Tuesday, March 29, 2016

Aku Muslim: Kata-kata Terakhir al Marhum Shaykh Taha Jabir al-Alwani



Aku seorang Muslim


Aku menyanjungi keadilan, meraikan kebebasan, menghormati manusia, melayani yang lemah dengan kesantunan, dan mengingatkan para pembesar tentang Yang Maha Kuasa yang lebih berkuasa ke atas mereka.


Aku menasihati yang kaya supaya menunaikan hak kepada mereka yang fakir dan miskin, dan aku mengingatkan yang papa bahawa golongan yang mewah diamanahkan oleh Allah s.w.t. dengan anugerah kekayaanNya supaya menunaikan hak kepada  yang miskin.


Aku cinta kebaikan, menyeru kepada kecemerlangan, menolak kejahatan, menolak keganasan, mencintai kelembutan, berpaut kepada hidayah, dan aku membela Kebenaran.


Aku menentang kebatilan, mencegah fasad dan korupsi, dan aku mahu melakukan islah sedaya upayaku. Aku benci peperangan, mencintai keamanan, menyayangi kehidupan, dan aku berusaha menjadikan hidup ini indah.


Aku takut mati, tetapi aku percaya bahawa kematian adalah jambatan yang mesti diseberangi supaya aku sampai ke tempat tinggal abadi meninggalkan dunia yang fana. Aku mengharapkan kesudahan yang baik – husnul khatimah, dan aku berlindung dengan Allah supaya dijauhi kesudahan yang buruk


Aku cinta Jannah dan aku benci Api Neraka. Aku dambakan keselamatan, benci kepada kekacauan, dan tidak suka kepada permusuhan. Aku bersifat malu dan bukan seorang yang keji, atau pemusnah.


Salasilah aku berasal usul daripada Adam dan Hawa. Adam bapaku dan Hawa ibuku, dan semua orang adalah saudaraku lelaki dan perempuan. Aku tidak berperasaan iri hati terhadap sesiapa pun di kalangan mereka, dan aku tidak mengkhianati mereka. Sebaliknya, aku berjuang untuk membimbing mereka, menyalakan dan menerangi jalan di hadapan mereka, memimpin tangan-tangan mereka ke Jannah, dan aku berusaha menjadi penghadang supaya mereka tidak terjerumus ke dalam Neraka.


Aku cintai alam raya dan aku berasal daripadanya. Aku sayangi semua jiran-jiranku yang ada di dalam alam sejagat ini: pohon-pohon, batu-batuan, tumbuh-tumbuhan, haiwan, gunung ganang dan lautan samudera.  Allah – Maha Suci kepadaNya – menjadikan aku daripada alam ini, dan kepadanya aku dikembalikan dan daripadanya aku akan dikeluarkan nanti. Di alam ini aku berada, dan ke arah membangunkannya aku menyeru. Menegakkan Kebenaran adalah hasratku, menyebarkan kesejahteraan dan kedamaian matlamatku, dan bermujahadah dengan diriku serta orang lain adalah kaedahku. Kepada Allah aku kembali dengan muktamad.


Kesejahteraan tujuanku, keselamatan tuntutanku, terorisme musuhku, pertelingkahan lawanku, dan ketenangan jiwa pencarianku.


Adakah kamu mengenaliku?


Tahukah kami siapa di muka bumi ini yang menyamai deskripsi ini?


Aku seorang Muslim.


(al Marhum Shaykh Taha Jabir al-Alwani)



Pada Persidangan Mutiara Al QurĂ¡n (Pearls of the Qur'an conference), Dr. Zainab Alwani berkongsikan legasi al marhum ayahnya dalam kesarjanaan  pengajian al Qur'an. Dia telah menceritakan beberapa hari sebelum kematian ayahnya, his death, Shaykh Taha telah menukilkan bingkisan ini, "Aku seorang Muslim", dengan sudinya Dr Zainab menyampaikan kepada audien yang hadir pada 28 March 2016.
Dr. Zainab Alwani adalah Assistant Professor of Islamic Studies at the Howard University School of Divinity.

(Terjemahan daripada versi Bahasa Inggeris)


No comments: