Monday, August 10, 2015

Surat Yusuf al Qaradawi kepada Kerajaan Malaysia



Surat pesanan Sahibul Samahah Syaikh Yusuf al Qaradawi kepada saudara Anwar Ibrahim dan Kerajaan Malaysia.

Segala puji bagi Allah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya serta sesiapa yang mengikuti petunjuknya.

Maka sesungguhnya Malaysia adalah negara tercinta buat kami, mulia di sisi kami dan negara yang kami sayangi. Negara ini mempunyai banyak memori yang indah tersemat di jiwa kami, kecintaan tulus di hati kami dan kedudukan yang tinggi di pemikiran kami. Dan ia telah menghimpunkan kami dan rakyatnya dengan ikatan yang kukuh, serta menemukan ziarah yang berulang-ulang. Hati kami akan berasa gembira setiap kali kami melihat Malaysia mengorak langkah ke arah pencapaian yang lebih tinggi dan kemajuan di pelbagai lapangan. Dan kami berdoa kepada Allah untuk Malaysia, untuk rakyatnya, kerajaannya dan rajanya agar mereka terus sentiasa di atas jalan pembangunan, kemakmuran, kesatuan dan persaudaraan.

Namun begitu cita-cita harapan kami agar ufuk yang melewati keterbukaan pendidikan dan ekonomi, sosial dan keilmuan, turut merangkumi keterbukaan politik. Janganlah kerajaan melihat pembangkangnya sepertimana yang berlaku di negara-negara dunia ketiga. Pembangkang itu adalah sebahagian komponen utama dalam ramuan sebuah negara mengamalkan sistem demokrasi. Dan ia merupakan ruang penyelamat bagi menjaga keamanan, kesatuan negara dan kestabilannya, dan agar anak-anak muda tidak hanyut ke arah pemikiran yang merosakkan dan arus yang ekstrim.

Saya katakan ini bersempena apa yang berlaku ke atas saudara dan sahabat kami al Ustaz al Kabir Anwar Ibrahim. Dia telah memainkan peranannya yang hebat, mengupayakan pencapaian-pencapaian yang besar dengan usaha-usahanya yang baik. Malaysia dan masyarakatnya telah mendapat faedah dan manfaat daripadanya secara keseluruhan.

Saya telah mengikuti sepertimana orang lain juga turut mengikuti tuduhan ke atas Anwar iaitu tuduhan yang pelik. Tuduhan yang tidak padan dengan usianya, tidak padan dengan akhlaknya, tidak padan dengan agamanya, tidak padan dengan sejarahnya dan juga tidak padan dengan kedudukannnya. Tohmahan ini diliputi keadaan dan suasana yang menghairankan. Dia telahpun dibebaskan daripada tuduhan itu pada peringkat mula perbicaraan dengan pembebasan yang sempurna. Kemudian dia didapati bersalah pula pada peringkat penghukuman yang terakhir selepas berlalu bukti dan tempoh masa yang mustahil boleh menghasilkan sebarang kepastian.


Saya telah mengenali Anwar Ibrahim sejak dia seorang pemuda pada awal usia belianya. Di seorang yang bersemangat aktif di dalam pergerakan organisasi pada masa lalu, dan dia pernah menjadi presiden ABIM. Kemudian saya mengenali dia ketika dia dipenjarakan (pada pertama kalinya) hanya kerana kepimpinannya yang berpengaruh. Kemudian saya  mengenalinya setelah dia bebas daripada penjara dan dia mula mendekati parti UMNO sehinggalah dia menjadi anggota parti itu. Dia telah memegang banyak jawatan penting dari kementerian hingga menjadi orang nombor dua di dalam parti dan kerajaan.

Saya telah bersama bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dalam pembentukan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), universiti yang diasaskan dan ditegakkan di atas kesepaduan di antara ilmu-ilmu wahyu, ilmu alam dan ilmu kemanusiaan. Saya mengenalinya ketika itu sewaktu bintangnya bersinar di Malaysia, di dunia Arab dan di Barat. Dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Dia seorang pemimpin yang menonjol di Malaysia yang pesat membangun. Dia merupakan salah seorang yang menyumbang kepada kebangkitannya. Dan seluruh alam menungu-nunggu pada waktu itu supaya dia menjadi perdana menteri dan ketua Malaysia di tahap yang baru, kalau tidak disebabkan kejutan-kejutan yang dicetuskan oleh politik.

Aku percaya bahawa dia seorang Muslim yang benar, seorang Muslim yang beristiqamah menunaikan kewajipan-kewajipannya, dia menjauhi dan meninggalkan dosa-dosa besar dan perkara-perkara haram, dia beramal demi keagungan agamanya dan kemakmuran negaranya dan dia berkhidmat untuk umat. Hanya Allah sahaja yang menghitungnya dan saya tidak samasekali mendahuluiNya dalam memberi pengktirafan dan kepujian.

Hari ini Anwar Ibrahim merupakan satu-satunya ahli politik yang tunggal, yang ditimpa, disusuli dan menyusul kes-kes pertuduhan yang penuh dengan syubhah – syak keraguan. Dia dipenjarakan kesekian kalinya berturut-turut!!  Kalau saya meraguinya tentang apa yang dituduh ke atasnya, tentu saya tidak akan menulis surat ini. Saya menolak tohmahan yang dilemparkan keatasnya. Saya boleh sahaja berdiam diri tentang keadaan penyiksaannya terkurung di dalam penjara tetapi saya telah berjanji kepadanya dan saya mengenalinya serta asal usulnya.


Dan nasihat ikhlas saya untuk Malaysia, rakyatnya dan kerajaannya, nasihat ikhlas kerana saya tidak boleh mengalih pandangan daripada isu ini dan ini mewajibkan saya untuk menujukan seruan kepada SDP Yang diPertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Dato’ Seri Najib perdana menteri Malaysia supaya memberi pengampunan kepada Anwar Ibrahim. Lebih-lebih lagi isu ini tidak berubah dan tidak berganjak pada masa perdana menteri sekarang, saya telah menemuinya, saya menulis surat kepadanya, saya memberikan dokongan kepadanya dan saya telah memperbaiki hubungan dengannya.

Saya memohon kepadanya dengan izin Allah semoga menerima seruan ini. Dan saya menyeru supaya menutup lembaran ini yang telah memburukkan imej Malaysia dan pimpinannya. Dan sesungguhnya saya inginkan ke arah penyatuan warga negara yang bersatu, malah penyatuan umat Islam.

Dan ketahuilah bahwasanya ini semuanya adalah ummatmu, ummat yang satu; dan Akulah Tuhanmu, maka takwalah ke­padaKu. (al mu’minun: 52)
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai (Ali Imran: 103)
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (al anfal: 46)

Ya Allah, himpunkahlah kalimah atas petunjuk dan himpunkanlah hati-hati atas taqwa dan jiwa-jiwa atas kasih sayang, dan keazaman-keazaman atas amal kebaikan dan sebaik-baik amal. Ameen.


Yusuf al Qaradawi
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia


sumber:-

رسالة سماحة الشيخ يوسف القرضاوي إلى الأستاذ أنور إبراهيم والحكومة الماليزية
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه،
(وبعد)
فإن ماليزيا دولة حبيبة إلينا، عزيزة علينا، أثيرة لدينا، لها ذكريات طيبة في نفوسنا، ومحبة صادقة في قلوبنا، ومكانة سامقة في عقولنا. جمعتنا بأهلها علاقات متينة، وزيارات متكررة. وإن أفئدتنا لتبتهج كلما رأيناها تشق طريقها نحو العلا والتقدم في المجالات المختلفة، ونحن ندعو الله لماليزيا، وشعبها، وحكومتها، وملكها أن يديم عليهم مسيرة التقدم والرخاء، والترابط والإخاء.
وإن كنا نأمل أن تتسع الآفاق التي وسعت الانفتاح التعليمي والاقتصادي، والاجتماعي والعلمي، لتشمل الانفتاح السياسي، وألا تنظر الحكومة في ماليزيا إلى معارضيها كما تنظر دول العالم الثالث، فالمعارضة جزء رئيس من مكونات الدولة في النظم الديمقراطية، وهي صمام أمان للحفاظ على وحدة البلد واستقراره، وعدم انجراف الشباب نحو الأفكار الهدامة، والتيارات المتطرفة.
أقول هذا، بمناسبة ما يمر به أخونا وصديقنا الأستاذ الكبير أنور إبراهيم، الذي قام بأدوار عظيمة، وإنجازات كبيرة، وجهود طيبة، استفادت منها دولة ماليزيا والمجتمع الماليزي كله.
وقد تابعت كما تابع الناس اتهام الأستاذ أنور بهذه التهمة الغريبة، التي لا تتوافق مع سنه، ولا خلقه، ولا دينه، ولا تاريخه، ولا مكانته، وما أحاطها من ظروف وملابسات غريبة، وتبرئته في أحد أدوار التقاضي تبرئة تامة، ثم الحكم عليه في الدور الذي يليه حكما نهائيا، بعد أن ذهبت الأدلة ومضت مدة من الزمن لا يمكن معها التأكد من شيء.
لقد عرفت أنور إبراهيم شابا في مقتبل شبابه، ثائرا على الأنظمة القديمة، رئيسا لشباب ماليزيا (أبيم) ثم عرفته حين سجن من أجل قيادته الثائرة، ثم عرفته بعد خروجه من السجن وقد اقترب من حزب (آمنو) ثم أصبح عضوا في الحزب، وتولى أكثر من وزارة، حتى أصبح الرجل الثاني في الحزب وفي الحكومة.
ودعاني أنور إبراهيم أكثر من مرة للتقريب بين الحزب الإسلامي وحزب ( آمنو) وكنت عند النداء، لأني كنت أنشد القوة والوحدة والاستقامة لماليزيا.
وتعاونت مع أنور إبراهيم في إقامة الجامعة الإسلامية العالمية، التي تقوم على الجمع بين علوم الوحي، والعلوم الكونية والإنسانية.
وعرفته وهو يتألق في ماليزيا وفي العالم العربي، وفي العالم الغربي، نائبا لرئيس وزراء ماليزيا ووزيرا لماليتها، فكان واحدا من أبرز القادة في ماليزيا الحديثة، وأحد الرجال الذين ساهموا في نهضتها، وكان العالم كله ينتظر – وقتئذ- أن يكون رئيسا للوزراء، وقائدا لماليزيا في مرحلة جديدة، لولا ما تدهمنا به السياسة من صدمات.
أحسبه مسلما صادقا، ومؤمنا مستقيما، يؤدي الواجبات، ويجتنب الكبائر والمحرمات، ويعمل لعزة دينه، ورفعة بلده، وخدمة أمته، والله حسيبه ولا أزكيه على الله.
واليوم أنور إبراهيم هو السياسي الوحيد الذي لوحق ويلاحق بقضايا تثار حولها الشبهات، ويسجن في الواحدة تلو الأخرى!! ولو شككت في فعله ما اتهم به، لما كتبت ما أكتبه الآن.
لقد كان بوسعي أن أسكت عما يعانيه الرجل من سجن، غير أن وفائي للرجل، ومعرفتي به وأصالة معدنه، ونصيحتي الخالصة لماليزيا شعبا وحكومة، يمنعاني من أن أغض الطرف عن هذا الموضوع، ويوجبان علي أن أتوجه بالنداء إلى جلالة اليانغ دي. بيرتوان أغونغ/ عبد الحليم معظم.
وإلى فخامة الداتو سري/ محمد نجيب تون عبد الرزاق: رئيس الوزراء الماليزي ، إلى إصدار عفو عن الأستاذ أنور إبراهيم، لا سيما وهذه القضية لم تحرك في عهد رئيس الوزراء الحالي، الذي قابلته وراسلته، وآزرته، وأحسنت الصلة به. وأحسب أنه- بإذن الله- مستجيب لهذا النداء.
وأدعو إلى العمل على طي هذه الصفحة التي تسيء إلى دولة ماليزيا وقادتها، وإني والله لحريص كل الحرص على توحيد أهل البلد الواحد، بل توحيد الأمة الإسلامية، {وَإِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ } [المؤمنون:52]، و{ وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا } [آل عمران: 103]، {وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ} [ الأنفال:46].
اللهم اجمع الكلمة على الهدى، والقلوب على التقى، والأنفس على المحبة، والعزائم على عمل الخير وخير العمل. آمين
يوسف القرضاوي
رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين

No comments: