Tafsir Maudhu'iy 59
IMAN DAN PEMBINAAN WATAK PEJUANG:  MENANGKAP SEMANGAT
SURAH AL-TAWBAH:38-42
42. kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah Dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).
Ayat  seterusnya  mendedahkan sifat opportunist dan materialistiknya  kaum munafiqin yang datang dengan seribu dalih untuk tidak menyertai  angkatan mujahidin yang berangkat ke medan perang.  Segala keuzuran mereka  adalah pembohongan belaka.  Pura-pura  sakit,  walhal sebenarnya mereka segar bugar;  pura-pura tidak memiliki biaya,  walhal sebenarnya mereka kaya raya.  Sebab sebenar ketidaksediaan mereka ikut serta adalah kerana jauhnya perjalanan dan teriknya bahang  musim panas ketika itu.   Hakikat kemunafikan inilah yang didedahkan oleh al-Qur'an:   andainya mereka diajak mengaut  keuntungan kebendaan  yang mewah dan mudah,  jaraknya dekat dan waktunya singkat,  pasti mereka akan bergegas meluru dan menyerbunya.   Dasar munafik  opportunist!
Sekembalinya Rasulullah s.`a.w. dari medan perang Tabuk,   mereka mendatangi Junjungan s.`a.w. dengan berpura-pura kesal dan sedih tidak dapat ikut berjuang kerana keuzuran.   Untuk  menjadikan lakonan mereka lebih mengesankan mereka  bersumpah dengan Nama Allah, "Kalaulah tidak kerana berhalangan, pasti kami telah ikut menyertai kalian ke medan perang!".       Demikianlah selamanya,  bersumpah adalah akal munafik  menutupi kebohongan.   Mereka sendiri tahu  pembohongan itu tidak dapat dipercaya, dan kerana itu mereka bersumpah   dengan harapan akan dipercaya.   Ayat al-Tawbah ini dengan jelas dan tegas menyebut bahawa sumpah bohong akan  membawa padah kehancuran.  Ia adalah suatu ketololan  yang merosak diri.   Sumpah bohong hanya akan lebih memperparah kebejatan moral-spiritual mereka.        Andainya  sumpah bohong itu berjaya menipu orang,  tetapi pada hakikatnya yang paling tertipu adalah diri sendiri.   Allah  yang Nama-Nya dipakai untuk bersumpah bohong itu tahu  bahawa mereka adalah pembohong.   Tuhan yang mengetahui kebohongan mereka itu sendiri yang berkata,  "yuhlikuna anfusahum…(mereka membinasakan diri sendiri)",   lalu mahu lari ke mana?
Masyarakat berbudaya sumpah adalah masyarakat yang ditimpa krisis kepercayaan.  Apabila berbohong sudah dianggap hal yang biasa sehingga menjadi budaya,  maka terwujudlah sikap  saling tidak percaya.  Tidak siapa pun yang percaya kepada siapa-siapa.   Dalam keadaan seperti itulah terbentuknya masyarakat  hallaf,  iaitu masyarakat yang berbudaya sumpah.   Tetapi apabila terlalu banyak bersumpah,  sudahnya sumpah pun tidak lagi dipercaya.   Masyarakat mukmin adalah masyarakat yang mengamalkan budaya berkata benar,   masyarakat amanah,  berintegriti dan berwibawa.   Kerana itu wujud sikap saling percaya di kalangan warganya.
Masyarakat mukmin juga adalah masyarakat idealis, masyarakat pejuang dan  masyarakat yang berani menghadapi risiko.     Ia bukan masyarakat penakut,  short termist, opportunist, materialist.     Seluruh warga umat,  terutama generasi mudanya harus diorientasikan dengan semangat dan komitmen perjuangan.    Untuk itu harus ada kesediaan untuk melawan  gejala pembunuhan idealisme (penegakan nilai-nilai murni kebenaran, keadilan, hak asasi, demokrasi dll.),  melawan  politik  pembohongan dan pembodohan,   melawan usaha jahat melumpuhkan semangat dan daya juang umat.   Amalan politik menabur gula-gula, mempedaya rakyat dengan umpan-umpan kebendaan, dan  melemaskan generasi muda dalam arus budaya hiburan gila-gila  adalah bahaya besar yang akan berhujung pada tragedi the death of idealism atau  kematian idealisme.   Demikian juga dengan kehidupan yang dikuasai  budaya takut (culture of fear) yang akan menciptakan umat pengecut, dan generasi bermentaliti kalah.    Apabila keadaan itu terjadi,    berakhirlah riwayat  satu umat,  dan bersiaplah  untuk menerima ketentuan sunnatu 'Llah:    petaka kehancuran dan penampilan umat pengganti, "generasi anak jantan  yang berani mati digelanggang"





Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya.
“Nampak sangat bahawa DSAI cuba disabitkan bersalah dalam apa jua keadaan sekalipun,” tulis Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan di laman twitter.
Ucapan beliau telah diterjemahkan oleh pendakwah tempatan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
"Saya kenal Anwar Ibrahim begitu lama, beliau seorang yang baik dan bersih. Sangat wajar beliau mengadu terus ke Hadrat Allah SWT dari menyibukkan diri dengan isu-isu politik yang remeh temeh ini," tegasnya pada program anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.