Saturday, February 24, 2018

Al Qaradawi: HENTIKAN PEMBUNUHAN DI GHUTAH SYRIA!





الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومَن اتبع هداه، وبعد:

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam keatas Rasulullah serta ahli keluarganya dan para sahabatnya beserta mereka yang mengikuti petunjuk yang dibawa baginda.


Kami di Kesatuan Ulama Sedunia amat kesal dengan tahap getir dan keadaan parah yang sedang dialami oleh umat Arab dan Islam. Penduduk Ghutah di timur Damsyik  dibunuh beramai-ramai dengan senjata serta cara yang tidak pernah mereka alami sebelum ini. Peristiwa ini didalangi oleh rejim zalim Syria beserta pihak-pihak luar yang bersekongkol dengan mereka yang terdiri daripada Rusia serta sekutu yang mempunyai kepentingan tersendiri. Mereka yang terkorban itu adalah rakyat Syria, rakyat Arab, orang Islam, rakyat biasa yang tidak bersenjata, dan di kalangan yang terkorban terdiri daripada kanak-kanak, wanita, dan warga tua. Ratusan terbunuh setiap hari, dan rumah-rumah dihancurkan serta bangunan-bangunan runtuh menghempap penghuni-penghuninya. Tiada yang tampil sebagai penyelamat mereka, tiada yang dapat mengeluarkan mereka dari tragedi ini, bukan kita dan bukan selain kita, tiada tempat untuk meminta pertolongan kecuali kepada Allah swt.

Mereka yang ikhlas di kalangan umat ini beserta mereka yang masih mempunyai saki baki sifat kemanusiaan hanya mampu mengutuk dan mencela, meluahkan perasaan marah dan berdoa ke atas pelaku jenayah yang keji ini, yang telah melakukan massacre (al-majzarah al-murawwa’ah al-mustamirrah) pembunuhan beramai-ramai yang sangat mengerikan lagi berterusan hingga ke saat ini.

Sesungguhnya Islam sememangnya mengiktiraf dan mengangkat nusratal mazlum yakni tindakan menolong orang yang dizalimi dan menolong mereka yang lemah serta mencegah kezaliman yang dilakukan penzalim sebagai sesuatu yang wajib dalam hukum syarak, bahkan ianya juga wajib dari sudut akhlak setiap agama dan bagi setiap masyarakat yang terbina atas nilai-nilai murni dan mulia yang memelihara harkat tertinggi tidak kira samada yang dizalimi itu Muslim atau bukan Muslim. Allah swt berfirman :-

فَلَوْلَا كَانَ مِنَ الْقُرُونِ مِنْ قَبْلِكُمْ أُولُو بَقِيَّةٍ يَنْهَوْنَ عَنِ الْفَسَادِ فِي الْأَرْضِ إِلَّا قَلِيلًا مِمَّنْ أَنْجَيْنَا مِنْهُمْ ۗ وَاتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا مَا أُتْرِفُوا فِيهِ وَكَانُوا مُجْرِمِينَ


Maka mengapa tidak ada dari umat-umat yang sebelum kamu orang-orang yang mempunyai keutamaan yang melarang daripada (mengerjakan) kerosakan di muka bumi, kecuali sebahagian kecil di antara orang-orang yang telah Kami selamatkan di antara mereka, dan orang-orang yang zalim hanya mementingkan kenikmatan yang mewah yang ada pada mereka, dan mereka adalah orang-orang yang berdosa” (Surah Hud ayat 116)

Al-Barra’ ibn ‘Azib r.a., seorang sahabat Rasulullah pernah meriwayatkan bahawa baginda memerintahkan para sahabat untuk menolong orang yang dizalimi.


Maka kami dari Kesatuan Ulama Sedunia ingin menekankan dan menegaskan perkara-perkara berikut:-

1- Kami amat menghargai perjuangan dan terharu serta menyokong dengan ketabahan dan kecekalan rakyat Syria. Kecekalan inilah juga telah diperjuangkan oleh bangsa Syria pada zaman dahulu ketika rejim Mongol yang zalim mengganas dan menindas mereka pada waktu rakusnya tentera Mongol melakukan penganiayaan tanpa mempedulikan atau ada sebarang keprihatinan terhadap syarak, undang-undang mahupun perjanjian antara negara dan kerajaan.

2- Kami menyeru kerajaan-kerajaan negara-negara Arab dan kerajaan-kerajaan negara Islam serta masyarakat antarabangsa untuk bergerak dan bertindak dengan segala daya upaya demi menghentikan penyembelihan ganas ini dan menyelamatkan rakyat yang menderita itu daripada terus terkorban dan berhadapan dengan kehancuran rumah dan bangunan serta dan dihalau keluar dari tempat tinggal mereka secara paksa.

3- Kami menyeru seluruh rakyat Arab, dan orang Islam serta setiap individu untuk bangun dan tampil menyatakan perasaan mereka dengan menggunakan segala kemampuan mereka demi membantah penyembelihan ini serta menggesa dihentikan tragedi pedih ini.

4- Kami gusar dengan keasyikan dan kesibukan rakyat Arab dengan perkara-perkara kecil dan sia-sia serta perpecahan antara kerajaan negara Arab, perpecahan di antara kerajaan negara Islam dan konflik sesama mereka. Kami juga kecewa dengan  kebisuan masyarakat antarabangsa dan negara-negara kuasa besar kerana mereka mampu menghentikan penyembelihan dan pembunuhan ini.


اللهم إليك نشكو ضعف قوتنا، وقلة حيلتنا، وهواننا على الناس، اللهم منزل الكتاب، ومجري السحاب، وهازم الأحزاب، اللهم اهزمهم وانصرنا عليهم

Ya Allah hanya padaMu kami mengadu akan kelemahan kami, betapa sedikitnya kemampuan kami, betapa hinanya kami pada pandangan manusia. Ya Allah, Engkaulah yang menurunkan al-Kitab, Engkaulah yang menggerakkan awan-awan, Engkaulah yang mengalahkan tentera al-Ahzab, Ya Allah tewaskanlah mereka dan menangkanlah kami keatas mereka!



Setiausaha Agung
Dr. Ali al-Qurrah Daghi

Presiden
Dr. Yusuf al-Qaradawi

Kesatuan Ulama Islam Sedunia
الإتحاد العالمي لعلماء المسلمين


Terjemahan dari teks asal Kesatuan Ulama Sedunia, teks asal di link http://iumsonline.org/ar/ContentDetails.aspx?ID=8342



Friday, February 23, 2018

PERINGATAN KEPADA BANI ADAM


MAFHUM AYAT

Nota Usrah Wadah Pencerdasan Umat
PERINGATAN KEPADA BANI ADAM : Pengajaran Ayat 35-42 Surah Al A’raf




MAFHUM AYAT


Wahai anak cucu Adam! Jika datang kepadamu rasul-rasul dari kalanganmu sendiri, yang menceritakan ayat-ayat-Ku kepadamu, maka barang siapa yang bertakwa dan mengadakan perbaikan, maka tidak ada rasa takut kepada mereka, dan mereka tidak bersedih hati [35].

Tetapi orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombong diri terhadapnya, mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya [36].

Siapakah yang lebih zalim dari orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayat-Nya? Mereka itu akan memperoleh bahagian yang telah ditentukan dalam Kitab sampai datang para utusan (malaikat) Kami kepada mereka untuk mencabut nyawanya. Mereka (para malaikat) berkata, “Manakah sembahan yang biasa kamu sembah selain Allah?” Mereka (orang musyrik) menjawab, “Semuanya telah lenyap dari kami.” Dan mereka memberikan kesaksian terhadap diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang kafir [37].

Allah berfirman, “Masuklah kamu ke dalam api neraka bersama golongan jin dan manusia yang telah lebih dahulu dari kamu. Setiap kali suatu umat masuk, dia melaknat saudaranya, sehingga apabila mereka telah masuk semuanya, berkatalah orang-orang yang (masuk) belakangan (kepada) orang yang (masuk) terlebih dahulu, “Ya Tuhan kami, mereka telah menyesatkan kami. Datangkanlah siksaan api neraka yang berlipat ganda kepada mereka.” Allah berfirman, “Masing-masing mendapat (siksaan) yang berlipat ganda, tapi kamu tidak mengetahui.” [38].

Dan orang-orang yang (masuk) terlebih dahulu berkata kepada yang (masuk) belakangan, “Kamu tidak mempunyai kelebihan sedikit pun atas kami. Maka rasakanlah azab itu kerana perbuatan yang telah kamu lakukan.” [39].

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombong diri terhadapnya, tidak akan dibukakan pintu-pintu langit bagi mereka. Dan mereka tidak akan masuk syurga sebelum unta masuk ke dalam lubang jarum. Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat [40].

Bagi mereka tikar tidur dari api neraka dan di atas mereka ada selimut (api neraka). Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang zalim [41].

Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan kebajikan, Kami tidak akan membebani seorang melainkan menurut kesanggupannya. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya [42].

Al-A’raf 7.



PENGAJARAN
PENGAJARAN
1 Allah (swt) mengingatkan manusia supaya memberi tindak balas positif terhadap pengutusan para rasul yang menyampaikan risalah kebenaran (ayat-ayat Allah). Dua sikap dituntut dari manusia terhadap seruan para rasul iaitu bertaqwa kepada Allah (swt) dan membuat perbaikan-perbaikan (melakukan islah) dalam masyarakat (fa-manit-taqa wa as-laha). Bertaqwa ialah membangun hati dan jiwa yang sentiasa takutkan Allah (swt), disertai rasa bimbang tentang nasib yang bakal ditempuh di Hari Akhirat. Dengan kesedaran-kesedaran demikian dia (manusia) memelihara diri dari syirik dan dosa besar dan sedaya upaya berusaha mengelak diri dari melakukan dosa-dosa kecil. Membuat perbaikan-perbaikan ialah melakukan islah melalui gerak kerja dakwah, al-amr bil ma-ruf, al-nahy `anil-mun-kar dan jihad fi sabi-Lillah. Allah (swt) memberi jaminan bahawa Dia akan menghilangkan dari diri mereka rasa takut (la khau-fun `alay-him) ketika berdepan dengan kegoncangan Hari Kiamat nanti dan juga menghilangkan rasa sedih (wa laa hum yah za-nuun) kerana berpisah meninggalkan kehidupan dunia.

2 Mereka yang memberi respons negatif terhadap pengutusan para rasul adalah mereka yang mendustakan ayat-ayat Allah (swt) dan menyombong diri terhadap-Nya (wal-lazi-na kaz-za-buu bi aa-yaa-tina was tak-baruu). Mereka adalah orang-orang yang enggan beriman dengan ayat-ayat Allah (swt) dan enggan menerima hujjah yang dikemukakan oleh para rasul. Mereka menyombong diri dengan menolak kebenaran sekalipun didokong dengan bukti yang jelas dan terang. Mereka juga sombong kerana enggan untuk tunduk merendah diri, mengabdi diri kepada Allah (swt). Allah (swt) menegaskan bahawa tempat yang layak bagi mereka (yang membantah dan menyombong diri ini) ialah neraka jahannam dan mereka kekal diazab di dalamnya selama-lamanya.

3 Tidak ada kezaliman yang lebih besar dari perbuatan berbuat bohong terhadap Allah (swt) dan mendustakan ayat-ayat-Nya. Mereka yang berbuat demikian (berbuat dusta dan berbohong) telah melakukan kesalahan paling besar terhadap Allah (swt), sedang Dialah yang mencipta diri mereka dan mencipta seluruh alam. Dialah juga memberi mereka segala keperluan untuk mereka hidup. Mereka berdusta dengan menuduh-Nya mempunyai anak atau Dia diperanakkan. Mereka menuduh Allah (swt) miskin sedang kononya mereka kaya. Mereka juga menolak ayat-ayat Allah (swt) yang diwahyukan dan menganggapnya sebagai dongeng yang direka-reka. Mereka memilih untuk menyembah selain dari Allah (swt) atau menganggap ada kuasa yang lain yang setanding dengan-Nya. Semua kebohongan dan dusta akan hilang dan tersingkap dengan jelas saat mereka dicabut nyawa oleh malaikat. Mereka sendiri menjadi saksi atas kebohongan dan pendustaan yang dibuat selama ini. Namun saat untuk kembali ke jalan yang benar sudah tertutup.

4 Mereka yang mendustakan ayat-ayat Allah (swt) dan bersikap sombong terhadapNya, dari kalangan jin dan manusia, akan dimasukkan ke neraka. Di neraka mereka akan saling menyalah. Kelompok yang kemudian mempersalah mereka yang terdahulu kerana mereka disebut menjadi punca tersesatnya mereka yang datang kemudian. Mereka yang memasuki neraka lebih awal pula cuba berlepas diri dari memikul tanggungjawab, lalu mendebatkan bahawa tiada bedanya dengan mereka yang terkemudian kerana mereka sendiri menolak kebenaran yang dibawa oleh para nabi dan memilih untuk mengikuti jejak langkah (agama) bapa-bapa mereka yang terdahulu, walaupun ternyata apa yang ada pada bapa-bapa dan nenek moyang mereka adalah batil. Allah (swt) menegaskan bahawa mereka yang terdahulu itu akan digandakan azab, namun yang terkemudian tidak dikurangi azab yang ditimpakan ke atas mereka,. Mereka juga akan menerima azab yang berganda.

5 Mereka yang mendustakan ayat-ayat Allah (swt) dan bersikap sombong terhadapNya adalah orang-orang yang berbuat jahat terhadap Allah (swt) (al-muj-ri-miin) sekaligus adalah orang-orang yang zalim (al-zhaa-limin). Rahmat Allah tertutup untuk mereka. Doa dan permohonan serta amal mereka tidak menembus langitkerana pintu-pintu langit tidak terbukauntuk mereka. Sebaliknya yang menadah menanti mereka ialah kawah azab neraka dengan api yang akan membalut tubuh mereka (la-hum min ja-han-nama mihaa-dun wa min faw-qi-him ghaw-wash). Sebaliknya mereka yang beriman dan beramal salih, dengan melaksanakan kewajipan yang mampu dilaksanakan (kerana Allah (swt) tidak membebankan hamba-hamba-Nya dengan kewajipan yang di luar dari kemampuan mereka (laa nu-kal-lifu naf-san il-la wus-`aha)). Mereka adalah ahli syurga yang kekal mendapat nikmat dari Allah (swt).



(Cikgu Abd Halim Ismail adalah Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia)



Monday, February 19, 2018

Imad Isteri Tariq Ramadan Mempertahankan Suaminya




Imad Isteri Tariq Ramadan Mempertahankan Suaminya

Tariq pergi ke Paris pada pagi 31 Januari bagi menjawab soal siasat polis dan sejak itu saya tidak mendengar khabar daripadanya ataupun dapat melihat kelibatnya.

Tidak ada.

Kami tidak dibenarkan menziarahinya. Kami belum dapat keizinan. Keizinan tidak diberikan. Tidak dibenarkan telefon atau melawat.

Tidak ada.

Dia pergi dengan sukarela. Dia mempunyai keyakinan penuh kepada sistem keadilan dan malangnya kehakiman telah mengkhianatinya.

Dan setakat ini dia telah menunjukkan kesungguhan bekerjasama dengan siasatan. Dia tidak pernah berniat untuk melarikan diri. Sebenarnya dia memang menunggu untuk kehakiman mengarahkannya agar dia dapat menerangkan apa yang sebenarnya. Oleh itu, tidak ada sebab yang boleh dibayangkan walaupun sedetik kenapa dia mahu melarikan diri.

Saya ingatkan kita berada dalam sebuah negara yang berpegang kepada prinsip andaian seseorang tertuduh tidak bersalah sehingga disabitkan hukuman dan Tariq dilindungi oleh sendi rukun berkenaan. Saya tidak faham kenapa mereka masih menahannya dan saya tidak pasti kini samada dia mendapat layanan yang adil dan bermaruah.

Saya percaya Tariq telahpun dihukum bersalah sejak mula peristiwa ini. Itulah perasaan saya. Bacalah akhbar. Lihatkan kaca TV dan anda akan merasai dia sudah bersalah.

Saya fikir malangnya dia telah menjadi mangsa pembunuhan media (media lynching) akibat tekanan politik ke atasnya. Pada masa yang sama terlalu banyak pendustaan sehingga pada satu ketika, ia menjadi sangat sukar untuk ditangani.

Begitulah keadaannya. Saya sering berbelah bahagi di antara hasrat keinginan mengambil tahu apa yang disiarkan di akhbar atau TV dan pada masa yang sama rasa jelek tak mahu mendengar apa-apa pun, agar dapat menguncikan diri saya dalam sebuah gelembung dan meyakinkan diri saya keadilan akan terlaksana, dan Tariq akan bebas serta dibersihkan namanya.

Bagi saya, semua ini adalah tuduhan palsu. Semuanya adalah keterangan yang meleset dan tidak langsung mencerminkan diri Tariq.

Contohnya, gambaran yang cuba dibuat tentang suami saya tidak langsung sama dengan apa yang kita tahu tentangnya, apa yang saya tahu tentangnya, apa yang keluarganya kenali mengenainya, apa yang orang mengetahui tentangnya, pengetahuan mengenainya yang sebenar.

Tariq adalah seorang yang amanah, berdedikasi, jujur dan adil, seorang yang prihatin terhadap orang lain. Dan melihatnya dilayani sebegini, bagi saya, adalah menyakitkan.

Hari ini saya mengunjungi peguambelanya dan saya telah menerima berita membimbangkan tentang keadaan kesihatan fizikal Tariq. Peguam memberitahu saya bahawa Tariq sedang sakit. Sudah tentu saya sangat risau. Anda tentu tahu bahawa sudah beberapa tahun Tariq mengalami penyakit kronik yang berat serta memerlukan rawatan khusus. Peguam memberitahu kami di dalam penjara rawatan khusus yang sepatutnya diberikan kepadanya tidak ada dan keadaan itu sangat merunsingkan saya.

Saya fikir pada keadaan spiritualnya, ya, Tariq teguh.
Saya harap begitu.

Kini saya tahu bahawa apabila seseorang itu mengalami kesakitan fizikal, apabila seseorang menderita akibat penyakit dan tidak dapat rawatan khusus, pada suatu tahap, kesihatan psikologinya boleh terjejas.

Oleh itu bagi saya, saya mendoakan dia tabah dan tetap teguh.

Hari ini saya terpanggil untuk bersuara kerana saya bimbang dengan keadaan kesihatannya dan daripada apa yang peguamnya memberitahu saya.

Saya bersyukur kerana ada anak-anak yang datang agar berada bersama di sisi saya. Saya ada seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan yang datang untuk bersama saya, dan anak-anak lain memang berat bagi hati mereka kerana tidak dapat bersama.

Saya bernasib baik kerana ada anak perempuan untuk menemani dan menyokong saya. Kadang-kadang dia jatuh sedih lalu menangis, dan pada waktu lain saya pula bersedih dan menangis. Nasib baik setakat ini, kami belum jatuh sedih lalu tidak menguasai perasaan pada waktu yang sama. Namun saya tahu bahawa jika anak perempuan saya tidak berada disisi saya tidak akan berupaya menggalas semua ini.

Saya fikir Tariq berharap agar kami kuat dan kami akan berdiri tegak menghadapi kezaliman ini, berhadapan dengan segala yang diluahkan di media massa kerana mereka ingin cuba mencalar imejnya.

Mereka sedang berusaha mematahkan kami, memusnahkan kami, meruntuhkan keluarga kami. Itulah perasaan kami sekarang. Mereka bukan sahaja mahu merosakkan satu orang tetapi seluruh keluarga.

Saya tahu bahawa Tariq sering cuba melindungi saya. Kami selalu berusaha melindungi keluarga kami. Kami tidak mahu mendedahkan diri kami. Bersuara dengan lantang ini suatu yang sukar bagi diri saya. Saya tidak pasti samada Tariq akan bersetuju dengan saya.

Walaupun hari ini kita berada dalam keadaan yang tidak biasa. Kita memang berada dalam keadaan luar biasa. Saya percaya pada asasnya sebagaimana saya lakukan walaupun Tariq mungkin tidak bersetuju. Saya tahu dia akan menghormati pilihan saya dan dia akan memikirkannya adalah tindakan terbaik.

Saya percaya dia tidak bersalah. Dalam kes rogol, jika seorang isteri tidak bersama mempertahankan suaminya, ia tidak dapat diterima. Oleh itu bagi saya ia jelas dan adalah suatu penghormatan bagi saya untuk bersamanya dan menyokongnya hari ini dan itulah hakikatnya.

Apa yang saya inginkan adalah Tariq dilayani dengan bermaruah berpegang kepada prinsip seseorang tidak bersalah sehingga dijatuhkan hukuman.

Saya mahu dia dibebaskan sehingga ke tarikh perbicaraan agar dia dapat mempertahankan dirinya secara tenang dan dalam keadaan yang bukan seperti dia sedang mengalami sekarang.


Jika anda inginkan maklumat terkini, sila ikuti kempen rasmi #FreeTariqRamadan yang akan memberikan laporan terbaru dan maklumat sahih tentang kes ini.

(Imad Ramadan,  16 Februari 2018)

Terjemahan Transkrip video di    https://youtu.be/DsxrbcE9iF4

freetariqramadan.com
facebook.com.FreeTariqRamadanCampaign

Tariq Ramadan’s Wife Imad Speaks Out




Tariq Ramadan’s Wife Imad Speaks About Allegations against Her Husband

Tariq went to Paris on the morning of January 31st to answer police questions and since then I have neither heard from him or seen him.
Nothing at all.
We were not allowed to visit him. We have not been allowed yet. The permission was not given. Neither on the telephone or a visit.
Nothing.

He went voluntarily. He had full confidence in the justice system and unfortunately justice has betrayed him.

And so far he has shown exemplary cooperation. He never sought to escape justice. Actually he was waiting for justice to summon him in order for him to be able to give his version of the events. So there is no reason one could imagine, even for a moment, that he wants to escape.

I thought we were in a country where the presumption of innocence was the rule and that he would have benefited from it up to now. I do not understand why they are keeping him and I’m not sure right now that he is getting fair and dignified treatment.

I believe that Tariq has been named guilty since the beginning. It’s that feeling that I have. Just read the press. Just turn on the TV and you would think he is guilty.
I think he is unfortunately the victim of this media lynching due to the political pressure exerted on him. And at the same time there are so many lies that at one point, it cannot be handled that it becomes unbearable.

And that is how it is. I’m constantly torn between the desire to be aware of what is said in the press or TV and then at the same time the desire not to listen to anything, to lock myself in a bubble and convince myself that justice will be done, and that he will come out completely cleared.

For me, all that I have read are false accusations. They are completely erroneous facts that in no way represents him.
For example, the portrait that is made of my husband does not correspond to anything that we know of him, of what I know of him, of what his family knows of him, of what the people who know him, truly know him.

Tariq is fundamentally upright, dedicated, honest and fair man, who cares about others. And seeing him treated this way, for me, is painful.

Today I went to visit the lawyer and I learned very alarming news about Tariq’s physical health. The lawyer said that he was not well. So here, of course I am very worried. You must know that it’s been a few years now that Tariq suffered from a severe chronic illness and needs very specific treatment. The lawyer told us that in prison the treatment he should receive is not available and that worries me a lot.
I think that on the spiritual level, yes, Tariq must be very strong.
I hope so.

Now I know that when one is physically ill, when one suffers from an illness and cannot benefit from the appropriate treatment, at a certain point, the psychological health is also affected.
So for me, what I hope is that he remains strong.

Today I feel obliged to speak up because I am alarmed about his condition and what the lawyer has told me.

I feel very thankful actually to have my children who came to join me here. I have a son and a daughter who joined me, for the others it is indeed difficult for them not to be here. Out of the four two could come.
I feel lucky anyway to have my daughter who accompanies me, who supports me. Sometimes she breaks down, other times I do. Fortunately so far, we have not broken down at the same time. But I know that without her I would not be able to endure everything.

I think Tariq hopes that we will be strong and that we will stand firm in the face of this injustice, in front of everything that is being said in the media because they are trying to smear his image.
They are trying to break us, destroy us, destroy our family. It’s really that feeling we have. They are not trying to destroy just one person but the whole family.

I know that Tariq always tried to protect me. We always tried to protect our family life. We never wanted to expose ourselves. It is a very difficult exercise for me. I am not sure he would approve of it. Even if today we’re not in normal conditions. We are in extraordinary circumstances. I believe basically as in everything I do even if he does not necessarily agree. I know that he will respect my choice and he will think it is the best.

I fundamentally believe in his innocence. In a rape case, if the wife is not next to him, it is intolerable in fact. And so, for me it is obvious to be there and it is an honour to support him today as it has always been in fact.

What I would like to see is him being treated with dignity taking into consideration the presumption of innocence.

I would like him to be free until his trial so that he can defend himself serenely and under conditions other than those which he is in now.


If you want to be informed of the latest events, follow the official #FreeTariqRamadan campaign that will give you all the updates and verified information on the case.

(Imad Ramadan,  16 February 2018)

Translation of Transcript of video at    https://youtu.be/DsxrbcE9iF4

freetariqramadan.com
facebook.com/FreeTariqRamadanCampaign

Sunday, February 18, 2018

Rencana Jahat ke atas Tariq Ramadan




Perutusan Penting tentang Rencana Jahat ke atas Profesor Tariq Ramadan

Paris, 10 Februari 2018

“Kempen Bebaskan Profesor Tariq Ramadan Serta Merta” mengutuk dengan keras penangkapan ke atas Profesor Tariq Ramadan, dikenakan tempoh tahan yang tidak menentu dan penafian haknya untuk mendapatkan layanan prosedur undang-undang yang adil. Hingga kini, Dr Tariq masih tidak dibuktikan lagi dengan sebarang tuduhan, oleh itu kami menuntut pembebasannya dengan kadar segera. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa kes ini bermotifkan politik yang berselindung di belakang topeng siasatan jenayah. Pihak pendakwa Perancis hanya bergantung kepada dakwaan kosong semata-mata dan ianya tidak berasas serta mengandungi bukti yang lemah.

Sejak Jumaat 2 Februari 2018, Dr Tariq Ramadan telah dikenakan kurungan berasingan  (Solitary Confinement) di Pusat Tahanan Sekuriti Maksimum di Flori-Miroges di Paris. Sejak Rabu, 31 Januari 2018, ketika Dr Tariq pergi secara sukarela ke Balai Polis di Paris untuk menjawab soal siasat berkenaan dakwaan jenayah itu, keluarga beliau dihalang daripada melawatnya mahupun berkomunikasi dengannya melalui telefon. Sehingga kini masih belum dijelaskan, bilakah waktu keluarga beliau boleh mendapat akses bagi berhubung dengannya.

Pada hari Selasa, di penghujung pendengaran kesnya di mahkamah, Hakim telah mengarahkan Dr Tariq ditahan bagi suatu tempoh yang tidak dipastikan. Hal ini membolehkan pihak pendakwa terus menerus berkomplot untuk mengukuhkan kes mereka yang sememangnya sudah lemah dan tidak masuk akal.

Pihak pendakwa juga telah menuduh Dr Tariq cuba untuk melarikan diri ke luar negara lalu menuntut supaya beliau terus menerus ditahan meskipun Dr Tariq memberikan kerjasama yang baik kepada pasukan penyiasat sehingga ke hari ini. Sebelum ini pun, Dr Tariq seringkali pergi ke Paris melebihi satu minggu bagi bertemu para penyiasat dan Dr Tariq amat yakin bahawa dia langsung tidak bersalah dalam kes ini. Walaupun Dr Tariq memiliki niat yang baik, bekerjasama penuh dengan pihak penyiasat, dan meletak kepercayaan tinggi kepada badan kehakiman, namun Hakim tidak melihat perkara-perkara demikian dan Hakim juga tidak mahu menerima alternatif lain bagi memastikan kehadiran Dr Tariq di Paris sepanjang tempoh siasatan. Layanan yang zalim ini menunjukkan kepada motif politik disebalik kes ini yang mana ia sarat dengan kelemahan-kelemahan yang serius dan percanggahan-percanggahan yang sangat banyak.

Kes ini bergantung kepada dakwaan-dakwaan yang tanpa asas dan datang pula daripada mereka yang mempunyai agenda dan motif tertentu. Pasukan pembela Dr Tariq telah membentangkan bukti-bukti dan keterangan yang mensabitkan keraguan-keraguan yang munasabah terhadap dakwaan tersebut.  Seorang wanita bernama Christel mendakwa dia telah dirogol oleh Dr Tariq di sebuah hotel di Leon selepas waktu tengah hari pada 9 Oktober 2009. Peguambela Dr Tariq telah mengemukakan tempahan tiket penerbangan Prof Tariq ke Leon yang menunjukkan bahawa Dr Tariq hanya tiba di Leon 9 Oktober 2009 pada pukul 6:35 petang, dan Prof Tariq juga berada di dalam dewan syarahan pada pukul 8.30 petang menyampaikan syarahan kepada ratusan hadirin.

Meskipun pasukan pembela Dr Tariq mengemukakan keterangan-keterangan atau bukti yang tepat dan kuat kepada polis Perancis serta polis mengakui  penerimaan bukti-bukti tersebut, namun secara tiba-tiba pihak polis mendakwa pula pada waktu lain bahawa bukti-bukti tersebut telah hilang daripada fail siasatan.  Maka, adalah jelas bahawa alibi iaitu percanggahan besar yang menolak dakwaan Christel tidak diambil peduli, samada pada laporan pendakwaan dan juga pada keputusan Hakim yang telah mengarahkan Dr Tariq ditahan bagi suatu waktu yang tidak ditetapkan.

Terdapat banyak persoalan serius timbul kerana pertemuan di antara si penuduh Christel dan Hakim Perancis yang berpangkat tinggi iaitu Michelle Dibasc yang berlaku pada tahun 2009. Pertemuan ini dengan jelas menunjukkan niat mereka untuk merekacipta satu kes bertujuan menjatuhkan Dr Tariq Ramadan dengan kerjasama individu-individu yang anti Islam iaitu Caroline Furst dan Antoine Sfieir. Justeru, jelaslah Dibasc telah berkomplot secara jijik dengan Furst dan Christel untuk menjatuhkan Dr Tariq semenjak 9 tahun lalu. Dibasc masih belum mendedahkan penglibatan beliau dalam kes Christel dan kes yang lain dan Dibasc kini bertugas sebagai Hakim di French Court of Cassation. Komplot ini sememangnya menyalahi undang-undang.

Dengan keadaan begini, adakah mungkin bagi Dr Tariq berpegang dan berharap kepada sistem kehakiman Perancis untuk mendapatkan layanan adil dan tidak bias terhadap dakwaan yang tohmahkan kepadanya?

Suatu lagi percanggahan ketara adalah berdasarkan dakwaan seorang lagi si penuduh, Hinda Ayari. Dia mendakwa dirogol oleh Dr Tariq pada April 2012. Namun mesej-mesej Facebook yang didedahkan oleh pihak peguam bela Dr Tariq menunjukkan Hinda Ayari telah menghantar mesej-mesej tersebut kepada DrTariq sebanyak 280 mesej antara Jun dan Ogos 2014, lebih dua tahun selepas berlakunya insiden yang didakwa itu. Hinda Ayari juga mengaku kepada media Perancis yang dialah yang meghantar mesej-mesej tersebut melalui akaun Facebooknya yang kedua, selepas Dr Tariq menghentikan akaun Facebook Hinda Ayari yang pertama kerana Hinda Ayari sering mengganggunya. Hinda berharap dia dapat memperdaya dan menggoda Prof Tariq untuk melakukan perbuatan terkutuk dengannya. Pendedahan-pendedahan ini menjadi sebab kenapa Hinda Ayari tidak hadir apabila dipanggil oleh polis Perancis.

Fakta-fakta ini menimbulkan persoalan-persoalan besar terhadap proses siasatan terhadap Dr Tariq, apatah lagi tentang dakwaan yang dilemparkan kepadanya. Namun pihak pendakwa dan sekutu mereka telah mempamerkan di media massa beberapa dakwaan dan pertuduhan yang tiada asas, semata-mata untuk mencemari imej Dr Tariq. Peranan jelik yang dimainkan oleh media massa merupakan mudarat dan keburukan yang khusus. Hal ini kerana media terus menerus menggembar-gemburkan maklumat yang salah dan mengulangi secara harfiah “bukti-bukti” yang diungkapkan oleh pihak pendakwa tanpa menyemak kesahihan maklumat tersebut. Antara maklumat atau propaganda yang disebarkan adalah, dakwaan bahawa Dr Tariq pemegang paspot Mesir, dan dia  cuba untuk menggunakannya bertujuan melarikan diri ke Mesir. Padahal Dr Tariq tidak mempunyai paspot Mesir dan beliau adalah warganegara Swiss sahaja.

Selain itu, Dr Tariq difitnah kononnya dia tidak dialu-alukan di Qatar. Perkara ini adalah sangat salah sekali. Disamping itu, agensi akhbar mendakwa, Christel mengenalpasti kesan parut di paha Dr Tariq dan kononnya Dr Tariq juga mengakui akan kewujudan parut itu. Kesemua ini adalah tohmahan dusta semata-mata. Media juga menyebarkan bahawa pihak pendakwa mempunyai bukti yang banyak merangkumi mesej-mesej di antara Dr Tariq dan dua orang wanita yang menuduh mereka dirogol itu.

Padahal bukti-bukti yang dikemukakan oleh peguambela mendedahkan bahawa Hinda Ayarilah yang menghantar surat-surat itu kepada Dr Tariq ratusan kali selepas berlalunya dua tahun selepas insiden itu didakwa telah berlaku. Dia juga telah mengaku bahawa surat-surat atau mesej itu dihantar untuk menggoda Prof Tariq untuk melakukan perbuatan yang keji bersama-samanya. Christel pula mendakwa dia telah kehilangan telefon peribadinya, oleh yang demikian, adalah mustahil dia dapat menghantar mesej-mesej tersebut pada tahun 2009.

Lazim dalam keadaan biasa, semestinya kes ini sudah pasti akan digugurkan. Namun, disamping semangat pihak pendakwa raya yang berkobar-kobar mahukan siasatan ini diteruskan, beserta cara yang digunakan untuk memaksa Dr Tariq merengkok di dalam tahanan meskipun kerjasamanya yang baik dengan pihak penyiasat, dan walaupun kehilangan bukti-bukti yang utama dalam penjagaan pihak polis, dan komplot yang jelas antara media massa yang mempromosikan naratif dusta pihak pendakwa, kesemua ini menunjukkan dengan terang akan ketidakpatuhan terhadap prosedur undang-undang, serta mencabul prinsip asasi ‘seseorang itu tidak bersalah hinggalah terbukti oleh mahkamah bahawasanya ia bersalah’ (innocent until proven guilty) dalam kes Dr Tariq Ramadan.

Selepas berdekad-dekad lamanya Dr Tariq Ramadan diburukkan oleh ahli-ahli politik dengan memberinya gelaran “Musuh negara Perancis beragama Islam”, adalah tidak menghairankan pihak berkuasa Perancis dipacu politik dendam demi menjatuhkan seorang insan Muslim yang amat vokal mengkritik dasar politik kerajaan Perancis yang zalim, serta pemerintahan yang prejudis terhadap fakir miskin, orang Islam, pelarian, serta mereka yang terkorban akibat rejim penjajah.

Terdapat banyak bukti yang kuat yang menunjukkan bahawa terdapat pihak-pihak yang memusuhi Islam yang terdiri daripada media massa, agensi-agensi politik, dan individu-individu yang membenci Islam Islamophobes seperti Caroline Furst dan Antoine Sfeir, kesemua mereka menjalankan kempen-kempen yang aktif dan jahat memomokkan Dr Tariq sejak beberapa tahun termasuklah kes yang menimpanya ini.

Profesor Tariq Ramadan merupakan suara untuk jutaan masyarakat yang lemah dan tertindas tidak terbatas hanya kepada orang Islam sahaja. Sepanjang hidupnya, Dr Tariq memperjuangkan isu-isu keadilan, dan menyeru kepada ta’ayush (co-existence) yang harmoni sesama manusia berdasarkan prinsip persefahaman dan toleransi. Adalah jelas bahawa musuhnya berusaha untuk mempergunakan atas alasan nama gerakan kebangkitan wanita yang dihormati untuk memburukkan maruah dan imej Dr Tariq Ramadan demi merealisasikan motif-motif kotor mereka.

Melihat situasi Dr Tariq ditahan tanpa keadilan dan berdepan dakwaan dusta, kami menyeru semua organisasi hak asasi manusia di seluruh dunia untuk mengutuk kes yang penuh motif politik ini yang digunakan semata-mata untuk menjatuhkan Professor Tariq Ramadan. Kami menuntut dengan segera pembebasan Dr Tariq dan dia hendaklah diberikan hak-haknya seperti termaktub dalam undang-undang.



Ini adalah terjemahan dari teks asal dari link Kesatuan Ulama Sedunia:-