Tuesday, March 1, 2016

ANWAR IBRAHIM: MALAYSIA PERLU PERUBAHAN MENDASAR BUKAN HANYA TERTUMPU KEPADA MENGUBAH SESEORANG



Parti-parti politik dan rakyat Malaysia yang berjuang untuk reform mesti memahami bahawa cara untuk melaksanakan perubahan sebenar adalah dengan menangani krisis keyakinan yang dihadapi negara, dan jika semata-mata menumpukan obsesi kepada seorang individu tidak akan mencapai matlamat perubahan itu.

Krisis yang dihadapi Malaysia hari ini adalah isu kehilangan keyakinan dan kurang percaya kepada pengadilan, kepada media dan keadaan institusi-institusi demokrasi negara.

Krisis ini bukan bukan berpunca semata-mata daripada seorang perdana menteri atau seorang individu. Fokus keterlaluan kepada seseorang atau sesuatu peranan; hanya tertumpu kepada korupsi seorang akan menyebabkan perubahan tersasar.

Kegagalan ini bukan hanya kegagalan sebuah jabatan tetapi kegagalan keseluruhan sistem. Kita perlu perubahan sistemik yang mendasar. Reform sebenar tidak akan tercapai hanya dengan mengubah seorang pemimpin daripada tampuk kuasa.

Memang tidak dinafikan pihak pembangkang dan lain-lain tertumpu kepada isu-isu melibatkan Perdana Menteri Najib Razak dan 1Malaysia Development Berhad.

Tetapi tugas kita adalah supaya tetap konsisten dengan program mengangkat martabat masyarakat, bukan individu; menfokus kepada kesengsaraan ekonomi serta beban kenaikan harga ke atas rakyat jelata.

Prospek bagi mengalahkan Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang hanya boleh dicapai oleh pembangkang jika ingin berpeluang berlawan di peringkat federal dengan gabungan besar mereka yang bersatu hati dan jiwa.

Pakatan Harapan mesti berasaskan gabungan yang lebih lebar melibatkan semua pihak.

Walaupun telah dipenjarakan lebih setahun, saya berada dalam keadaan baik dan saya memiliki optimisme ‘’tegar’’ yang memastikan saya terus bersemangat.

Selepas setahun, Alhamdulillah, saya melakukan yang terbaik. Kita perlu tabah berpegang kepada apa kita yakini, terutama apabila berdepan dengan angkara tataurus autoriti kuku besi.

Saya memenuhi masa di penjara dengan “merendami” diri bersama buku-buku.  Itulah caranya bagi mengisi waktu.

Kecerahan mata membaca semakin malap  tetapi apakan daya, itulah kehidupan di penjara.



(Anwar Ibrahim melalui Malay Mail 25 Februari 2016)

No comments: