بعث العلامة الدكتور يوسف القرضاوي ببرقية تهنئة إلى سعادة السيد أنور إبراهيم نائب رئيس الوزراء الماليزي الأسبق ورئيس حزب "عدالة الشعب"، عقب صدور الحكم بتبرئته من التهمة المنسوبة إليه.
وقال رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين في برقيته "نرسل إليكم بقلوب مِلؤها الفرحة، وصدور منشرحة، وثغور مبتسمة لما أظهره الله تعالى من براءتكم بحكم المحكمة، ولِما منّ الله عليكم به من حب الناس، واحترام الشعب".
وأضاف فضيلته "ما كان هذا الحب والاحترام من الشعب الماليزي سوى نتاج مباشر لجهودكم السياسية والإصلاحية، والذي كان من المنتظر استمراركم فيها لكن ما شاء الله كان، وما لم يشأ لم يكن، هو حسبنا ونعم الوكيل، ولعله تمحيص وابتلاء واختبار لكم".
Terjemahan:
Al-Allamah Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengutuskan telegram dengan ucapan tahniah kepada Tuan Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan keputusan pembebasannya dari tuduhan keatasnya.
Beliau (Al-Allamah Dr. Yusuf al-Qaradhawi) yang juga Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia berkata dalam telegramnya, “Kami mengutuskan (telegram ini) dengan hati yang dipenuhi kegembiraan, dengan dada yang penuh kelegaan, dan senyuman yang terukir di bibir tatkala Allah menzahirkannya dengan pembebasan anda melalui keputusan mahkamah dimana Allah menganugerahkan anugerah dariNya kepada kamu iaitu kecintaan dari manusia dan penghormatan dari rakyat.”
Beliau menambah lagi, “Sesungguhnya kecintaan dan penghormatan daripada rakyat Malaysia adalah hasil secara langsung daripada usaha kamu dari sudut politik dan juga untuk perubahan (reformasi). Apa yang diharapkan adalah kamu berterusan dalam usaha itu . Walaubagaimanapun, apa yang dikehendaki Allah pasti akan terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya tidak akan terjadi. Cukuplah Dia dan Dialah sebaik-baik Pelindung. Semoga Allah membersihkan kamu dari ujian dan fitnah."
(Sumber: http://raziffuad.blogspot.com )
(Siap diterjemahkan pada 10.45 AM
13 Januari 2012
Nilai, Negeri Sembilan
oleh Mohamad Razif Mohamad Fuad)
No comments:
Post a Comment