Al Qaradawi: Baqiyyatus Syam Dr Wahbah al Zuhaili
Kita telah menerima sebuah berita dengan hati
yang penuh kesedihan, kemudian telah redha jiwa-jiwa dengan ketetapan Allah. Tanggal
Sabtu 23 syawal 1436 Hijrah bersamaan 8 Ogos 2015 Masihi telah wafatnya saudara
kami Al-Allamah Dr Wahbah Mustafa az-Zuhaili seorang ahli tafsir, ahli feqah,
ahli usul, dan salah seorang Ulama Ahli Sunnah yang hebat di Syam, juga pengarang kitab Al-Fiqh Al-Islamiy Wa Adillatuh ( Fiqah Islam dan Dalil-dalilnya).
Umurnya ketika itu hampir 83 tahun. Dia telah menghabiskan umurnya pada
keilmuan, pendidikan, kajian dan penulisan di banyak universiti-universiti Arab
dan dia masyhur dengan kitab-kitab ilmiahnya dalam bidang Fiqh Islam dan
Usulnya, dan Tafsir, sepertimana dia berjuang menyatakan pendapatnya di hadapan
kelompok-kelompok sesat, dan mazhab –mazhab yang menyeleweng serta dia telah
menyingkapkan rancangan-rancangan mereka lantas, mengugurkan, menumpaskan kesyubhahan
mereka.
Sesungguhnya Dr Wahbah rahimahullah cemerlang dalam pengajiannya sejak dari kecil lagi,
dan dia sentiasa berada di barisan-barisan hadapan. Dan dia mendapat tempat
pertama semasa pengajian menengah-sekunderinya. Kemudian dia meneruskan
pengajiannya di kulliyah Syariah di Universiti Al-Azhar Asy-Syarif dan
memperolehi Syahadah Aliyyah,
demikian juga beliau turut mendapat pangkat Asy-Syarf
Al-Ula (Pangkat Tertinggi) di peringkat Phd di bidang Syariah Islamiah.
Disamping itu, dia mendapat ijazah sarjana muda
di kulliyah Undang-Undang Universiti Ain Shams, dan Diploma di Maahad
Asy-Syariah (Sarjana) daripada kulliyah Undang-Undang di Universiti Kaherah. Dia
juga turut menerima ijazah pengkhususan
untuk mengajar daripada kulliyah Bahasa Arab di Al-Azhar.
Adiknya yang bongsu : Ustaz Dr Muhammad
Az-Zuhaili kedua-dua mereka merupakan (bersaing) Kuda Lumba (Literal فرسا الرهان.).
Kedua-duanya menceburi dalam Fiqh dan Usul. Dan kendatipun adiknya kurang
sedikit dari abangnya dari segi menghasilkan karya. Tetapi kedua-duanya adalah
dalam kebaikan. Saya kenali Dr Wahbah dan saya kenali beberapa orang saudara
maranya dan sahabat-sahabatserta guru-gurunya, yang terdiri daripada mereka
yang telah belajar di Mesir dan mengaji dengan guru-guru di al-Azhar dan Darul
Ulum seperti Syaikh Sibaie, Abu Ghuddah, Shaikh Muhammad Adib as-Soleh, Shaikh
Adnan Zarzur, Shaikh Abdur Rahman As-Sobuni, Shaikh Abdus Sattar Abu Ghuddah
dan lain-lainnya.
Dr Wahbah Az-Zuhaili istimewa dengan
kebolehannya dalam fiqh islami tanpa
sebarang elemen melampau atau bermudah-mudah. Apabila dia mengkaji pendapat-pendapat fuqaha
yang pelbagai , dia akan menimbangnya berdasarkan kepada dalil-dalil dan dia
akan mentarjihkan mana yang dianggap sebagai Arjah berdasarkan kepada pertimbangannya. Dia tidak taksub kepada mazhab
atau madrasah tertentu. Bahkan dia tekun cekal dalam mengikuti jalan wasatiyyah atau manhaj
wasatiy. Dan dia telah menuntut ilmu tentang manhaj wasatiy di Syria daripada beberapa Ulama yang arif tentang manhaj tersebut dan dinisbahkan manhaj
itu kepada mereka. Di antaranya, Mustafa as-Sibaie dan Al-Ustaz Ad-Duktur
As-Siyasi Al-Awwal yang dikenali sebagai Ad-Dawalibiy, pakar dalam Usul.
Telah hidup Dr Wahbah demi Ilmu dan menelaah serta
penulisan sepanjang hayatnya. Boleh jadi ramai yang boleh mengarang
kitab-kitab, akan tetapi sesiapa yang menumpukan betul-betul pada ilmu nescaya
akan terhasil daripadanya perkara yang mengkagumkan. Dan diantara kitab-kitab
awal yang dikarangnya adalah “Atharul
harb fil Islam”( Kesan Peperangan dalam Islam). Dan di dalamnya terdapat
pendapat-pendapat yang baru yang mana dia telah naqalnya (pindah) daripada kitab-kitab fiqh kami yang luas. Dan ini menunjukkan dengan awal
membezakan perkara yang diperlukan ummah dan perkara yang tidak diperlukan
untuk ummah.
تدل على أنهبدأ مبكرا يفرق بين ما تحتاج إليه
الأمة وما لا تحتاج إليه، فكان له اختيارات جيدة، نقلناها عنه في كتابنا فقه الجهاد
Maka padanya pilihan-pilihan
baru, kami naqal daripadanya di dalam kitab kami Fiqh Jihad.
Beberapa ulama di dunia Islam telah memilih
saudara kami Shaikh Dr Wahbah az-Zuhaili untuk bersama-sama kami sebagai ahli
dalam Kesatuan Ulama Islam Sedunia, merangkap perwakilan dari Syria. Akan
tetapi keadaan sekitar Syaikh dan kondisi suasananya dan keperluannya kepada
keizinan untuk bermusafir menjadikannya sukar. Dan dia menulis kepada saya memohon
maaf daripada menyertai keahlian
tersebut. Dan dia juga tiada kudrat untuk mengambil bahagian meskipun untuk sekali
sahaja. Dan kami terpaksa menerima keuzurannya dengan mengambil berat akan
keadaannya.
Sheikh Wahbah telah bekerja di beberapa buah universiti
Arab dan Islam, Universiti Damsyik, Universiti Muhammad bin Ali As-Sanusi di
Bandar Al-Baido’ di Libya, dan di kulliyyah Syariah dan Undang-Undang di
Universiti Emiriah, Universiti Khartoum dan Universiti Umm Durman
Al-Islamiyyah. Dia juga dipinjamkan ke Qatar dan Kuwait untuk pengajian sempena
Ramadhan. Puak al-Asad dari Syiah Nusairiy dan Parti Baath cuba menjadikannya sebahagian
daripada ekor-ekornya (talibarut) agar bergerak sebagai tunggangannya. Justeru
bergerak di sebalik fatamorgana sepertimana puak-puak ini telah berjaya
mempengaruhi ulama lain yang terdiri daripada rakan-rakan Sheikh Wahbah. Akan
tetapi Allah Ta’ala telah memeliharanya daripada tipu daya mereka dan
menyelamatkannya daripada cengkaman mereka sehinggalah dia kembali kepada
Tuhannya dalam keadaan diredhaiNya.
Shaikh Wahbah kerap menghadiri Muktamar Al-Fikr
Al-Islami di Algeria, di mana saya turut berpartisipasi semenjak kedatangan
Menteri waqaf Sheikh Abdur Rahman ibn Syaiban. Dan Kami selalu bertemu Sheikh
Wahbah di negara-negara Arab dan Islam, termasuk di forum-forum dan pada muktamar-muktamar
ilmiah dan fiqhiyyah.
Dan Shaikh Wahbah rahimahullah menyelia sebilangan risalah-risalah Sarjana dan Phd di
Damsyik, Beirut, dan Khartoum. Dikatakan dia menyelia 70 buah tesis. Dia juga
menerima anugerah Syaksiah Islamiyyah Unggul di Majlis Sambutan Maal Hijrah yang
diadakan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2008 di Putrajaya. Dan pada dirinya rahimahullah acapkali muncul pada siaran-siaran
radio tentang tafsir Quran, dan juga forum-forum di radio dan televisyen serta siaran
satelit yang pelbagai, ditambahi pula bual bicara berdialog bersama-sama
wartawan di beberapa buah negara.
Dan Dr Wahbah az-Zuhaili telah menyiapkan untuk
Al-Maktabah Al-Islamiyyah puluhan buah karya-karya yang bermanfaat lagi
berfaedah. Antaranya merupakan pertama lagi paling penting: kitabnya yang
masyhur “Fiqh Islami Wa Adillatuh” mengandungi
sebanyak 11 jilid. Kitab ini menyentuh kesemua bab-bab Fiqh Islam dalam setiap
mazhab tanpa taksub kepada mana-mana pendapat. Dan juga Kitab “Tafsirul Munir fil Aqidah wa Asy-Syariah
wal- Manhaj” sebanyak 16 jilid. Dan juga kitab Al-Wajiz fil Fiqh Al-Islamiy, dan kitab Al-Wajiz fi Usulil Fiqh , dan Al-Mausu’ah
Al-Fiqh Al-Islamiy (Ensiklopedia Fiqh Islam) dan Al-Qodoya Al-Muasoroh (Isu-Isu Kontemporari) dan kitab Tafsir Al-Wasit wal Wajiz, kitab Al-‘Ilaqot Ad-Duwaliyyah fil Islam Muqoronah
Bil Qonun Ad-Duwali Al-Insaniy wa Huquq Al-Insan (Hubungan-Hubungan
Kenegaraan pada Islam serta Perbandingan dengan Undang-Undang Antarabangsa
Moden- Undang-Undang) (International
Humanitarian Law And Human Rights), kitab Al-Alam Al-Islamiy fi Muwajahah At-Tahaddiyyat Al-Ghorbiyah (Dunia
Islam dalam Menghadapi Cabaran-Cabaran Barat), kitab Musykilat fi Toriq An-Nuhudh(Masalah-Masalah pada Jalan Kebangkitan),
Al-Usrah Al-Muslimah fil Alam Al-Muasir
(Keluarga Islam di Alam Moden), Al-Masorif
al-Islamiyah (Bank-Bank Islam), Al-Muamalat
Al-Maliyyah Al-Muasoroh (Muamalat Harta Kontemporari), Al-Iqtisod Al-Islamiy (Ekonomi Islam).
Keanggotaan dalam
Pertubuhan dan Lajnah-lajnah
Dia rahimahullah
merupakan ahli dalam beberapa pertubuhan dan institut ilmiyah dan fiqhiyah, dan
dia juga ahli di Al-Majma’ Al-Malakiy li
Buhuth Al-Hadoroh Al-Islamiyyah (Institusi Diraja Untuk Kajian Ketamadunan
Islam) di Jordan (Muassasah Ali-AlBait),
beliau juga merupakan ahli pakar Majma’ Al-Fiqh Al-Islamiy (Institusi
Fiqh Islam) di Jeddah dan Al-Majma’
Al-Fiqhiy di Mekah al-Mukarramah dan Majma’
Al Fiqh Al-Islamiy di India , Majma’
al-Fiqh Al-Islami Amerika dan Majma’ Al-Fiqh Al-Islami Sudan. Dan dia
juga merupakan Ketua Panel Pengawasan Syariah “Hay’ah
Ar-Roqobah Asy-Syar’iyyah li Syarikah Al-Mudharabah wal-Muqosomah Al-Islamiyyah”
di Bahrain, kemudian ketua panel pengawasan syariah Bank Islam Antarabangsa (Al-Bank Al-Islamiy Ad-Duwaliy) di Institut Kewangan Arab ( Al-Muassasah Almasrofiyyah Al-Arobiyyah)
di Bahrain dan London. Dia juga ahli pakar Al-Mausu’ah
Al-Arabiyyah Al-Kubra di Damsyik. Dan dia menjadi ketua Lajnah Kajian
Syar’iyyah (Al-Lajnah Ad-Dirosat
Asy-Syar’iyyah) untuk institut-institut kewangan Islamiyyah, dan ahli Majlis
Fatwa Tertinggi (Al-Majlis Al-Ifta’
al-‘Ala) di Syria, dan anggota Lajnah Buhuth wa Syu’un Islamiyyah
(Lajnah Kajian dan Hal Ehwal Islam) di Kementerian Waqaf Syria dan anggota
koresponden Mausu’ah Fiqhiyyah di
Kuwait, dan ahli Mausu’ah Arabiyah
Al-Kubra di Damsyik, dan Mausuah
Al-Islamiyah di Jordan, dan Mausuah
fiqh Al-Muamalat Majma’ Al-Fiqh Al-Islamiy di Jeddah dan
lain-lain keanggotaannya.
Dan diceritakan bahawa Sheikh Wahbah menghadapi
Dr Muhd Ali Azar Syab dari University Tehran dan Dr Muhd Ali adalah juga ketua Markas
Kajian Kebudayaan Iran-Arab. Dr Muhd Ali menyerang saya di suatu persidangan
muktamar Doha bagi Dialog Mazhab-Mazhab Islamiyah pada tahun 2007 ketika saya
menyampaikan beberapa pembentangan tentang perkara yang menghalang taqarub
antara Sunnah dan Syiah. Dr Ali Azar Syab menuduh saya sebagai penghasut.
Sheikh Wahbah membantah kritikan-kritikan Azar
Syab, dan dia menegaskan bahawa pembentangan saya menerangkan tentang realiti
yang berlaku dan hakikat-hakikat yang ketara. Dan dia menambahkan lagi bahawa saya
hanya mengatakan Syariah Islam jauh daripada ekstremis dan seruan kepada taksub
mazhab.
Dan Dr Wahbah menekankan bahawa saya menyeru
kepada penyingkiran masalah daripada akar-akarnya menerusi dakwah agar tiada
lagi caci maki terhadap para Sahabat r.a. dan supaya penganut agama Syiah tidak
mencerca Ibunda-Ibunda Orang Beriman (Ummahatul
Mukminin) serta mensucikan mereka daripada tuduhan yang orang Syiah lemparkan.
Semoga Allah merahmati saudara kami Asy-Syaikh
Wahbah Az-Zuhaili dengan rahmat yang luas dan menganugerahnya dengan ganjaran
yang baik ke atas apa yang dia telah lakukan untuk agamanya dan keilmuannya dan
ummatnya. Dan semoga Allah kurniakan kepada ahli keluarganya dan
pencinta-pencintanya keindahan sabar dan mengurniakan mereka dengan ganjaran
yang banyak dan semoga Allah mengantikan untuk ummat ini dengan yang lebih
baik.
Yusuf al Qaradawi
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia
(sumber: diterjemahkan daripada laman al-Ittihad
al-Alami li-Ulama al-Muslimin)
No comments:
Post a Comment