Saturday, September 14, 2013

DOUGLAS THOMSON: DI SEBALIK IKHWAN MUSLIMIN: WACANA BUKU


Oleh Douglas Thompson penulis buku bersama Youssef Nada

Menurut Thompson, buku ini dari satu segi, adalah tentang kisah-kisah penceritaan yang kita ingin tahu dan kita mendapat pengajaran. Mengambil masa 3-4 tahun bersama Youssef Nada, ini merupakan usaha bersama demi kemanusiaan. Buku ini adalah tentang bagaimana manusia itu pada hakikatnya, dengan Youssef Nada menerangkan dunianya, bahawa semua orang adalah insan. Seperti mana dikatakannya, semua orang dilahirkan berfitrah baik. Sesudah itu,  segala-galanya berubah apabila orang itu terdedah kepada keadaan suasana, persekitaran, pengalaman, pengaruh. Natijahnya prasangka dan ketakutan.

Nada menceritakan kisah Ikhwan al Muslimin, permulaan awalnya, perjuangan dan konflik – meriwayatkannya sebagai insan. Youssef Nada memilih jalannya sendiri, menurut peraturannya sendiri. Youssef Nada lantas menolak untuk terlibat dalam rasuah dan korupsi. Dia sanggup kehilangan tawaran kontrak-kontrak lumayan kerana dia berpegang kepada prinsip-prinsipnya. Dia berjaya kerana amanah dan kejujurannya.

Nada memperingati saat terpenting dalam kehidupannya adalah apabila dia menganggotai Ikhwan al Muslimin. Nada masih dalam usia 17 tahun apabila dia menyaksikan konflik dan pertempuran di jalanan. Dia melihat suatu kumpulan yang datang dan berjaya meredakan suasana dan menyelesaikan perbalahan itu. Kumpulan itulah  Ikhwan al Muslimin. Mereka berbincang dan berunding dengan pihak-pihak bertelagah supaya berfikir dan mengutamakan keluarga masing-masing serta mata pencarian sara hidup mereka. Nada mendengar dan menekuni hujah yang rasional bahawa dalam segala tindak tanduk yang kita lakukan akan ada natijahnya, ada akibatnya nanti.

Nada menetapkan pemikirannya, pasrah kepada agamanya, tertanam cinta kepada Islam. Dia selalu berinspirasi untuk mengerjakan sesuatu yang dia mengimani. Perlu ada persefahaman. Kita mungkin semua ada tabiat yang tidak menyenangkan tetapi kita mengatasinya. Kita harus mampu berakomodasi di antara sesama kita, berkongsi dan bertimbang rasa.

Sejak menganggotai Ikhwan al Muslimin pada 1948, Nada telah dipenjarakan, dia menyaksikan kengerian kekejaman penyiksaan, dia menjadi pelarian, namun dia terus berjaya membangunkan bisnes bernilai berbiliion dolar. Selepas 9/11, Nada dicop George Bush sendiri sebagai teroris kewangan, dihukum sebagai musuh dan dianiaya.

Orang lain yang tidak kental akan tersungkur tetapi Youssef Nada tidak berganjak. Dia telah kerugian  300 juta USD dalam tempoh sehari saja. Nada telah melawan kezaliman ini selama 12 tahun, memenangi siri-siri perbicaraan di mahkamah-mahkamah Eropah tetapi dia masih disenarai hitamkan oleh Amerika Syarikat.

Thompson berkata, “Saya tidak tahu dari mana datangnya sosok peribadi seperti itu melainkan formula rahsianya adalah daripada keimanan dan keyakinannya. Saya hanya memperakukan segala yang menjadi pendiriannya.” Jika bukan persoalan sudut keagamaan pun, Nada seorang yang sungguh baik. 

Satu-satunya perkara yang dikesalkan oleh Nada adalah tidak mencapai (berhadapan dengan segala macam halangan dan tekanan) dialog, libatserta - engagement, bertukar-tukar pandangan secara tenang dan aman di antara Timur dan Barat. Bertukar-tukar fikiran tentang sistem-sistem nilai masing-masing. Kerana masa depan itu di Timur, ekonomi pun cenderung menghala ke Timur.

Ini mungkin berbunyi klise - cliché, tetapi itulah usaha untuk mengawal  parameter berkaitan sebaik mungkin, mengambil peluang dan kesempatan untuk menjadikan dunia ini lebih baik lagi. Ada banyak kebaikan pada kebanyakan manusia.  Kita harus mengsahkan kepercayaan dan keyakinan dengan politik yang baik. Orang baik dan politik baik.


(Terjemahan catatan kasar wacana buku Inside the Muslim Brotherhood oleh pengulas, Douglas Thompson dan Anwar Ibrahim di Quality Hotel Shah Alam)



No comments: