Menghadam Amanat Pimpinan - Ringkasan
-
Kita sebagai
gerakan Islam memikul amanah memelihara dan melestarikan kebangkitan Islam bagi
mengaktualisasikan misi Islam sebagai rahmatan
li al 'alamin.
Nahdah Islamiyyah -
kebangkitan Islam diperhatikan beralih dan berganjak daripada marhalat al da'wah kepada marhalat al dawlah. Memang dahsyat
penentangan dan cabarannya terhahap politik perubahan ini. Profesor Tariq
Ramadan pernah ungkapkan semasa ditanya pendapatnya berkenaan Arab Spring atau Thawrah Syab menyambutnya dengan optimisme berwaspada- cautious optimism.
Kita perlu
bermuhasabah dan melakukan self criticism.
Tarbiyah harakiyah perlu dilihat
semula sebagai merubah diri - al taghyir
al nafsiy - perubahan jiwa dan minda melebihi batas otak, meliputi watak
dan akhlak agar menjadi ilmuwan yang berakhlak. Islam bangkit bukan emosi
tetapi kekuatan ilmu yang memantapkan iman dan tawhid.
Fiqh
Kita prihatin
kepada masa depan kerana kita umat yang berfikiran ke hadapan - al fikr al mustaqbal.
Kita perlu
memahami fiqh al taghyir - fiqh
perubahan kerana kita bekerja dan berjuang untuk perubahan. Kita perlu
menguasai fiqh al taghyir and fiqh al waqi' -fiqh memahami realiti
dengan tepat dan mendalam untuk bergerak secara realistik mengolah ilmu-ilmu
kontemporari merentas disiplin. Kita perlu mampu mengartikulasi fiqh al
ta'adudiyyah - memahami pluraliti dan hakikat majmuk budaya. Kita harus
pelajari lebih tentang inklusiviti serta
keterbukaan.
Cabaran zaman,
kepelbagaian isu kontemporari dan
keperluan tahap kompetensi tinggi memerlukan ijtihad kolektif - al ijtihad al jama'iy.
Kita harus
prihatin dengan permasalahan urutan keutamaan - al
awlawiyyat. Apa sepatutnya didahulukan dan dikemudiankan.
Kita perlu
mengkaji semula kitab-kitab dan teks - turath.
Pada tahun 60'an kita membaca karya Al Nadwi's ilal islam min jadid. Tetapi tidak cukup dengan hanya kekal dengan
pustaka 60'an. Kita memerlukan karya- karya kontemporari dan kita harus merekayasa
diri kita - membekalkan diri dengan ilmu-ilmu yang relevan semasa.
Warisan fiqh
politik Islami harus difahami menyeluruh dan utuh dengan segala dimensi - siyasat al taghyir - politik perubahan
yang didasarkan kepada fiqh al taghyir.
Dimensi dengar dan patuh - sam'an wa
ta'atan, dimensi oppositional/
revolutional - al janib althawriy al
inqilabiy li al fiqh al Islamiy. Bangkangan dan perdebatan adalah
tanggungjawab da'wah bagi paksi utama amar
ma'ruf nahi mungkar. Menyatakan pandangan - menyokong atau membangkang
adalah amalan musyawarah dan perlu ditanggapi dari perspektif fiqh
kontemporari.
Kepimpinan
Kita amat
khuatir dengan kualiti kepimpinan dunia Islam sekarang. Menerajui negara tidak
sama seperti memimpin sebuah pergerakan. Kita mesti melakukan koreksi diri dan
reformasi dalaman membina kualiti kepimpinan yang berdaya dan perkasa - pimpinan
masa depan berlatar realiti baru yang kita hadapi.
Kita bimbang
dengan krisis harapan masyarakat - crisis
of expectation - jika kita gagal memenuhi aspirasi mereka. Ekspektasi
mereka pula ada yang tidak munasabah. Sekali rakyat kecewa, kita akan tanggung
akibatnya buat masa yang lama.
Pluralisme
Gerakan Islam
perlu bina upaya menyikapi dan menangani pluraliti - kekuatan ideologi dan
aliran pemikiran beragam. Kepelbagaian dan perbedaan - juga disebut ayat (tanda kebesaran Allah swt) bukan
fenomena asing bagi umat Islam. Inilah tabiat sejati kemanusiaan - al taghayur wa la tadafu' - sifat saling
berbeda dan saling tolak - penggerak kearah kehidupan lebih baik - tahrik al hayat nahw al ahsan.
Medan al tadafu' - silang sengketa - adalah
kancah pertarungan yang menyaring manusia mujahid atau yang munafiq - yang
tabah dan yang lemah. Tetapi pluraliti tidak hanya bernatijah dengan silang
sengketa tetapi dengan yang lebih jauh positif
iatu al ta'aruf - hubungan
manusia saling mengenal, bekerjasama, memanfaatkan.
Sejarah umat
Islam menunjukkan wujudnya kesatuan dan kepelbagaian - al wihdah wa al tanawwu' serta kepelbagaian dalam satu bingkai
kesatuan.
Pluralisme
politik - al ta'addudiyyah al siyasiyyah
- bukan asing dalam sejarah umat Islam. Pluralisme politik sekarang merujuk
amalan demokrasi yang buka ruang peranserta parti-parti berbeda ideologi dan
program. Semua tidak terhalang termasuk sekularis, nasionalis , sosialis atau
sesiapa untuk menganut dan memperjuangkan ideologi mereka. Suara rakyat
memutuskannya. Jika golongan Islamis kalah bererti mereka gagal meyakinkan
rakyat untuk menerima program mereka. Ini memang tidak menjadi masalah bagi
golongan Islamis tetapi yang tidak dapat diterima adalah penipuan pilihanraya
atau rampasan kuasa.
Pluralisme
politik juga bermakna menerima kemungkinan bekerjasama dalam pakatan politik - al tahaluf
al siasiy - dengan parti sekular jika didasari motif kebaikan - based on a moral compact, menegakkan
kebenaran dan keadilan, menentang kezaliman dan penyelewengan. Inilah bidang
cakupan siyasah al shar'iyyah dengan
asas pertimbangan maslahah vs. mafsadah.
Model Siasah Turki
Pada saat
sepenting dan segenting ini kompetensi gerakan Islam dan kepimpinan menjadi
fokus sorotan dan model Turki menjadi perhatian, pengajaran dan harapan. Turki
setelah alami period lama ketidakstabilan, konflik politik dan siri rampasan
kuasa tentera, memilih parti moderat AKP. AKP dipilih kerana faktor Erdogan
bereputasi cemerlang, urustadbir baik, bersih dan kompeten. Prestasi AKP
menunjukkan kebolehan Islamis menangani realiti politik, memimpin, melebarkan
wawasan, menyesuaikan ragam pluraliti dan memerintah dengan efektif. Mereka
mengadakan pakatan bagi mendapatkan konsensus politik untuk memerintah.
AKP tidak
khutbahkan kaedah tetapi mempraktikkan amal. Erdogan menghindari polemik
ideologikal dan mengelak retorika gerakan Islam. AKP mengaktualisasikan
semangat syari'at - kemerdekaan, keadilan, demokrasi. Erdogan memahami waqi', memilih pendekatan al tadarruj - beransur dan kalkulatif.
Mereka membina kesedaran Islam - al wa'y
al Islamiy - di kalangan massa rakyat.
Perubahan
berlaku bukan dengan pemaksaan kerajaan tetapi pemikiran rakyat siap menerima.
Erdogan selalu menggunakan proses demokrasi undi dan pungutan suara. Erdogan
mengaplikasikan al awlawiyat dengan
mengutamakan pengisian daripada label. Mereka menumpu kepada pembangunan,
pertumbuhan dan pemerataan ekonomi. Pemerataan bermakna program ekonomi rakyat
miskin bagi memastikan tiada rakyat tertinggal. Kejayaan ekonomi melonjakkan
keyakinan rakyat.
Merujuk kepada
pengalaman Turki, Profesor Tariq Ramadan meletak harapannya bagi kemunculan perkumpulan
negara-negara demokratik Islam baru yang akan mengembalikan umat Islam dengan
keyakinan, autonomi, pluraliti dan kejayaan.
Gerakan Islam dan Kuasa-Kuasa Besar Dunia
Kita berwaspada
dalam optimisme politik perubahan kerana menyedari realiti kebangkitan Islam
tidak disenangi dan memang nyata ada pakatan global anti Islamis. Sikap Amerika
terutamanya kerana mereka gagal menyikapi dan membedakan di antara ekstremis
dan umat Islam yang berprinsip serta bermaruah.
Model Partisipasi Politik Para Mursalin
Bagi pilihan
model al siyasah al syar'iyyah, kita
perlu kembali ke akar dan kita akan jumpa di dalam al Quran model-model
kepimpinan.
Daud and
Sulayman a.s. menerajui kerajaan berdasarkan prinsip dan nilai ketuhanan serta
urustadbir terbaik. Kerajaan ini jelmaan pentadbiran berasaskan hikmah dan ilmu
- hukman wa 'ilman. Kerajaan mereka
kerajaan yang mendengar, komunikatif - memahami bahasa rakyat, mengambil peduli
rintihan suara rakyat tak kira besar atau kecil. Daud a.s. membela kaum mustad'afin. Kerajaan yang komited
kepada misi penyebaran da'wah.
Musa dan Harun a.s.
bersifat berkonfrontasi dan berlawan dengan Fir'aun sehinggalah Musa membebaskan umatnya dan menegakkan order baru
yang berasaskan taqwa dan keimanan - perubahan yang mendasar. Perjuanagan Musa
a.s. adalah penjelmaan harakah taghyiriyyah
shamilah - gerakan reformasi total di atas keruntuhan kefir'aunan -
membebaskan umat daripada pencabulan, perhambaan, belenggu pemikiran dan
politik istibdad - penindasan.
Yusuf a.s. berpartisipasi
dalam kerajaan non Muslim dengan membawa misi islahi menyelamatkan ekonomi
Mesir. Yusuf a.s. melaksana fungsi sebagai menteri dengan integriti moral,
pendirian tawhid dan prinsip agama. Yusuf a.s. berjaya mendapat dukungan dan
kepercayaan raja dan rakyat kerana memiliki integriti moral dan keupayaan intelektual
- inni hafizun 'alim.
Gerakan Islam dan Agenda Islah Siyasi
Misi da'wah yang
kita warisi meliputi 'aqidah dan shari'ah, din dan dawlah - agama
dan negara dan tidak boleh lari daripada tanggungjawab memperjuangkan negara
adil, makmur dan dibimbing sinaran wahyu Ilahi. Al Islah al siyasi bermakna idealisme negara unggul al madinat al fadilah - negara yang
membahagiakan, selamat, adil, makmur, rukun dan harmonis dengan nilai-nilai
kemanusiaan beradab dan bertamadun.
Gerakan Islam
perlu menentukan bentuk partisipasi sesuai dengan kemampuan dan realiti yang
dihadapi berpandukan perjuangan para mursalin. Gerakan al islah al siyasiy sangat relevan bagi menangani kebobrokan - kadar
jenayah, leluasa fitnah, korupsi, penyelewengan, kesengsaraan rakyat miskin
terbeban, dekadensi moral dan ekonomi tak terkendali.
Perlu
dikembalikan maruah bangsa, bangsa yang ditandai harga diri - dignity - oleh perasaan atau sifat tahu
malu - a sense of shame.
It is undignified to have a dirty surrounding. It is
undignified to live in a disorderly and haphazard manner. It is undignified to
be subjected to petty corruption and rude treatment. It is undignified to be cheated
of your rights. It is undignified to be governed by men with criminal minds,
men who spend most of their time plotting to cheat and plunder the state. (Alatas, SH)
(Ringkasan
Amanat Pimpinan - Gerakan Islam dan
Politik Perubahan: Optimis dalam Waspada oleh Dato' Dr Siddiq Fadil sempena
Muktamar Nasional Ketujuh Wadah Pencerdasan Umat Malaysia WADAH dan Ijtima'
Harakiy ke 3 di Shah Alam)
Teks penuh di bawah:-
No comments:
Post a Comment