Seperti diceritakan oleh isteri kepada as Shaheed Muhammad Yusuf Hawwash anggota
Ikhwan yang telah dihukum bunuh bersama as
shaheed Sayyid Qutb pada 1966
Kami hanya
sempat hidup bersama selama dua tahun, kerana dia menghabiskan sepanjang
umurnya di penjara - isteri Yusuf
Hawwash mengenangkan kisahnya.
Perkahwinan dan Penjara
Muhammad Yusuf
Hawwash (Semoga Allah merahmatinya) dilahirkan pada 12 October 1922. Dia
menyertai Ikhwan semasa menjadi penuntut di wilayah Gharbiyyah. Dia mengahwini
saya pada 1953 dan kami dikurniakan dua orang anak, Ahmad and Sumayyah. Kedua-dua
mereka sekarang adalah doktor perubatan dan masing-masing mempunyai empat orang
anak.
Kisah
perkahwinan kami bermula apabila sahabat-sahabat Ikhwan melamar dan
mencadangkan saya untuk menjadi isteri kepadanya. Perkahwinan ini bertujuan
bagi membantukannya menggalas bebanan da`wah.
Pada ketika itu, kami hampir menamatkannya kerana masalah-masalah yang Muhammad sedang hadapi sehinggalah saya
menunaikan Salaat-ul-Istikhaarah yang
disarankan saya lakukan oleh abang saya.
Muhammad
dipenjarakan beberapa kali sejak permulaan kehidupan berumah tangga kami. Dia
dipenjarakan tidak beberapa lama selepas akad nikah. Kemudian setelah
dibebaskan kami tinggal bersama selama se tahun sebelum dia ditahan semula pada
1954 dan apabila hukuman telah dijatuhkkan oleh mahkamah, dia menawarkan
pilihan kepada saya samada ingin kekal sebagai isteri atau diceraikan. Saya
memarahinya dan saya memberitahunya sesuatu yang dia tidak tahu sebelum ini.
Pada suatu masa dahulu, sewaktu Muhammad dimasukkan ke hospital, kami mendapat
tahu bahawa satu buah pinggangnya telah
mengalami kerosakkan akibat penyakit lama semasa dia seorang pelajar
ditahan dan merengkok di dalam kamar penjara yang dipenuhi air dingin pada
musim sejuk. Pada masa itu, sahabat-sahabat menawarkan kepada saya untuk
memutuskan pertunangan jika saya mahu tetapi saya enggan dan tetap ingin
bersamanya di atas perjalanan ini dan tidak patut saya meninggalkannya
semata-mata kerana Allah Azza wa Jalla telah mengujinya dengan mehnah ini
akibat perjuangannya.
Apabila kami
berkahwin pada 1953, saya telah melahirkan Sumayyah selepas 10 bulan berumah
tangga. Kemudian selepas hanya 17 hari, pasukan
keselamatan regim telah datang untuk menangkapnya. Oleh itu, dia sentiasa
berpemergian bagi mengelakkan tangkapan.
Pada waktu dia
di buru, dia ada menziarahi saya. Sesudah itu,
kakak saya datang untuk membawa saya tinggal bersamanya. Tetapi apabila
kami hendak meninggalkan rumah, kami dapati kami dikepung oleh anggota-anggota
pasukan keselamatan dan mereka hendak menahan saya.
Saya bertekad
bahawa saya tidak akan menyerah diri secara diam sehingga saya lawan dan saya
dedahkan kejahatan sistem mereka di hadapan khalayak ramai yang selama ini
diperdaya oleh mereka. Saya pun menjerit sekuat-kuat hati bahawa saya tidak
mahu menuruti mereka, walauapapun mereka lakukan, saya terus mengecam mereka.
Seorang jiran kami adalah Anwar Sadat dan dia terpaksa campur tangan dan
meleraikan.
Saya pun berkata
kepada Anwar Sadat: ‘ saya akan pergi ke rumah tuan kamu dan mahkota kamu, yang
dihormati Murshid (Hasan al-Hudaybi
ketua Ikhwan]’. Saya tinggal bersama
isteri Murshid and anak-anak
perempuannya di rumah mereka, kerana Murshid
dan semua anggota kaum keluarga lelaki telah dipenjarakan. Akhirnya suami saya muncul
dimahkamah dan dibicarakan serta dijatuhkan hukuman penjara selama 55 tahun.
Persahabatan
akrab di antara Muhammad dan Sayyid Qutb
berkemungkinan bermula apabila kedua-dua mereka dijatuhkan hukuman pada 1955, kerana
dia dihukum 55 tahun, dan as shaheed
Sayyid Qutb dikenakan 15 tahun; kedua-dua mereka dibebaskan pada 1964. Muhammad
dan Sayyid Qutb telah bersama selama ini samada di penjara ataupun di hospital,
persaudaraan mereka semakin erat dan mereka memperkukuhkan satu sama lain.
Mereka saling melengkapi - Muhammad memanfaatkan
dan mempelajari fikrah, peradaban, ilmu dan
and kefahaman mendalam as shaheed Sayyid, sementara Sayyid mempelajari
sejarah Ikhwaan, organisasi, , Manhaj and segala yang berkaitan dengan Jamaa`ah daripada as shaheed Muhammad, kerana Muhammad anggota Ikhwan yang lebih
awal.
Muhammad akan
berkata: ‘Setiap babak dan setiap ungkapan di dalam buku-buku Ustaadh Sayyid, aku
tahu bila ia ditulis, apa peristiwa yang berIaku dan perbincangan tentang apa
yang tercatat.’
Pembebasan sekejap 1964 dan dipenjarakan semula
Sewaktu tempoh
penjara terakhir pada 1965, selepas pembebasan sekejep pada 1964, saya telah
pergi ke hospital untuk menjalani pembedahan, dan setelah keluar, dia berkata
kepada saya: ‘Kamu hendaklah banyak berdhikir dan memohon keampunan dalam kamu
beramal, dan kamu akan diberi ganjaran, hendaklah bersabar dan bermuhasabah
serta berbuatlah baik kepada saudara-mara.’
Dia akan
bersolat dua rak`ah, sehinggalah
jamuan makanan disediakan. Dia berterusan solat daripada 9 pagi hingga ke jam 2
petang. Apabila saya membuka pintu, saya akan dapati dia bersolat, berdoa dan
menangis. Sehinggalah tiba waktu kami mendengar dentuman di pintu rumah, dan
pasukan keselamatan berada di depan pintu. Saya pun membuka pintu biliknya dan
memberitahunya pasukan keselamatan telah datang untuk menahannya dan supaya dia
menyelesaikan solatnya. Dia pun menunaikan solat. Apabila mereka ingin terus
membawa dia pergi, dia meminta mereka tunggu sehingga dia selesai ghusl - mandi.
Muhammad pun
bersungguh-sungguh meminta saya mencarikan dan memberikannya mashaf - se naskah al Quran. Saya tidak menjumpai mushaf itu kecuali se naskah yang telah saya nukilkan pesanan
kepada anak kami Ahmad dan naskah inilah yang saya telah berniat untuk dihadiahkan
kepada Ahmad. Namun, Muhammad telah menjanjikan kepada saya bahawa mashaf ini - naskah al Qur'an ini akan
dikembalikan walaupun ia terpaksa pergi ke planet Marikh dan balik. Oleh itu,
saya pun berikan mashaf itu
kepadanya.
Kezaliman dan Dendam Kesumat Regim
Kezaliman regim
menjadi lebih kejam dan berdendam. Saya telah diturunkan pangkat daripada
jawatan pengetua sekolah kepada taraf guru biasa. Saya telah diarah berpindah
dari wilayah ke wilayah dan kemudian saya ditukarkan daripada mengajar
matapelajaran biasa kepada pendidikan khas. Saya teringat juga bahawa pada
permulaan penahanan Muhammad, pasukan keselamatan telah memulakan kempen bagi
mencuba untuk menghumban saya ke dalam penjara.
Akhirnya, mereka
mencapai maksud mereka dan saya telah dihukum penjara selama enam bulan di penjara Al-Qanaatir, di mana saya mengalami
pendarahan berterusan sehinggalah saya terpaksa menjalani pembedahan bagi
membuang rahim. Saya tidak hadir perbicaraan di mahkamah kecuali pada hari
dijatuhkan hukuman.
Apabila Muhammad
melihat saya di dalam keadaan yang sungguh lemah itu, dia memberitahu saya
bahawa dia tidak tahu tentang penahanan saya sehinggalah keadaan apabila
anjing-anjing di penjara mengoyak-ngoyakkan pakaiannya sewaktu dia disiksa.
Akibatnya, dia memesan untuk membawa pakaian baru daripada rumah.
Anak kami Ahmad dengan
bijak memberikan pakaian lama kepada pengawal penjara supaya mereka tidak
mencurinya jika pakaian baru. Apabila Muhammad melihat hanya anak-anaknya
sahaja yang menziarahinya di penjara, dia baru sedar bahawa saya tidak lagi
berada di rumah.
Di kala situasi
pahit getir inilah apabila kakak saya melahirkan seorang bayi perempuan, anak
saya Ahmad membuat perangai, mendesak dan menangis meminta saya adakan seorang lagi adik. Saya pun berkata kepadanya
: ‘Bapa kamu perlu berada bersama kita.’ Apabila kami menziarahi bapanya, dia
terus menangis dan menruntun bapanya
dengan berkata: ‘Ayah, mari kita balik ke rumah dan ibu boleh adakan adik baru
untuk saya. Apa yang menghalang ayah? Dia?' dan dia menunjuk kepada seorang
pengawal, 'Jangan takut dengannya. Ahmad akan pukul dia dan ayah boleh ikut
saya.' Sehinggalah saya menangis dan pengawal pun menitis air mata.
Perpisahan Terakhir Kami
Pada waktu-waktu
akhir perpisahan kami - mereka telah meminta kami datang menziarah Muhammad
sebelum dia menjalani hukuman mati. Saya pun membawa Ahmad dan Sumayyah bersama.
Saya sediakan makanan yang lazat untuknya dan kami pun pergi untuk bertemu
dengannya, tetapi mereka menghalang saya daripada membawa masuk makanan itu.
Mereka membawa kami dari khemah ke khemah, lengah menunggu sehinggakan kepada
khemah yang keempat akhirnya. Pengawal-pengawal yang menarik Muhammad dengan
cara yang kasar dan hina, mencampakkannya di depan mata kami.
Muhammad berkata:
‘Aku tak tahu apa yang patut aku kesalkan? Mereka mahu aku merayu untuk
mendapat pengampunan dan menyesali apa yang aku telah lakukan, tetapi apa yang
telah aku lakukan untuk dikesali?’
Dan apabila saya
meminta pegawai di situ untuk membawa masuk makanan, pegawai itu menolak, Muhammad
pun berkata kepada saya : "Jangan meletihkan diri kamu, dan jangan menghabiskan
sedikit masa ini yang kita ada bersama. Kalau mereka izinkan makanan itu
dibawa, mereka akan memaksa aku memakannya sekarang, padahal aku berpuasa."
Ahmad pergi kepada ayahnya lalu duduk di atas ribanya dan terus menangis dengan
berkata: "Kanak-kanak lain asyik mencemuh dengan mengatakan ayah hendak
membunuh Abdul-Nasser". Muhammad menenangkannya dengan berkata: "Neraca
keadilan hari in terbalik, dan ia tidak akan diperbetulkan hari ini tetapi
sesungguhnya: ‘Dan (ingatlah) Kami akan
mengadakan neraca timbangan yang adil, untuk (menimbang amal makhluk-makhluk
pada) hari kiamat maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun dan
jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan
mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung) dan cukuplah Kami sebagai
Penghitung.’ (Sûrah al-Anbiyâ’: 47)
Muhammad berpesan
menasihati saya supaya berbuat baik kepada anak-anak kami, dan saya
menasihatinya supaya berbuat baik kepada dirinya, dan lawatan itupun tamat.
Pada pagi 29
Ogos 1966, radio menyiarkan berita tentang hukuman gantung yang telah
dijalankan ke atas tiga orang syuhada'
ini. Sewaktu itu, saya sedang menyediakan sarapan pagi dan saya terus
meneruskan mengucapkan ‘Inna lillaahi wa
innaa ilayhi raaji`oon’, dan memohon keampunan, dengan air mata tidak henti
berlinang, sewaktu tiada sesiapa pun menyedari situasi saya.
Para pembunuh
Muhammad tidak berpuasa hati setakat itu. Mereka memanggil saya dan memaksa
saya menandatangani persetujuan untuk tidak mengadakan upacara janaazah untuknya. Mereka memulangkan
barang-barangnya kecuali mushaf -
naskah al Qur'an kepunyaan Ahmad.
Tentang Suami Saya
Muhammad
(Semoga Allah merahmatinya), seorang yang sangat baik hati. Di antara ciri
peribadinya yang tersohor adalah sifat bermurah hati. Pembantu rumah yang
pernah bekerja dengannya, mengadu bahawa Muhammad tidak akan makan makanan yang
disediakan olehnya kerana ia diberikan kepada sahabat-sahabat yang terdiri
daripada para pelajar yang berjauhan dari rumah dan yang daif. Begitulah dengan
amalan Ithaar [melebihkan orang lain],
dia akan sentiasa mengutamakan sahabat dan tidak akan menerima apa-apa yang
boleh menyebabkan perselisihan dengan sahabat-sahabatnya. Dia sentiasa
mengamalkan kebersihan diri dan adab berkelakuan. Dia selalu mandi lebih lima
kali sehari di samping sentiasa mengekalkan wudoo'.
Hubungan
saya dengan as shaheed suami saya bertambah kukuh dan mesra walaupun dengan tempoh
masa yang hanya singkat bersama. Saya terus menemui ciri-ciri kebaikan
peribadinya melalui surat-suratnya dari penjara yang mengandungi didikan
tarbiyyah dalam Aaqeedah, Imaan
, Sabr dan Istiqamaah. Surat-surat ini menjadi bekalan di atas jalan
perjuangan ini, dan contohnya seperti ini:
Pad sambutan ‘Eid
dia menulis: ‘Eid akan datang kepada para sahaabah,
dan di kalangan mereka yang mulia telah korban syaheed, orang kesayangan mereka
telah pergi, dan mereka diuji dengan pasangan mereka, ibu bapa dan anak-anak
mereka. Tetapi ini semua tidak mengurangkan kebahagian sambutan `eid pada jiwa dan hati mereka. Sebenarnya, inilah
makna `eid - jihad, amal dan pengorbanan. Oleh itu, kita
dengan keadaan yang kita hadapi, adalah orang yang paling layak menyambut `eid,
dan yang paling wajar bergembira dengan kurniaan Allah, dan kerana kita
mengenali Allah. Justeru memanjat kesyukuran kepada Allah kerana ini semua, pada hari yang mulia dan
penuh kebesaran ini. Kita kini merasai kemanisan din – agama ini, yang menyentuh jiwa, dan kita mengesannya pada emosi
perasaan kita, segar dan lembut sepertimana asalnya hari lembaran agama ini
disingkapkan, hidup sihat dan berdengup di jantung kita dan mengalir di dalam
darah kita.
Betapa dia
lembut dengan perasaannya, begitulah dia akan meletakkan tangan ke atas tempat
kesakitan dan merawatnya dengan kelembutan dan penawar halus. Dia berkata di
dalam se pucuk surat lain: "Adalah sukar dan payah bagiku, apabila
bersamamu di saat-saat begini, untuk melihat pada wajahmu tanda-tanda jerih
perih perjuangan dan rupa-rupa kepenatan, dan perjalanan ini terlalu lama dan
berat kesusahannya. Aku tidak nafikan kesusahan di atas jalan perjuangan ini,
dan aku tidak mengatakan aku tidak merasakan kepayahannya, kerana aku seorang
insan yang lemah. Kecuali aku merasai dan aku ingin kamu juga merasai bersama
aku, bahawa di sebalik sana di penghujung jalan ini, adalah taman-taman
berteduh, di mana para musafir boleh berehat, jika mereka letih. Mahukah kamu
supaya kita berkunjung ke salah suatu taman ini supaya kita menikmati
ketenangan dan suasana nyaman? Kemudian, kita boleh menikmati makanan dan
minuman untuk membantu kita meneruskan perjalanan dan menamatkan hingga ke
destinasinya?
Dan inilah yang
dia nukilkan di atas se naskah Kitabullah yang dia hadiahkan kepada saya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang
Kepadamu. Kepadamu isteriku.
Kepadamu saudariku dalam agama.
Kepadamu rakan dalam jihad.
Kepadamu wahai penenang jiwa dan ibu kepada anakku
.
Kepadamu wahai bunga hatiku. Kepadamu dikirimkan kitab
agong, di atasnya syariat yang Allah telah satukan kita bersama sebagai suami
isteri, menerusinya kita dikumpulkanNya sebagai bersaudara, dan di atas
jalannya Dia menjadikan kita di kalangan para mu'minin sebagai dua orang
pejuang.
Kepadamu kekasihku kitab mulia, penghargaan, kasih dan
kesetiaan daripada suamimu. Sehinggalah Allah membawaku kembali bersamamu, dan
mengumpulkan kita di bawah naunganNya.
Dan salam ke atas kamu, dan rahmat dari Allah, dan
kebaikanNya, dan segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan seluruh alam.
12 Shawwaal 1383
Di samping surat-surat
yang penuh bermakna dan berharga, saya mendengar daripada percakapan
sahabat-sahabatnya tentangnya. Apabila Muhammad ditanya tentang musim yang
paling digemarinya, dia memilih: ‘Musim
gugur, kerana daun-daun yang berguguran mengingatkanku akan kesudahan waktu
yang telah ditentukan bagi setiap diri.’
Dalam
mimpi-mimpinya , dia berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. lebih daripada sekali
dan juga dengan Nabi Yusuf (as) and Nabi Isa (as), dan dia mengalaminya dengan
benar.
Jika dia menjadi
amat keletihan semasa beratur di perbarisan yang panjang di penjara, dia
berkata: 'Ya Rabb, betapa lembut
layananMu.’ Dan jika mereka berbicara
tentang penyiksaan di hadapannya, dia menjawab; Allah jualah (yang menurunkannya)”, kemudian biarkanlah mereka leka
bermain-main dalam kesesatannya. (Al-An`aam:91)
Dan jika mereka
berbicara tentang menjangkakan apa hukuman-hukuman yang bakal dijatuhkan, dia
akan berkata: "Sebenarnya ini bukan penghakiman, dan untuk Allah
penghakiman sebenar, dan Allah tidak menghukum kecuali dengan yang benar dan
pihak lain yang mereka panggil selain
Allah, tidak menghukum dengan apa-apa. Apalah kita dan mereka apabila di dalam qabd Allah seperti zarah kecil? Jika Allah menilai
kita layak untuk shaheed, Dia akan
memilih kita untuknya, dan jika tidak, qadar Allah, ketentuan itu akan melepasi
kita dan mereka."
Mushaf dikembalikan
Mushaf naskah al Qur'an
milik anak kami Ahmad mempunyai kisahnya. Apabila kali terakhir mereka
memenjarakan Muhammad pada 1965, dan dia membawa mushaf Ahmad bersamanya, saya tidak menjumpainya pada barang-barang
yang dipulangkan setelah dia shaheed.
Setelah dua puluh tahun masa berlalu,
kami berada di kota suci Madeenah, di
rumah anak saya Sumayyah dan suaminya, saya ternampak mushaf ini di almari buku mereka. Lalu, saya bertanya kepada suami
anakku dari mana dia mendapatkan mushaf ini. Menantu saya menceritakan bahawa
semasa dia menziarahi masjidil haram,
seorang wanita terdengar namanya dipanggil oleh sahabatnya, lalu wanita itu
menghampirinya dan bertanya: ‘Adakah kamu si fulan si fulan?’, dan dia
menjawab,'Ya.' Wanita itu berkata: ‘Tunggulah aku dan jangan tinggalkan tempat
ini sehinggalah aku menyerahkan barang yang diamanahkan.’ Kemudian dia
memberitahunya bahawa suaminya telah memberikan se naskah mushaf yang telah diambil daripada as shaheed (Muhammad) dan berpeesan kepadanya supaya mengembalikannya
kepada waris as shaheed.
Dan mushaf ini telah dibawa ke Perancis, London
dan Saudi Arabia, sehinggalah ia akhirnya tiba kepada pangkuan kami dua puluh
tahun kemudian. Dan saya tidak menyangkakan Allah Azza wa Jalla akan menunaikan
janji yang dibuat oleh suami saya yang telah shaheed.
Jika saya diminta
menulis surat kepada suami saya hari ini, saya akan mengucapkan, 'Aku berdoa
kepada Allah Azza wa Jalla supaya aku kekal bersama baiah - janji setia perjuangan dan tidak berubah sesudah kamu, dan
semoga kamu berada di kalangan para Shuhadaa dan Sideeqeen dan Allah Azza wa Jalla menghimpunkan aku bersama mu: (Mereka dengan pasangan-pasangan mereka
bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin)
(Surah Yaa-Seen:56).
disuaipadan dan
disunting daripada majalah Ad-Da'wah Issue 109, Muharram 1422
(www.cageprisoners.com)
No comments:
Post a Comment