Betul kata-kata Muhammad Abduh
bahawa keindahan Islam dihijab, diselubungi oleh amalan meleset umat Islam itu
sendiri. Apatah lagi apabila orang yang dianggap ketua ilmuwan di kalangan umat
memberikan ‘fatwa’ drastik dan kurang
cermat sehingga memberikan isyarat ‘menghalalkan darah’. Pengisytiharan hukuman berat hendak pula
dikenakan ke atas rakyat yang bangkit cuma unutk menyuarakan dengan aman menuntut
keadilan, menuntut hak untuk tidak dibebankan dengan kenaikan harga barangan. Ini
tuntutan asasi rakyat jelata dan menjadi kewajipan mana-mana pemerintah yang
bertanggungjawab mendengarnya. Pernyataan pula menyentuh hukum had, suatu yang serious padahal tiada
pendirian seteguh ini ditunjukkan apabila dihadapkan dengan isu lebih besar
umat iaitu pelaksanaan hukum syariah secara menyeluruh.
Begitulah para ilmuwan yang terus
membenamkan kepala mereka di dalam pasir, tetapi tetap terdedah jua. Para ilmuwan tidak harus
mengabaikan tanggungjawab sosial mereka – they
cannot abdicate their moral obligation to commit to social justice. Samada posisi mereka selaku alim, intelektual
akademia, ahli motivasi, pemimpin atau lebih lagi aktivis sosial, keprihatinan
dan kepedulian umat patut ada di hati
sunbari mereka. Mereka harus sedar dan membaca semula karya as Syahid Abdul Qadir Audah, Islam: Di Antara
Kejahilan Umat dan Kelesuan Ulamak, 1977.
Kenapa kesalahan berat seperti
fitnah politik, rasuah kepimpinan, qazaf, pembaziran, ketirisan dan pelanggaran
hukum tidak dipandang serious? Kenapa ilmuwan berkenaan tidak mampu menjadi
ulama’ umat dan mendepani isu umat. Keperitan hidup angkara kepincangan pengurusan
pentadbiran negara dan ekonomi bukan sesuatu yang boleh diketepikan atau
diremehkan melalui hembusan ‘fatwa’ sebarangan.
Ilmuwan kontroversi yang terlalu
mudah berfatwa harus mengambil iktibar contoh Imam al Nawawi apabila diminta
Sultan untuk memberi fatwa menyokong seruan istana supaya rakyat menyumbang mengorbankan
harta mereka untuk tujuan pembiayaan peperangan. Imam al Nawawi enggan malah
menyarankan dengan tegas supaya Sultan sendiri mengosongkan khazanah hartanya
di istananya terlebih dahulu sebelum
memerintah rakyat berbuat demikian. Nasihat dan teguran harus juga diberikan
kepada pemerintah terutama apabila dasar dan pentadbiran mereka yang penuh
kepincangan serta gaya hidup mereka yang bermewah-mewahan atas titik peluh
rakyat.
Ilmuwan tidak harus menerapkan
pemikiran orang yang telah mati daya juang – al fikr al mumit. Sepertimana sebuah persatuan pengguna yang
menjuarai keIslamannya tetapi mengabaikan tanggungjawab utama dan tujuan
kewujudan – memperjuangkan yang halal dan tayyib,
menegakkan keadilan sosial …bukan menyuruh golongan bawahan bekerja lebih bagi
memenuhi keborosan tuan mereka dan menampung ketirisan tuan mereka. Rakyat bukan a’bdan
mamlukan, bukan budak suruhan. Apabila ilmuwan dan aktivis sosial mengabai tugasnya membela rakyat sebaliknya memperlihatkan ciri-ciri ke macai an, maka mereka telah menyimpang.
Rakyatlah yang akhirnya harus
bekerja keras dan berkorban. Jika membantah ketidakadlian, mereka pula yang
dihukum. Dengan segala kesusahan dan kepayahan yang sedia ada, rakyat harus
berkerja lebih keras dan berkorban lebih banyak. Rakyat yang mesti bersusah
payah dan derita akhirnya harus ditanggung oleh rakyat.
Tidakkah lebih wajar seruan
ditujukan kepada pemerintah, pihak berkuasa supaya mereka mengutamakan urustadbir
baik - good governance, mengambil
langkah tegas dan segera menutup 'kebocoran' , menghentikan pembaziran,
menyekat aliran keluar 'illegal funds',
membendung salah guna peruntukan, penipuan dan rasuah? Jumlah berbillion ringgit
yang diselamatkan dari semua ini mampu membina kemajuan yang menakjubkan untuk negara,
yang akhirnya mampu mensejahterakan semua orang.
Namun pemerintah tidak
dinasihatkan demikian. Yang dinasihat hanya rakyat. Sementara para kapitalis,
korporat besar, pedagang dan orang berkuasa yang menjadi mewah hasil dari
penipuan, manipulasi dan salah guna kuasa serta 'pemerasan' rakyat, dibiar
tanpa diganggu. Mereka seperti biasa 'doing
business as usual'.
Begitulah jawapan-jawapan menteri-menteri dan ilmuwan kontroversi, disuruh rakyat keluar dari negara tanah tumpah darah mereka,
disuruh tidak makan, disuruh mereka guna jalan lain, disuruh mereka jangan
makan gula, dan akhir sekali diancam dihalalkan darah mereka. Murah sungguh nilai nyawa,
kerakyatan, maruah dan harga diri manusia semata-mata kerana ketaatan mutlak ilmuwan
kontroversi kepada parti yang memerintah.
Ada yang mengatakan mentaliti si
penghalau dan yang suka menhamburkan berbagai ancaman adalah mereka yang
bankrap berhujah. Mereka sangat mudah dan
gemar menyahkan orang padahal orang cuma menuntut hak keadilan serta nilai
maruah diri sebagai warga negara yang mulia. Begitulah keadaan pemerintah yang
lemah dan bermasalah bersama konco-konco pendokong mereka – mereka seolah-olah takut
menggeletar berhadapan dengan demokrasi bebas. Mereka wewenang dan pantas
melabelkan lawan saingan politik mereka sebagai penjenayah sehingga ada yang
menghalalkan darah dan menganjurkan pembasmian. Mereka sudah hilang punca dan
tiada bermatlamat kecuali semata-mata untuk berpaut kepada kuasa yang mereka
miliki.
Kalau bayaran tol dinaikkan dan
menyusahkan orang miskin, ini seolah-olah bermaksud: orang miskin jangan guna
jalan bertol. Apatah lagi ada anjuran supaya gunakan jalan alternatif, jangan
guna lebuhraya.
Bukan orang miskin yang mencipta
kemiskinan. Tetapi struktur dan polisi ekonomi yang memiskinkan mereka. Ekonomi
yang memenuhi kemahuan golongan kaya - the
demand of the rich tetapi menafikan keperluan orang miskin - the needs of the poor.
Seperti buku "Orang Miskin
Dilarang Sekolah" yang menyindir biaya pendidikan yang tinggi di
Indonesia, adakah 'diskriminasi' yang sama juga di negara kita yang tercinta
ini apabila disuruh keluar, disuruh ketepi, diancam diri?
Apa pun risikonya, kebenaran
mesti diucapkan kepada sesiapa sahaja, termasuk kepala negara. Imam al Ghazali
dalam sejarah hidupnya terkenal dengan tulisan, kritikan dan dialognya bersama
penguasa. Beliau mengkritik hebat isu pembaziran, kemewahan dan malangnya nasib
rakyat yang ditindas dan dizalimi. Bahasanya juga tidak terkecuali dari nada
tegas dan keras. Dia pernah menyebut, " Tengkuk rakyat hampir patah kerana ditimpa musibah membayar cukai,
sedang tengkuk pemerintah hampir patah kerana diberati rantai emas."
No one must ever let power or social, economic, or political interest
turn him or her away from other human beings, from the attention they deserve
and the respect they are entitled to. nothing must ever lead to a person to
compromise this principle or faith in favor of a political strategy aimed at
saving or protecting a community from some peril. The freely offered, sincere
heart of a poor, powerless individual is worth a thousand times more in the
sight of God than the assiduously courted, self-interested heart of a rich one :- Tariq Ramadan.
Kepada Allah kita memohon agar
diberikan kekuatan dan ilham membela nasib rakyat.
(Ihsan idea dan tulisan Dr Siddiq
Fadil, Abd Halim Ismail dan Fadhlina Sidek)
No comments:
Post a Comment