Kata- kata terakhir Abdul Quader
Molla buat keluarganya
Khamis, 12 Disember 2013
Setelah mereka menerima surat
notis pelaksanaan hukuman mati, anggota keluarga telah mengunjungi penjara Dhaka
pada 8 pm untuk menemui Abdul Quader
Molla. Pada masa itu, Abdul Quader Molla memberitahu kaum keluarganya bahawa
dia sendiri tidak dimaklumkan tentang pelaksanaan hukuman matinya yang telah
banyak diperkatakan umum. Pemeriksaan perubatan dan urusan formaliti lain masih
belum dibereskan. Dia mendapat tahu daripada kaum keluarganya bahawa mereka
datang atas jemputan pihak berkuasa penjara sebagai pertemuan kali terakhir
bersamanya.
Abdul Quader Molla mengucapkan
kata-kata terakhir untuk kaum keluarganya.
Keluargaku yang tercinta, aku adalah penjagamu. Jika kerajaan ini membunuh
dan meragut nyawaku, kematian ini adalah shaheed. Dengan pemergianku sebagai shaheed, Allah akan menjadi penjagamu. Dia adalah sebaik-baik penjaga kalian.
Kamu semua tidak perlu bimbang lagi.
Aku tidak bersalah samasekali. Aku dihukum bunuh kerana penglibatan aku
bersama pergerakan Islam. Kematian shaheed bukanlah dikurniakan kepada sesiapa saja.
Jika Allah azza wa jalla mengurniakan aku dengan shaheed, maka aku adalah orang yang paling bernasib
baik. Menjadi shuhada' adalah pencapaian
terbaik di sepanjang hayat aku.
Setiap titisan darahku akan menggembleng gerakan Islam dan akan membawa
kebinasaan kepada para diktator. Aku tidak risau akan diriku. Aku khuatir akan
nasib negara ini dan pergerakan Islam.
Dengan cukup yakin dan sepenuh pengetahuanku, aku tidak melakukan
sebarang jenayah atau kesalahan. Aku telah korbankan seluruh hidupku untuk
gerakan Islam. Aku tidak pernah tunduk kepalaku berhadapan dengan sebarang
kebatilan. Aku tidak akan melakukan demikian demi Allah azza wa jalla. Tidak
timbul usaha untuk memohon rayuan pengampunan untuk diriku terhadap sebarang
pihak berkuasa duniawi. Allah sahajalah yang berkuasa menentukan hidup ataau
mati. Allah akan menentukan kesudahanku.
Aku dijatuhkan hukuman bunuh bukan atas keputusan sebarang individu.
Waktu dan tarikh aku shaheed
ditentukan oleh kehendak Allah azza wa jalla. Aku menerima ketentuan Allah azza
wa jalla sepenuhnya.
Kepada kaum keluargaku, kamu perlu bersabar. Rahmat dan pengampunan
Alla azza wa jalla akan hadir bersama kesabaran dan mereka yang berlapang hati.
Hanya kesejahteraan dan keselamatan di Akhirat sahajalah permohonan kita.
Aku memohonkan doa dan sokongan rakyat bagi penerimaan shaheed aku. Aku ucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada rakyat kita kerana dokongan dan doa mereka.
Al Shaheed Abdul Quader Molla, Penolong
Setiausaha Agong Jama’at e Islami Bangladesh
Solat Jenazah untuk Al Shaheed Abdul Quader Molla
(disunting dan diterjemah daripada rencana BDINN
Bangladesh Independent News Network)
No comments:
Post a Comment