Dahulu saya biasa ke jamuan makan
di istana. Semua istana di Malaysia saya pergi ke jamuan makan. Saya
bersantapan dengan raja. Saya juga pernah makan di lokap penjara paling hina.
Pakaian yang elok, pakaian lusuh
semua saya merasai. Sehinggakan ditelanjang pun sudah saya rasai.
Apa pengajaran semua ini?
Tok Guru Nik Aziz Nik Mat berkata
kepada saya, “Anwar, kamu boleh memaafkan orang yang menzalimi kamu dan orang
yang memukul kamu. Tetapi kamu kena ingat ini jadi pengajaran.
Besok kalau Allah takdirkan kamu
perintah, kamu kena ingat apa erti kezaliman.
Apa erti kezaliman? Apa erti
sakit dipukul walaupun kamu tidak bersalah?
Apa erti kamu dizalimi dan
dipenjara, padahal kamu difitnah.
Apa sengsara Azizah dan
anak-anak?
Apa erti rasa kamu derita dizalimi bertahun-tahun?
Apa ertinya
kezaliman ini?
Apa pengajarannya?
Kamu kena ingat. Ini bukan soal
Anwar. “
Saya terkenang pesanan saya
kepada anak-anak keluarga pada 1998. Saya berpesan kepada mereka, “Papa seorang
pejuang. Menegak yang hak. Membela nasib rakyat miskin. Mempertahankan maruah
bangsa. Mempertingkatkan syiar agama Islam. Jadi anak-anak harus tahu. Semua
tuduhan yang dilemparkan kepada Papa adalah fitnah jahat, khianat dan kasih
Papa pada anak-anak mendidik supaya menjadi orang-orang berilmu, beramal,
bertaqwa. Papa berharap dengan bimbingan Mama, anak-anak tidak sedikit pun
luntur, biar semangat kukuh, biar ilmu bertambah, biar daya juang ada. Kita
tahu anak-anak berasal dari kampung Papa di Sungai Bakap dan Cerok Tok Kun. Dan
asas kita jangan sedikit pun kita lupakan.”
Tok Guru berkata lagi, “Tidak
banyak orang lalui macam kamu. Pemangku Perdana Menteri sudah. Bintang pun
sudah penuh. Tetapi ada hikmahnya.”
Saya teringat yang kawan saya dulu
sumbat saya ke dalam penjara dan yang lawan saya dulu tolong bela saya.
Saya tidak ada niat untuk dera
mereka (yang menzalimi saya). Saya tidak ada niat untuk berdendam. Mahathir tangkap saya, tetapi saya tidak akan
tangkap dia. Rahim Noor memukul saya tetapi saya tidak akan memukul dia. Saya
tidak ada niat.
Tetapi saya ingin bagitahu bahawa
duit yang mereka curi dari rakyat berbilion ringgit, saya hendak pastikan
dikembalikan kepada rakyat.
Jadi pemimpin kena berani. Berani
untuk membetulkan. Orang tahu siapa curi, siapa rasuah, siapa ambil harta
negara. Ini kena dihentikan.
Saya teringat ucapan saya di
Perhimpunan Agong UMNO 1997 di PWTC, “Hentikanlah. Sudahlah. Sudah. Kita ada
agenda kita banyak. Ekonomi kita kena tangani dengan baik. Kewangan negara kita
perlu perkukuhkan. Politik kita mesti perkuatkan. Ini yang patut kita kerjakan.
Sudah! Jangan lagi dah. Gunakan dan turun darjat kita. Kita dijadikan Allah swt
dengan darjat yang baik. Jangan kita hina diri kita sehina-hina makhluk dan
kejadian. Jangan. Laqad khalaqnal insana fi ahsani taqweem. Thumma rodadna hu
asfala safileen.”
Tok Guru berpesan lagi, “Kalau
ditakdirkan pemimpin maka Anwar kena pastikan jangan ada seorang pun rakyat
Malaysia, Melayu, Cina , India, Dayak, Kadazan yang hadapi dan rasa sakit
derita seperti yang kamu rasa.
Kamu mesti pastikan bila kamu ada
kuasa, kamu kenang nasib mereka, setiap rakyat ini kerana tidak ramai orang
yang rasa macam kamu rasa. Rasa susah derita macam mereka rasa.
Jaga mereka seperti anak-anak
kamu sendiri maka inshaa Allah, kamu akan menjadi pemimpin yang baik.”
Saya doakan kepada Allah swt.
Mudah-mudahan bila kita dapat tawan Putrajaya, saya takkan lupa cerita derita
saya. Dengan niat, Ya Allah, janganlah
bagi seorang pun rakyat aku derita macam aku lalui.
No comments:
Post a Comment