Ini adalah Ramadan keempat Dr.
Morsi akan berkeseorangan di dalam penjara. Kami percaya keadaannya perlu
diketahui orang ramai.
Sejauh pengetahuan kami, Dr.Morsi
adalah satu-satunya tahanan politik di Mesir yang dilarang daripada menerima kunjungan kaum keluarganya. Sejak rampasan kuasa pada 3 Julai 2013, Dr
Morsi hanya bertemu keluarganya hanya sekali pada 7 November 2013. Sejak itu,
dia hanya bertemu anaknya Osama sebanyak empat kali selama beberapa minit
sahaja, dengan perjumpaan terakhir pada January 2015.
Isterinya dan anggota keluarga lain dilarang daripada menziarahinya sejak 13
November 2013.
Keluarganya tidak mengetahui
tentang keadaan kesihatannya, akses kepada makanan, pakaian dan di mana dia
ditahan.
Keluarganya juga tidak dibenarkan
membekalkan sebarang benda keperluan peribadi seperti pakaian atau makanan.
Keluarganya telah mengutuskan
banyak permohonan meminta supaya diizinkan lawatan untuk melihatnya. Semua permohonan
ini tidak menerima sebarang jawapan. Lawatan keluarga adalah hak menurut
perlembagaan bagi semua tahanan termasuk Dr Morsi.
Kami menyeru organisasi-organisasi
hak asasi manusia Mesir dan antarabangsa
agar menolong menghentikan kezaliman yang berterusan ini.
Kami akan terus berjuangan demi
pembebasan Dr. Morsi.
Keluarga Presiden Mohamed Morsi
5 Jun 2016
(diterjemahkan daripada perutusan
yang diterbitkan oleh Middle East Monitor)
No comments:
Post a Comment