Alhamdulilllah
dan selawat dan salam ke atas Rasulillah dan keluarga dan sahabatnya serta barangsiapa
yang mengikuti petunjuknya.
Sesungguhnya
apa yang berlaku di perkarangan Masjid al-Aqsa
dan ke atas pintu-pintu gerbangnya adalah angkara daripada pencerobohan
oleh puak pelanggar - settler dan
ketua mereka adalah menteri pertanian Zionis. Mereka membuat percubaan-percubaan
menyalakan api bagi membakar pintu-pintu gerbang masjid, dan perbuatan menghalang
jemaah yang tulus hati untuk beribadah di dalamnya, dan menyerang jemaah serta
melepaskan gas-gas pemedih yang pelbagai untuk meleraikan jemaah, dan
mengeluarkan jemaah daripada tempat isra’
Nabi s.a.w. dan Qiblat pertama serta masjid ketiga teragung dalam Islam.
Kenyataan menteri
keselamatan Israel bahawa Masjid al-Aqsa akan dibuka untuk orang Yahudi yang ingin
mengunjunginya bersempena perayaan tahun Yahudi, menunjukkan bahawa ada kelompok Yahudi yang terlibat dalam
perancangan mereka bagi membahagi-bahagikan al-Aqsa samada dari segi tempat,
masa atau kedua-duanya sepertimana yang dilakukan oleh mereka kepada Masjid
al-Ibrahimiy di Bandar al-Khalil di Tebing Barat yang dijajah.
Dan saya
tidak tahu di mana Ummah? Dimana pemimpinnya? Ulamanya? Tenteranya? Dan
Pemudanya?
Maka bilakah pemimpin-pemimpin
Arab akan sedar? Dan bilakah lagi akan pemimpin-pemimpin Negara Islam bergerak?
Bilakah Liga Arab akan bangkit dari lenanya? Dan bilakah OIC akan terjaga dari
kelekaannya?
Sesungguhnya
mempertahankan al-Aqsa merupakan suatu kefardhuan. Dan bertahan di al-Aqsa
merupakan kefardhuan dan menghalang Zionis dari mencemarinya adalah suatu
kefardhuan dan memberikan sokongan dari segi harta untuk saudara mara kita yang
cekal berjuang di sekitar al-Aqsa adalah kefardhuan.
Allah Ta’ala
berfirman pada Surah at-Taubah ayat 41:-
“Pergilah kamu beramai-ramai(untuk berperang
di jalan Allah) sama ada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat
(disebabkan pelbagai tanggungjawab)”
Hendaklah
para ahli parlimen bangkit menjalankan kewajipannya, dan hendaklah para ahli
politik memainkan peranan mereka, dan ke atas para ahli media supaya
mencurahkan tenaga mereka dan ke atas wartawan-wartawan dan khatib-khatib agar bersuara menunaikan tugas mereka.
Hendaklah setiap individu-individu ummah menjalankan tanggungjawabnya. Maka
tiada alasan boleh diberikan di hadapan Allah jika kita tidak melakukan apa-apa
langsung.
Barangsiapa
yang mampu menghadapi Israel dengan dirinya maka lakukanlah, dan barangsiapa
yang mampu membantu para pejuang dengan hartanya maka lakukanlah, dan barangsiapa
yang tidak mampu maka ikhlaskanlah doa untuk mereka.
Demi Allah
aku ingin jika aku mampu untuk pergi berjumpa bersama dengan saudara-saudari
kita yang berjuang, yang cekal bertahan dan aku meletakkan tanganku ke atas
tangan-tangan mereka dan bahu aku sederap dengan bahu-bahu mereka, sebagai
tebusan untuk al-Aqsa dan demi mempertahankan al-Aqsa.
Tiada alasan
bagi kita dihadapan Allah samada rakyat, kerajaan, dan organisasi apabila Yahudi
mampu melaksanakan perancangan jahat mereka terhadap al-Aqsa, dan mata kita
hanya berkelip dan jantung kita berdegup.
Aku katakan
kepada mereka pejuang-pejuang al-Aqsa: Kamu
semua dalam ribat – medan perbatasan
dan jihad, maka thabitlah di
tempat-tempat kamu, janganlah kamu takut dan janganlah kamu gelisah maka
sesungguhnya kamulah yang tertinggi.
Ali Imran:
139:-
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan
menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan
menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh
dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh)
beriman.
Ali-Imran:
200:-
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah
kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan
bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta
bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
Aku katakan
kepada pemimpin-pemimpin Islam semuanya :-
Bertaqwalah kepada
Allah dalam menjalankan tugas kepada rakyat, bertaqwalah kepada Allah demi
ummatmu, bertaqwalah kepada Allah demi tanah-tanah sucimu….Kembalikan ummah
kepada Islam. Inilah jalan untuk membebaskan masjid al-Aqsa. Jangan tinggalkan
Islam dari ikatan kepimpinan, dan jangan kamu menyisihkannya daripada
kempimpinan dan pengaruh.
Sesungguhnya
Zionis memerangi kita atas nama agama, maka semestinya kita hendaklah memerangi
mereka atas nama agama yang paling kuat, mereka memerangi kita atas nama Yahudi,
maka kita perangi mereka atas nama Islam, mereka memerangi kita atas nama nabi
Musa, maka kita perangi mereka atas nama Muhammad dan Musa, mereka perangi kita
atas nama Taurat, maka kita perangi mereka atas nama al-Quran.
Dan aku
katakan kepada ummat: -
Sesungguhnya
pemeliharaan al-Aqsa dan usaha untuk mengembalikannya semula kepada kita adalah
kewajipan Muslimin kesemuanya. Dan ia bukanlah kewajipan rakyat Palestin bersendirian,
dan ia bukanlah kewajipan Arab bahkan ianya merupakan kewajipan ummah Islamiyyah
di timur dan barat…ummah seramai 1.7 bilion muslim. Hinalah ke atas mereka jika
mereka lalai pada agama mereka dan membiarkan masjid mereka diserahkan kepada
bani Israel.
Sebahagian bertanya
kepadaku tentang kelemahan ini, dan kegagalan dan kehinaan ini, adakah ummat
kita telah mati?
Aku jawab “Ummah Islamiyyah tidak mati dan tak akan
mati”
Akan bergerak
dalam kita usaha para sahabat dan keazaman para pembuka… akan menyeru kepada
kita bendera Khalid dan panji Abu Ubaidah, maka kita akan menyahut seruan itu.
Sesungguhnya ayat-ayat Quran di dada kita akan sememangnya enggan untuk kita
mati atau berdiam diri. Dan sesungguhnya hadith-hadith Rasulullah s.a.w memberi khabar gembira akan
pertolongan Allah yang nyata.
Allah taala
berfirman pada Surah Muhammad Ayat 7:-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ
آَمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Hai orang-orang mu'min, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia
akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
Ayat ini
menyentuh jiwa hati kita yang sakit.
Dan firmanNya
Ar-Rum ayat 47:-
…dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang
yang beriman..
Ayat ini
meneguhkan pendirian kita.
Dan firmanNya
As-Saffat ayat 173:-
Dan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah
orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran).
Ayat ini
menurunkan ketenangan pada jiwa kita.
Dan sabda
Nabi s.a.w.:-
“Sebahagian daripada umatku akan terus berada
di atas kebenaran, menewaskan musuh-musuh mereka. Sedikit pun tidak terkesan
dengan orang-orang yang menentang mereka kecuali kesempitan hidup sehinggalah
tibanya hari kiamat.”
Dan para
sahabat bertanya kepada Rasulullah, “Ya
Rasulullah dimanakah mereka?”
Rasulullah
menjawab “Di Baitul Maqdis dan kawasan
sekitarnya. ”
Dan ini
menegaskan kepada kita semua hakikat sebenar peperangan ini.
(Profesor
Yusuf al Qaradawi Presiden Kesatuan Ulama Se Dunia 14 September
2015)
No comments:
Post a Comment