Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
Kesedihan dan putus asa adalah
perasaan yang tidak boleh diterima oleh orang beriman. Jika kita benar-benar
beriman, kita sentiasa terulung. Mereka yang memiliki sabr – kesabaran akan mencapai kejayaan.
Malaysia dan Turki mempunyai
unsur-unsur persamaan pada matlamat mereka - Malaysia meletakkan visi 2020, sepertimana
Turki pada 2023. Kami bercita-cita untuk
menjadi sebuah negara yang membina pesawat-pesawat sendiri, menghasilkan
satelit-satelit sendiri dan berusaha melancarkan satelit-satelit ini ke angkasa
lepas sendiri. Sekarang Turkey mengeluarkan 60% kelengkapan ketenteraannya
sendiri. Turki boleh mencapai visinya pada 2023. Saya yakin kami akan mencapai
matlamat ini menjelang 2023.
Orang-orang muda Turki sangat
bersabar melalui era 80’an yang mencabar. Orang-orang muda Turki terpaksa
berkelana ke negara-negara lain, dengan itu mempelajari ilmu pengetahuan dan
kebudayaan negara-negara ini, contohnya di Malaysia dan USA.
Malaysia telah membantu Turkey sewaktu
masa susah itu. Malaysia dan universiti-universiti Malaysia telah bersama Turkey
pada waktu susah payah itu. Sebahagian besar pelajar-pelajar Turki belajar di
universiti-universiti di Malaysia dengan berpegang teguh kepada nilai dan
keimanan mereka (pasca kudeta tentera 28 Februari 1997). Pelajar-pelajar Turki mengalami
tekanan, sekatan dan larangan sewaktu itu di Turki, dan tudung hijab diharamkan
semasa dan selepas proses 28 Februari. Universiti-universiti di Malaysia merupakan
tempat di mana pelajar Turki bebas melanjutkan pengajian mereka ketika itu.
Kini kerajaan telah menamatkan
sekatan dan larangan yang tidak bererti di universiti-universiti Turki. Isu
tudung hijab telah berada di agenda politik Turki selama tiga dekad sejak ia
diharamkan di universiti-universiti Turki pada 1984. Sejak itu, banyak
percubaan gagal untuk menamatkan larangan ini di institusi-institusi kerajaan
dan universiti. Pengiystiharan Pakej Pendemokrasian 30 September telah membuka
semula institusi-institusi unutk wanita yang bertudung hijab. Pakej ini juga
memperkenalkan berbagai reform tentang hak berpolitik.
Tanpa kebebasan, tidak akan ada
sains. Tidak akan ada pencapaian pada kemajuan manusia, tanpa kebebasan. Semangat sains datang daripada kebebasan.
Tanpa kebebasan, kita tidak dapat berbicara tentang sains. Kita telah buktikan bahawa bertudung bukan
penghalang kepada kemajuan sains.
Pusat pengajian Islam telah
memberikan hala tuju kepada sains. Pusat-pusat ini telah menjadi pusat –pusat keilmuan
di dunia. Kebebasa wujud di negara-negara Islam pada masa silam itu. Sultan Kedah
Sultan Muzaffar Shah telah membuka pintu kepada Islam.
Perlu ditekankan di sini –
tentang peri pentingnya keamanan dunia dan betapa mustahak saling menghormati
dan kerjasama erat di antara negara-negara di dunia. Memenangi hati rakyat adalah keutamaan kami
pada politik tempatan dan politik antarabangsa. Keadilan adalah titik mula
politik Turki.
Oleh kerana Turki dan Malaysia berada
pada di kedua-dua hujung benua Asia, usahasama membenteras keganasan, rasisme
dan Islamophobia, akan menyumbang besar kepada keamanan serantau dan sedunia.
Kita akan membina masa depan kita
berasaskan sejarah kita. Kita perlu membina keyakinan diri kita. Tembok-tembok
memisah di antara hati-hati kita. Kita perlu runtuhkan tembok-tembok ini. Kita
perlu memperkukuhkan persaudaraan kita. Malaysia mempunyai tempat yang istimewa
di kalangan negara-negara Islam. Kami percaya Malaysia amat akrab dengan Turki.
Turki adalah juga negara anda.
Turki mempunyai 99 buah universiti. Kami mengalu-alukan kedatangan rakyat
Malaysia untuk belajar di Turki. Kita datang daripada peradaban yang sama. Kita
boleh mencapainya bersama. Dengan kehendak Allah, kita boleh semua berjaya
bersama.
(Terjemahan suntingan ucapan Recep
Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki di Konvokesyen Khas Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia atas penerimaan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan dan Persidangan "Mentransformasi
Asia Timur – Rantau Pasifik dan Turki” )
No comments:
Post a Comment