Saya telah
berpeluang bertemu dan berbincang dengan Sheikh Rashid al Ghanoushi di Istanbul
baru-baru ini. Dukacita dia tidak dapat bersama kita bagi menyampaikan ucaptama
persidangan ini. Mereka memilih untuk menamakan pergerakan atau parti mereka di
Tunisia sebagai al Nahdah yang merupakan nama yang tepat bagi menerangkan dan
membayangkan kebangkitan yang berakarkan kepada etika Islam dan islah.
Pada masakini
wacana tentang kebangkitan Islam mirip menyamakannya dan disinonim dengan politikal Islam, atau gerakan militan.
Kita, walaubagaimanapun, menamakannya Nahdah
Islamiyyah atau disebut Islamic
Renaissance .
Tatkala saya
menulis buku The Asian Renaissance -
Kebangkitan Asia dan saya merujuk kepada istilah Islamic Renaissance, para pengkritik menunjuk kepada pengalaman Florentine Italian experience. (Florence
dianggap tempat lahir Renaissance) – yang membawa maksud pengguguran
nilai-nilai moral dan penerapan sekularisasi. Tetapi saya menjelaskan
perbedaannya bahawa yang kita maksudkan adalah pemugaran semula iman,
prinsip-prinsip etika dan nilai-nilai moral - yang merupakan intipati da'wah
kita. Seperti terkandung dalam ayat (al Qur’an 41:33) : Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru
(manusia) kepada (agama) Allah, dan mengerjakan amal yang soleh dan berkata
sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.
Nahdah Islamiyyah
memerlukan tajdid (pembaharuan) and islah (reform).
Sebelum kita berbicara tentang perubahan, inilah hakikatnya dan intisarinya, kesedaran
dimeratakan, usaha menyampaikan kefahaman. Jika tidak mempunyai intisari ini,
kita tidak akan mampu membawa perubahan - dan kita tidak akan berjaya merubah
atau mengnyahkan diktator-diktator. Perlu ada seruan dan anjuran kepada
kebaiikan dan pencegahan kemungkaran.
Berpegang teguh
dan mematuhi arkan al Islam (rukun
Islam) and arkan al iman (rukun iman)
semestinya dengan istiqamah dan tidak goyah. Inilah tradisi intelektual.
Sultan
Salahuddin al Ayyubi yang hebat itu adalah suatu contoh teladan terbaik
kepimpinan umat. Fokus tertumpu kebiasaannya kepada ketangkasan dan sifat
negarawan Salahuddin. Namun, Dr AbdulHamid AbuSulayman menarik perhatian bahawa
perubahan tidak akan berlaku jika tiada usaha-usaha persediaan dilakukan
melalui pemerataan pendidikan, kesedaran awam dan disiplin tinggi. Pengalaman
Salahuddin melakarkan riwayat bersejarah - kecenderungan dan trend unutk
perubahan - untuk islah dan tajdid.
Inilah
prasyaratnya sebelum pengislahan total. Islah atau Reformasi tidak akan bermakna jika tidak ada da’wah
yang berkesan, pemugaran keimanan, pemupukan nilai dan kesedaran umat menuntut
kepada perubahan yang bermakna.
Pada sudut
kontemporari, kita melihatnya pada sosok al Afghani, Abduh and Ridha, juga pada
personaliti yang kurang terkenal seperti Abd Rahman al Kawakibi. Dia seorang reformis
Syria pada abad ke 20 dan IIIT sedang menerbit karya tentangnya.
Kita perlu pergi
kepada asas-asas kefahaman da’wah dan menimba ilmu, bagaimana berubah, dalam
pembina peribadi atau syakhsiah. Kita
perlu menganjurkan peri pentingnya urustadbir baik - good governance, bagi membawa negara-negara supaya menjauhi korupsi
dan despotisme - kediktatoran. Perubahan bukan semata-mata semudah menurunkan
pemimpin, ketua negara, PM atau diktator tetapi perubahan adalah dengan reform total
– keadilan dan aturan menurut maqasid syariah – keutamaan sistem keadilan.
Kita agak
bernasib baik di rantau ini. Indonesia adalah negara yang unik dan luar biasa
menurut Arnold. Pengislaman Gugusan Melayu berlaku secara aman ( seperti pengkisahan 9 orang wali Jawa).
Didapati juga ada pengaruh Sufi. Telah diketahui juga berlaku siri-siri dialog
dan rundingan di antara orang Muslim dengan penganut-penganut agama lain pada
era itu. Pak Natsir dan pergerakan Masyumi mengikuti dan berpegang kepada
tradisi inklusif ini. (Pak Natsir selepas menjadi perdana menteri Indonesia
telah kemudiannya dipenjarakan oleh Soekarno, suatu tabiat yang aneh di rantau
ini)
Nahdah Islamiyyah
mengandungi intelektualisme yang gigih dan rancak, merangsang komitmen untuk
kembali merujuk prinsip-prinsip asas Qur’an and Sunnah. Kita mengalaminya dan
merujuk kepada ini dalam usrah-usrah dan tamrin-tamrin - bukan dogmatik dan
bukan macam Taliban.
Taliban dulu
adalah pelajar-pelajar yang terdidik di madrasah-madrasah – pengalaman madrasah
yang khusus dan tersendiri itu bererti pematuhan ketat dan berpandangan tegar. Mereka
berada di dalam keadaan terlalu ekslusif dan selalu terbiasa melihat kepada
musuh - dan kurang memperkemaskan urustadbir dan keadilan.
Itulah sebabnya
tradisi akliah juga mustahak (seperti disarankan Naqib al Attas dan lain-lain)
– kerana tanpanya, tidak akan menjadi unsur cerapan Nahdah Islamiyyah.
Walaubagaimana,
nampaknya di sini wacana agak unik dan aneh - contohnya baru-baru ini polemik
tentang anjing. Ini menggambarkan ketidakupayaan kita untuk memperhalusi wacana
atau memang ia satu percubaan untuk membataskan
umat Islam di sini kepada memikirkan isu-isu tak relevan (mengalami mentaliti
terkepung). Pada 1936, 2000 orang telah hadir suatu persidangan, perbahasan
tentang anjing-anjing dianjur oleh Sultan waktu itu. Terdapat se keping foto
yang menunjukkan Mufti dan Sultan bersama se ekor anjing milik Sultan berada di
antara mereka berdua. Gambar itu menunjukkan bahawa pada waktu itu pun isu
anjing ini bukanlah kompleks atau berkontroversi.
100,000 orang
terbunuh di Syria tetapi tidak dilaporkan. Sebaliknya, isu anjing diputar oleh TV3
selama satu minggu! Jelas percubaan-percubaan begitu adalah untuk merendahkan
keupayaan umat Islam untuk berbicara dan berbahas dalam wacana intelektual yang gigih dan bertenaga. Sepatutnya 5000 orang
hadir ke wacana-wacana tentang moral, korupsi dan kekusutan sistem pendidikan.
Islah memerlukan
ilmu tradisional Islam dikaji semula. Dr Taha Jabir pernah menulis kepada al
marhum Sheikh Muhammad al Ghazali tentang keperluan bagi memperbaharui ilm al turath (legasi atau tradisi) – teks
fiqh dan sufi. Untuk mengkaji dan menyelidik teks tentang urustadbir - governan.
Untuk mempopularkan semula karya al Shatibi tentang maqasid syariah. Saranan dibaca karya-karya Ibn Ashur, Rasyuni,
Jasser Auda.
Nahdah Islamiyyah
memerlukan dipupuk dan dibina pendidikan Islam yang kuat. Sepertimana kita sebut tentang Salahuddin dalam pertarungannya
dengan Eropah di bawah naungan tentera Richard the Lionheart. Kekuatan
Salahuddin al Ayyubi datang daripada tradisi ilmu yang subur berkembang di
rantau itu. Salahudin tidak akan muncul sekiranya tidak ada tradisi keilmuwan, da’wah and tarbiyyah di seluruh negeri Iraq pada era itu. Kesedaran dan kebangkitan
itu datang daripada pendidikan yang mantap.
Institut
Antarabangsa Pemikiran Islam menyelidik bagaimana untuk menelaah dan
mengkajisemula ilm al turath. Di
dalam tradisi Barat, wujud konsep karya-karya agong yang menjadi syarat bagi
para cendekia membacanya, di mana karya Shakespeare adalah wajib. Dengan
pengalaman kontemporari kita, ada semacam kotak pengasingan samada menjadi sufi
sahaja, fiqh sahaja atau harakiy sahaja. Korupsi atau fasad tidak dibincang,
sebaliknya isu anjing diperdebatkan.
Tentang
mempolitikkan kemarahan kita - bagaimana mungkin kita tidak terkesan atau tidak
berperasaan apabila melihat wanita dan kanak-kanak dibantai dan dibunuh di
masjid? Perdana Menteri Turki Erdogan menggelar al Asisi firaun dan memanggil Assad sebagai diktator terlaknat. Apabila
ditanya kenapa dia begitu keras, dia menjawab, “Anwar, saya telah menjadi
perdana menteri selama 10 tahun dan saya memimpin sebuah negara yang gemilang,
kaya dengan pertumbuhan ekonomi yang membanggakan. Tetapi apabila saya
menyaksikan ibu-ibu dan anak-anak perempuan dibunuh, adakah saya boleh membisu?
Saya ada integriti dan saya ada hati nurani." Kita lihat prioriti Erdogan sekarang di Turki
adalah pendidikan dan da'wah.
Sementara kita
tidak harus mengalih perhatian daripada terjahan utama program-program gerakan
Islam seperti ABIM dan PKPIM, kita perlu memupuk kesedaran ini, mengangkat
tahap kefahaman, membina keupayaan untuk mengartikulasikan isu-isu dengan lebih
mendalam, sentiasa bersifat inklusif dan bersedia untuk berdialog dan
berinteraksi dengan penganut-penganut agama lain atau kumpulan-kumpulan lain,
Hindu, Buddhist, liberalis, sekularis. Kita harus teruskan tradisi libatserta -
engagement dan bersifat inklusif ini.
Kita perlu fokus
kepada usaha memupuk kefahaman, kesedaran awam melalui pendidikan, pengupayaan
ekonomi dan keadilan sosial. Adakalanya, kita semacam terkeliru di antara
agenda rasis Melayu dengan program keadilan Islam. Pada tahun-tahun 70'an PKPIM
dan ABIM diserang oleh BTN khususnya kerana didakwa mesej universal Islam kita
bukan secocok mesej ‘Melayu’. Sebenarnya,
mereka gagal memahami watak Melayu itu sendiri adalah watak Islam. Memadam
Islam daripada watak Melayu akan merendahkan martabatnya kepada watak yang
kontang budaya, bahasa dan keimanan. Mereka juga gagal memahami apa itu
keadilan sosial.
Mungkin juga
kegagalan kita untuk menawarkan wacana intelektual yang mendalam, untuk
bersikap lebih toleransi dan lebih berpandangan terbuka. Dulu kita membaca
karya al Banna, Qutb, Masyhur, Jamaat dan Masyumi. Tetapi kita juga menelaah Nasr
dan Faruqi. Ini menunjukkan inklusifnya dan kekuatan intelektual. Kita
mempromosikan kecendekiawanan Muslim. Pembacaan
kita melibatkan spektrum yang lebar termasuk Izutzu dan lain-lain para
intelektual yang sememangnya mempengaruhi ramai di kalangan generasi waktu itu.
Kita tidak boleh mengekang pengajian kita sebab kita hidup di dalam dunia yang
majmuk budaya.
Para pengkritik
saya menuduh saya terlalu liberal dan plural. Tetapi intipati, hakikat dan
rujukan masih Qur’an dan Sunnah. Jika sesuatu itu jelas bercanggah dengan
rujukan pedoman asasi ini, kita akur dan menerimanya.
Tentang Orientalisme,
Edward Said adalah orang pertama yang merujuknya sebagai Islamophobia dan
mengaitkannya dengan anti Semitism. Permusuhan
terhadap Islam dalam sejarah menunjukkan ia seiring dengan anti Semitism – permusuhan
yang disuburkan di dalam sungai yang sama, katanya pada 1985. Islamophobia adalah
bahaya yang tersembunyi. Ia adalah rasisme
yang amat mudarat - racism with steroids - rasisme diransang
hormon. Islamophobia adalah percubaan untuk mengasingkan dan mengnyahkan orang Islam daripada ruang awam, kehidupan
khalayak, , daripada ekonomi, daripada politik.
Tasawur Islam, penyertaan dan konsep ditolak secara bulat-bulat.
Inilah musibah yang menimpa dan malapetaka semasa di dunia Islam. Afghanistan hampir hancur musnah sejak
lama dulu - oleh Rusia, oleh Amerika dan oleh orang Islam berperang sesama
mereka. Sekarang kita lihat Iraq, Libya,
Egypt, Syria dan secara pautannya
Lebanon sedang diambang kehancuran. Ada dikatakan Tunisia menunggu giliran. Turki
pun terancam kerana Erdogan dilihat sebagai sorang yang berkebolehan, kompeten
dan petah.
Kita harus
mengingatkan diri kita supaya kembali kepada kepada asas - asas paksi
perjuangan - latihan intensif, pendidikan dan pengisian serba mencakupi dan
galakkan untuk berwacana dan berbahas - membicarakan isu-isu kontemporari.
Berilah ruang seluas dan secukupnya untuk percambahan fikiran, pemekaran dan
penghasilan idea, pemikiran dan maklumat. Sepertimana puisi TS Elliot, Dimanakah kehidupan yang hilang di dalam hayat kita? Di manakah hikmah
kita yang hilang di dalam ilmu? Di manakah ilmu kita yang hilang di dalam
maklumat?
Kita tekankan
sekali lagi, Nahdah Islamiyyah tidak bererti tanpa intisari pendidikan, tanpa tarbiyyah.
Banyak perkara
yang menimbulkan kemarahan kita - penipuan pilihanraya, korupsi yang
berleluasa, kenaikan harga barang. Seringgit
dua kupang, badan sakit, ingat hutang. Tetapi ini tidak harus mengalihkan kita
daripada kerja da’wah dan membicarakan isu ummah.
Aktivisme
politik penting. Tajdid dan Islah bermula
dengan usaha serious menyebarkan kefahaman, keadilan, kebebasan, kesaksamaan
gender, prinsip-prinsip maqasid syariah,
keadilan ekonomi dan ekuiti. Keadilan datang dengan islah dan demokrasi.
(terjemahan
catatan kasar ucaptama Anwar Ibrahim, ISLAMIC
RESURGENCE, CHALLENGES, PROSPECTS AND THE WAY FORWARD di World Conference on Islamic Resurgence bertempat
di Shah Alam)