammad ur Rasulullah oleh teroris mengguris fikiran dan jiwa Muslim dan Non Muslim. Distorsi jelek mengibarkan lambang khataman nabiyyin pada bendera-bendera hitam sewaktu melakukan aksi ganas dan brutal meninggalkan bekas mendalam ke atas sanubari dan memberi kesan psikologi parah serta parut yang buruk kepada ingatan dan minda banyak golongan muda.


Kuasa Keras dan Kuasa Halus

Banyak di kalangan penganalisis politik, cendekiawan dan pemerhati beranggapan “Memerangi Teror” hanya sebagai “Peperangan ke atas Islam” tanpa memerlukan pengisytiharan perang. Islam diperhatikan diserang daripada segenap sudut melalui penggunaan strategi kuasa keras dan kuasa halus. Kuasa keras melalui perang dan serangan fizikal semata-mata untuk menumpaskan orang Islam supaya tunduk dan menyerah kalah. Sementara kuasa halus menggunakan taktik senyap-senyap, psikologi dan kawalan minda melalui  propaganda agresif perang saraf dan diplomasi gigih.

Joseph Nye daripada Harvard University menulis dalam bukunya, Soft Power: The Means to Success in World Politics merakamkan kata-kata Robert Gates, Setiausaha Pertahanan US waktu itu, membayangkan penggunaan kuasa halus dalam diplomasi dunia dengan ungkapan, a dramatic increase in spending on civilian instruments of national security – diplomacy; strategic communications, foreign assistance, civic action, and economic reconstruction and development – pertambahan mendadak perbelanjaan ke atas instrumen-instrumen awam keselamatan negara – iaitu diplomasi; komunikasi strategik, bantuan kepada negara asing, tindakan sivik, dan pembangunan ekonomi serta pembangunan.

Kuasa halus mensasarkan minda dan psikolgi golongan muda. Bagi menambat hati dan menawan minda golongan muda Arab, TV satelit sangat berkesan. Carnes Lord di dalam buku “Public Diplomacy and Soft Power” menulis Satellite TV is actively promoting American soft power in the Arab world in ways that the United States had been incapable of doing. The launch of the Arabic language al Hurra channel in early 2004 to provide news in more ways beneficial to the US marked an important turning point in US public policy development – "TV satelit sedang aktif mempromosi kuasa halus Amerika kepada dunia Arab dengan cara-cara yang Amerika tidak mampu melakukannya sebelum ini. Pelancaran saluran bahasa Arab al Hurra awal 2004 bagi menyiarkan berita-berita  memihak dan bermanfaat kepada Amerika menandakan titik perubahan penting dalam dasar pembangunan awam US."


Islamophobia

Impak terbesar “Memerangi Teror” adalah terhadap imej Islam. Islam digambarkan dengan penuh ketakutan dan ancaman. Islam sering dipamerkan sebagai misogynistic - pembenci perempuan – menindas wanita, menganggap wanita sebagai manusia lebih rendah untuk diperhambakan kepada lelaki dan cerita resam khitan mencacatkan wanita berulangkali dicanang. Islam dituduh sebagai pembenci agama dan kepercayaan lain, berhasrat memajukan undang-undang shariah yang lapok, gasar dan tidak berperikemanusiaan. Islam dikutuk sebagai penganjur keganasan dan terorisme atas nama Jihad. Mitos menjadi realiti maya di dalam dunia para pembenci Islam - the world of Islamophobes.

Sebagai bandingan, Barat dipamerkan sebagai bertamaddun tinggi, moden, ditabdir menurut hukum, menikmati kesaksamaan, kebebasan dan keadilan. Barat diterjahkan sebagai model umat Islam mesti turuti. Namun dunia dengan mudah melupakan dan mengabaikan berjuta orang pelarian yang sengsara dan  terlantar tanpa pertolongan di merata dunia akibat langsung agenda “Memerangi Keganasan”. Mereka adalah orang yang tidak berdosa merempat mencari perlindungan, mendambakan maruah dihormati dan kehidupan yang baik. Barat memberikan respon dingin dengan menutup sempadan dan menaikkan pagar-pagar berduri  berceracak.

Bilangan mereka yang terkorban kian bertambah dibunuh melalui bom-bom sembarangan dan dron kawalan jauh tanpa fikir. Kehilangan nyawa, kemusnahan dan malapetaka ini semua dipersalahkan ke atas pejuang jihad, mujahidin dan Islam. Manakala Barat adalah penyelamat manusia yang gagah perkasa dan pelindung kemanusiaan.

Jika kita ambil peduli dan mengkaji secara objektif sejarah dunia apabila umat Islam memerintah sebelum kedatangan dan era penjajahan  Barat, kita akan merasa kagum dengan agama Islam yang telah berperanan besar memastikan keamanan dan kestabilan, memekarkan tamadun segar bugar serta dinamik berabad-abad lamanya. Tamadun Andalusia yang hebat, pengalaman Islam Sepanyol telah membidankan dan melahirkan Zaman Pencerahan Eropah pada abad ke 17.


La Convivencia (Kehidupan Bersama) di Al Andalusia (711 – 1492)

Beberapa abad apabila Sepanyol Zaman Pertengahan diperintah oleh Moors (orang Islam), penganut  Judaisme, Kristianiti dan Islam hidup bersama dengan aman damai. La Convivencia merujuk kepada kehidupan bersama ini dan inklusiviti. Selama 400 tahun, ilmu pengetahuan dan amalan kerohanian subur berkembang di bandar-bandar Toledo, Cordoba and Granada menyaksikan para pelajar dan guru-guru pelbagai disiplin berinteraksi, menolong satu sama lain mempelajari, menterjemah, menelaah dan memahami ajaran-ajaran lama.

Dihujahkan bahawa faktor-faktor politik paling mempengaruhi dan memudahkan proses Convivencia. Terdapat dua orang tokoh politik penting berada di kalangan pemerintah tertinggi kerajaan Islam Al Andalus abad ke 10 yang memberikan impak besar kepada kelahiran kehidupan bersama yang cukup bermakna. Abd al Rahman III (912-961) melaksanakan dasarnya mendamaikan dan menyatupadukan Barbar, Arab, Yahudi dan Kristian yang ada dalam populasi Ibero-Hispanic. Dia bekerjasama rapat dengan kaum Mozarab, orang Kristian yang tinggal di bawah pemerintahan Islam. Yahudi dan Kristian bebas mengamalkan agama mereka tanpa merasa takut kepada gangguan atau penindasan. Abd al Rahman III menggilirkan jawatan-jawatan di dalam kerajaan dan meletakkan bekas-bekas hamba Yahudi dan Kristian pada posisi-posisi berkuasa.


Hasdai ibn Shapmut merupakan wazir berbangsa Yahudi kepada Abd al Rahman III. Dia dan Abd al Rahman III mempunyai matlamat yang seiring iaitu menganjak masyarakat Yahudi dan Muslim daripada pemusatan Timur dan memajukan ketrampilan intelektual dan keagamaan. Ini membawa mereka mencipta struktur pendidikan yang menggalakkan pengajian filosofi Yunani, terutama karya-karya Aristotle yang diterjemahkan kepada pelbagai bahasa. Pengolahan politik ini membawa manifestasi sosial – orang Yahudi berkongsi bahasa vernakular Arab dan Romawi bersama Muslim dan Kristian. Lantaran permulaan ini membawa kepada penyatuan sosial ketiga-tiga komuniti di semenanjung itu. (Sarah Mac Thomas, The Convivencia in Islamic Spain)

Akbar S Ahmed menulis, “We need to put Muslim Spain in the perspective of medieval Europe. At the time London and Paris were small towns. There was no notable art or literature or libraries or debate anywhere in Europe. Here, in contrast, was a sophisticated and powerful civilization with clear notions of harmony involving race and religion. Ideas of debate, love of poetry, cleanliness and baths were pervasive. Plato and Aristotle were discussed here.

The intermingling of race and religion in Muslim Spain produced a rich and dynamic culture. Intermarriage between Jews, Christians and Muslims produced many Muslim rulers with fair hair and blue eyes, according to literature. There were alliances between Muslim and Christian rulers and a great deal of give and take on all levels.” - "Kita perlu meletakkan Islam Sepanyol pada kacamata Eropah Zaman Pertengahan. Pada waktu London dan Paris cuma pekan-pekan kecil. Tidak ada seni kebudayaan atau kesusasteraan atau perpustakaan ataupun perbahasan di mana-mana pun di Eropah zaman itu. Di sini (Andalusia) pula terdiri satu peradaban canggih dan tamadun tinggi  dengan wawasan jelas tentang kedamaian serta harmoni di kalangan bangsa dan agama. Idea-idea perdebatan, kecintaan kepada puisi, kebersihan dan tempat permandian meratai . Wacana Plato dan Aristotle ada di sini.

Percampuran dan pergaulan di antara bangsa dan agama di Islam Sepanyol melahirkan budaya yang kaya dan dinamik. Perkahwinan silang di antara Yahudi, Kristian dan Muslim melahirkan banyak pemimpin yang berambut perang dan bermata biru, menurut pembacaan. Termeterai pakatan di antara pimpinan Muslim dan Kristian serta banyak berlaku berlapang dada dan tolak ansur di segenap peringkat." (Akbar S Ahmed, Islam Today, A Short Introduction to the Muslim World)


Kejatuhan Al Andalus, Umat Islam dan Yahudi mencari suaka perlindungan di Khilafah Uthmaniyyah (Empayar Uthmaniyyah)

Kegemilangan Islam Sepanyol tamat pada tanggal 2 Januari 1492, apabila raja Muslim terakhir Granada, Sultan Muhammad XII atau dikenali sebagai Boabdilla menyerah kalah kepada Queen Isabella I Castille dan Ferdinand II Aragon. Semangat  Reconquista memacu dan merasuk Ferdinand dan Isabella. Hukuman paksaan menganut agama Katolik dikerah ke atas orang Islam dan Yahudi dengan memberikan mereka pilihan murtad atau dibuang daripada Sepanyol. Dengan itu semangat La Convivencia yang telah membawa kegemilangan Sepanyol selama 800 tahun telah tamat. Sepanyol menjadi negara Katolik secara total.

Orang Islam dan Yahudi yang enggan murtad memilih untuk berhijrah, menariknya ke Empayar Muslim lain, iaitu khilafah Uthmaniyyah yang berpusat di Turki.  Rajanya Sultan Bayezid II (1481-1512) sebaik sahaja mendengar tentang kata putus yang diberi kepada orang Islam dan Yahudi di Sepanyol, mengirim perutusan diraja atau Ferman dalam bahasa Uthmaniyyah ke seluruh pelusuk wilayahnya supaya menyambut dan menerima pelarian-pelarian itu. Pada perutusannya itu, Sultan Bayezid II mengumumkan kepada pelarian Yahudi bahawa Allah telah memerintahkan supaya menjaga anak keturunan Nabi Ibrahim dan Nabi Ya’kub a.s., agar memastikan mereka mempunyai makanan yang cukup dan memberi mereka perlindungan. Mereka dipelawa ke Istanbul agar hidup dengan aman “di bawah naungan pohon tin” dan mereka bebas untuk berniaga serta memiliki harta.  250,000 orang Yahudi berhijrah ke wilayah Uthmaniyyah, kebanyakannya menuju ke Istanbul dan  Salonika. Hari ini, negara Turki sekarang telah menerima 3 juta orang pelarian Syria seperti apa yang disebutkan oleh Presiden Erdogan sebagai “tetamu”.



Model Al Andalus dan Uthmaniyyah untuk Keamanan Sejagat: Iltizam Spiritual mematuhi Perintah al Quran

Ini adalah suatu nilai terpenting dimiliki para pemimpin pengasas al Andalus dan Uthmaniyyah. Al Qur’an membekalkan kepada mereka petunjuk, pedoman, inspirasi dan motivasi bagi tadbir urus, keadilan sejagat, keamanan, tasamuh dan harmoni. Keamanan sejagat dan kedamaian akan hanya di capai apabila nilai-nilai al Quran dipatuhi secara zahir dan batin. Apabila nilai-nilai ini diabaikan atas apapun alasannya, maka datanglah keadaan huru-hara, permusuhan dan kacau bilau, menyelinap masuk menjadi barah kepada empayar sehingga menyebabkan kejatuhannya dan kekalahannya.

Sepintas lalu, jika kita meneliti ayat-ayat al Qur’an, kita akan dapati:-

Surah al Fatiha mengingatkan bahawa Allah itu Satu dan Tuhan segala manusia dan alam serta kepada Allah jua kita sembah, kita memohon pertolongan dan memohon hidayah sepanjang perjalanan kehidupan ini.

Al Isra: 70 mengingatkan manusia bahawa kita semua keturunan Nabi Adam a.s. dan manusia dikurniakan Allah dengan karamah, maruah dan kehormatan.

Al Hujurat: 13 menegaskan bahawa manusia dijadikan majmuk dan pelbagai supaya saling mengenali satu sama lain dan bahawa darjat paling tinggi adalah bagi orang yang paling bertaqwa di sisi Allah.

An Anbiya’: 106-107 membawa mesej bahawa Rasulullah s.a.w. adalah rahmat kepada seluruh alam.
Al Baqarah: 85 menegaskan agar kita mematuhi al Qur’an keseluruhannya dan komprehensif.


Ulama’ al Andalus

Suatu faktor penting memajukan keadilan sejagat dan keamanan global adalah peranan yang dimainkan oleh pemimpin Islam dan hubungan akrab mereka dengan ulama’. Sultan-sultan terutama pada era pengasas sangat berminat dalam memupuk budaya ilmu dan pelajaran. Mereka menggalakkan ulama dan cendekiawan daripada segala ceruk rantau untuk datang mendampingi dan mendiami istana-istana, kediaman-kediaman atau madrasah-madrasah di persekitaran istana mereka. Sultan-sultan menghargai hubungan mereka bersama ulama’ dalam mencari petunjuk dan pedoman rohani sementara para ulama’ menyeru kepada ajaran al Qurán tanpa takut dan tanpa menagih upah.

Penting diperhatikan juga bahawa seorang ‘alim zaman al Andalus adalah juga seorang ahli filosauf, saintis, ahli shariah, faqih dan guru tasawuf. Para ulama’nya menguasai kepelbagaian disiplin ilmu merentasi bidang-bidang pengetahuan. Al Andalus terkenal kerana menghasilkan ramai ulama’ yang dihormati seperti Ibn Rushd, Ibn Arabi, Ibn Bajjah and Ibn Tufail.


Asas Spiritual Empayar Uthmaniyyah

Asas Empayar Uthmaniyyah berakar di dalam kerohanian. Telah menjadi resam bahawa semua Sultan-Sultan terdiri daripada orang yang wara’, tegas mematuhi ajaran al Qur’an. Semua Sultan- Sultan mempunyai penasihat spiritual dan mereka ini terdiri daripada guru-guru tasawuf yang hanya takut kepada Allah.  Zaman awal pemerintahan Uthmaniyyah dikurniakan Sultan-Sultan yang takut kepada Allah dan mereka menghormati alim ulama’, mendampingi serta mempelajari daripada ulama lalu menuruti nasihat penasihat-penasihat spiritual mereka. Pengasas Empayar, Osman Ghazi (1299-1326) dikurniakan dengan Shaykh Edebali, seorang alim yang telah menafsirkan mimpi masyhur Osman Ghazi.

Pada suatu malam, Osman menjadi tetamu di  dergah Edebali. Osman bermimpi. Tiba pagi, dia pergi bertemu Edebali dan memberitahunya, “Wahai Shaykh, aku lihat kamu di dalam mimpi aku. Bulan muncul di dada kamu. Ia naik dan naik ke atas dan kemudiannya turun ke dada aku.  Daripada pusat aku tumbuh sepohon pokok. Pokok ini tumbuh dan bercambah lebat hinggakan bayang ranting-rantingnya melitupi seluruh bumi. Apa maksud mimpi aku ini?”

Setelah berdiam diri sejenak, Edebali menafsirkan: “Tahniah Osman! Allah Azza wa Jalla mengurniakan kerajaan kepada kamu dan keturunan kamu. Anak perempuan aku akan menjadi isterimu, dan seluruh dunia akan nerada di bawah naungan pelrindungan anak-anakmu.”

Mimpi Osman tegar mencerminkan penubuhan Empayar Uthmaniyyah. Mimpi Osman menjadi bahan sastera penting bagi ulama’ Uthmaniyyah.

Keturunan Osman Ghazi mengikuti jejak langkahnya dengan Sultan Murad II mempunyai Haci Bayram Veli sebagai penasihat dan Sultan Mehmet II – al Fatih, pembuka Constantinople mempunyai Ak Semsettin Hoca membimbingnya secara spiritual.


Keperibadian Spiritual Sultan-Sultan Uthmaniyyah dan Tentera mereka menawan hati Kristian

Kejayaan dan pengembangan pantas Empayar Uthmaniyyah melebar ke dalam wilayah Kristian Eropah bukanlah semata-mata dengan pedang seperti yang sering disebut. Sebaliknya, kejayaan ini datang daripada contoh teladan terserlah kepasrahan dan kepatuhan padu kepada ajaran al Qur’an. Orang rela menerima pemerintahan Uthmaniyyah dan sebahagiannya memeluk Islam kerana sahsiah Islamiah yang terpancar daripada budi pekerti Sultan-Sultan Uthmaniyyah dan tentera-tentera mereka.

Thomas W Arnold menulis di dalam The Spread of Islam in the World – A History of Peaceful Preaching (1896), “Even in the dirt of alcoran you shall find jewels of Christian virtues; and indeed if Christians will but diligently read and observe the Laws and Histories of the Mahometans (followers of Muhammad), they may blush to see how zealous they are in the works of devotion, piety and charity, how devout, cleanly, and reverend in their Mosques, how obedient to their Priest (Imam), that even the great Turk (Sultan) himself will attempt nothing without consulting his Mufti; how careful are they to observe their hours of prayer five times a day wherever they are, or however employed? How constant do they observe their fasting from morning till night a whole month together; how loving and charitable the Muslemans (Muslims) are to each other, and how careful of strangers may be seen by their Hospitals, both for the Poor and for Travellers; if we observe their Justice, Temperance, and other moral Virtues, we may truly blush at our own coldness, both in devotion and charity, at our injustice, intemperance, and oppression; doubtless these Men (Muslims) will rise up in judgement against us; surely their devotion, piety and works of mercy are main causes of the growth of Mahometism (Islam).”

- "Hatta pada debu al Qur’an, kamu akan menemui permata-permata bernilai budi Kristian; dan sesungguhnya jika orang Kristian membaca dengan tekun dan memerhatikan undang-undang dan kisah sejarah umat Islam, mereka akan berasa malu kerana melihat betapa tekunnya umat Islam di dalam menjalankan ibadah, ketaqwaan dan bersadaqah, betapa salih, bersih dan tertibnya mereka di dalam masjid-masjid, betapa mereka mentaati imam-imam mereka, sehingga Sultan pun tidak akan bertindak melainkan setelah merujuk kepada muftinya; betapa cermat mereka menjaga waktu-waktu solat fardu lima kali sehari walau di mana mereka berada, atau ketika mana mereka melakukan sebarang kerja; betapa teguh mereka menunaikan ibadah puasa dari subuh sehingga ke malam selama satu bulan bersama-sama; betapa belas kasih mengasihani dan bermurah hati mereka bersadaqah sesama Muslim, betapa baik tetamu dilayani di hospital-hospital, tempat-tempat persinggahan bagi orang miskin dan si musafir; jika kita menyaksikan keadilan, kesederhanaan dan nilai-nilai akhlak lain mereka, kita akan berasa malu dengan kedinginan kita, pada ibadah dan sadaqah kita, pada kezaliman kita, sikap keterlaluan kita dan penindasan kita; tidak syak lagi mereka (umat Islam) akan bangkit menghukum kita; sesungguhnya kepasrahan mereka, ketaqwaan dan amalan menyebarkan rahmah adalah penyebab utama kebangkitan Islam."


PENUTUP

Bagi menggarap dan memahami peristiwa-peristiwa yang berlaku di dunia hari ini, kita perlu menoleh ke belakang menyelami latar sejarah dengan penuh objektiviti dan perspektif yang berimbang. Ini merupkan cabaran ke atas kita semua. Jatuh bangun sesebuah tamadun bergantung besar kepada nilai budi tadbir urus, keadilan, keamanan dan harmoni tanpa mengira bangsa atau agama. Kegemilangan sejarah Islam sering bercirikan komitmen spiritual umat islam kepada ajaran al Qur’an manakala keruntuhannya berkait dengan kegagalan mematuhi ajaran al Qur’an. Sejarah sentiasa berulang.

Masalah dunia Islam hari ini adalah kurangnya kualiti pada pemimpinnya dan pada alim ulama’nya. Umat kita akan lebih cerdas dan cerah berpedoman jika pemimpin-pemimpin kita adil dan berkebolehan dengan dokongan penuh alim ulama’ yang layak dan kompeten. Ulama’ yang tidak takut dan tidak menagih upah, ulama yang berkemampuan menegakkan agama dan menghuraikan Islam sebagai neraca piawai tertinggi  – al Islam ya’lu wa la yu’la álaih.



(Terjemahan pembentangan yang telah disunting dan diadaptasi yang telah disampaikan oleh Ahmad Azam Abd Rahman pada  International Seminar on Islam and Global Peace Mei 2016)


(Ahmad Azam adalah Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Timbalan Setiausaha Agong Union of NGOs in the Islamic World (UNIW) serta mantan Presiden ABIM)

Thursday, August 18, 2016

Dr Siddiq Fadzil : Gerakan Islam: Menoleh Masa yang Lalu dan Menyorot Masa Depan




Wajar kita menyoroti masa lalu sebelum menyoroti masa depan. Maklumat sejarah masa lalu amat penting seperti kata-kata ‘siapa tak sedar sejarah berkemungkinan besar mengulangi sejarah’. Kesedaran sejarah amat penting dalam konteks da’wah dan dinamika gerakan Islam kita semasa dan bagi eksperimen kita.

Pada 1961 Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia PKPIM lahir dengan matlamat yang sederhana – ‘perjuangan kepentingan pelajar-pelajar Islam’. Itulah ungkapan pemimpin-pemimpin masa yang lalu – seperti Dato’ Hanafiah dan Dato' Ishak Tadim.

Menjelang tahun-tahun 70’an – dengan kematangannya – PKPIM menegakkan idealismenya ‘memperjuangkan cita-cita Islamiah’. Ungkapan pusaka – cita-cita Islamiah. Komitmen terhadap cita-cita Islamiah dan aspirasi nasional – menjadi dua serangkai – lambang kesedaran mahasiswa telah berubah daripada perjuangan sederhana kebajikan pelajar.

Pada tahun-tahun 70’an – aktivis PKPIM bertindak sebagai elemen yang sedar daripada masyarakat – hati nurani masyarakat - conscience of the majority – a catchy phrase, sarat dengan makna dan nilai dan kita adalah pewaris kata dan makna itu. Di antara aksi-aksinya sewaktu yang selalu dinukilkan itu adalah advocacy, penampilan isu semasa dan demonstrasi. Tetapi lebih penting lagi adalah dimensi ilmu dan kebudayaannya yang diperlihatkan melalui program seperti:-


• Kongres Kemajuan Islam Malaysia
• Seminar Peradaban Islam
• Seminar Pendidikan Islam Malaysia 1968 anjuran badan gabungan PKPIM – disitulah diumumkan persetujuan kerajaan tentang penubuhan UKM oleh Menteri Pelajaran, Khir Johari (Khir Johari, Anwar Ibrahim dan Siddiq Fadil berada di atas pentas yang sama)
• Universiti Islam Antarabangsa UIA mempunyai akar sejarah dalam perjuangan PKPIM


Angkatan Belia Islam Malaysia ABIM adalah pelanjut perjuangan mahasiswa – merupakan jatidiri harakah Islamiah. Badan yang pertama beridentiti gerakan Islam Malaysia ialah ABIM. ABIM bergerak dengan keanggotaan yang merakyat dan nasional – anggota melebar dan meratai seluruh Malaysia dan tidak bersifat lokal. ABIM adalah peloporan fenomena ‘rising tide of Islam’ – kebangkitan Islam – istilah yang memaknai kerana waktu itu belum lagi muncul istilah sahwah. Pertama kali, kata-kata ini lahir daripada perbualan Pak Natsir dan Anwar Ibrahim di Jakarta . ABIM berjaya mempelopori ‘the rising tide of Islam’ di Malaysia.


Faktor-faktor yang membantu kejayaan ABIM menempa namanya:-

1. Kekuatan wadah persediaannya PKPIM

• bukan lahir daripada kekosongan tetapi adalah lonjakan daripada suatu kekuatan dengan pengkaderan dan jaringan (IIFSO, PEMIAT)
• dengan titik tolak yang sangat kuat, ABIM meneruskan apa yang sudah diletakkan dasar oleh PKPIM

2. Ketepatan waktu kemunculan

Faktor timing sangat penting kerana andainya ia lahir pada waktu yang salah barangkali tidak akan menjadi. Ditakdirkan kelahirannya pada saat yang tepat maka tiada badan lain yang menyambut fenomena kebangkitan Islam. Kemunculan ini membuatkan ABIM sangat terkait dengan fenomena kebangkitan Islam.

3. Karisma pemimpin utamanya

Contohnya, Anwar Ibrahim disebut-sebut di mana-mana sebagai a charismatic leader. Sewaktu Ustaz Razali Nawawi mengundur diri daripada jawatan Presiden untuk melanjutkan pengajian, berlaku dialog di antara Ust Fadhil Noor dan Anwar Ibrahim. Anwar dan Ustaz Fadhil saling menolak jawatan tersebut sehingga Ustaz Fadhil mengatakan ‘bukan orang nak dengan aku, depa nak kat hang’. Mereka berkompromi dan Anwar bersetuju dilantik Presiden dan Ustaz Fadhil sebagai Timbalan. Beberapa bulan selepas itu, Anwar ditahan di bawah ISA selama 21 bulan dan Ustaz Fadhil menjadi pemangku Presiden.


4. Kepimpinan Jama’iyy

• Collective leadership
• kepimpinan yang berlatar pelbagai pendidikan samada berunsur English, Melayu dan Arab
• gabungan kesepaduan komplimentari


5. Memanfaatkan kepemudaan dan dinamika keIslaman
Keanggotaannya menjadi aktivis komited dan rela berkorban


6. Kekuatan fikrah/ idea/ gagasan

• daripada gabungan ilmu yang kuat
• bukan lawak jenaka sahaja tetapi seloroh pun berdimensikan idea-idea bernas


7. Keberkesanan tarbiyyah ilmiah, rohaniah, harakiyyah

• kita gubal skima latihan kita sendiri berasaskan rujukan-rujukan dan pelbagai sumber
• membina kekuatan ilmu, rohani dan harakah

8. Keberkesanan mekanisme/ jentera organisasi
• well organised, skilled organisers compared to others and well trained since the days of PKPIM
• Setiausaha-setiausaha agong mahir, berkemampuan, kompeten, berencana

9. Keterbukaan dan toleransi

• merai kepelbagaian mazhab dan pemikiran
• akomodatif, inclusive of all, bersifat jamahiriyya
• toleransi di antara mazhab – Hanafi tiada masalah, aliran Perlis pun tiada masalah
• kita pertahankan keterbukaan dan kepelbagaian – asalkan ada alasan saja, dipersilakan tetapi kalau tiada alasan, tidak boleh diterima
Sebagai contoh, seorang tokoh, Pak Imad yang terkenal tegas dengan pandangan fiqhnya tetapi selesa dengan ABIM – Pak Imad pernah menjadi makmum solat subuh tidak membaca qunut tetapi masih mengikuti dan menunggu Imam sebelum sujud.

10. Komitmen yang tinggi terhadap misi amar ma’ruf nahy mungkar

• kepedulian sosial yang sangat tinggi
• pembinaan diri – melalui usrah, tamrin, qiamulayl – maka terbina sikap dan semangat kepedulian sosial


Adalah tidak benar dan salah persepsi yang menganggap ABIM sebagai tempat pelarian Melayu yang merasakan kerendahan diri kerana lemah atau gagal menguasai bahasa Inggeris (inferiority complex) – tanggapan yang didakwa dalam tulisan oleh Judith Nagata, Zainah Anwar, Chandra Muzzaffar. Padahal sebahagian yang signifikan pemimpin ABIM adalah berpendidikan aliran Inggeris. Adalah tidak benar ABIM itu jelmaan Melayu yang jati dirinya terhakis. Fenomena kebangkitan Islam di Malaysia adalah fenomena global al sahwah al Islamiah.

Yang membentuk pemikiran para aktivis ABIM bukan tokoh-tokoh racist Melayu, tetapi karya tulisan para pemikir dan pemimpin gerakan Islam seperti Hasan al Banna, Sayyid Qutb, Muhammad Qutb, Maududiy, an Nadwi, Fathi Yakan, Sa'id Hawwa, Muhammad Natsir, Malik Bennabi, Isma'il R. al Faruqi dan lain-lain lagi.

Daripada kalangan ilmuwan-pemikir tempatan yang turut berperanan membentuk pemikiran para aktivis termasuklah Prof. Sayyid Naquib al Attas. Beliau sangat berjasa dalam pengukuhan idea Islamisasi dan  Dewesternization - nyah-westernisasi. Kritiknya terhadap Barat, tamadun dan kehebatan kesarjanaannya telah meruntuhkan hegemoni pemikiran Barat di kalangan generasi muda terpelajar. Ini seperti membebaskan minda yang terpenjara. Penemuan dan penegasannya terhadap peranan besar Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu memberikan keyakinan budaya -cultural confidence - dalam perjuangan pendaulatan Islam dan tamadunnya di Malaysia. (peranan Islam yang selama ini diperkecilkan oleh orientalis) Prof Sayyid Hussein al Attas pula adalah public intellectual yang turut memberikan sumbangan besar dalam membangkitkan kepedulian sosial dan pemikiran kritis. Kritiknya terhadap Dasar Ekonomi Baru dan idea kapitalistik buku Revolusi Mental mendapat perhatian luas di kalangan pimpinan dan warga ABIM.

Inilah tradisi keilmuwan ABIM yang terbuka kepada karya-karya termasuk contohnya penulis Brazil, Paulo Freire yang menulis Pedagogy of the Oppressed, membela kaum tertindas melalui pendidikan. Dalam pembinaan tradisi keilmuannya ABIM bersikap terbuka, sedia memanfaatkan ilmu dari siapa sahaja termasuk dari kalangan bukan Islam. ABIM tidak pernah terikat dengan sesiapa – bacalah dan manfaatkanlah mana-mana – bawa balik ke jamaah dan bersama kita menjadikan madrasah ABIM. Dengan demikian, kekayaan khazanah ilmu dan kepelbagaian, keintelektualannya menjadi lebih kaya dan beragam – membolehkan pencitraan ABIM kepada rakyat – bukan badan da’wah dalam pengertian yang sempit tetapi suatu kekuatan sosial dan agen perubahan sosial – a social and political force to reckon with. Kekayaan dan keragaman intelektual memang sangat perlu untuk pengentalan mesej risalah dan misi perjuangan membina masyarakat yang beragama dan sekaligus rakyat yang cerdas dan berfikiran kritis.

Demikianlah pengkisahan ringkas ABIM yang menjadi ikon dalam sejarah kebangkitan Islam. Selalu juga kehadiran ABIM dilihat sebagai kontroversial – controversy is part and parcel of ABIM – hanya kerana ia mampu membawa ungkapan gagasan-gagasan baru. ‘Ada yang cinta dan sayang sepenuh hati, ada pula yang benci setengah mati’.


ABIM adalah gerakan Islam dan kita adalah sebagai pewaris beban dan risalah besar dan oleh itu kita perlu

· Mempertahankan kerelevanannya
· Mempertahankan sesuatu kebesaran (risalah)


Persoalannya adalah masih relevankah selepas 40 tahun jika ia gagal menyesuaikan diri –adapt or die?


Kualiti Kepimpinan :-

Kualiti kepimpinan jamaah tidak harus dikompromi. Pemimpin adalah imej gerakan dan jamaah seterusnya. Kepimpinan harus dibina daripada bawah, harus dikenali daripada bawah lagi. Contohnya Anwar Ibrahim telah mengartikulasi dinamika Islam melalui penubuhan BRA – Badan Revolusi Agama sejak di Malay College Kuala Kangsar MCKK. Begitu juga di Universiti Malaya UM apabila aktif memimpin Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya PBMUM dalam memperjuangkan isu mendaulatkan bahasa Melayu. Anwar Ibrahim tidak muncul secara mendadak. Sekarang ini persoalannya adalah bagaimana untuk merancang kemunculan kualiti kepimpinan. Kalau tidak kita akan menerima saja apa yang seadanya.


Pemimpin adalah imej jamaah keseluruhan dan harus mempunyai ciri-ciri:-

1. Keperibadian yang menginspirasikan – inspiring personality

2. Integriti moral dan ketaatan agama (religiousity)

3. Kompetensi keilmuan yang tinggi – penguasaan ilmu yang meyakinkan. Contohnya,  Anwar Ibrahim menyampaikan dengan yakin dan bukan dia buat-buat macam tahu.

4. Kemampuan mengartikulasi fikrah dan gagasan keIslaman dan gerakan dengan petah, indah dan meyakinkan

5. Ketrampilan berorganisasi – kemampuan menjadi penyelesai masalah - problem solver and trouble shooter

6. Kaya dengan idea dan gagasan

· memainkan peranan kepeloporan perspektif Islam
· mengartikulasi pembangunan dalam Islam – pembangunan insan – human centric
· menganjurkan pendidikan sepadu – jelmaan tawhid sebagai lawan kepada dualisme pendidikan
· mengolahkan masyarakat majmuk

'Islam dan Masyarakat: Penyelesaian Masyarakat Majmuk di Malaysia' adalah tajuk ucapan dasar Anwar Ibrahim sewaktu memimpin ABIM dahulu di Dewan Tun Razak Universiti Kebangsaan Malaysia (Dektar) yang mengutarakan Islam sebagai penyelesai masyarakat plural. Dulu diutarakan konsep-konsep umum tetapi sekarang Anwar Ibrahim menerapkannya secara praktis. (kalau tidak, perbahasan masyarakat plural biasa hanya sekitar konsep dhimmi/harbi)


Menyorot Masa Depan :-

Sekarang sepatutnya kita sudah mampu menangani gagasan-gagasan besar seperti:-

1. Islam dan pluraliti – sepatutnya kita ada masa untuk menelaah dan menyelesaikan ungkapan sedemikian

2. Pendidikan demokrasi – meningkatkan kefahaman dan amalan sebenar demokrasi – supaya ada integriti proses, ketelusan, membenteras rasuah politik

3. Pendidikan liberatif – contohnya, perjuangan kebebasan dan keterbukaan di kampus-kampus

4. Ekonomi kerakyatan - agenda kepedulian sosial membela nasib umat


Gagasan besar ini tidak hanya untuk diwacanakan sesama sendiri tetapi harus diangkat menjadi wacana nasional dan seterusnya diarusperdanakan.

Kita perlu kuatkan dan pertingkatkan sebagai formidable force kerana adakalanya kita perlu bertindak dengan bicara kekuatan bukan saja bicara kepetahan.

Kegiatan penda'wahan yang selama ini menjadi bisnes teras kita perlu ditinjau semula keintensifan dan keberkesanannya terutama dalam konteks krisis moral akibat keleluasaan budaya hiburan dan kegiatan maksiat. Kita perlu meningkatkan gerakan dan jaringan bagi mendidik dan membina generasi muda dengan budaya ilmu dan nilai-nilai keagamaan.

Kita perlu tinjau semula da’wah bil hal contohnya institusi-institusi pendidikan serta kerelevanan masakini. Apakah kita mampu atau kita perlu cari alternatif lain? Walaupun sesuatu itu relevan 20 tahun yang lalu, mungkin ia bukan relevan sekarang. Kerelevanan sekarang perlu ditinjau dan kualiti institusi-institusi alternatif perlu dikaji. Ia tidak boleh berada di tahap eksperimental selama-lamanya. perlu diambil ingatan bahawa pihak lain juga telah mendirikan institusi-institusi yang hampir sama dan kualitinya mungkin lebih baik.


Konsolidasi Dalaman:-

Adalah amat penting dan keperluan semerta bagi pemantapan, pemampanan dan kematangan organisasi supaya perkara berikut dilakukan:

1. Pengukuhan institusi syura

· bagaimana menghormati syura dan keputusan syura
· mengukuhkan dan mengembalikan kepimpinan syura

2. Pemantapan qiyadah jama'iyyah (collective leadership) dan budaya amal jama’iyy (corporate teamwork)

· amal bukan kerja beseorangan – not a one man show
· harus ada diskusi dan perbincangan
· pengurusan partisipatif
· bersifat konsultatif bukan cara arah dan kerah

3. Penegasan sikap dengan menolak gejala perpecahan jamaah

· prinsip kita adalah supaya mempertahankan perpaduan jamaah
· kita tidak boleh menerima – should not endorse – kumpulan serpihan walaupun ianya kuat (reject splinter groups)

4. Kemaskini tarbiyyah dan pelestarian tradisi belajar bersama

· kita sepakati bersama bahawa tradisi harakiyah jama'iyah adalah tradisi belajar bersama, contohnya usrah
· dalam ABIM tiada syeikh tetapi ada naqib

5. Penyegaran nilai-nilai luhur perjuangan

· perteguhkan keikhlasan, persaudaraan dan keberkatan
· tiada kebencian, hasad, dendam



(Catatan Kuliah pada Muzakarah Qiyadah 2 WADAH-ABIM-PKPIM 30-31 January 2010)



Monday, July 18, 2016

TARIQ RAMADAN: TERROR ISN’T JUST ‘MAD’, ‘IRRATIONAL’ AND ‘INHUMAN’



We can’t justify Brussels and Paris, but we have an obligation to listen to what those attacks say.

By  Tariq Ramadan  25 March 2016


Terror and death have struck in Europe once again, this time at the heart of European Union with a doubly strategic message. Brussels is home to the Continent’s core institutions and the attacks at the airport and the subway station neighboring the EU quarter sent a clear message. The target is political, and no one, no matter who they be, or where they are, will ever feel entirely safe again.

Condemnation of the attacks in Brussels, as in Paris, Istanbul, Damascus, Baghdad, Bassam or Ouagadougou, has to be firm, absolute, and without exceptions, half-measures or attempts to distinguish between victims. Clarity is essential here, as it is in the terminology we use and the solutions we propose. But before we can formulate a response, we must face the problem head on and try to understand its origins (this in no way means justifying acts of terrorism, whatever George W. Bush may have said, and what Manuel Valls says today).

It is imperative that we untangle the reasons behind this hard swerve toward violent extremism — because it is not just “mad,” “irrational” and “inhuman.” These words only serve to confuse our vocabulary, and offer no political clarification on the elements of the equation. They add blindness to an emotional reaction already stoked by fear. What we need today is reason and measured conversation — we have to be tough, yes, but above all, reasonable.

How do we explain this violent extremism? Why today? Why in places of symbolic meaning on every continent?

The first reason is political. We cannot, today, afford to disconnect these events with the violence, terror and death that have long been commonplace in Afghanistan, Iraq, Syria, and Libya, and in Africa and Asia more widely. European and American foreign policy does not happen in a vacuum, as those who target us have repeated in countless videos: You have caused war and death in our countries, now you will suffer the consequences.

While nothing can justify terrorist attacks, we must hear those who criticize the incoherence of our allegiances and our support of dictatorships. Does the condemnable violence of their reaction mean we can ignore their arguments? Is it right to declare war when citizens are killed at home but to consider ourselves at peace when we kill the citizens of other countries far away?

The second reason has been half-expressed in various statements put out by the commanders behind these terror operations. It is about provoking fractures between Muslims and other citizens in the West. It is about making Muslims feel that they will never be welcome in our societies. Their goal is to use Muslims to feed our fear of Islam; for us to associate them with danger and violence.

To spread insecurity and social instability along religious fault lines at the heart of the West is one of the explicit aims of these kinds of attacks. Commanders prey on frustrated youth (educated or not) and manipulate them psychologically and intellectually (on the Internet or in places often far from the mosque). They sell tales of glory and of vengeance against mankind and the wrongs of history. Religion is evoked to construct, justify and lend legitimacy to violence.

The goal of the violent extremists is to use Muslims to feed our fear of Islam; for us to associate them with danger and violence. This is not, in fact, a process of “religious radicalization” because the majority of young people who join these networks often only have a few months of experience with religious practice. The shift is sudden, not a progressive evolution from religious belief to violence and terror. Some are still involved in petty crime, alcohol, drugs, and nightlife when they organize attacks.

Jihadi recruiters use religion as a political tool and to defeat them we must respond in kind — with solid and rigorous religious arguments. But we should not mistake our target: Religion is a disguise that hides political aspirations, lust for power and divisions that are cynical, Machiavellian and often inhuman. (Drug use among jihadi militants during attacks is widespread, revealing their somewhat relative adherence to beliefs of how to attain paradise and salvation).

How do we respond to a situation that is so complex, whose causes are so diverse, and whose consequence is the spread of a strain of violence that can strike anywhere, in multiple forms? Knowing that groups like Boko Haram, Daesh and ISIL want to instill fear and deepen divisions on an international level, we must guard against trying to outbid them with overemotional responses and a line of thinking that paints the solution solely as an issue of war and security. Instead of defining an “us” and a “them” that distinguishes between Europeans and Muslims, we have to say “us,” together, and with conviction. I said the same thing 15 years ago, when I launched the “manifesto for a new ‘we.’”

We urgently need to establish partnerships based on respect, trust and critical debate between political institutions, social organizations and citizens (including Muslims and their diversity of religious representatives — not only those arbitrarily chosen to represent Muslims by the political authorities).

To continue to deny that there is a connection between our politics (or our absence of clear politics) in Syria, Libya, Iraq and even in Palestine, and terrorist attacks in Europe proves our alarming ignorance.

We must stay humble while remaining determined to combat violent extremism by grappling with its causes as much as with its concrete expression. In Europe, we can start by avoiding criticism of neighboring countries and the failures of their intelligence services — as we heard in Britain regarding France, and in France about Belgium. No one is in a position to impart lessons to others — and besides, it is an attitude that is not conducive to effective cooperation. Nor do alarmist comments that reduce a deeply complex situation to a war of civilizations (“they want to attack our liberties”) or a problem of failed integration (“these young Muslim terrorists haven’t understood or assimilated the principles of democracy”) help in any way. These are false, and dangerous, conclusions to draw.

We need a concerted security policy across Europe with the dual understanding that, first, such a policy will only be valuable as part of a more global and multidimensional strategy and, second, that it cannot be used to justify the stigmatization of certain citizens, or the failure to uphold human rights (including those of migrants) and the equal dignity of people. Higher up the ladder, states have to ensure the coherence of their foreign policies in the Middle East and Africa.

To continue to deny that there is a connection between our politics (or our absence of clear politics) in Syria, Libya, Iraq and even in Palestine, and terrorist attacks in Europe proves our alarming blindness or ignorance. We cannot support dictatorships, be political and economic partners with states who export literalist Salafi doctrine, be silent when civilians are massacred south of our borders and hope that we will not receive a response to the injustice and humiliation we have provoked.

Our foreign policies must be clarified and fall in line with our fundamental principles. If we are driven solely by geostrategic and economic interests, we risk continuing to pay a heavy human price. In the same way, we urgently need to completely rethink, revolutionize even, the tone of our political debate and the policies of our own countries.

Muslim citizens must participate in civil debates to help build the social policies of the future, not to justify themselves or to condemn others in the wake of every attack or controversy. We must have the courage to set in motion policies based on trust that include diversified partnerships with different strains of Muslim thought. We cannot only listen to those who tell us what we want to hear and make the mistake of confusing for open dialogue the kind of interactive monologue in which people who think alike will engage.

Western Muslims, for their part, cannot only raise their voices when we talk about Islam. They should, in fact, spend less time talking about Islam and take a greater interest in the larger problems their society faces — education, employment, health, the environment — to avoid the temptation of branding themselves as victims. I have repeated this over the past 25 years:

There is no failure of religious and cultural integration in Europe, but there is a disastrous deficit of effective policies related to social justice, education, housing and employment.

We all know that we need to clarify the terms of our current debate. We need to grasp the full complexity of the phenomenon and take a holistic approach by proposing a variety of complimentary responses. To become obsessed with the religious question, to refuse to see the political aspects and hope that tough security and war-like measures can protect us will only lure us toward dangerous consequences. The time for new partnerships has come — between European states, and between states, civil society and citizens of all confessions or none. It is on us now, each one of us in our own way, to assume responsibility and stop hiding behind the so-called “madness and hatred” of the “other.” Because if we try “explain” away the state of the world this way, we won’t get anywhere.



(Tariq Ramadan is professor of contemporary Islamic studies at Oxford University and president of the think tank European Muslim Network (EMN).)

Monday, June 27, 2016

SIDDIQ FADZIL: Kafir harbi atau Warganegara? Kepelbagaian Dalam Bingkai Kesatuan



Kafir harbi atau Warganegara? Kepelbagaian Dalam Bingkai  Kesatuan

27 Jun 2016 | SIDDIQ FADZIL

Pembinaan bangsa dalam konteks Malaysia harus berasaskan formula kepelbagaian dalam kesatuan. Kita harus dapat bersikap positif, melihat dan menerima kepelbagaian kaum, agama dan budaya bukan sebagai sumber konflik, sebaliknya sebagai aset kekuatan, kekayaan, kreativiti dan dinamika kemajuan.
Bangsa tidak dapat dibina menerusi formula melting pot atau kawah besar peleburan. Tidak ada golongan yang rela jati dirinya dilebur. Kebinekaan atau keragaman budaya tidak menjadi masalah, andainya ia diletakkan dalam bingkai keekaan atau kesatuan. Formula kepelbagaian dalam kesatuan adalah selaras dan serasi dengan fitrah dan sunnatu'Lah. Tema inilah yang dihuraikan dengan cukup menarik oleh Dr. Muhammad `Imarah dalam bukunya, al-Islam wa al-Ta`addudiyyah: al-Ikhtilaf wa al-Tanawwu` fi Itar al-Wihdah (Islam dan Pluralisme: Perbezaan dan Kepelbagaian dalam Bingkai Kesatuan).
Segala kewujudan yang kita saksikan pada alam dan kehidupan semuanya memancarkan hakikat kepelbagaian dalam kesatuan-- keesaan Pencipta dengan kepelbagaian makhluk ciptaan-Nya; kesatuan keinsanan dengan kepelbagaian bangsa, warna dan bahasanya; kesatuan agama Allah dengan kepelbagaian syari`atnya; kesatuan syari`at dengan kepelbagaian fiqh, mazhab dan Fitrah sunnatu'Llah berupa kepelbagaian dalam bingkai kesatuan itulah yang diaplikasikan oleh Rasulullah s.a.w. dalam pembinaan ummah negara Madinah sebagaimana yang tercermin dalam perlembagaan ulung Sahifah Madinah, sebuah perlembagaan yang dilatari kepelbagaian kabilah, agama dan budaya warganya.
Lewat Sahifah tersebut Rasulullah s..w. telah membentuk ummah: ummah diniyyah (umat keagamaan) dan ummah siyasiyyah (umat politik). Ummah diniyyah bersifat eksklusif dan terbatas hanya untuk kaum Muslimin (annahum ummatun wahidatun min duni an-nas), sementara ummah siyasiyyah bersifat inklusif meliputi kaum Muslimin dan orang Yahudi (wa anna Yahuda Bani `Awf ummatun ma`a al-Mu'minin).
Kata kunci dalam ungkapan pembentukan ummah politik ini ialah kata ma`a (bersama) iaitu orang Yahudi bersama kaum Muslimin membentuk satu umat (umat Madinah). Ungkapan ma`a al-Muslimin (bersama kaum Muslimin), bukan minal-Muslimin (sebahagian daripada kaum Muslimin), bererti bahawa masyarakat Yahudi tidak menjadi bahagian daripada umat (keagamaan) Islam, tetapi menjadi bahagian daripada umat (politik) Madinah bersama dengan Peruntukan dalam Sahifah tersebut jelas memberikan status kewarganegaraan penuh (al-muwatanah al-kamilah) kepada masyarakat Yahudi. Sebagai warga umat dan negara Madinah status, hak dan tanggungjawab mereka sama dengan umat Islam. Mereka bukan warganegara kelas dua.
Persamaan hak dan tanggungjawab tersebut dicatat dengan ungkapan li al-Yahud dinuhum wa li al-Muslimin dinuhum (Yahudi dengan agama mereka, dan kaum Mukminin dengan agama mereka). Ertinyanya perlembagaan ini memberikan hak kebebasan beragama dan membenarkan para penganut pelabagai agama mengamalkan agama masing-masing dan mengekalkan jatidiri keagamaan masing-masing.
Persamaan tanggungjawab pula dicatat dengan ungkapan wa anna al-Yahuda yunfiquna ma`a al-Mu'minin madamu muharibin (masyarakat Yahudi dan kaum Mukminin sama-sama membiayai peperangan apabila negara Madinah diserang). Hak dan tanggungjawab yang sama juga diberikan kepada kabilah-kabilah Arab yang ikut menjadi warga Sahifah Madinah. Persamaan hak dan tanggungjawab kewarganegaraan antara Muslim dan bukan-Muslim itulah yang kemudiannya terumus dalam prinsip lahum ma lana, wa `alayhim ma `alayna (mereka berhak mendapat apa yang kita dapat, dan memikul tanggungjawab yang sama kita pikul).
Demikianlah antara yang tercermin dalam Sahifah Madinah, sebuah perlembagaan Islami yang disemangati kepelbagaian dalam bingkai kesatuan (al-tanawwu` fi itar al-wihdah).
Terdapat anggapan bahawa Sahifah Madinah tidak dapat dijadikan model sebuah negara yang moden, lengkap dan terperinci. Memang perlembagaan nabawi tersebut tidak digubal untuk tujuan itu. Bagaimanapun ia tetap relevan sebagai contoh penterjemahan prinsip dan nilai kenegaraan al-Qur'an ke dalam bentuk sebuah perlembagaan sesuai dengan realiti zaman dan lingkungan. Yang perlu dilihat bukan rinciannya, tetapi prinsip-prinsip dan nilai-nilai dasarnya.
Dengan demikian Sahifah Madinah tetap relevan sebagai acuan menangani masalah pluralisme masyarakat, termasuk isu persamaan status, hak dan tanggungjawab kewarganeraan antara Muslim dan bukan Muslim.
Perlembagaan nabawi itulah yang menjadi rujukan Dr.Fathi Osman ketika membahaskan isu tanggungjawab warga bukan-Muslim dalam pertahanan negara. Katanya, "The military service may have some religious character for Muslims, but it meanwhile signifies national defense for non Muslims. Non Muslims were allowed to share with Muslims the responsibility of defending Medina in the Prophet's Constitutional document which he drew up just after his migration there. This did not particularly work, but it cannot affect the validity of the principle." (Fathi Osman, 2002:153).
Tentunya dari semangat Sahifah Madinah jugalah beliau mendapat keberanian mendukung prinsip persamaan penuh (full equality) Muslim dengan bukan-Muslim dari segi hak dan tanggungjawab.
I do not think Muslims have any legal problem with regards to full equality with non-Muslims in rights and obligations. What emerged as the status of "dhimmis"; (non-Muslims within the Muslim state) was historically developed rather than built in the permanent laws of the Qur'an and Sunnah. Many scholars, including the Westerners, admit that the status of non-Muslims in the Muslim world during the Middle Ages,was better than what the Jews or other religious minorities received in the Christian countries in those ages.
The important question is: Are Muslims now ready to go further to secure and sanction full equality for the non-Muslim with them in a contemporary Islamic state? When reservations and 'if'; and 'but'; are raised, how can Muslims expect that non-Muslims would be convinced of, or be loyal to, the concept of Islamic state, while they are offered full equality without reservations in a secular democracy? (Fathi Osman,2002:152).
Perbincangan tentang kewarganegaraan orang bukan-Islam selalu dikaitkan dengan status kafir harbi dan dhimmiy yang terkesan tidak disenangi oleh masyarakat bukan-Islam. Sebenarnya telah ramai ulama dan sarjana Muslim yang menganggap pengkategorian tersebut sudah tidak relevan lagi.
Status kafir harbi dan dhimmiy pada hakikatnya tidak membawa pengertian negatif warganegara kelas dua. Ia lebih membawa makna jaminan umat Islam untuk melindungi warga bukan-Islam dari sebarang bentuk penindasan. Bagaimanapun dari segi hukum fiqh tidak ada halangan menggugurkan istilah dhimmiyyun untuk digantikan dengan istilah muwatinun. Dr. Yusuf al-Qaradawiy mengatakan bahawa para fuqaha’ silam umumnya menganggap kaum dhimmiy sebagai ahl al-dar (warga negara Islam) yang bererti mereka bukan orang asing.
Jika demikian mereka sebenarnya adalah ahl al-watan dan seharusnya disebut muwatinun sama seperti warga Muslim. Seterusnya al-Qaradawiy menyarankan agar istilah-istilah tertentu dalam sejarah masa lalu seperti dhimmah dan ahl dhimmah dipadam sahaja dari kamus masa kini kerana tidak lagi dapat diterima oleh masyarakat bukan Islam. Beliau berhujah bahawa Khalifah `Umar ibn al-Khattab r.`a. telah bersetuju memadam istilah yang lebih penting iaitu jizyah apabila kaum Nasrani Bani Taghlib meminta agar ia digantikan dengan istilah sadaqah. (Al-Qaradawiy, Yusuf, 2010:40-42)  Dari segi realitinya status dhimmiy sudah tidak ada sejak abad 19 (zaman Turki`Uthmani).
Mengenai fakta ini Al-Ghunaimi menyebut, “When Sultan Abdel Majid issued the Khatti-Sherif of Gulhane, in 1839, proclaiming the principal of equality between the Muslims and the Christians, the classical legal status of the dhimmis, presumably, was to disappear. (Al- Ghunaimi, Mohammad Talaat, 1968:213).
Bagi rantau ini kepelbagaian dan kemajmukan sudah menjadi bahagian daripada sejarah dan kebudayaannya. Hampir semua agama dan tamadun besar dunia -Islam, Kristian, Hinduisme, Buddhisme, Konfusianisme – telah hadir dan hidup berdampingan dengan harmonis selama berabad-abad. Keunikan rantau ini sebagai daerah terkaya dengan pengalaman dialog ketamadunan memberikan harapan dan optimisme kemampunan membina kesatuan bangsa berlandaskan kalimatin sawa'; dalam pengertian perkongsian suatu set nilai yang disepakati.
Sebagai sesama warganegara, hak dan tanggungjawab – Muslim dan bukan Muslim -- pada asasnya adalah sama. Demikianlah ketetapan yang berasaskan prinsip: lahum malana, wa `alayhim ma `alayna (mereka berhak mendapat apa yang kita dapat, dan mereka memikul tanggungjawab yang sama kita pikul). Agama memang tidak menghalang memberikan pelayanan yang baik dan adil kepada warga bukan Muslim, andainya mereka tidak memperlihatkan sikap permusuhan dan penentangan terhadap kaum Muslimin. Demikianlah yang difirmankan oleh Allah:
Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halamanmu. Sesungguhnya Allah Mencintai orang-orang yang berlaku adil. (al-Mumtahanah:8)
Merujuk ayat tersebut al-Shaykh Yusuf al-Qaradawiy menyebut bahawa berbuat baik dan berlaku adil terhadap warga bukan Islam sedemikian itu termasuklah pemberian ruang untuk mereka menganggotai majlis-majlis perwakilan. (Al-Qaradawiy, Yusuf,1999: 195).
Bukan semata-mata kerana darah keturunan. Keunggulan bukan hak eksklusif golongan tertentu, tetapi ditawarkan kepada semua yang sanggup memenuhi syarat. Dalam Islam tidak ada ketuanan warisan, yang ada ialah keunggulan bersyarat (khayriyyatun mashrutah). Keunggulan seperti itulah yang tersirat dalam ayat Ali `Imran: Keunggulan (khayriyyah) yang disebut dalam ayat tersebut terkait dengan tiga syarat:
1. Komitmen penegakan nilai-nilai kemakrufan.
2. Kesanggupan berjuang melawan gejala kemunkaran.
3. Beriman dengan Allah dalam erti yang seluas dan semurninya.
Ternyata tidak ada ketuanan yang dipusakai, kerana memang keunggulan tidak diwarisi. Keunggulan harus diraih dengan usaha gigih membina kekuatan watak berasaskan iman dan nilai-nilai murni. Demikianlah, yang ada hanya keunggulan yang bersyaratkan usaha yang serius (khayriyyatun mashrutatun muktasabah). Al-Qur'an tidak menyebut keunggulan yang berasaskan hak warisan perkauman (al-`unsuriyyat al-mawruthah). Justeru, keunggugulan bukan monopoli sesuatu kaum. Ia ditawarkan terbuka kepada semua yang sanggup memenuhi syarat, termasuk golongan ahl al-kitab.

* Profesor  Datuk Dr Siddiq Fadzil adalah Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) dan mantan Presiden WADAH


Saturday, June 25, 2016

DR SIDDIQ FADZIL: TADHKIRAH BERANI


TARBIAH RAMADHAN DAN SIFAT BERANI:   MENGAPA SESUATU BANGSA ITU BOLEH DI TINDAS?


Apabila berlaku penindasan oleh pemerintah yang zalim ke atas rakyatnya, adalah lazim pemerintah itu akan dihina dan dipersalahkan. Hakikatnya, tanpa kita sedari, kezaliman itu boleh berlaku, dengan rela dan izin oleh bangsa itu sendiri.

Siapakah mereka yg termasuk kumpulan ini?


Pertama: Bangsa penakut (al-ra'iyyat al-kha ifah)

Di dalam al Qur’an, terakam kisah Bani Israil yang pernah menjadi bangsa paling penakut. Ia adalah kesan indoktrinasi puluhan tahun Kerajaan Firaun ke atas mereka.

Penakut adalah watak Bani Israil pada zaman nabi Musa a.s. Mereka takut untuk mengisytiharkan pendirian ketika jelas kebenaran mengatasi kebathilan dalam pertembungan Nabi Musa dan tukang-tukang sihir Firaun.

Maka dikisahkan, meskipun jelas tongkat Musa sudah menelan semua ular ahli-ahli sihir, namun rakyat masih tak berani menerima kebenaran risalah Nabi Musa dan menolak kebatilan Firaun. Ia adalah akibat terlalu dibenam psikologi penakut.

Mereka terus menerus dihantui ketakutan terhadap Firaun walaupun telah terlepas daripada cengkaman kezaliman. Walaupun Firaun telah mati ditelan laut, namun mereka masih berperwatakan penakut. Sifat berani telah pupus dalam diri mereka apabila diperintahkan untuk memasuki tanah yang dijanjikan kerana takut untuk berhadapan dengan Qauman Jabbarin.

Apabila penyakit penakut sudah jadi watak, memakan beberapa generasi lamanya untuk berubah. Walaupun Firaun sudah mati berpuluh tahun, watak penakut tetap wujud lagi.

Maka Allah sesatkan mereka di padang pasir selama 40 tahun. Kenapa padang pasir dan tempoh 40 tahun?

Ia bagi menghapuskan generasi penakut dan melahirkan generasi pemberani yang mampu meneruskan kehidupan dalam ketandusan dan kegersangan padang pasir yang memeritkan. Keberanian hanya timbul bersama kepayahan. Keberanian lahir di luar zon selesa. Keberanian hanya lahir setelah ketakutan dikuburkan.

Sebab itulah kita disaran mengamalkan doa yang di ajar oleh junjungan besar kita Nabi Muhamad s.a.w.
"Allahumma a’inni ‘a'uzubika minal hammi wal hazan...." (Ya Allah, jauhkanlah aku daripada penyakit lemah dan rasa penakut).


Kedua: Budaya dan moral hidup bangsa itu sudah rosak.

Contohnya: Jika penyakit rasuah dan gila kebendaan begitu membarah ke atas setiap individu bangsa itu, maka masakan mereka akan menolak pemimpin yangg rasuah. Kerana mereka sendiripun akan amalkan rasuah itu, jika ada peluang dan kesempatan. Mereka menjadi masyarakat ‘venal’open to bribery and overly motivated by  bribes, mudah serta sedia disuap dan amat terangsang dengan rasuah.

Dengan sikap yang sudah hina sebegini, maka semakin mudahlah pihak berkuasa yang korup mengambil kesempatan memanipulasi sikap rakyat yang tersedia sudah rosak itu. Umat yang terkena ‘sumpahan kefasiqkan’.

Jembalang kefasiqkan, adalah jembalang yang menghantui ummah. Ummah disumpah kehinaan atas rasukan kefasiqkan yang menggila. Segala fikir, zikir, kata, daya dan aksi berkiblatkan keuntungan duniawi. 'Kekinidisinian' menjadi cogan kata masyarakat.

Apa yang boleh diharap pada masyarakat yang dirasuk kefasiqkan. Segalanya rosak baik yang tua dan yang muda, pemimpin mahu pun rakyat jelata, ilmuwan mahu pun agamawan semuanya hina disumpah kefasiqkan.

Adakah realistik untuk kita mengharapkan masyarakat yang sebegini terhindar daripada penindasan? Malah merekalah yang merelakan diri dan keluarga mereka dizalimi, ditindas malah diratah semahunya oleh pemimpin penindas demi secubit keuntungan duniawi. Sudah tentu mereka bukan sahaja mengiyakan malah menyokong penindas agar terus berkuasa semahunya.

Tiada makna ditelanjangkan segala kebobrokan, dijaja kekudusan perjuangan jika masyarakat masih terus disumpah kefasiqkan.

Maka, untuk mengharap rakyat yang sakit untuk menolak pemimpin yang sakit adalah suatu yang mustahil.

Benarlah apa yang terpahat dalam pesan Baginda Rasul s.a.w mafhumnya, bahawasanya kita diperlakukan sebagaimana peri keadaan kita. Pemimpin penindas hanya akan terus dijulang oleh masyarakat yang disumpah kefasiqkan.
Mafhum Hadith: "Sesungguhnya, seseorang dari kamu akan diperlakukan orang mengikut peri keadaan diri kamu sendiri."


Justeru, apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan bangsa yang sudah parah diwabaki penyakit penakut dan rosak moral, jika ia benar-benar berlaku? Ini suatu soalan yang tidak mudah untuk dileraikan. Ini memerlukan tarbiah dan islah.

Di sinilah terpusatnya gerak daya islah. Islah mas tata'tu yang menagih segala kesungguhan dan keikhlasan juga kecerdasan yang menuntut komitmen dari segala sudut, dari setiap lapangan dan golongan. Juru dakwah perlu tangkas mendidik dan menghentikan sumpahan ini. Hanya kebenaran dan keadilan yang mampu menumpaskan jembalang yang bersekongkol dengan pemimpin penindas.

Tarbiah Ramadhan adalah tarbiah untuk melahirkan sifat keberanian. Keluar dari kebiasaan, melawan keselesaan. Lapar dan dahaga diharungi demi menyempurnakan titah Ilahi. Hanya yang berani sahaja mampu mengharungi keperitan Ramadhan.

Inilah maqasid puasa yang gagal dihayati ummat. Ketakutan terus dipasakkan bersama ilusi yang tiada berpenghujung. Segenap tempat dan ketika ketakutan menjelma tanpa malu dan silu. Umat Islam ditakutkan seolah-olah tiada lagi kekuatan yang tersisa dan hidupnya hanya meminta-minta.

Ayuh! Dalam baki waktu termahal dalam Ramadhan ini, kita bina keberanian bersama munajat menghambat lailatul qadr.



Profesor Dato' Dr. Siddiq Fadzil.
Kg. Sg. Ramal Dalam.



(Catatan intisari usrah 20 Ramadhan 2016 oleh Cikgu Amidi Abd Manan dan Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni)

Friday, June 24, 2016

DR SIDDIQ FADZIL: MAQASID AL QUR’AN



Pidato Ramadan oleh Prof Dato Dr Siddiq Fadzil
22 June 2016


Implikasi Penurunan Al-Quran

Al-Qur’an diturunkan pada malam Lailatul Qadr, yang kebaikannya menyamai ‘seribu bulan’. Mengikut perbahasan ulama, istilah ‘seribu bulan’ itu bermaksud ‘banyak’, bukan terbatas hanya pada ‘seribu’. Ini menggunakan kaedah. 

Al-Qur’an membawa mesej transformatif () yang mengkagumkan. Ia dapat mentransformasi suatu masyarakat jahiliah menjadi masyarakat terbaik - Khayra Ummah. Model masyarakat khayra ummah adalah teladan para Sahabah Rasulullah s.a.w. yang diungkapkan oleh Sayyid Qutb dalam bukunya ma’lim fi al toriq  (Petunjuk di Sepanjang Jalan) sebagai al jil ul quraniy il fariid (Generasi al Qur’an yang Unik).

Keunggulan generasi Sahabah r.a., sehingga ada ulama mengatakan jika tiada Al-Quran sebagai mukjizat, kewujudan para Sahabah itu sendiri adalah suatu ‘mukjizat’ membuktikan kerasulan Rasulullah s.a.w. ().


Maqasid Penurunan Al-Quran

Ini adalah asas kepada Maqasid al Shari’ah. Tiada Maqasid al Shari’ah jika tiada Maqasid Al-Qur’an.
Ini pernah diulas oleh banyak pemikir termasuk Al-Ghazali (Jawaher Al-Quran), Rashid Redha (Al-Wahyu Muhammadi), Tahir Ibn ‘Ashur (Tafsir At-Tahreer wat Tanweer), dan Yusuf al Qaradhawi.

Ulama merumuskan bahawa Maqasid al Qur’an bermaksud: “Matlamat-matlamat penurunan bagi mengaktualisasi maslahah manusia atau kebajikan manusia” atau “Islahul Insan”. Manusia perlu diislah kerana mereka adalah pentadbir alam. Al Qur'an diturunkan untuk memperbaiki manusia supaya manusia dapat menguruskan alam dan seisinya sebaik mungkin.

Manusia yang terislah akan berbakti kepada keseluruhan manusia tanpa mengira bangsa, agama, atau warna kulit. Manusia yang telah diislahkan adalah manusia yang berkhidmat kepada manusia seluruhnya disamping mengabdi kepada Allah. Maqasid penciptaan manusia adalah beribadat kepada Allah dan berkhidmat kepada manusia.

Misi manusia yang terislah: Beribadah kepada Allah, Islah kepada Makhluk ()

Surah Ali-Imran ayat110 menyatakan secara jelas bahawa umat Islam adalah umat terbaik untuk berbakti kepada manusia seluruhnya. Istilah ‘Khayra Ummah’ seperti ditafsirkan oleh ulama, adalah bermaksud “Sebaik-baik manusia untuk manusia” (). Ini sesuai dengan mesej dan tema Islam sebagai “Rahmat Sekalian Alam”.

Ini bermakna manusia perlu merasa selamat berada di kalangan masyarakat Islam. Inilah watak manusia yang telah diislah oleh al-Qur'an.

Maka adalah tidak wajar bagi umat Islam memonopoli atau membolot kebaikan hanya untuk diri mereka sahaja. Misi khayra ummah yang tulen adalah misi kemanusiaan sejagat. Mesej kita adalah misi universal yang merentasi bangsa dan agama.

Al marhum Sheikh Taha Jabir Ulwani (rh) mengatakan: Khayra Ummah adalah mereka yang ditampilkan, “dikeluarkan (daripada manusia) untuk mengeluarkan (daripada keburukan, kesesatan, kegelapan) kepada benderang cahaya”.


Misi Islah daripada al Qur’an ada beberapa tema:

o Islah Aqidah: Perkara ini yang paling penting dan utama kerana ia akan membentuk pemikiran Tauhidik dan merdeka. Dhikr  yang paling awla ialah – la ilaha illallah (tiada tuhan selain Allah - memiliki implikasi besar, pembebasan manusia, hamba kepada Allah bukan kepada apapun selainNya)

o Islah Akhlak


Sejarah

Tujuan pengkisahan sejarah adalah  periwayatan misi para rasul - mengingatkan tentang hari-hari Allah. Sejarah adalah wahana untuk Islah yang sebenar. Maka, untuk berubah, manusia perlu belajar daripada sejarah. Al-Quran memaparkan pelbagai kisah sebagai sejarah yang perlu dipelajari. Peristiwa sejarah diungkapkan sebagai jalan untuk mengislahkan manusia apabila manusia mengambil pengajaran atau ibrah daripada sejarah.

Antaranya:

o Kisah Dzulqarnayn melaksana strategi memberdaya kaum manusia yang lemah. Raja yang kuat ini meminta bantuan kaum berkenaan dengan berkata “Bantulah aku dgn kekuatanmu’’, membawa maksud “Kamu tidak lemah, kamu kuat”.

o Kisah Musa a.s. yang melakukan Islah Siyasi dan memberdaya kaum Bani Israel. Penceritaan Nabi Musa dan Bani Isra’il - membina jiwa merdeka Bani Isra’il dengan di bawa mereka keluar bebas daripada penindasan di Mesir.

o Kisah Nabi Sulaiman a.s. dan Ratu Balqis:
Nabi Sulaiman a.s. mendengar pandangan Burung Hud-Hud, walaupun baginda adalah raja dan pemimpin yang agung. Burung Hud-Hud yang kecil berani memberikan pendapat, walaupun dia hanyalah seekor burung belatuk. Oleh itu rakyat kecil janganlah diremehkan dan orang besar tidak tahu semua perkara.

Ratu Balqis, walaupun seorang wanita, mampu mentadbir dengan baik dan mengamalkan syura bermesyuarat berunding dengan pembesar-pembesarnya, terserlah hikmah di dalam pentadbiran Ratu Balqis. Oleh itu, jangan memperkecil keupayaan seorang wanita untuk memimpin dengan bijaksana sepertimana kisah Ratu Balqis.


Kesimpulannya - Jika sejarah gagal difahami, maka kita tidak mampu untuk melangkah ke hadapan. “How can you know where you are going, if you don’t know where you have been”.



Pidato Ramadan oleh Dato Dr Siddiq Fadzil di Kolej Darul Hikmah sempena Iftar Jamaiyy  WADAH, ABIM dan PKPIM



(Disunting dan disuaipadan daripada catatan Dr Ahmad Safwan Mohamad dan saudara Baharin.)